Wednesday, May 2, 2012

Best juga shopping sensorang ni

Salam
Sepatutnya entry ni di post time birthday my mom 2 months ago. wa lama tu. Btw, happy birthday mom.. love you more than anything on earth. Sedikit cerita tentang my mom ni, dia merupakan seorang ibu yang tegas(mungkin kerana beliau dulu seorang guru. hee.. kan ma?) namun dia sangatlah penyayang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kebahagiaan family dia. Kalau BK down atau tiba BK lalui hard time, my mom ni macam tau-tau sahaja, mesti BK akan tiba-tiba terima panggilan dari beliau. Mungkin itulah dikatakan instinct ibu. =' . I'am so proud to have you mom.


Kasut 1 untuk my mom, 1 lagi untuk diri sendiri.

Ok, mari kita berbalik pada topik kita di atas. Jadi semasa otw balik BK pun singgah la di JJ Seremban. Masa tu antara dua samada nak beli dekat Terminal or JJ. Jadi disebabkan memikirkan terlalu ramai foreigner yang tidak diingini dekat Terminal tu, jadi BK putus untuk beli di Jusco. Jadi BK pun terus ke kedai kasut untuk dihadiahkan kepada my mom.


Done wrapping. Masa tengah balut, orang kiri kanan tengok pelik je BK buat apa.


BK pun beli la satu kasut untuk BK juga disebabkan BK nye kasut-kasut semua dah haus. Sebenarnya, BK memang selalu shopping or jalan-jalan sensorang jadi untuk beli hadiah untuk my mom kali ini pun bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi BK. Tetapi BK akan pastikan dahulu keadaan dan suasana tempat yang BK pergi itu selamat dan ramai orang.


Perasaan bila shopping or pergi mana-mana sorang-sorang ini sangat best bagi BK. Sebabnya, kita tak payah menyusahkan orang, and kita bebas sedikit nak balik pukul berapa. Tapi yang paling penting, kita hanya mengambil masa yang singkat sahaja untuk bershopping sebab BK ni, kalau dah dapat apa yang BK nak, BK terus balik. Tak singgah mana-mana dah. Lepas tu boleh la rehat pula.



Hee, ok setelah dah dapat sepasang kasut untuk my mom, BK pun terus beli pembalut hadiah dan seletip. Then beli KFC sikit untuk celebrate birthday my mom. Then BK pun singgahlah starbucks kejap beli air supaya terangkan mata sedikit sebab BK perlu mengambil masa setengah jam lagi pula untuk drive sampai di rumah Jelebu. BK ni kalau tiada air caffeine dalam kereta ni confirm akan mengantuk. Then BK singgah sekejap di stesyen Petronas untuk membalut hadiah dalam kereta. Kemudian BK teruskanlah perjalanan pulang.Sampai sahaja di rumah, Haikal (nephew) lah yang selalu akan membuka pintu dan meloncat-loncat kegembiraan. BK pun bagi lah hadiah kat my mom.

Aha, Jadi kesimpulannya, nikmat shopping sensorang ni sesuatu yang menyeronokkan dan lebih membuatkan kita lebih banyak berfikir dan yang paling penting independent. Dah besar kan.... =)



TAMMAT


2 comments:

Ikan_Pari@@ said...

aik normal pulak bahase london tu. tak macam bahase Melayu kamu :O

hucsna-B.K said...

eee... biarlahhh