Saturday, February 18, 2012

Love to look good but health is my priority~

Salam.
Ada pelbagai jenis ragam manusia untuk kelihatan baik di atas muka bumi ini. Ada yang suka fashionnya simple , ada yang suka bergaya classy, elegant, loose, cute-cute. Ada juga walaupun kaya tetapi hanya memakai T-shirt club ataupun T-shirt free. Itupun sebenarnya boleh dikategorikan sebagai fashion. Walau apapun jenis fashion, BK rasa dan percaya semua orang hendak kelihatan cantik, look good. Semua orang akan memandang ke cermin jika ada di hadapan kita. BK rasa tipulah kalau manusia ini tiada keinginan untuk look good. Dan kita pun sebenarnya memang patut kelihatan baik sebab Tuhan pun sukakan kecantikan.

Cantik tak semestinya kena perlu pakaian mahal-mahal, ber make up,dan sebagainya. Cantik cukuplah sekadar orang yang melihat sedap mata memandang. Orang yang tak ber make up pun boleh jadi lagi cantik dari yang bermake up, orang yang memakai pakaian yang serdahana atapun hanya memakai t-shirt free boleh jadi lagi lebih cantik dan kelihatan baik dari orang yang memakai pakaian branded. Yang penting sedap mata memandang. Sejuk family and bakal mertua tengok. Eh tetiba pulakkan masuk mertua pula kan.=)


Motivasi kepada diri sendri melalui gambar-gambar. Anda pun boleh buat =) Trylah, it works. Credit to photographer =)

Apa yang dimaksudkan dengan "sedap mata memandang"?
Setiap apa yang kita pakai sebenarnya menggambarkan tahap ilmu yang kita ada. Jadi, BK rasa kita semua kena masing-masing faham dan nilai diri kita sendiri. Lihat apa yang kita pakai. Sedap mata memandang dalam konteks ini ialah, bila orang lihat kita, orang akan berasa senang dan tidak timbul syakwasangka. Yang penting still berada atas landasan. Biarlah kita kelihatan biasa-biasa sahaja ataupun lagi bagus kita soal diri kita dahulu sebelum keluar tu.Contohnya, eh, pakaian aku ini sesuai tak, over sangat tak. Tanya pada diri sendiri dan tengok dekat cermin. Yang penting, kita soal diri kita dahulu.

Ok, berbalik pada topik di atas. Janganlah sebab kita nak kelihatan cantik, kita sanggup cucuk sana sini yang melanggar syariat agama. BK rasa better, kita cari aktiviti yang boleh menyihatkan badan. Jika anda sukan dancing, go for it. At least boleh keluarkan peluh. Jika suka jog, go for it. Bukan apa. Kadang-kadang BK lihat, ada yang ghairah untuk mengejar kecantikan tetapi kesihatan letak ke tepi. Walhal kesihatan adalah perkara yang paling diutamakan unless kalau kita dah ada penyakit dari kecil. Jadi mari kita sama-sama bersihat-sihat dan jangan lupa untuk sentiasa menjaga penampilan supaya kemas dan look good. Kesihatan yang disusuli dengan personaliti yang hebat akan terpancar pada wajah kita. Jadi , mari kita semua amalkan gaya hidup sihat sepanjang zaman =)

p/s Segala kenyataan hanyalah pendapat dari owner blog ini, terpulanglah untuk menilai kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri . =)

K Papai

TAMMAT



No comments: