Sunday, December 5, 2010

podas!!!



kolam air panas yang memang panas di Rembau


Sabtu, 5/12/2010, bertempat di kolam air panas pedas, telah berlangsung nya satu outing family bersama .Atas sebab anak-anak buah aku tak berpuas hati dengan kolam kat rumah yang kecil kata mereka, jadi mereka nak kolam yang lebih besar, so bawa la mereka-mereka ini ke kolam air panas pedas sebab tu je kolam yang paling besar kat kawasan aku. Ye2.

Tentatif program:

10.30 am: g beli something untuk bilik mak n ayah, bilik along and of course my bilik.yeayyy.Sambil anak buah aku pergi panjat semua katil kat court tu. bijak-bijak.


kat atas, pic ma n ayah, kaklong and anak-anak buah . Ma adala photographer setia family kami.Ma sangat suka ambil pic candid-candid taw.


Dengan Haikal and Aisyah yang suka mengexplore tempat-tempat baru terutamanya yang melibatkan tempat yang boleh lompat-lompat.Contohnya, katil.

12.45pm: gerak ke kolam air panas .vroom..

1.15pm: sampai.Makan-makan dulu then solat lepas tu terus terjun .debushh.Pic -pic tengah mandi semua kat camera ma.So tak dapat nak tolong.Untuk pengetahuan, ma dulu perenang taw, setakat berenang kupu-kupu la, berenang berirama la semua di hujung jari je.Aku je yang tak pandai berenang walaupun dah banyak kali abang-abang aku ajar. Huhu..malu-malu.



3.45pm : pulang

4.15pm: on the way balik , singgah dulu cendol leman dawi..fuh terbaik dari ladang beb. Cubalah..belum cuba belum tahu..ceh promote kejap..:P

ha.tengok free beb.Gila pemurah pakcik leman ni.Antara penjual cendol yang berjaya kat n9 or maybe Malaysia??.Program jalan-jalan cari makan la , program Nabil ada juga singgah sini.Pakcik Glamour yop. haha

minum cendol sambil mendengar celoteh pak cik leman dawi yang penuh dengan fakta.

4.45pm: balik. Oh , time balik Haikal and Aisyah ada cakap nak mandi-mandi lagi. Pastu dengan rasa confident nya ma cakap nanti letak serbuk cili kat kolam rumah tu, pastu sama jela macam kolam air panas pedas. Pandai juga ma aku berlawak rupanya.Selepas mendengar celoteh ma, ayah along dan aku ketawa -ketawa dalam perjalanan pulang. Apabila haikal and Aisyah mendengarnya, mereka berasa hampa dan terus tertido.

5.45pm: sampai rumah. semua flat kecuali aku.Malam tu aku kuar kejap pergi cc sambil mengupdate blog sebab rumah aku internet slow Sampai pukul 9.45malam kat cc, aku dikejutkan dengan bunyi msg ( dari along yang berpesan , "ayah pesan jangan balik lewat sangat").Jadi aku pun balik...overall weekend aku terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Sekian.

TAMMAT...

Friday, December 3, 2010

Tutorial shawl - (sweet&special) Part 2 -bergaya dengan si boodark kewchik



Ha.si boodark kewchik muncul kembali.kini dengan semangat baru. Eh, nape pula ngan boodark ni.xcited semacam je..haha..

Ha ok2.seyes boodark kewchik.ok2, boodark sambung balik tutorial kita pada hari ini..

check tiz out!!!what the fun!!!


This is fun!!!


Ini entry ,discription aku tulis later k.At least korang leh usha-usha pic dulu tengok dia nya flow...Sebab aku nak balik rumah ok. Papai guys:)

Ok mula-mula mesti kena ada medium-medium.

a) Shawl(kali ini boodark kewchik guna shawl warna kuning bercop2 mangga kunci)
b) 4 pin tudung yang kecil2kecil
c) 1 jarum
d) rakan-rakan (untuk memeriahkan suasana)



Sekalung penghargaan buat yani yang menjadi penasihat bagi tutorial kali ini.Thanx Yani and tidak lupa pada saudari pipah yang menyembunyikan persaan mahu tergelak-gelak ketika sesi tutorial ini dijalankan sebab beliau berada di hadapan boodark kewchik ..theeeee


Ok mula-mula pakai anak tudung.Then letak shawl atas kepala.1 pendek 1panjang.

