Hi and salam.
Jika sesiapa yang mengikuti aku di acc facebook, rasanya mereka akan faham dan sedia ketahui yang aku sangat suka akan fast car dan aku sangat tidak boleh tahan bila konvoi kereta ferrari depan rumah aku setiap kali hujung minggu. Walaupun aku ni hanya seorang wanita namun kencenderungan aku lebih kepada fast car. Sebenarnya, aku teringin sangat dari kecil nak bawa ferrari lambo, atau apa sahaja kereta fast car dan aku sangat berharap kalau-kalau ada insan yang sudi bagi aku drive seminit pun jadilah. Jadi, melalui contest ini, at least aku cuba berusaha ke arah untuk mendapatkan pengalaman memandu kereta fast car, kerana bagi aku, at least aku mencuba.
Pengalaman aku, aku pernah dikejar ferrari sebanyak dua kali di highway walaupun aku tahu tahap kereta aku, ia sangat membuatkan aku seronok dan gembira apabila seiring dengan kereta yang hebat seperti itu. Kereta aku sangat aku jaga dan aku rasa aku sukar hidup tanpa kereta disisi. Kereta tempat aku melepaskan tension dan kereta juga banyak memberi aku kenangan manis semasa membawanya.
Aku juga ingin buktikan wanita juga mampu membawa kereta dengan baik tidak seperti yang selalu disalah ertikan. Jadi disebabkan itu aku rasa aku sangatlah layak untuk memenangi this amazing experience ini disebabkan minat aku yang mendalam tentang kereta ini disamping dapat memperbaiki kualiti mutu pemanduan aku supaya dapat dicontohoi oleh pemandu wanita yang sejiwa dengan aku bukan sahaja dengan cara yang lebih selamat yang paling penting dapat mempelajari cara membawa kereta dengan betul apabila aku ada rezeki untuk membeli kereta fast car kelak.
Aku berharap agar pihak Michelin lebih terus maju dan berharap contest sebegini diteruskan supaya dapat meransang orang ramai yang mungkin tidak berpeluang atau tidak mampu untuk membeli fast car mencuba pengalaman memandu fast car melalui contest sebegini.
Terima Kasih
Credit Nuffnang, Michelin