Sunday, July 15, 2012

Passed ! OME

Salam
Aha, entry kali ini mungkin untuk adik-adik yang dalam primary or secondary school. Ini kes tengok Oh My English dengan anak buah. So, rasanya elok jugalah dikongsi pada semua. So perkataan yang akan dikongsi pada hari ini based on Oh My English adalah berkaitan dengan passed. 

1. Passed Up
bermaksud REJECT

2. Passed Out
bermaksud FAINTED

3. Passed Away
bermaksud DIED

 
So, harap adik-adik semua dapat something harini and pada Haikal and Wildan, belajar betul-betul keyh. Siapa dapat no.1 asu bagi hadiah.

 Haikal pakai topi atuk dia

Credit to Oh My English

TAMMAT

Thursday, July 12, 2012

Recording ... Jeng, jeng, jeng

Salam
Pada tanggal 10 July baru-baru ini, BK telah ke Plug & Play Technology Garden, IGB. Macam biasa BK pergi sorang. Then pagi tu BK bertolak pada pukul 8 lebih since kena ada dekat sana dalam pukul 9.30am. Jadi, pagi tu tiadalah jem sangat, just dekat certain-certain tempat tu sahaja. Pagi tu realize something, jika kita bagi laluan dekat orang, kemudian jalan kita pula akan dipermudahkan. Jadi terasa mudah sangat pagi tu even nak dapatkan tempat parking pun lebih mudah.

discussing, the day before

Ok, kemudian BK pun parkinglah dekat Mid Vall memandangkan di situ lebih mudah dan murah. Jadi, untuk ke IGB, BK perlu melalui The Gardens dan terus ke IGB building. Apa yang lebih membuatkan BK semangat pagi tu, one of my fav car ada parking dekat situ. Ouchhh. Tapi kat hati ni tahan jela. Ouch, hopefully one day ada rezeki boleh la nak rasa drive kereta ni. So, dalam pukul 9 macamtu BK pun naiklah. 

So, apa yang BK buat dekat situ? Jeng, jeng, jeng.. Taleh bagi tahu sekarang just clue nya recording. Recording apa??? tettt And, honestly BK tak pernah terfikir pun akan terlibat dalam bidang ni. BK jumpa dengan orang-orang yang berjaya dalm usia muda. Boleh dikatakan umur mereka ni 25 above dah jadi Manager/ Founder. Kebanyakan yang BK tanya, BK percaya mereka start buat business dari ketika mereka study. BK sangat respect dekat diorang. BK tengok diorang sangat-sangat bersungguh-sungguh dan tak putus semangat. 

Btw, antaranya tu Founder/Co Manager di Canada and US. Tapi diorang ni sangat humble dan tidak kedekut ilmu. And ni BK rasa membuatkan mereka berjaya sebab mereka juga tidak lokek berkongsi pengalaman kerana BK harus percaya semakin banyak kita kongsikan ilmu, semakin banyak kita dapat manfaatnya. And lagi satu BK belajar, don't bother what people say, just keep doing what you love. Even, BK juga banyak belajar tentang business dengan Tekong, CEO Amanz , Aman,founder Amanz and Obe Blog Serius. BK tengok setiap masa mereka bekerja, duduk depan laptop and buat kerja. BK respect .  






Anyway, BK sangat enjoy that day sebab BK banyak belajar benda baru dan mengingatkan diri supaya tidak berputus asa dan sentiasa berusaha. Btw BK ingin ucapkan terima kasih dekat warga Amanz sebab bagi kesempatan belajar benda baru. Jangan risau, untuk mengetahui apa yang BK buat, BK akan bagi tahu once it release


p/s
BK juga sangat respect dengan kedua ibu bapa BK yang setiap hari, siang dan malan berusaha mencari rezeki, menaip, mengajar, layan tetamu siang malam, semoga usaha ibu bapa BK diberkati dan dikurniakan rezeki yang lebih melimpah ruah untuk membantu orang lain.




TAMMAT

Monday, July 9, 2012

Pegang anak tu

Salam
Case 1 
Baru-baru ini BK dan ex housemate telah pergi ke Low Yat. So kalau dah pergi LY tu faham-faham la kan kami buat apa. Jadi sedang kami jalan-jalan dengan riang dan gembiranya di sana, kami terserampaklah dengan seorang budak kecil ni. Ye, sangat kecil dan yang paling penting budak ni jalan sorang-sorang. Papa budak ni nun jauh tanpa perasan anaknya dan lari-lari ke kedai lain. Kental penjaga budak ni, sangat berani kasi budak kecil jalan sorang-sorang. Jadi atas dasar caring, kawan BK ni pergi pegang budak ni dan and hantar pada papa budak ni dan dengan slumber kawan BK cakap " Bang, pegang anak, hilang nanti" lalu si papa senyum. 

Case 2
Jadi, tak lama selepas tu, BK ada pergi satu event ni with my parents and sis, dan my nephew si budak kecil Haikal. So, after the event, tiba-tiba ada sorang budak ni berlari-lari keseorangan sambil menangis-nangis. Apa?? perkara yang sama terjadi balik.? Ayoyo. Jadi time ni BK pula harus take action, BK dengan tulang 4 kerat yang tak seberapa ni mendukung budak tu dan terus pergi bawa ke MC yang berdekatan dan si MC pun announce lah. Penat jugalah duk pujuk budak ni supaya tak menangis. Setelah beberapa kali announce, barulah si penjaga ni datang 


Congratz Haikal =)
Venue case 2

Jadi, BK tengok bulan 6 haritu memang bulan orang suka lepas-lepas anak rasanya. Macam bermusim pula. Jadi, harapan lepas ni para ibu bapa jangan la main lepas-lepas anak, kalau rasa tak mampu nak jaga dekat shopping complex , jangan bawa. Nanti kalau benda yang tidak baik terjadi, menyesal pun tak guna.

So, pesanan buat BK dan kita semua, kalau kita nampak budak-budak kecil jalan sorang-sorang, cepat-cepat pergi dekat budak tu, tanya mana ibu bapa mereka then kalau tiada juga, berjumpalah dengan MC suruh announce. Tak pun ada BK pernah tengok ada satu barang ni. Di mana kanak-kanak akan memakai bag , dan bag tersebut terdapa tali pengikat yang menghubungkan kanak-kanak dengan ibu bapa mereka. BK puas google gambar bag ni supaya dapat gambaran jelas, tapi tak jumpa pula.

Bukan apa, kita tidak mahu perkara-perkara yang sebelum ni terjadi semula. Kes-kes kena culik bagai. Kesian budak-budak tu nanti.

K bye

TAMMAT

Tuesday, June 19, 2012

Exclusively for Universiti Tenaga Nasional Students and Graduates

Salam 
Pada student Uniten sekalian yang selalu membeli di Lazada.com , yang ingin membeli Mobile phone (dengan pembelian harga minimum rm500), rebutlah peluang mendapat voucher RM100 di Lazada, Malaysia's premier online mall.  Promotion ini BK terjumpa time BK buka fb tadi. 

Promotion ini bermula dari June 12-26, 2012 SAHAJA!. Jadi apa tunggu lagi rebutlah peluang ini dengan melayari laman web lazada atau anda boleh click link di bawah


Terms and Conditions

1. Voucher is valid June 12-26,2012 ONLY
2. Minimum total purchase to redeem voucher is rm 500
3. Not exchangeable for cash



p/s kalau rasa tak yakin dengan promotion ini kindly please ignore this post , owner tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah. Ini hanyalah promotion =)


Tammat

Bye

Wednesday, June 6, 2012

Chillax at home sweet home`

Salam.
Jadi kini BK berada di rumah dan kalau ada dekat rumah ni macam-macam bendalah yang akan dilakukan untuk mengimprovekan diri contohnya sapu pelbagai jenis lotion, menjaga berat badan, penjagaan muka yang rapi, makan makanan yang berkhasiat, exercise , timbang berat, main keyboard, buat lagu sendiri yang kadang-kadang macam agak merepek juga, baca buku yang sebelum ni tak pernah habis baca contohnya c programming, encyclopaedia dan pelbagai lagi(hebat bukan?aha) , kacau Haikal, ubah perabot sini sana, dan sebagainya dan yang paling penting luangkan masa dengan ibu bapa. Ops, lagi satu, belajar memasak walaupun bukannya power memasak pun, namun bak kata pepatah. Usaha tangga kejayaan.