2.


Then, lipat sekali pada shawl seperti gambar di atas.Tengok jari boodark tu , menggambarkan ada 3 layer yang terbentuk. 2 shawl and lagi 1 anak tudung. ala, kira macam 3d la...

3.


Dan 3 layer lagi. Selalu korang minum tea 3 layer je kan, ha jangan terkejut, shawl pun boleh 3 layer okeyh. Kemudian pin kan di hadapan.

4.

Ok, nampak result dia??? 1 pendek 1 panjang

5.

Kemudian, ambil part shawl yang pendek tadi, bawa ke opposite site.Bentuk sehingga menjadi segi tiga. Then, pin kan. Susun lah cantik-cantik oke???theee

6.

Ambil part shawl yang panjang tadi bawa ke opposite site .

7.
Bawa shawl yang panjang tadi jalan jalan naik atas kepala. Lepas tu posing sikit. Snap-snap..bunyi camera.(macam tu ke bunyi camera???hurmm???)

8.
Then, susun-susun lah apa yang patut supaya nampak smart.Susun lapisan demi lapisan. Fuh ayat macam nak jawab paper bm...:P

Kemudian pinkan.Untuk kali ini, thnx pada arina yang sudi pinjamkan pin sebab pin aku time ni tidak dapat dikesan.

10.

Lepas tu dah siap...tada...



Then posing-posing..

Then posing lagi..

Dan terus berposing sebab lappy ni ta banyak pic lagi...posing-posing

Dan lagi...Ajak kawan pulak...Pastu ambil prop(pin tudung yang chumel-chumel) dan terus berposing.Kalau tak suka jangan tengok..hee

Lagi???

dan akhirnya...gilak..

lagi? bawa masuk geng tido gua..kak zaza



perkara-perkara si boodark kewchik selalu lakukan untuk tenangkan hati dan jiwa bila dugaan datang

Hi and hi semua. kali ini si boodark kewchik nak cakap pasal apa? Tak reti-reti nak baca tajuk kat atas tu.ha, garang ta. gurau je.Im sorry..heee..Ok2 lah. Ini aku kongsi jer tapi kalau korang semua nak ikut pun wa ok je beb.Tadahal. Benda baik. ha.tetiba aku rasa aku ni gangster walaupun aku tak ganster pun..heee. Okla, aku rasa semua orang buat perkara-perkara ini, so tak kiralah, aku nak cerita juga.Taknak baca pun tak kisah.heeee.Aku kenkadang ada juga melalui hard time dalam hidup aku tapi aku macam kena la cool sebab kalau aku duk menangis je bukan boleh selesaikan masalah pun, betul tak.??? Oklah, berikut perkara-perkara yang aku selalu lakukan untuk tenangkan hati ku. Jom tengok!!!

3/12/2010
Lokasi: dalam kereta Yani
Situasi: kelas cancel , pastu perasaan tak tahu nak cakap camne.Tapi muka tetap cool walaupun mengatuk gila tido lewat semalam.

1. Of course pertama mestilah ingat Tuhan macam amalan yang korang semua buat sehari-harian, macam banyakkan zikir, baca Al-quran , solat, puasa, banyakkan lihat kejadian Tuhan. Ingat hucsna!!!jangan tinggal solat!!! .. (nasihat untiuk diri sendiri.)Ala yang selalu kita wat setiap hari la senang cerita.. Aku percaya kalau kita semua tak tinggal benda-benda ni , mesti jiwa tenang punyalah walaupun ada dugaan besar melanda.Ha, lagi satu baca Yassin setiap pagi, confirm aku rasa kehidupan hari tu lancar je.Kononnya, aku g Alamanda kan, mak ai, nak alamanda je, tanak warta ke, pkns ke, ha takisahla. .Mana-mana shopping complex kat Malaysia ni.sMacam senang betul cari parking kalau aku baca Yassin pagi tu.Kalau tak baca, alamatnya parking kat roof la aku,padan.

2. Banyak muhasabah diri. Sebelum kita berkata-kata tentang orang lain, fikirkan orang yang tak mampu nak cakap-cakap apa.Kira lebih kurang macam tu la.Kiranya berpk panjang sebelum lakukan sesuatu benda tu supaya aku tak menyesal dikemudian hari.Kira contoh kalau jari tangan kita ni asyik duk salahkan orang jer , cuba tengok balik berapa banyak jari yang tunding kat arah kita balik???.. 4 jari beb. ha.Sebab tula aku cam selalu muhasabah diri.Lagipun Im not 99%perfect .Nape 99%? sebab tak de sesiapa pun 100%perfect kat dunia ni.

3. Banyakkan masa dengan parents and family. Kiranya aku banyak buat aktiviti-aktiviti yang best-best dengan diorang.That's why aku selalu balik weekend.Sebab rasa jiwa tenang je.hee. Selain jiwa tenang, aku juga boleh makan yang sedap-sedap.Jadi, tidak hairanlah kalau badan aku naik berkilo-kilo setibanya aku sampai di rumah.

4. Maafkan orang lain setiap hari sebelum tido dan minta maaf.Ha. benda ni confirm korang semua sedia maklum kan, banyak la ceramah-ceramah yang bagi nasihat macamni.Even, kalau kita tak bersalah pun, kita minta maaf je sebab kadang-kadang mana tahu orang tu salah faham ke , apa ke kan. Kalau aku, aku minta maaf je walaupun aku tak bersalah sebab tanak lah gaduh panjang-panjang macam budak-budak tak matang.Aku rasa kita dah mature enough nak gaduh-gaduh ni. So , kalau orang tu tak nak maafkan, aku wat tak tahu je sebab I already do my part. anda bila lagi???? hehehhhee.Wah macam iklan banci penduduk pula, "anda bila lagi???"

4. Kurangkan bercakap banyakkan mendengar dan melihat.Sebab ada hadis cakap, janganlah bercakap melebihi zikrullah(zikir pada Allah/mengingati Allah) .Maksudnya macam cakap bila perlu sahaja. Tapi banyak mendengar cerita yang baik-baik je la okeyh. Kalau ada orang yang nak mengumpat ke mengutuk ke, aku lari cepat-cepat jauhkan diri. Lagipun pada aku, lagi banyak cakap and the way kita bercakap menggambarkan ilmu yang kita ada.So, better aku kurangkan bercakap tapi tak bermakna aku sombong tau.

5. Ikhlas dalam setiap perbuatan. Yang ini aku rasa korang pun sedia maklum. Janganlah kita mengharapkan sesuatu balasan kat seseorang itu selepas kita melakukan kebaikan kat dia. Kalau harapkan balasan, itu tak ikhlas disisi Tuhan sebenarnya. So, aku tak nak harapkan balasan apa-apa.Kira tak kisahla kalau dia nak buruk-burukkan ke, dia nak buat fitnah ke , dia mengutuk ke sebab Tuhan tu Maha Mengetahui. Jadi biarkan sahaja.Yang penting aku kena ikhlas, so bila dah ikhlas, kalau orang tu buat tak baik kat belakang aku, tak mengapa. Tak kisah. Uishh.. teringat pula kisah Nabi dulu-dulu. Orang duk letak duri-duri kat depan rumah baginda, Tapi dia sabar je. End up, bila orang yang selalu tu sakit, Baginda siap datang menziarahi rumah orang tu melawat.Subhanallah. Baik nya.

6. Jaga penglihatan. So, macam biasa la.aku pun macam semua orang juga, Nak jaga mata.
Elakkan tengok benda-benda yang tak sepatutnya.So, faham-faham sendiri la yeh.

7. Cakap dengan suara perlahan, rendah diri.So, bagi aku, biarlah aku tidak disukai disisi manusia tapi mulia disisi Tuhan.Jangan aku hina disisi Tuhan, tapi mulia disisi manusia.Itu mengundang padah namanya.Biarlah orang nak fikirkan apa-apa pun pasal aku, sebab I really don 't care what people say.Yang penting aku tahu apa yang aku nak buat, dan I ll do whatever I love to do. Sebabnya, kalau kita asyik nak dengar orang cakap , ini tak kena itu tak kena, kita takkan berjaya . So, lebih baik aku ignore je benda-benda yang boleh menjatuhkan aku.betul tak??

8. Banyak baca quotes , motivation quotes ,love quotes, friends quotes,ala-ala qoutes yang related dengan kehidupan seharian aku, setiap pagi supaya aku boleh fokus dengan apa yang aku nak buat. Itulah aku, selalu memerlukan sesuatu untuk meningkatkan confident level aku everytime nak buat sesuatu.Pastu barula tenang hidup aku.

9. Buat jadual harian. So, bila aku dah ada jadual, aku rasa tenang, rasa hidup ini bermakna sangat sangatlah senang cerita,sebab aku tau apa yang nak buat next.Walaupun jadual tu kadang-kadang ada juga aku ter miss, tapi at least aku rasa tenang dengan jadual hidup yang tersusun.Rasa diriku begitu beharga.

10. Busykan diri,macam sekarang, aku tengah free ni, aku tulis blog, kadang-kadang baca cerpen sebab kalau aku baca novel yang beribu-raban page tu confirm aku tertido. Pastu, aku juga suka dancing.Kalau kat rumah tu, memang tempat aku la nak wat aksi free style yang tak power langsunh tu.Tapi pedulik hapa aku, asalkan gua tenang beb..haha..ganas sungguh boodark kewchik ni.Kadang-kadang tu nyanyi-nyanyi karok sensorang, jangan tak tahu, nasyid pun gua layan juga bro. haha.

11. Elakkan fikir benda yang remeh temeh.Ha, yang ni memang aku expert betul. hehhee.. Memang aku jarang layan benda yang korang sendiri boleh fikir baik ke tak untuk korang, perlu ke tak buat benda tu, dan macam-macam lagilah.Benda yang kecil-kecil buat apa nak dibesar-besarkan, cuz nanti kita juga yang tension.Relax sudah.

12.Say mmmmmmm:)Maksudnya, banyakkan senyum, jauhkan dari gelak yang melampau-lampau sebab my mum pesan kalau banyak gelak benak hati,Pastu ilmu susah nak masuk pastu hati tak tenang. Cukuplah aku senyum-senyum kucing .

13. Pilih kawan.jauhkan lah dari kawan-kawan yang negatif dan berkawanlah dengan orang-orang positif dan yang berfikir tentang masa hadapan.Aku akan elakkan orang yang menjatuhkan semangat aku. Tapi tak bermakna aku sombong ataupun benci kawan ngan korang. Aku tegur sesiapa sahaja .Lagi satu, aku cuba elakkan dari ada kawan yang rapat-rapat sangat sebab aku tak nak terikat dengan rule-rule yang membebankan hidup akau sendiri.Cukuplah aku mempunyai kawan-kawan yang serdahana dan biasa-biasa sahaja.


Ha. ni la dia nana.kawan dari zama Hello Kitty.Kitaorang ni peminat and pengumpul barang-barang Hello Kitty taw.Kalau dia ada lampu Hello Kitty, aku pun mesti ada satu.
Situasi: on the way pergi photoshoot kat Putrajaya



Namun, aku mempunyai seorang sahabat yang setia dan baik dengan aku iaitu nana. :) Dia juga merangkap akak angkat aku sebab family dia tu family angkat aku.so, untuk pengetahuan, aku ni banyak juga family angkat sebab dulu-dulu parents aku kerja, so my parents akan hantar pergi rumah family angkat aku ni la.hehe..

Yani, pepah. member yang banyak bagi nasihat lagi supportive.Thanx korang and semua la kawan-kawan .
Lokasi: dalam kereta Yani juga, sebelum menegetahui kelas cancel
Masa: dalam kul 10.50am


14. Banyakkan bersabar. Banyak consider.Ntahla, semua orang sebenarnya mempunyai tahap kesabaran masing-masing.Tapi aku fikir, kita memang kena banyak-banyak bersabar walau macamna pun. Sebabnya, Nabi Muhammad lagi diberi pelbagai macam dugaan , tapi baginda still sabar. Oh , hebatnya. jadi aku kena mencontohi beliau.korang juga boleh kan???..hee

15. Oklah.Now ini yang terakhir yang aku selalu lakukan untuk dapat ketenangan iaitu mengingati mati and aku rasa korang semua pun buat perkara ni.So, hari-hari aku mengingati mati , aku rasa aku kena isikan masa-masa dengan perkara yang berfaedah.Appriciate life. Aku rasa hidup lebih bermakna dan tiada masa nak fikir pasal dugaan-dugaan hidup.
Kenapa mesti pic mereka berdua???Sebab tadi kitorang pergi dispenseri tadi.So aku rasa macam ada kena mengena.Sihat sebelum sakit.Ada kena mengena ke
???





Then jadilah kehidupan yang tenang.heee

TAMMAT...


Thursday, December 2, 2010

Tutorial shawl - (sweet&special) Part 1 - bergaya dengan si boodark kewchik



Ye, pembaca-pembaca yang budiman semua. Arini si boodark kewchik nak tunjukkan macamna si kewchik pakai shawl hari-hari ke kelas okeyh.Siapa yang berminat boleh baca. kalau tak minat pun juz ignore. Ini memang sesuka hati aku jeh nak pusing-pusingkan shawl ni. Bak kata si chantek hanis zalikha, "saya putar halim" ..Asalkan aku selesa. So law nak ikut, ikutla. aku ta kisah, asalkan korang berasa confident dengan style ni okeyh.


Orait, 1st mari berkenalan dengan barang-barang yang diperlukan .Mula-mula mestilah


Bahan-bahan:

shawl , anak tudung, reben, 2 pin tudung yang kecil-kecil

Mula-mula:

1.
a) Pakai anak tudung.
b) Then letak shawl atas kepala.Satu pendek satu panjang.
c) Then pinkan shawl dibelakang okeyh.Selalunya, orang pin kan kat depan.Tapi aku lebih suka pinkan dibelakang sebab aku ni ganas sikit. So, kesimpulannya aku lebih selesa pin di belakang sebab rasa lebih selesa.Lagipun look proper ckit sebab nak bagi tone antara anak tudung tu with the shawl nampak hidup.Haish si boodark kewchik ni pandai berkata-kata(option)


2.

a) Then amik bahagian shawl yang pendek bawa lari dekat the opposite site.nampak2? okeyh. Siap tujukkan lagi tu.

3.
a) Then ambil bhagian shawl yang panjang belit-belit naik atas kepala. Pastikan ia ada flow- flow yang cantik okeyh.
b) Susun elok-elok.

4.
a) susun dan terus menyusun sehingga terbentuklah flow-flow tu.

5.
a) Then amik 2,3 helai hujung shawl yang pendek tadi tu bawa ke depan. Ini supaya nampak cute-cute gitu.Yang ni pun option. Nak buat boleh, tak nak buat pun takpe.

6.
a) Jadi, terbentuklah bentuk seperti ini.
b) Kemudian , pinkan kat atas kepala pada shawl panjang yang anda telah bawa di atas tadi supaya kalau ada kemarau, shawl anda tidaklah terbang-terbang unless kalau korang yang nak macam jd heroin filem kuch kuch hot ta he. selendang terban-terbang.

