Salam
Bila usia sudah mencecah 20an. Maka banyak la persoalan standard seperti "Ni bila lagi?", "Bila nak rasa makan nasi minyak ni?", "bila nak settle down" and yang sekutu dengannya.
Mungkin si penanya tidak ada intention, just ingin bergurau. Namun, bagi yang ditanya, mungkin ada rasa sedikit tidak selesa. Mungkin kerana sudah ramai yang bertanya, dan kita akan rasa sedikit bosan dan bagi yang berumur menginjak ke 30 tahun. Mungkin ada yang akan terasa dan stress dengan persoalan begitu.
Jadi, bagaimana kita ingin mengatasi soalan-soalan bergini.??? Jeng3x
Be OK with it. Chill...
Kita kena relax je. Kita kena faham, ia adalah perkara standard yang akan dialami oleh kebanyakan rakyat di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian bio ini bila anda mencecah umur 20an dan ke atas. Bila kita faham culture di sesuatu tempat, kita akan rasa biasa. Just smile yawl. Usah stress. Biasala tu, dah umur 20an ni. Fikir yang positif sahaja.
Bila kita tau kita tidak mampu menepis soalan-soalan begitu, be OK with it. Kalau orang tanya, just cakap "Ada jodoh nanti sampailah kad tu" or kalau lelaki nak lagi advance " Agak-agaknya anak perempuan makcik ada single lagi ta? " Gitew. Tersedak makcik tersebut.
Begitu juga dengan aku, standard soalan. Masa first-first dulu, kemain la awkward nak jawabnya tambah-tambah kalau orang tanya depan parents. Tapi bila-bila dah lama-lama, rasa macam ok je sebenarnya. Parents aku pun tak pernah tanya. So lagi la tak kisah sangat.
Mungkin mereka anggap kalau da masuk belajar yang lebih tinggi, senang-senang terus boleh jumpa calon. Namun, hakikatnya sebahagian sahaja yang mempunyai rezeki awal. Yang lain, mungkin semasa bekerja nanti, or kalau tiada di dunia pun ada seseorang yang akan menanti di pintu syurga. Amboi sweetnya.
Ok, akaq belanja gambar pengapit terlajak laris satu. Hihi. Ambil berkat gitew.
Life is short bro, kalau kita duk fikir nak khawin je sampai kerja-kerja lain tergendala pun tak guna juga. Just buat apa yang ada di depan mata sekarang, along the way, insyaAllah akan berjumpa jua. Yakinlah and selalu berdoa. Mungkin, Tuhan bagi kita masa perbaiki diri dulu sebelum berkahwin or Tuhan kasi kita bagi rezeki lain dahulu. Bagi aku, banyak lagi benda yang aku tak capai, and tak puas lagi berbakti kepada kedua ibu bapa and keluargaku dan mungkin sebab itu juga rezeki jodoh tu belum sampai lagi. God knows better...Smile. Remember, just chill and be OK with the things that are hardly change.
Wassalam. Btw, malam ini buat solat sunat banyak-banyak dalam malam terakhir di dalam tahun 1435 Hijrah.
No comments:
Post a Comment