Salam
Helew, selesai sudah sem 1 untuk program master ni, rasa baru je masuk, tup-tup dah habis satu sem. Sepanjang 1st sem ni, banyak yang BK belajar pasal business, which I think lagi banyak kita belajar, later we ll find out that banyak sebenarnya yang kena belajar dan kita tak tahu. So, master ni boleh dikatakan kita banyak kena buat research sendiri, yang paling penting our case studies boleh capai 8 pages/ case studies ok. Time degree dulu 1 page je kena buat. lolz
Tapi sebenarnya buat case study ni macam best juga la BK sebab kita belajar banyak benda, how to manage particular problem and also on the decision making. Kalau dulu kita hanya tahu perihal business and transaction kedai runcit mak jem dekat depan rumah, now kita boleh belajar how to do forecasting for our future business. Gitiew. So mak jem depan rumah sekarang kalau nak advance nanti saya boleh ajar regression and buat forecasting dengan charge yang berpatutan.
So, bila time-time nak study or buat assignment, Starbucks adalah tempatnya selain library. Pemilihan Starbucks adalah kerana dia boleh menghilangkan mengantuk, agak mustahil sekiranya tiada coffee untuk buat 8 pages case study dengan tulisan font kecik dalam satu hari kalau asyik menguap je. Begitu juga dengan pemilihan library iaitu di Uniten. Hal ini bagi membuktikan semangat cinta akan Uniten membuak-buak even we are no longer Uniten s student. Why we? because my lovely partner Tasha join sekali. Nak tahu siapa tasha? jeng3.
Kalau master kelas pagi je ada. Tapi kalau tak balik petang or malam tu tak sah okeyh. Habaq awai-awai. #ifuknoewhatimean
So, BK nak galakkan orang ramai supaya sambung study supaya lebih ramai orang yang akan sedari bahawa kita sebenarnya ada banyak benda lagi yang kita tak explore dekat setiap bidang dekat dunia ni. Pastinya, anda akan lebih seronok bila tahu banyak benda. Ni semua IPT kena bayaq aku lebey ni.
Tiada duit, oh no. Jangan jadikan ia sebagai alasan. Meyh BK nak habaq mai. Pada mereka yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat master or Phd, kerajaan telah mewujudkan MYBRAIN15. Lagi sekali, MRBRAIN15. So mereka akan bagi biasiswa kepada sesiapa yang berminat nak sambung belajar. Tujuan MYBRAIN15 ini tidak lain tidak bukan adalah menggalakkan pelajar kita terutama orang Malaysia tanpa mengira kaum untuk terus menambahkan ilmu pengetahuan untuk menjadikan kita semua dapat meningkatkan gaya mutu dan keunggulan dalam bidang masing-masing selain melahirkan warga yang professional menjelang 2020. (ok tu ayat aku tambah supaya nampak sophisticated dan bergaya). Biasanya untuk master, dia akan bagi biasiswa sebanyak RM10,000. ok la tu kan. Tak payah bayar banyak. Selain itu, boleh juga mohon biasiswa atau pinjaman lain. Kalau orang lain boleh sambung belajar, kenapa kita tidak ? Ye tak?.
Another thing is kalau anda yang berniat untuk sambung master, anda akan merasai suatu suasana yang berbeza kerana anda akan bergaul dengan semua lapisan umur dan status. Ada yang sedang pregnant, ada yang dah jadi isteri, ada yang dah bekerja denga Sime Darby syarikat minyak dan banyak lagi. Jadi, anda akan rasa lebih seronok bila ada brilliant idea dari diorang. So, mari-mari semua sambung study!
Time ni masa weolz habis trial. Rasa nak loncat-loncat kegembiraan lagi kesukaan.
I am not sure Mr Borges dari tadi pandang apa. lol
Ok, kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut pasal program MBA di UPM specifically di Putra Business School/Graduate School of Management, apa sahaja pertanyaan, sila tinggalkan comment anda di bawah.
Ok, time ni baru habis final, and kita ada buat farewell untuk Amli and Baptis dimana mereka adalah exchange students from French. Teringin pula nak makan french fries(tetibe)
Thanks to akak Ija and husband too sebab belanja kami anak-anak mereka ni makan lepas final. Thanks a lot!!!
Sedikit petikan atau perkara yang buat BK selalu motivate untuk terus belajar adalah '' Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China''. Dalam konteks ini, ia merangkumi semua jenis ilmu, ta semestinya ilmu ini sahaja yang penting ilmu Agama di mana ilmu yang sangat berguna kepada dunia dan akhirat.
TAMMAT
Credit to Hafizan and Tasha
5 comments:
Bestnye belajar masuk kelas..Sy buat master by research,rs mcm rugi pulak tak buat coursework..huhu
=) nice pictures.
http://lovelynemo.blogspot.com
illa- oyeke. research pun ok juga. cuma coursework ni byk assignment sikit. hee
liling - thnx darling ling ling =)
bestnya..
macam nak joint je..hehehe..
berapa tahun ya MBA full time di UPM?
Saya berminat nk apply mba di upm dan nak tahu cabaran buat fulltime coursework dan apa gred utk pass exam? Kindly email me: snas1408@gmail.com
Post a Comment