Tuesday, January 3, 2012

"A man who can bring us to Jannah "


Salam.

Jika sebelum ini kita dengar pilihan lelaki yang akhirnya akan memilih wanita yang solehah, yang mampu membawa ketenangan kepada kaum lelaki.

Oops, nanti dulu, pernah kah lelaki tahu bahawa kaum perempuan juga ada pilihan dan criteria yang utamanya sendiri? Bukan senang-senang juga kaum perempuan untuk menerima seseorang lelaki dalam hidupnya untuk dijadikan "bakal suami".


Bersama teman se argue


Jika sebelum ini kita selalu dengar rintihan kaum lelaki yang menyatakan kaum perempuan lebih memandang kepada harta, rupa dan sebagainya.

Ok, tu mungkin terlalu common, tapi ketahuilah, lama kelamaan dan akhirnya perempuan tidak akan melihat pada harta dan rupa sebaliknya akhlak lelaki yang bakal menjadi bapa kepada anak-anaknya, menantu yang terbaik kepada kedua orang tuanya, dan yang paling penting " A man who can bring us to Jannah" as I mentioned lately in my facebook.


Searchin 4 the right :)

Apa rationalnya?
Perempuan lebih hargai dan lebih menghormati lelaki yang mempunyai agama. Bayangkan jika lelaki sendiri tidak menjaga solatnya, tidak menjalankan lima yang wajib, bagaimana mahu mendidik anak-anaknya yang akan mendoakannya jika dia sudah tiada nanti. Bagi hal ibu bapa.

Perempuan akan lebih menghormati dan menghargai lelaki yang pandai menjaga hati kedua orang tuanya. Perempuan tidak suka apabila ibu bapanya susah hati dengan perilaku suaminya. Jadi pilihan suami amatlah diteliti oleh kaum wanita kerana kriteria di atas lah yang akan membawa kaum wanita ke syurga. Sebab itu, sukar bagi wanita menerima lelaki sewenang-wenangnya yang selama ini kaum lelaki anggap kaum wanita jual mahal. Fahamilah bahawa "jual mahal" itulah sebenarnya proses kaum wanita sedang " menguji " anda wahai kaum lelaki .

Ok, itu saja, ok tiba-tiba je aku skema dalam entry ini kan.. Huu..

K papai

:)


No comments: