Friday, December 10, 2010

Tutorial shawl - (sweet&special) Part 5 -bergaya dengan si boodark kewchik~easy and simple in just 5 minutes!

Anak kuda berpusing-pusing,
Diikat pula dengan tali gasing,
Tok Leman(owner kuda) tengok cermin ada pimple,
bersama hari ini dalam easy and simple.


Ye, itu dia sajak yang dideklamasikan oleh peserta nombor 7, Miss boodark kewchik. Itulah dia, sajak yang begitu tragis sekali yang tidak dapat diperoleh dimana-mana tempat kecuali di blog ini sahaja.

Ok Hucsna , stop-stop.

Baiklah cikgu. Ok hari ini kita akan belajar macamana nak pakai shawl dalam masa 5 minit sahaja dengan mengikuti beberapa langkah mudah.
Mula -mula mestilah kena ada bahan-bahan dia:

1. Shawl
2. Anak tudung
3. 2 pin tudung
4. Extra(macam biasa untuk memeriahkan suasana )Untuk kali ini miss zaza kecewa kerana tidak dapat menjadi extra kerana kelewatan beliau menghadirkan diri ke sesi tutorial kali ini.Lepas tu dia kecewa sorang-sorang.Takpe, banyak lagi episod lain yang akan datang.
Baiklah, kita start...

1. Beberapa saat pertama- sila pakai anak tudung.Kemudian pinkan shawl di tepi sebelah kiri anda. Bawa lebihan shawl ke atas kepala untuk langkah seterusnya.

2. Kemudian kemas-kemaskan tudung dan make sure pin tak lari-lari.Gambar di atas menggambarkan Boodark Kewchik menunjukkan kedudukan pin tesebut.

3. Kemudian ambil satu pin tudung.Tarik shawl tadi di belakang dan pinkan.Sila lihat gambar di atas.

4. Tarik lebihan shawl ke hadapan .Make sure dia terletak betul di atas kepala dan buat diri rasa secure dengan shawl tersebut.

5. Lebihkan shawl di bahagian hadapan badan.

6. Bawa hujung shawl tadi ke tempat mula-mula pin yang digunakan tadi.

7. Buka semula pin tadi dan lapikkan penghujung shawl pertama dan kedua dan pinkan semula. Tujuan buka semula pin tudung tadi adalah bagi mengelakkan pengunaan pin yang banyak pada bahagian tepi kepala.

ok , done!!!5 minit bukan???

Then apa lagi, kita pose(suara ala-ala Nora Danish yang comel tu.wow)

Tu dia gigi arnab dah mai dah...

Pandangan sisi kiri dan kanan.

Lepas tu aku da mula bosan sambil diiringi lagu bengang dari akim yang berbunyi(~aku bosan dengan cerita mu, aku rasa buang masa...lalala~~~)

Buat-buat macam ada hal.Aduyai, pening bro.

Lepas tu gaya, ko pehal bro??? ada masalah ???

Then ala-ala peace...

Lepas tu ala-ala gangster Kampung Pisang yang jadi mat rock dalam zombie Kampung Pisang tu. Wa caya sama lu ..

Next ala-ala comel pipah.

Ditambah pula dengan gaya malu dan terus malu .Gaya ini sangat sesuai jika anda seorang yang pemalu lagi segan(bukan sama ke maksud???). Dengan melakukan 3 step mudah, iaitu :

a) Mata pandang bawah.
b) Ambil sedikit bahagian shawl dan tutup mulut dahulu
c)Selepas beberapa ketika, terus naikkan sampai ke muka bagi menujukkan anda tersangat pemalu sambil menyebut perkataan "daaa"

Dan secara tiba-tiba sesatnya ice cream cone Mc d yang beharga rm1.00. Boodark Kewchik tak makan ice cream yang mahal-mahal ok.

Then, baru perasan gigi arnab terlepas keluar.

p/s: Mcd sila bayar royalty lebih ye?.penat promote ni.

Ice cream cone ini menjadi kegilaan boodark kewchik dan pipah sejak hari pertama kami bertemu di Rajawali. Serius, aku rasa ayat aku ini sweet sangat.perghh...

Dan dah nak habis aku kerjakan.Padan muka ice cream, siapa suruh sedap sangat.Anyway, boodark kewchik siap tujukkan lagi logo Mc d , kalau tak dapat royalty juga tak tahulah nak cakap apa.(Ayat nak sedih je...)

Ignore the ice cream coz aku makan memang agak comot.Senang cerita aku tak reti makan ice cream dengan gaya yang cermat.

Dan tetiba muncul extra yang memakai seluar bunga-bunga bangi memeriahkan suasana. Seluar berbunga itu banyak kisah sejarahnya.Thanx Ira..heeeee.tettt

Sekian, selamat mencuba!!!

TAMMAT...









Thursday, December 9, 2010

Tutorial shawl - (sweet&special) Part 4 -bergaya dengan si boodark kewchik~sopan tapi stylo

Salam. pembuka bicara ,
kepada pembaca dan juga stalker,
pagi hari kita bersarapan,
bersama kali ini berstyle dengan bersopan.


Fuh, power betul aku cipta sajak nie. tak sampai berapa minit dah boleh buat satu sajak.Hebat kamu ini.Serius aku rasa mesti cikgu bm aku berbangga dengan pencapaian aku mencipta sajak kali ini. Ingat senang ke cipta sajak, orang yang tertentu je boleh.Tetiba ku rasa riak semacam.Astaga.

Baiklah- baiklah, berbalik kepada tajuk perbincangan kita pada hari ini, sopan tetapi stylo. Untuk tutorial kali ini sesuai untuk semua majlis terutamanya ke kelas agama, majlis-majlis agama, dan jalan-jalan. Gaya kali ini lebih menitik beratkan di bahagian hadapan badan . Jadi. saksikanlah. Hanya memerlukan masa 7-13 minit untuk menggayakan style ini.

Ok. check this out...

Macam biasa...

Bahan-bahan:

1. Shawl
2. Anak tudung
3. 3 pin tudung
4.Subang
5. Pelakon extra untuk memeriahkan suasana...


1. Kalau ada subang yang cantik pakailah sebab tutorial ini boleh digayakan dengannya. Kalau boleh cari la subang yang melurai-lurai panjang sikit.Ok then pakai anak tudung. Make sure telinga tertutup kemas .

2. Pakai shawl. Pastikan hujung shawl tu same level bagi kedua-dua belah kiri dan kanan.

3. Kemudian bawa kedua-dua belah shawl tadi ke belakang dan pinkan. Kemudian twist kan kedua-dua belah bahagian tadi di belakan. (kiri ke kanan , kanan ke kiri , sila lihat gambar di atas)

4. Ok. kemudian bawa kedua-dua bahagian yang telah di twist tadi kehadapan.

5. Kemudian, ambil shawl di bahagian kiri bawa naik ke atas kepala.

6. Dan kemudian pinkan di tepi opposite side seperti gambar di atas.

7. Next, ambil lagi satu side shawl tersebut dan bawa ke opposite side dan pinkan .

Ok done!!!

Ok posing. snap-snap.

Tiba-tiba zaza datang bawa omelette.Tada, inilah hasilnya bila zaza menjadi ajk makanan bagi Uniten cup.

Then pose-pose lagi.

Ha, nak taw ape jadi lepas nie???

ha..Lu pk la sendiri...:P

Ha, ni gaya yang pipah selalu buat.

Subang yang dipakai nak bergambar juga.

Posing-posing lagi

Ha, ni pose yang hasliza suka.

Pastu tiba-tiba tersesat reben-reben ni dalam magic box boodark kewchik


Dan...

Bawa extra join sekali


Lagi extra mengayakan pose-pose yang tidak disangka-sangka.

Dan makin lama makin tak disangka-sangka.Lebih nie bro.

Dan finish...:) Selamat mencuba

p/s : Fiq, dah 4 da ni.bila lagi???:)
TAMMAT...

Wednesday, December 8, 2010

Tutorial shawl - (sweet&special) Part 3 -bergaya dengan si boodark kewchik~santaI-santai di tepi pantai

Mahu ke pantai atau pulau indah(tett.....) yang mengasyikkan dan tidak tahu cara apa yang sesuai untuk digayakan?
Boodark Kewchik ada penyelesainnya!!!


Wah, aku rasa macam menjadi betul promotion aku, rasa nak jentik-jentik hidung aku ni. Orait2. Gaya ini sesuai untuk tempat yang santai-santai , dan kalau dapat lihat ada sedikit wavy-wavy macam tu di salah satu side pada style kali ini. So, bila u all dekat pantai ditiup angin bayu laut, nanti dia nampak macam terbang-terbang sikit shawl at that side tu. So, time tu bersedia untuk meng'snap-snap sebab confirm cun n cute sangat time tu.

Ok let's check this out...

