Saturday, February 12, 2011

Segmen sembang sihat:Faedah membasuh tangan di toilet, shopping complex(Part 1)




Salam.
Ye, bertemu lagi dalam segmen "sembang sihat" bersama BK. Ruangan "sembang sihat" ini diadakan bagi mendedahkan dan menyedarkan manusia di seluruh dunia tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian.

Baiklah ye, tanpa berlengah lagi mari kita mulakan.Segmen harini mengetengahkan topik faedah membasuh tangan.


Apa itu tangan? Ha, lu fikirlah sendiri. Kalau tak tahu tangan meh nak sep sep sampai lebam.

Trut-trut...


BK: O ye ye,nampaknya kita terima satu panggilan . Hello,siapa di talian?
Anonymous: O saya Sudin al jezels dari Balik Pulau.
BK: Oye, Ncik Sudin ye dari Balik Pulau ye.Baiklah, Ada apa-apa kemusykilan ke tentang topik kita hari ini?
NCik Sudin:Ye. Saya nak tanya satu soalan tentang basuh tangan ni.
BK: Ye ye silakan. Tapi sebelum itu, saya minta Ncik Sudin sila jauhkan diri sedikit ye dari televison ataupun perlahankan sedikit volume tv kerana kurang jelas ye.
Ncik Sudin: Oye2 baiklah. Soalan saya, saya sebenarnya(dan sebenarnya ku mengharapkan~~~lala) apakah faedah membasuh tangan di "shopping complex" dan bilakah kita harus membasuh tangan.
BK: Baiklah, terima kasih Ncik Sudin atas pertanyaan tadi dan mari kita dengarkan jawapan ncik tadi.Selamat membasuh tangan..


BK:
Baiklah, sebagaimana yang kita sedia maklum, kuman ada dimana- mana sahaja. Ia bertebangan bak burung terlepas dari sangkarnya. Bila kita berbicara tentang faedah membasuh tangan "di shopping complex"ini ada banyak sebenarnya, Antaranya:

1: Menghindari diri dari sebarang penyakit:

2: Mengeratkan silaturahim: Bertegur sapa dengan pembasuh tangan di sebelah anda

3: Free photoshoot. Macam biasa lah. Tu la ramai yang ambil gambar dalam toilet tu

4: Dapat exercise kerana kita akan menunduk dan menggunakan tenaga untuk membuka paip:

5: Dapat berkenal-kenalan dengan makcik cleaner.

6: Dapat menjimatkan air rumah.

7: Dapat belajar membasuh tangan dengan sopan dan tertib ketika berhadapan dengan cermin di toilet.





BK: Bagi menjawab soalan kedua cik sudin tadi , baiklah sudah tentulah apabila kita mula dan sesudah makan.Ini disebabkan kuman pada kulit adalah permulaan berlakunya penyakit.

Seterusnya apabila kita melakukan aktiviti outdoor yang sudah pasti banyak kuman yang akan terlekat pada kulit.

Sewaktu kita masak(macam Yani, ehh..tett) , selepas kita masak. Dan apa yang penting, kita haruslah mencuci tangan dengan betul. Begitu mudah bukan kawan-kawan?.

P/S: dialog adalah rekaan semata-mata untuk menghiburkan hati...:P

TAMMAT...

No comments: