Monday, January 3, 2011

Hilang jerawat dalam 3 hari!!! apa petua bro???



Salam...
Entah sapa-sapa: "Kau biar betul BK???hilang dalam masa 3 hari je jerawat ??? janganlah bagi harapan dekat aku beb."
BK : "Betul la. Eh ta percaya pula, jentik hidung kang maw???, Petua ini dari orang yang dah otai tau tak.Mummy member aku yang bagitau(nak mummyje/Ira).ha.Try ar dulu!"

Ye begitulah dialog dialog yang aku reka cipta sendiri(sesuka hati aku je). ha..Tapi memang betul la Ira, mujarab. BK sendiri dah try taw , berkesan cuma rasa macam sejuk bangat bila letak kat muka.ngeee..suke suke sambil meronta-ronta kesejukan.


Credit to mummy Ira yang sudi kongsi petua., sayang untie lebeyh..

Baiklah. marilah kita lihat-lihat barang that we have to consider:

1.Buah kencur yang boleh didapati di chow kit .
2.Beras
3. Blender

Itu aja, simple bukan.

Cara-cara hendak buat(Ada ayat yang lagi best sikit tak???):

1. Bersihkan buah kencur.

2. Bilas beras dan lebihkan sedikit air bersih

3. Masukkan buah ke dalam beras yang telah dibilas

4. Kemudian biarkan dalam 15 minit.


5. Kemudian kisar kesemua bahan-bahan sehingga menjadi sebati dan beras tadi hancur

6. Kemudian masukkan bahan kisaran tadi ke dalam mangkuk dan biarkan selama 30 minit di
dalam peti ais.


7. Setelah 30 minit, anda akan dapat lihat mendapan akan terbentuk di lapisan bawah.Jadi
gunakanlah mendapan tadi dan tepek-tepekkan di atas muka anda.Pastikan muka anda dibersihkan terlebih dahulu Ada faham???

8. Ok then biarkan sehingga kering.


9. Then bilas, amalkan selama 3 hari berturut-turut terutamanya pada waktu malam.'


Tengok muka lepas mencuba petua ni.rasa licin je muka...

Ok, selamat mencuba!!!

Kata-kata motivasi untuk BK hari ini(3/1/2011):

1. Sikit sikit lama lama jadi bukit.(kata kata motivasi masa aku secondary school dulu)
2. Orang yang berguna ialah orang yang selalu mempunyai masa untuk ibu bapa mereka,
saudara mereka, rakan-rakan mereka,diri mereka dan yang paling penting sentiasa
ada masa untuk Tuhan nya.
3. Tuhan uji kita sebab Tuhan sayang kita.:)




3 comments:

Anonymous said...

Kalau tak guna buah tu boleh tak? Guna beras je. Harap boleh jawab :)

Anonymous said...

Buah tu buah ape ? Kendur ? Tak penah dgr pon .. Ke halia ?? Nmpak mcm halia ..

puterikemasul.blogsport.com said...

terima kasih atas ilmu ini..nk try lah