Bahan-bahan:

1. Shawl(kalau boleh cari shawl yang mempunyai texture yang lembut dan mudah untuk di flowy-flowy . Cari shawl yang panjang)
2. Anak tudung
3. 4pin tudung
4. Camera




1. Pakai anak tudung dan letakkan shawl di atas. Pastikan hujung shawl sama level.
Apa tujuan boodark kewchik tunjukkan anak tudung tu??? Sebab ada one part of the shawl yang akan menampakkan anak tudung tu untuk bagi tone di situ... boodark kewchik agak memberatkan sikit warna-warna ni.:)



2. .Ok, da sama level, kemudian ambil satu side of the shawl dan tarik sedikit ke opposite side dan pastikan smart dan tersusun. Bawa satu lagi side ke belakang. Style kali ini tidak seluruh anak tudung,Ia hanya akan digunakan pada sedikit pada one part of the shawl.Kemudian lipatkan supaya terbentuk 2 layer


3. Pusing-pusingkan


4. Bawa shawl tadi di atas


5. Atas, pandangan sisi.Satu pin diperlukan


6. Pin dan kemaskan. Next, bawakan satu lagi side ke hadapan


7. Dan time inilah anak bertudung akan berguna untuk style ini. Tarik shawl menjadi lebar untuk dapatkan flow yang yang cantik . Sila lihat next step.


8. Bawa shawl tadi ke belakang dan pinkan. Nampakkan, satu flow akan terbentuk. Flow inilah yang akan membuatkan style ini menarik dan elegan gitu.


9. Ok, da nak siap da.ha, excited sensorang. Jadi bila angin tiup-tiup akan menampakkan anak tudung tadi. Jadi, kalau nak tahu lebih, Sila cuba dan pergi tepi pantai ok..:)


10. Kemudian jangan lupa pinkan.


11. Dah siap!!! It s time untuk posing-posing.


Pandangan sisi.


Kasi tengok kat belakang sikit


Depan sikit


Sisi sikit


Dan dah penat.


Posing


Ok.finish!!! Try jangan tak try!!!

TAMMAT...

Monday, December 6, 2010

fuhh!!!



Salam, ni adalah lagu terbaru favourite aku yang diperkenalkan oleh zaza.. i loik this songz sher much!!!

Kisah 2 lelaki ini dalam hidup boodark kewchik

Hi and salam.Kisah 2 lelaki ini dalam hidup aku.Mereka berdua sangat bermakna dalam hidup aku, kira kalau aku tiada diorang senang cerita hidup aku tak happy la.Haha.. gila la statement aku.Sebenarnya, sebelum aku balik semalam , aku jumpa member aku ni.Diorang adalah 2 orang classmate melayu dalam kelas aku masa time form 4 and form 5.

Ahad
5/12/2010
Janji kul 3.45pm, sampai kul 4pm.


Pagi: Hafitz msg tanya nak minum-minum sebelum aku balik disebabkan mereka baru start cuti .huhu..Aku da habis cuti:(

Kul 3.30pm: aku call kedua-dua lelaki ini dan confirmkan 3.45pm masa untuk jumpa di tempat biasa kitaorang jumpa.Restoran patana menjadi pilihan ...



Diorang nilah antara lelaki yang banyak tolong, support aku time sekolah dulu. Apa-apa cerita, diorang boleh selesaikan.Muka nak serius je diorang ni. jentik hidung kang.



Aku tengok phone, phone tengok aku.:P.Pastu, ma call tanya nak balik kul berapa cuz hari nak hujan.Ma aku sangat risau kalau drive time hujan ni.

Hafitz and Shafiq.Nothing much yang kitaorang discuss tadi.Kitaorang cuma plan nak pergi picnic next week or the following week. Fuh, tak sabar...Aku dah janji ngan Shafiq nak main polar bear. Ko jangan tak main pula nanti.Apa-apapun , happy gila jumpa diorang tadi dengan hafitz gelak-gelak tak stop-stop kemudian disambung dengan hilai tawa syafiq dan disambungi oleh aku dan terjadila gelak berirama yang diketuai oleh hafitz.Kau ader???ngee.Ngan diorang je boleh buat gelak berirama ni je taw.wawa

Nama: Hafitz
Perwatakan: pendiam, tapi bila dah start bercerita,hambik kau. Pelawak yang berjaya, suka buat-buat blur.
Status: Single rasenya...tett..
Pekerjaan: Student uitm, (banking)


Nama: Shafiq
Perwatakan: Serius, berminat pada benda-benda baru dan pelik-pelik. Pelajar cemerlang di sekolah
Status: Single.
Pekerjaan: Student usm(social science)Beliau bercita-cita menjadi ahli criminalogy



p/s: Tim, fazdilah, anyza, nazlina, syahira- sila hadirkan diri pada lepak'ng akan datang untuk discuss pasal picnic.Kerjasama anda semua sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Fuh, dah lama tak tulis surat kiriman rasmi.

pukul 5.45pm: aku gerak balik bangi.Sampai dalam kul 7.15pm camtu.

TAMMAT...