7.
a) Jadi beginilah hasilnya.
b) oops belum habis lagi. Nanti dulu.Anda juga perlukan...
8.
a) Reben.. tada.. Ini reben anda boleh letak kat mana-mana yang korang suka. Reben ni ade yang murah ada yang mahal.Aku rasa nanti macam nak juak reben ni.Tapi sebenarnya, kalau ke kelas, jarang aku pakai reben-reben ni sebab lepas habis kelas , sampai je rumah(rumah sewa) aku campak je reben merata-rata. Itu yang malas nak pakai tu. takut hilang. Pakai kalau ade event-event yang penting je..heee

8.
a) Letaklah mana-mana. Atas, tengah, bawah, kiri, kanan .Senang cakap suka hati koranglah. Asalkan selesa.

9.
a) Lagi sesuka hati...

10.
a) Dan akhirnya, kalau dah takda idea lagi da, letakla kat hidung. Lepas itu amik gambar depan lappy korang like I always do.

11.
a) Pastu korang posing la sensorang depan lappy korang .Kalau korang macam spesis aku, korang juga boleh ambil gambar sensorang menggunakan camera handphone korang okeyh. Use secondary camera.Seriously, korang akan perasan yang korang sebenarnya cantik tahap Miss universe..

12.
a) Dan posing-posing lagi.

13.
a) Sehinggalah korang penat posing dan berakhir dengan gaya rabbit kelaparan.

Jadi. selamat mencuba ye pembaca-pembaca semua!!!
Kalau ada apa nak tanya, confuse ke sebab bayak belit-belit shawl ni. Tanya saja okeyh.Jangan malu-malu.okeyh.

TAMMAT...

Wednesday, December 1, 2010

kelas Encik. Yunus~


Encik Yunus cakap " if u are going to take my subject, do make an agreement with your partner, do not break up on the night before the exam "...

Ya, itulah kata-kata yang terpacul keluar dari Mr. Yunus yang pastinya membuat student yang sedang couple dalam kelas beliau terasa dan tergelak-gelak tahap hardcore bila dengar statement tersebut. Tutur kata beliau sangat perlahan dan sopan tapi memberi makna yang sangat menusuk kalbu buat student-student beliau terutamanya yang sedang mamadu asmara. Banyak juga nasihat-nasihat yang berguna .Rasa masuk kelas agama pun ada juga tadi. Tapi, baguslah .

Wah.tiba- tiba rasa serius sangat. Baguslah kelas ni sebenarnya. Hari pertama je dah kena brainwash. Anyway, betul juga cik Yunus cakap.Kalau la ada yang clash time tu, memang megundang malam petaka la atau lebih tepat malam malam tanpa cintamu. Tak gitu. Hmm.

Ada lagi firman-firman yang dia terangkan tadi macam :
"it is possible that u dislike a thing which is good for u"

Betul la tu. Kadang- kadang kita kecewa sebab tak dapat apa yang kita hendak, tapi sebenarnya kita tidak sedar benda yang kita hendak itu boleh merosakkan kita sendiri.Jadi renung renungkan dan selamat beramal.Ini iklan ok.

Kadang-kadang kita diuji dari segala macam dugaan. Then kita down. The simply cakap I just can t take it anymore.Tapi dalam Al-quran cakap

"Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .

Kadang- kadang kita tanya kenapa kita diuji?

Al - quran always has the answer:

Baguslah kelas tadi. Memberi motivasi yang sangat- sangat berguna kepada student.As for me, that is the thing yang every lecturer perlu buat time 1st day class . Student always needs motivation in order to success. Jadi kesimpulannya, tak sia- sia aku masuk kelas tadi walaupun pertengahan kelas tersebut ada juga yang cuak sebab terlihat slide dia yang bertulis

"7. Presentation opprtunity :)
5 mins presentation in class "

Macam itulah lebih kurang dia tulis. Yang tak boleh bla siap dia put the smiley face lagi. Keadaan ini membuatkan kebanyakan student tidak senang duduk dengan ststement tersebut. Apa-apapun chill sudah kan kawan-kawan????. Apa yang penting, just face it and and brainwash!!!
ok sekian.. :)

TAMMAT.