Salam
Alhamdulillah, akhirnya tiba juga bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadhan. Yeayyy!!! Kalau ada yang tak happy dengan ketibaan bulan Ramadhan ni tak taw na cakap apa. Excited wey, orang yang berpuasa je tahu perasaan teruja puasa ni, serius rasa lain kalau time bulan ni. Mungkin satu sebab syaitan dah kena kuarentin. Mungkin juga sebab kita akan rasa lebih menghargai sesuatu dan mendidik hati supaya lebih bersyukur dan of course segala amal ibadat yang kita lakukan akan dilipat kali gandakan pahalanya. Siapa tanak der?
Walaubagaimanapun, mari kita sama-sama berdoa kepada Umat Islam di Mesir yang menyambut kedatangan Ramadhan dengan tragedi berdarah.Doa supaya mereka dikuatkan hati dan mohon supaya masalah mereka dapat ditangani segera. Mohon supaya Malaysia dijauhkan dari malapetaka sebegitu.
Baiklah, so bulan Ramadhan ni, BK berazam nak banyakkan bersedekah semampu boleh walaupun pendapatan BK sekarang taklah sebesar mana, tapi syukurlah sebab rezeki tu sentiasa ada walaupun hanya sekeping maggi potong dua untuk makan ditambah dengan keadaan BK sebagai seorang student juga. But I am ok with it, as long as halal, asal boleh makan, leh wat amal ibadat, settle, tadahal.
Kenangan time photoshoot time 2011.
Lagi satu azam adalah untuk buat yang sunat banyak-banyak, cuz timenilah kita berkesempatan nak perbanyakkan amalan sunat sebab time berpuasa di siang hari kita macam tade intention untuk makan and we doing nothing, so time sepatutnya waktu makan itu kita isikan dengan solat sunat.
Last but not least, seperti kebiasaan Ramadhan, of course kita nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni, sebab kalau time raya nanti, bagi BK rasa puas berpuasa, lebih rasa excited Raya sebab amalan-amalan kita time puasa tu dah complete. So, malam raya tu, dah boleh bakar mercun papan 3 meter. K itu jangan buat. Ahaha.
Selamat berpuasa uolz, mohon maafkan jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, terguris rasa, or yang sekutu dengannya. Sesungguhnya, semua yang baik datang dari Allah S.W.T, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri BK sendiri. Salam Ramdhan. Love uolz
P/S Jangan lupa buat banyak majlis rumah terbuka banyak-banyak dengan niat bersedekah, dan kemudian disusuli sembahyang terawih. Bukan hari raya sahaja rumah terbuka, sebab pahala time raya ta sebanyak macam bulan Ramadhan. Lagi bertambah-tambah rezeki orang yang bersedekah nanti. Serta tak lupa kepada yang tidak berkemampuan, banyakkan bersedekah. Kbye =)
TAMMAT
4 comments:
selamat menunaikan ibadah puasa BK.. ^_~
u too shaqir . Thanks (=
semoga azam tercapai... nak khatam alquran, dah boleh start dri malam ni dah... insyaallah....
p/s: masuk bloglist sy ye.. dah masukkan pun...
admin di gerila penulisan kreatif...
thanks sam (=
Post a Comment