Tuesday, March 27, 2012

Kita semua perlu kaya - Keserdahanaan dalam kekayaan.


Salam.
Tips kali ini berkisar tentang isu perlu kaya. BK pasti setiap di luar sana berniat untuk berjimat cermat, ingin mengumpul duit dan sebagainya untuk kaya. Tapi sering kali gagal berbuat demikian kerana mungkin perancangan yang sedikit kurang, dan tidak mampu mengawal nafsu untuk membeli. Jadi perkara ini kita harus sama-sama kendalikan dengan bijak agar kehidupan secara beserdahana dapat amalkan.


Berkongsi kegembiraan dan kekayaan untuk merapatkan silaturahim
Sekadar gambar hiasan

Kaya disini bukan untuk dimegah-megahkan, bukan untuk ditunjuk-tunjuk, dan jauh sekali untuk kita bersifat riak dan sombong, namun sebaliknya kekayaan kita perlu untuk membantu orang yang memerlukan, kita perlu kaya untuk memudahkan amal ibadat kita. Kita perlu kaya supaya kita tidak ditindas oleh orang lain or bangsa lain. Kita perlu kaya supaya kita tidak berminta-minta. Kita perlu kaya untuk membuat hati kita tenang kerana kita dapat menolong orang-prang yang susah-susah.
Kaya di sini juga membawa maksud cara menggunakan wang itu haruslah secara beserdahana, tidak terlalu boros kerana kita tidak akan pernah tahu bila duit kita akan habis kerana kadang-kadang duit berjuta-juta dalam sekelip mata sahaja boleh hilang.


Jadi banyak sebab untuk kita perlu kaya namun kita perlu kita ingat segala kekayaan yang kita cari dan perolehi bukanlah milik kita seorang, sebaliknya untuk dikongsi dan sebab yang paling besar ialah duit itu hanayalah pinjaman dari Tuhan semata. Kita tidak punyai apa-apa sebenarnya di dunia ini. Badan kita ini pun Tuhan pinjamkan. Jadi perlu adanya elemen sedar diri, muhasabah diri dan disebabakan semuanya dipinjam, tak guna kita bersifat angkuh, sombong berlagak, riak, takbur. Amalkan hidup keserdahanaan dalam kekayaan.

ps/ Segala statement hanyalah pendapat dari owner blog ini. Terpulang untuk menerima ataupun tidak kerana masing-masing punyai pendapat yang berbeza.

TAMMAT

2 comments:

Ikan_Pari@@ said...

ok kamu dah kaye nanti belanje teman model robot transformers, amacam?

hucsna-B.K said...

aminn.. bkn skrg pari da kaye kee??? aha