Friday, June 20, 2014

The Completion =) #finally

Salam completion 




Disebabkan dah na masuk Ramadhan ni, aku nak kongsikan sikit gambar time Ramadhan  dulu-dulu, after terawih kitaorang akan makan sahur awal ramai-ramai. Pergh, rindu zaman degree.

    Mungkin ada yang dah sedia maklum, or baru tahu yang aku pun at the same time buat part time job. Actually banyak jugalah part time job yang aku buat sambil belajar. Walaupun adalah juga dapat scholar sikit. Tapi aku rasa aku perlukan duit poket sendiri dengan harapan tidak membebankan ibu bapa, selain untuk mendapatkan pengalaman kerja dalam masa yang sama. Aku sebenarnya boleh dikategorikan dalam dah agak biasa susah. So, ta kisahla kena kerja kotor-kotor. Aku juga buat macam kerja-kerja contract. Angkat pasir, bancuh simen, pasang batu bata. Itu mungkin ramai yang tak tahu. Bukan senang nak jadi senang. So, aku tak nak biasa senang. Nak juga rasa macamana susahnya nak dapat duit supaya boleh ajar rasa bersyukur. Owh, tapi untuk kerja buruh kasar ni, aku tiada mengenakan charge apa-apa. Sebabnya? biarlah Tuhan sahaja yang tahu... hee. gitew

    Aku juga ada buat part time wartawan dengan salah sebuah akhbar, actually dua paper. Aku bersyukur sangat sebab dapat bos yang best dan amat emphasize on hal-hal agama dan jenis slumber. Kadang-kadang kalau story tiada tu, serba salah juga jadinya dekat office. Ada satu masa aku nak resign tapi bos aku ni dia macam agak memahami la juga sebenarnya. Basically office dekat N.Sembilan. So aku ulang alik Serdang, kenkadang balik malam, ulang alik dalam satu hari. Tapi best juga sebenarnya. Adventure which is benda yang aku minat.

    Next aku juga buat freelance press dengan IT techcrunch, basically cover event juga, based in KL. Founder and CEO pun sempoi and yang paling penting tak pernah lupakan soal agama. Tu yang aku banyak belajar sebenarnya. Rasa bersyukur sangat sebab kasi kesempatan jumpa orang-orang yang caring dan baik hati. Kenkadang sampai tanya dalam hati "kenapa diorang ni baik-baik and caring sangat nih" Macam tulah lebih kurang aku tanya pada diri.

    Next, buka online shop secara kecil-kecilan. Segan gua nak tunjuk sebab sangatlah biasa-biasa je yang diberi nama B.K Fashion Premium. Alhamdulillah sambutan juga tak kurang hebatnya.Bukan senang nak senang weyh. 

    Akhirnya baru-baru ini pada tanggal 13 June akhirnya last result keluar menandakan tamatlah pengajian dalam MBA aku. Lega gila. Macam personal satisfaction gitew. Dulu aku selalu tengok orang lain yang sambung sampai master, phd, i always wonder,  tapi tak sangka pula akhirnya aku pun buat benda yang sama. Perancangan Tuhan memang hebat. Terima Kasih Allah. =')

Akhir sekali aku ingin kongsikan pengalaman aku bekerja yang mungkin dapat dijadikan pengajaran kita semua. Sesungguhnya, dalam kerja aku ni, aku senang sekali berjumpa dengan orang yang tidak berkemampuan atau kekurangan kerana di situ buat aku lebih bersyukur. Lihatlah mata mereka yang memerlukan, lihatlah bila mana mereka makan, akan terbit rasa syukur dan insafi diri kepada kita yang sering merungut dan memberi alasan. 

Soalan demi soalan bertanya. Sampailah ada satu soalan yang buat air mata aku ni penat tertahan-tahan, sebak pula weyh, akak camera ni berapa ratus akak, mahal tak? Tak sampai hati rasa nak bagitahu harga sebab bila dia start cakap ratus, aku da mula sebakla juga sebenarnya, teringin sangat nampaknya. Kalau bagi tau beribu, takut diorang sedih. Kalau nak ikut hati, kalau aku kaya berjuta-juta duit dalam bank, seyes rasa nak bagi je camera tu. Then, ak pun cakapla, dik akak kena kerja kuat untuk dapatkan camera ni. Akak pun bukan orang senang, puaslah aku duk pusing kona2 lari nak sebut harga. kalau kita susah, kita kena selalu ingat, ada orang yang lagi susah. 