Since I got a chance to update my blog today. So, BK rasa nak bagitau sikit BK ni jenis macamana bak kata orang tak kenal maka tak cinta.Ceewahhh.Boleh skip... Senang cerita BK suka tenang-tenang cool cool je. I mean kalau boleh, BK nak semua orang hidup dekat dunia ni aman damai. Amboi, macam masuk rancangan sejuta impian pula ni. Aha sebab tu BK tak pernah nak ambil tahu pun kalau sekiranya mungkin ada yang tak suka BK sebab itu hak masing-masing tetapi tak patutlah sebenarnya kita tak suka orang itu tak suka orang ini. Bagi BK semua orang sama sahaja. BK boleh bergaul dengan semua orang tetapi BK rapat dengan orang tertentu sahaja and frankly speaking, BK agak selective memilih kawan tetapi tidak bermakna BK sombong ke apa. I ve no intrest dengan benda-benda macamtu. Bagi BK, kalau tak suka , kita boleh berbincang dan nasihat. Tak perlu nak pening-pening bergaduh sebab BK rasa banyak benda lain lagi nak kena fikir. Apa yang BK cakapkan ini hanyalah pendapat BK sendiri,terpulang kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. 




Ok, sambung balik, jadi selain parents BK , BK juga selalu bawa si anak buah BK ni ke mana sahaja BK pergi. 

P/S
Aha. BTW, tadi kena hon2 dengan polis trafik sebab TERpotong line. Sorry pakcik,  saya tak perasan =)

K. Papai 
TAMMAT


Monday, June 4, 2012

Cara terbaik untuk memikat wanita... =)

Salam
Merasakan diri tidak layak untuk perempuan ? Kurang keyakinan diri? Ini hanya pendapat dari owner blog ini sahaja, terpulang untuk menerima atau tidak. Mungkin cara anda untuk memikat salah dan tak kena dengan caranya.

1. Jangan terburu-buru. Jangan nampak desperate sangat nak mencari   
    pasangan

2. Jadi diri sendiri. Tetapi agak-agaklah time makan tu, jangan gelojoh.

3. Cakap jangan terlalu cover. Saya, awak, .. ouchh.. awkwarddd..(tangan di  
    bahu). At least I and U, panggil nama pun ok.

4. Jangan terlalu memuji and ayat jangan nak manis sangatlah. Biasa-biasa  
    je. " U nampak cantik sangat harini'.
    Kalau nak puji juga, pujilah dengan ikhlas, jangan disebabkan anda nak   
    memikat , anda puji secara berlebihan. Salah sama sekali. Perempuan  
    boleh baca kalau kamu tak ikhlas and nampak sangat kamu suka dekat  
    perempuan bukan sebab hati kamu tetapi sebab kecantikan perempuan    
    tersebut. Jadi, perempuan akan berfikir, so let say, satu hari nanti ada 
    accident dan muka berong-berong anda akan cari lain.

5. Jangan tunjuk pandai walaupun anda pandai. Biar perempuan tahu sendiri

6. Jangan jadi penakut. Bila anda dah suka cakap terus terang. Tetapi jangan  
    mengharap atau kecewa jika anda tidak diterima. Yang penting terus 
   terang. Perempuan lebih menghargai dan memperlihatkan anda bersungguh-
   sungguh.

7. Sentiasa cool dan matang. Jangan gelabah kalau react dengan apa-apa 
    problem

8. Berfikir dulu sebelum cakap. Kalau rasa perkataan anda nak cakap tu 
    macam over sangat, better jangan cakap.

9.  Jangan meninggikan diri ketika berbual. Ooops, meninggi diri akan  
    membuatkan perempuan annoying dengan anda even memang terserlah 
    kehandsome anda itu. Jaga-jaga.

10. Tegur secara berhemah. First keluar jangan nak memandai bagi komen 
     negative kat pasangan anda dari segi pakaian, memang sebenarnya ada 
     potensi untuk di reject. Terima seadanya.

11.Jaga-jaga status di FB and Twitter. Kalau dah status kat facebook pun 
    macam selalu nak marah- marah, tak puas hati sini sana. Anda sebenarnya 
    sedang menjatuhkan saham diri anda. Ini menunjukkan anda tidak mampu 
    menjaga atau mengawal perasaan anda. Mungkin sekali dua bolehla, tetapi  
    lama-lama rasanya akan bakal tidak dilayan.

12.Kalau msg anda tak di reply, jangan keep on sending. Lagi akan 
    membuatkan perempuan annoying. Kena faham, kadang-kadang perempuan 
    ni lebih banyak berfikir. Sebaiknya, bersabarlah dan jika ada respond, itu  
    menujukkan positive dan jika tidak, teruskan bersabar. Perempuan 
    memerlukan masa walaupun kamu da cukup perfect. 

13.Jaga tingkah laku. Jangan gelak kuat-kuat or cakap kuat-kuat sampai  
    dengar satu restoran. Sebaliknya, cakap lah dengan penuh gentleman. 

Perempuan memerlukan masa untuk berfikir kerana perempuan yang sejati yang di cari mereka sebenarnya bukan pasangan yang kacak, berharta . Mereka cuma hanya perlukan agama, akhlak, kejujuran dan kesetiaan. Mungkin perempuan yang hanya melihat kekacakan dan harta bagi mereka untuk hiburan dunia semata dan mereka sebenarnya tidak berniat pun nak jadikan anda pasangan mereka... =) Ini hanyalah pandangan owner blog ini, terpulanglah samada ingin menerima atau tidak. Mungkin ada kelemahan lelaki yang mungkin mereka tidak perasan, jadi di atas mungkin merupakan sesutau yang lelaki terlepas pandang.
Maaf jika ada perkataan yang terlalu sempoi, ini kerana bagi anda senang faham. =) Peace ..

TAMMAT



Friday, June 1, 2012

Tanya pasal couple dengan akakkk ~

Salam
Baru-baru ini BK dikejutkan dengan soalan dari seorang pelajar yang kini bakal menduduki SPM tidak lama lagi menerusi FB chat. Cuak juga lah pada mulanya tengok FB "pup" ' akak saya baru putus cinta,bla bla ...' . Pada mulanya BK macam ingat budak ni saja-saja je tapi tengok he keeps writing . Lepas tu mula terfikir, muka aku ni ada muka-muka Dr. Love ke. Aha lol. 


Sekadar gambar hiasan~


Then, makin banyak budak ni tulis. Jadi, atas sifat kemanusiaan dan kesedaran maksima(ayat bm bombastik gitu) sebab budak ni tak lama lagi nak ambil SPM, BK rasa BK patut ambil lah dalam beberapa minit untuk reply dengan niat nak bantu budak ni walaupun BK kurang arif bab-bab ni. Perah otak jugalah nak bagi solution siap google lagi al maklumlah bila orang dalam keadaan terluka ni selalu akan bermain dengan perasaan plus agak sukar terima kenyataan dan advice dari kita sebab terlalu kecewa. 

Then, after habis semua, nampaknya budak ni dah kembali semula semangatnya. Rasa power rangers jugalah aritu. Penatlah juga mengasah bakat aku sebagai Dr. Love terjun. Kesian juga sebenarnya. Just kesimpulan yang BK nak highlight dalam problem ini ialah walaupun orang kata cinta monyet gitu sebab zaman sekolah, kadang-kadang BK rasa kena juga macam buatkan diri kita sama umur dengan mereka jadi macam kawan mereka supaya lebih memahami situasi budak-budak. Kadang-kadang budak-budak ni nak orang dewasa faham situasi diorang. BK rasalah... 

Cuma sekarang apa yang bermain di dalam fikiran ini ialah " aku ni ada muka pernah couple ke? " aha.  Nama pun boodark kewchik lagi, tettt... 

K Bye

TAMMAT