Sunday, July 22, 2012

Happy birthday dato' Yusri!



Salam
Seperti yang telah dijanjikan, pembaca bertuah yang mempunyai potensi untuk BK publishkan special entry sempena Birthday pembaca iaitu Dato' yusri!!!


The Legend.
Rejoice adalah shampoo fav beliau. Terbukti ?

Happy birthday, seperti yang ku wish di wall post, aku harap ko sentiasa ceria dan bahagia di kala hidup yang dimamah usia. Jangan risau, musim durian nanti, aku akan ajak ko bersama rakan-rakan yang lain untuk bersama menikmati semua masakan yang berasaskan durian di rumah bonda ku. Aha.

Sedikit cerita tentang Yusri, beliau merupakan rakan yang pernah sekelas dengan aku di U dahulu. Di lahirkan pada tanggal 20 Julai dan mempunyai wajah yang kacak plus manis dan boleh menawan hati sesiapa sahaja yang berselisih dengannya(OMG). Jangan tidak tahu, Yusri juga mempunyai ramai fans dan bernaung di bawah label Yus Kacak dan mempunyai official page di facebook. Panggilan manja yang sering diberikan oleh beliau adalah dato' gojes. Peribadi beliau yang kelasss dan beliau pelawak orangnya dan mempunyai hati yang suci lagi murni ( kenapa harus aku berdusta?) Ahaha..

Jadi dengan itu, sekali lagi BK ingin mengucapkan Selamat Hari Tua dan semoga ko menjaga kesihatan , biasalah makin tua makin banyak penyakit.. Ahaha..

p\s BK banyak belajar DSLR ni dekat dia la. Aha.Jangan lupa dapatkan khidmat photographer dengan Yus. Kalau ko nak aku promote lebih, sila bayar. Ahaha. o lagi satu fakta, style rambut beliau akan bertukar mengikut musim di Malaysia. Contohnya musim tekujuh macam fashion rambut panjang, musim rambutan/durian akan jadi mawhawk , musim bieber fever akan jadi style mushroom dan sebagainya. Ini menggambarkan beliau seorang yang unik. And one more, kalau BK sesat area KL , BK akan call beliau kerana beliau merupakan GPS dan google map yang palin berkesa setakat ini. Ahaha

Berikut adalah bebrapa hasil karya beliau
Pernah juga shoot beberapa model terkenal seperti Amber Chia

Happy birthday Yus !!! Nanti aku beli tepung jagung banyak-banyak keh bila aku jumpa ko. Ahaha..

TAMMAT

Thursday, July 19, 2012

Pengalaman di Highway Lekas

Salam
Waktu tu betul-betul time Maghrib once aku masuk highway lekas, sebenarnya benda ni dah jadi lama, time Lekas baru buka macamtu dan sebelum incident aku dekat Karak lagi( tu pun kalau korang baca la entry aku dekat sana). Ni pun aku terniat nak cerita balik sebab aku tengok kecoh kat fb sekarang cerita pasal sorang lelaki yang dikejar penculik kat RnR Lekas tu. Aku memang takkan benarkan parents aku lalu dekat situ (Highway Lekas)kalau diorang nak pergi KL dua orang. Aku prefer parents aku lalu Highway Plus walaupun sedikit jam.

Aha, memang gemar betul-betul benda ni nak kacau orang terutama kalau jenis macam aku ni yang selalu drive alone. Aha, cerita bermula bila aku konvoi dengan akak aku dan time tu kereta akak aku di hadapan bersama suaminya dan aku pula drive sorang dekat belakang. 

 Ju onnn~
Sekadar hiasan. Boleh skipp

Mungkin sebab highway tu baru lagi, dan aku tahu memang standard highway baru-baru ni selalu la jadi benda-benda yang tak patut. Maybe aku je yang fikir macam tu kot. Hee... Dan aku pun realize that memang banyak incidents berlaku dekat highway Lekas ni. Namun, haritu sebab aku nak balik Bangi berkonvoi so aku macam tak fikir sangatlah pasal tu semua cuma masa nak gerak tu memang macam-macam doalah aku baca kan. Masuk je Highway lekas dalam pukul 7 lebih macamtu azan pun berkumandang dan macam biasa, radio aku akan kuatkan. So, dah habis je azan tu, aku slow kan semula.
Jadi aku pun drivelah macam biasa, kadang-kadang aku terjauh kadang-kadang aku terdekat sangat dengan kereta akak aku dekat depan. 