So, kita kena selalu bersyukur dengan apa yang Tuhan beri sekarang. Lagi kita syukur, lagi Tuhan kasi banyak. Dalam duk layan diorang makan, bersungguh-sungguh sangat makan, senang n tenang je ak tengok. Tapi, dalam pada tengok diorang makan tu, sebenarnya berapa kali jugala aku tunduk, then pusing kebelakang, ak rasa semua orang pun faham ... Sayangilah anak-anak yatim , dan orang tua yang masih ada sahabat, jika sudah tiada doakan mereka . Jangan sesekali abaikan insan ini... #spreadthelove Aku rasa nilah gambar yang paling cantik dalam camera aku yang diambil oleh salah seorang anak tahfiz ini kerana tersimpan banyak yang tersirat disebalik anak ini. 


habis/

Wednesday, December 4, 2013

Kahwin kawan se'uniten #gitew

Salam
Ikuti Majlis Perkahwinan #erinlah
Much Love Unitenians










.........||.......





.......|||......




......|||......




Semoga berbahagia ke anak cucu =)

TAMMAT

Tuesday, November 12, 2013

Eh, macam kenal jew?

Salam
Helew, I m tryin' to be low context people here where no flowery words are written as the introduction of my post. gitew. Aha. Nway, baru-baru ni one of my friends ada post satu gambar dekat private group u kami, dengan caption boleh tahan kasar die. Lol. 

'' Saw dis picture on PBS page.. Boodark, adakah monster itu kamu??? ''

Pada mulanya, ta aspect yang luar biasa pun just ingat post biasa. Then sekali tengok, hambik kau, gambar keluar dekat website u. Ta pernah-pernah aku bergambar nampak gigi, sekali tengok ambik kau mak jemah duk bebel apa ntah time ni. lol

Btw, actually time ni dalam meeting dengan rakan-rakan serta bod and one of manager in exxon mobil.

Masa ni, aku taknak cakap pun sebenarnya sebab aku tengah fikir something berkenaan dengan meeting tu jugalah, tiba-tiba one of the bod cakap ''I think u ve got  something to share''. Perghhh, macamana dia boleh tahu aku tengah berfikir ni, mantap betul. Then aku pun bangun la and cakap. 


Lastly, thanks for those yang letak gambar ni, I am happy. Alhamdulillah. Next time letak gambar ramai-ramai pulak keyh denganrakan-rakan saya baru happening and for sure gambar saya kena tutp mulut. Lol

K bye
TAMMAT

Wednesday, November 6, 2013

A bachelorette party for this cute girl (=

Salam

Sebelum Arina sampai, kami dah posing dulu dah. LOL










About to get married









She s gettin' married . OMG!!!





Selamat Berkahwinnn Arinannnggg!!!

Nanti dah kahwin, jangan lupakan aku keyh. hihik

TAMMAT

That feeling when you reach the top, gitew

Assalamualaikum
Baiklah baru-baru ni, BK pergi meluangkan masa ke aktiviti wall climbing. So di bawah ada beberapa gambar yang sempat dirakamkan.

Btw, time ni, BK rasa bila da sampai atas tu, rasa nak nyerit '' erghhhhhhh'' hilang segala perkara yang membelenggu fikiran time tu. #gitew ayat .

 



     



 





Thanks Friends
=)

TAMMAT













Sunday, September 1, 2013

Explain...

A'kum
Hi olz, gitew, akhirnya habis juga final BK. Yeayyy! Nak tahu ta, masa final haritu BK rasa macam nak pecah kepala cuz most of the subjects kena membaca dan yang paling penting kena faham topic tu betul-betul. Al maklumlah, bukan boleh main-main lagi macam degree dulu just ingat key point then dah boleh dapat markah.  Ni kena faham betul-betul der, kalau letak point tu without further explanation memang nightmare bro.



Naik lenguh juga tangan menulis, 1 soalan 1 to 1 and half page. So bayangkan kalau 5-6 soalan, memang nak menangis wei dalam exam hall tu. Glad my kerja kena kena menulis, so macam membantu la juga practice tangan ni supaya dapat tulis laju-laju. Gitew.

Tangan pun dah keluar urat-urat, kena pegi spa yang murah-murah ni, takpun pergi downtoown tu lagi murah, save budget sikit. Al maklumlah student ta kaya lagi.

Btw, 2 days before final tu, BK sempat lagi pergi 2 open houses nak kasi relax sikit otak ni. Tepu wei kalau non-stop exam, rasa na nyerit kuat-kuat lepas tu sembahyang sunat banyak-banyak supaya tenang sikit fikiran gua.


Apa yang lagi best, BK akhirnya lengkap sudah puasa enam hari khamis haritu which last day BK final haritu.Yeay, and today family BK buatkan lemang, rendang and nasi briyani. Yeay. Thankssss. Nak nanges plez. Lulz. Sebabnya, 2-3 days before Hari Raya haritu BK ada bagi tahu my mom yang BK ta boleh raya sangat tahun ni sebab ada final. Then pagi tadi tiba-tiba nampak ayah beli beras pulut peket banyak-banyak.

Then I tanya, ada orang nak datang ke harini?, then my mom said '' adik kan baru habis final, baru nak raya, dat s y buat tu''' pergh terharu wei. Rasa nak nanges kegembiraan lagi kesukaan. Tapi disebabkan gua ni seorang yang berhati kental, gua cover perasaan itu dengan buat-buat cool sedangkan hati rasa nak loncat-loncat. 


Btw, haritu lepas final, on Friday BK balik rumah.  Then BK beli la coconut shake. Nyum-nyum. Then sampai rumah, BK bagilah air tu dekat ma dalam plastic. Then ma cakap, ''air apa ni, starbucks?''. Terdiam kejap gua. Patutla rasa nak pergi beli kejap sebelum balik haritu. Aduh, rasa menyesal ta berhenti sebelum balik, y la. Gua tak bolehlah kalau parents dah mengidam nak makan, minum or something else, gua ta dapat tunaikan. Asal la tak berhenti dulu kejap sebelum balik ritu. Eish. I was planning, nanti nak bawaklah seminggu cuti ni pergi lepak minum sana. Mak bapak wei, kena berbakti selagi ada. BK rasa uolz pun akan buat benda yang sama juga dekat parents masing-masing.Kan?


Btw, berikut adalah beberapa gambar sepanjang open house haritu. Enjoys and Happy Merdeka! If you are wondering the tittle tu, '' explain'' is for the exam. Aha. Kena belajar elaborate the key point. #gitew #ifuknoewhatimean

Hee. Papai

TAMMAT.








Thursday, August 22, 2013

Cerita raya kita =)

As salam,
Helew olz, disebabkan paksaan oleh setengah pembaca blog ni untuk mengupdate(ta sangka ada juga yang membaca) gitew, ate kiranya  BK gunakanlah kesempatan yang dicuri ini untuk menulis sesuatu yang terjadi kepada BK lately. Sebenarnya BK nak final dah ni next week. So uolz tolong doakan BK and member-member BK yang lain okeyh. Moga dapat A dalam semua subjects . Gitew.





So, masa hari raya pertama haritu, selepas BK beraya di rumah sanak saudara jiran tetangga, BK pun baliklah berehat. Konon saje berehat. Petang tu tiba-tiba jem depan rumah BK, rupanya ada accident dekat depan sikit je dari rumah BK, apa lagi BK pun siap-siap tukar baju terus ke tempat kejadian. BK terpaksa buka lampu kecemasan sebab nak cepat ambil story. Kalau nak tahu kisah selanjutnya. Sila baca online. Hee...

Hari kedua raya pula, BK ke airport untuk hantar cousin BK, on my way to airport, ada another accident lagi. Masa BK sampai tu, memang betul-betul kejadian tu baru berlaku. And again, BK terpaksa berhenti sekejap untuk cover story. Yang scary nye ada one of the budak, terkoyak pipi dia, that time ambulance belum sampai. I was like, pffttt. Kesian gila, BK just boleh tenangkan sahaja budak tu, (menyesal pula ta masuk pbsm  ). That kid macam ta boleh bercakap lagi da, and I think dia dah tak boleh menangis. The driver pula macam da lost, duduk tepi jalan. My sis cakap, kalau dah terlalu banyak kehilangan darah, oxygen tak cukup, kita akan blur. So, BK agak setuju dengan statement my sis tu.

U know what, BK banyak belajar benda sepanjang cover story accident ni. Satu, kena selalu sentiasa berhati-hati di jalan raya. Kedua, jangan lupa berdoa keluar rumah and menaiki kenderaan. Ketiga, kita kena fikir yang orang yang kita bawa itu adalah semua tanggungjawab kita. Keempat, sebelum buat sesuatu, in this case(drifting or speeding) , fikirlah secara meeting. Since that day, BK bawa paling laju pun 120km/h. Tak berani nak bawa macam muda-muda dulu, siap tertinggal Ferrari dekat belakang kereta BK. Nasib baik Ferrari tu lex je. Lol. Kalau bawa perlahan sangat pun ta boleh juga, nanti mengantuk.

Klah, tulis panjang-panjang nanti ada yang tertidur depan laptop nanti. lolz
Klah, papai. xoxo

TAMMAT