Thursday, March 15, 2012

Bagaimana menghadapi orang yang terkena seizures?

Salam.
Agak terkejut jugalah bila melihat seorang lelaki terbaring di tengah jalan dalam keadaan hujan di U BK tadi. Kejadian berlaku ketika BK mahu menuju ke bagunan admin, dan tiba-tiba BK nampak ada orang dah terbaring di tengah-tengah jalan raya. Nasib baiklah ada student-student dan pekerja di situ yang lalu membantu. Menurut teman yang membawa pesakit itu, ketika sedang menunggang motosikal, dengan tiba-tiba pesakit yang duduk di bahagian pembonceng tidak sedarkan diri, namun bernasib baik kerana disedari oleh rakannya yang berada di hadapan dan cepat-cepat temannya menerkam badan. Namun pesakit terjatuh juga akhirnya. Pesakit kemudian di bawa ke bus stop berhampiran memandangkan hujan.

Semasa BK di bus stop tadi, kaki pesakit tiba-tiba berasa sangat berat apabila kakinya tiba-tiba terjatuh atas hujung kaki BK sehingga BK terpaksa mengalihkan kakinya menggunakan tangan even pesakit bertubuh agak kecil. Agak pelik bukan?

Jadi atas kesedaran ini, BK pun terus mencari maklumat tentang penyakit sawan ini. Nak tolong orang pun kena ada ilmu juga, tak boleh main redah je gerak pesakit sana sini, takut-takut jadi benda lain or lebih teruk lagi.

Mungkin anda ingin menyelamatkan pesakit sawan ini, tapi bagaimana caranya?.Pertama mari kita mengetahui apa itu sawan or dalam english epilepsy?

Sawan babi / kekejangan otak/ seizures(BI). Sawan adalah pergerakan seluruh anggota otot badan bersilang-silang mengeras dan melembut (generalised tonic clonic). Terdapat sawan yang melibatkan pergerakan satu bahagian badan sahaja seperti satu tangan satu kaki. Sawan yang berupa kejang kebiasaanya disertakan dengan pergerakan mata hitam ke atas atau ke tepi mata, lelehan air liur, terkencing dan terbuang air besar. Kadang-kadang, mulut atau hidung pesakit akan kelihatan kibiru-biruan (tanda tidak cukup oksigen).

Tempoh kekejangan boleh jadi dalam saat ke beberapa minit. Kemudian, pesakit akan tidur selama beberapa minit.

Terdapat juga sawan dari pelbagai jenis Petit atau Absence di mana pesakitnya tidak mengalami sebarang kekejangan otot dan mata tetapi mata mereka tiba-tiba memandang ke satu tempat selama beberapa saat atau minit tanpa badan, suara atau mata menunjukkan sebarang reaksi/respon kepada stimulasi(Staring into space without jehe eye nusckesrjing movements of the eye muscles)

Berikut adalah langkah-langkah dari Dr. Muna.

Bagaimana untuk mengesahkan anak atau jagaan anda mengalami sawan?

Cuba pegang anggota badan mereka contohnya tangan atau kaki, jika ia masih lagi mengejang dan mengeras semasa dipegang, maka itu adalah sawan. Ini berbeza dengan keadaan menggigil. Ramai juga ibu bapa yang tersilap menganggap menggigil adalah sawan. Kemudian simptom akan diikuti dengan simptom mata, air liur dan buang air kecil atau besar seperti yang saya terang di atas. Kemudian pesakit akan berasa mengantuk selama beberapa minit.

Apa yang boleh anda lakukan?

1. Jangan panik!

2. Terus menunggu di sebelah pesakit iaitu jangan tinggalkan pesakit walau seketika (jika hanya berduaan dengan pesakit).

3. Catatkan tempoh sawan dan perhatikan simptom-simptom di atas sama ada ia ada atau tidak.

4. Tidak perlu memegang pesakit. Cuma, perlu jauhkan pesakit daripada sebarang objek atau perabot keras. Dan mungkin boleh alihkan pesakit ke atas tilam atau alas yang lembut.

5. Jangan letakkan apa-apa barang ke dalam mulut pesakit.

6. Selepas sawan berhenti, segera letakkan pesakit di dalam keadaan mengereng supaya sebarang muntah atau lelehan air liur tidak menyebabkan pesakit tersedak atau tercekik.

recoveryposition

7. Kemudian, baru dapatkan bantuan daripada orang lain atau menelefon 999 atau 112 (telefon mudah alih). Semua sawan mesti dirujuk ke hospital dan bukannya ke klinik-klinik kecil.

8. Redakan sebarang demam panas dengan membasahkan (tepid sponging) badan mangsa supaya pesakit tidak mendapat sawan yang ke dua.

9. Jangan beri sebarang ubat demam melalui mulut semasa atau selepas sawan. Boleh gunakan ‘ubat punggung’ (suppositories).

10. Pemerhati sawan atau witness mesti hadir ke hospital supaya doktor dapat mengambil keterangan dengan teliti dan jelas.

Pencegahan

1. Setiap ibu bapa, guru atau penjaga mesti tahu sejarah kesihatan dan alergi anak atau jagaan mereka.

2. Kenal pasti sebarang faktor atau trigger yang boleh mencetuskan sawan seperti pemakanan, televisyen, komputer, kekurangan tidur, stres, keletihan atau penat dan yang paling biasa ialah demam panas.

3. Rawat segera keadaan demam panas. Pastikan anda menyimpan paracetamol suppositories (panadol per rectal) untuk keadaan kecemasan seperti sawan.

4. Penjaga harus lebih berhati-hati dan prihatin dengan anak-anak yang demam dan segera bertanyakan kepada ibu bapa sekiranya ada sebarang kes-kes yang istimewa seperti sawan.

Sumber asal

4 comments:

Ikan_Pari@@ said...

alamak kalau tengok orang sawan mau kite pon naik sawan sekali

hucsna-B.K said...

tayah nak over sgtla parii oiiii~~

Unknown said...

bagus entry ni.. ramai yg tak tahu langkah2 menghadapi keadaan mcm ni... ramai yg takut sawan tu menjangkit agaknye... kesian... ade sepupu yg menghidap penyakit ni... dah meninggal dah...

#######

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/cerita-zaman-kecil-memburu-bersama-abah.html

jom singgah blog founder gerila penulisan kreatif ni... komen2 la kalau sudi... pun kalau sudi.. tak paksa..

hucsna-B.K said...

sam= oyeke.. bhaya nya..yup2, kdg2 kita tidak tahu nak tolong orang macamna