Salam
Baru-baru ini BK dikejutkan dengan soalan dari seorang pelajar yang kini bakal menduduki SPM tidak lama lagi menerusi FB chat. Cuak juga lah pada mulanya tengok FB "pup" ' akak saya baru putus cinta,bla bla ...' . Pada mulanya BK macam ingat budak ni saja-saja je tapi tengok he keeps writing . Lepas tu mula terfikir, muka aku ni ada muka-muka Dr. Love ke. Aha lol.
Sekadar gambar hiasan~
Then, makin banyak budak ni tulis. Jadi, atas sifat kemanusiaan dan kesedaran maksima(ayat bm bombastik gitu) sebab budak ni tak lama lagi nak ambil SPM, BK rasa BK patut ambil lah dalam beberapa minit untuk reply dengan niat nak bantu budak ni walaupun BK kurang arif bab-bab ni. Perah otak jugalah nak bagi solution siap google lagi al maklumlah bila orang dalam keadaan terluka ni selalu akan bermain dengan perasaan plus agak sukar terima kenyataan dan advice dari kita sebab terlalu kecewa.
Then, after habis semua, nampaknya budak ni dah kembali semula semangatnya. Rasa power rangers jugalah aritu. Penatlah juga mengasah bakat aku sebagai Dr. Love terjun. Kesian juga sebenarnya. Just kesimpulan yang BK nak highlight dalam problem ini ialah walaupun orang kata cinta monyet gitu sebab zaman sekolah, kadang-kadang BK rasa kena juga macam buatkan diri kita sama umur dengan mereka jadi macam kawan mereka supaya lebih memahami situasi budak-budak. Kadang-kadang budak-budak ni nak orang dewasa faham situasi diorang. BK rasalah...
Cuma sekarang apa yang bermain di dalam fikiran ini ialah " aku ni ada muka pernah couple ke? " aha. Nama pun boodark kewchik lagi, tettt...
K Bye
TAMMAT
No comments:
Post a Comment