Busan Gamcheon Culture Village
Selamat datang ke South Korea known for its kpop thingy . BK berada di Korea selama 9 hari 8 malam di mana 3 hari diperuntukkan untuk menghadiri 15th Congress of the Asian Association of Endocrine Surgeons(AsAES) bersama rakan-rakan. Jadi untuk tiga hari kami sudah berjimat untuk duit makan di sana kerana ianya di sediakan. Means, I spent approximately 6 days exploring this kpop country. Jadi, BK turun di Gimhae International Airport, Busan dan balik Incheon Airport, Seoul.
Nami Island
Fashion :
Korea basically sangat unique dari sudut fashionnya. Apa yang boleh dilihat, jika anda di kawasan bandar seperti di Gangnam, cara berpakaian lebih ke arah bewarna gelap dan exclusive manakala di kawasan yang jauh dari bandar, penggunaan warna adalah lebih menjurus kepada warna pelbagai. Kalau orang make up tu tidak perlu cakaplah, dalam train mereka slumber badak je makeup depan orang ramai. Kosmetik dan Korea tidak dapat dipisahkan. BK sempat juga melawat SM Town dimana anda dapat melihat banyak stores that offered an astonishing merchandise, banyaknya barang-barang kpop.
COEX, Gangnam
Pengangkutan :
Contoh T-Money / Transportation Card in Korea
Jika anda di Korea, BK nasihatkan anda untuk membeli kad T-Money/transportation card atau di Malaysia, kita lebih dikenali dengan Touch&Go(namun penggunaan kad kita terhad untuk bayar tol sahaja) kerana dengan kad ini, anda mudah untuk meng'access dimana sahaja tempat. T-Money boleh digunakan jika anda mahu menaiki train, taxi or bus di beberapa kota metropolitan termasuk Seoul, Incheon, Daegu, Busan dan Gyeonggi-do. Anda hanya perlu touch dan anda akan menuju ke destinasi. Kad T-Money boleh dibeli di convenience store seperti 7-eleven, GS 25 CU, Mini Stop, Story Way, . Kebiasaanya kedai-kedai di airport ada menjual kad ini. Kad ini juga boleh de-refund in certain places after a 500 won service charge.
Namsan Tour
p/s : Jika anda menggunakan T-Money, harga untuk public transport akan menjadi 100 won lebih murah dari menggunakan cash and no extra charge.
Orang sangat peramah. Walaupun bilangan hanya sedikit yang pandai berbahasa Inggeris, namun mereka sangat banyak menolong terutama golongan tua. Ke mana sahaja kami pergi, mesti diorang tanya, "Malaysia?" punya popularnya negara kita di sana. Ada certain, kami perasan ada yang nak menegur, cuma mungkin language barrier, mereka agak segan nak tanya. So, kami hanya berbalas senyum. Jikakami ke kawasan luar bandar, pasti ada sahaja kami nampak orang tua yang naik train untuk hiking. Jadi tidak hairanlah jika di sana, begitu banyak pperalatan hiking dijual.
Gyeongbokgung Palace
Asian Family Restaurant, Nami Island
Jika anda seorang yang suka mencuba makanan baru, anda mungkin akan merasa kelainan nikmat makanan di Korea. Di sini boleh dikatakan makanan bukan citarasa BK. Namun, disebabkan acah-acah food hunter, BK try juga walaupun tekak ku tidak dapat menerima kenyataan. Namun ada certain makanan seperti Hotteok, BK boleh makan lagi. And culture diorang ni makanan semua kena habis licin. Dari segi air pula, memang diorang akan serve air kosong sahaja/ ice water, ianya tidak heaven seperti di Malaysia. Jadi untuk orang Malaysia, silalah bawa bubur ke, brahim's, maggi dan yang sekutu dengannya terutama yang nak stay lama di Korea. Post seterusnya, BK akan listkan kedai makan yang BK kunjungi ketika di sana.
Osegyehyang, Insadong
Myeong-dong
Jika anda ingin membeli belah, make sure bila anda tanya, ia bermaksud anda mahu beli. So, bila dah banyak-banyak tanya, anda tidak beli, air muka para penjual akan berubah tidak seperti di Malaysia. Di Korea, terdapat certain para peniaga yang tidak meletakkan harga pada produk mereka. Di Malaysia, jika anda tawar menawar, at last tak beli, peniaga kita cool sahaja dan beranggapan tiada rezeki namun ia berlainan di Korea. Later, BK akan beri tips untuk membeli barang cenderahati yang murah-murah.
Ihwa Mural Village
Actually, negara Korea berada di carta yang terakhir untuk BK kunjungi. Tettt... Namun, berada di Korea memberikan pengalaman baru kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Orangnya yang baik hati, dan suasana damai di sana.
p/s : BK kurang kpop, hanya mengenali beberapa penyanyi dan pelakon di sana seperti Donghae, Super Junior dan ahli-ahli Running Man.
See you in India this October, and Japan on this coming November.
Thanks for reading. =)
1 comment:
happy belated birthday ;)
Post a Comment