So, dah dalam 15 minit macam tu lepas azan dengan tiba-tibanya, zuppp darah aku ternaik, ntahlah, hai time-time ni pula nak lalu, aku nampak ada benda hitam lalu dekat cermin depan aku. &^%$#@ ... Aku try chill je lah time tu memandangkan kereta tak banyak dan aku rasa aku selamat sebab akak aku ada dekat depan. Agak jauh jugalah tapi aku still boleh nampak kereta akak aku. So, aku anggap maybe burung gagak kot sebab time-time senja ni memang selalu burung akan pulang ke sarang. (Tu macam ayat nak sedap hati jelah sebenarnya)

Then aku drive lah lagi, macam biasalah aku pun bacalah apa-apa yang patut, bukan apa bahaya juga kalau aku terpandang benda tu kereta aku akan lari. Mana tau kan.

Jadi lepas tu aku drive la macam biasa. Nak sedapkan hati lagi, aku nyanyi nasyid pula sensorang. Time tu, habis lagu-lagu nasyid time aku sekolah rendah dulu pun aku nyanyi juga. Tak kiralah kan time tu.

Then time aku drive depan , zupppp dia lalu lagi... *&^%$#@.. Pffttttt... Terstop sekejap aku karok lagu nasyid tadi. Kereta aku pun aku terslow kan. Aku macam dah rasa nak call je akak aku time tu, hati dah berdebar-debar, darah aku pula dah macam sampai tahap max. Kali ini macam makin besar pula benda ni. Time tu aku memang dan tak toleh dah dekat cermin belakang. Namun, aku fikir time tu aku bawa je kereta, kejar kereta akak aku dan aku follow rapat-rapat. Aku try macam nak actin' like nothing happen tapi macam badan aku pun dah rasa lemah macamtu.

Aku teruskan juga follow akak aku. Glad akak aku berhenti dekat RnR Lekas tu untuk sembahyang Maghrib. Namun, time tu aku tak boleh sembahyang. 
( Harap semua pembaca blog aku ni open sikitlah bab -bab ni )So, aku macam pergi ladies dan basuh muka. Niat time tu, lepas akak and abang ipar aku sembahyang, aku nak cerita tapi aku pernah dengar orang cakap, kalau kita dekat dalam kawasan yang terjadi benda tu, better jangan cerita, nanti lagi dia suka. So, aku batalkan niat aku. Dah, selesai semua, kami meneruskan perjalanan dengan harapan bila semua dah solat apa yang aku lalui tadi dah selesai.


Hai, mungkin memang dugaan bangat time tu, elok je lepas keluar RnR dalam 10 minit macamtu, aku dah macam redha je. Benda hitam tu lalu lagi, kali ini memang mengalihkan pandangan aku dan time tu memang mata aku terikut dekat benda tu dan secara automatic nye kereta aku pun ikut sama. Nasib baiklah, time tu aku sedar kereta aku macam dah lari sikit cepat-cepat aku control balik. Hai sabar je lah.Aku dah tidak boleh buat apa-apa dan time tu aku memang tawakal sahajalah. 

Nasib time tu dah nak sampai simpang ke Bangi. Akak aku terus straight ke rumah dia dan aku pula terus ke simpang rumah aku. Sampai je aku dekat rumah, aku terus basuh kaki dan untuk mengurangkan beban yang aku terpaksa diam atas apa yang berlaku time aku dekat lekas tadi aku ceritakan dekat housemate aku.

Aku rasa, mungkin dengan dalam kondisi aku time tu dan aku drive alone yang membuatkan power keberanian aku di test banyak kali. ( Takdelah power sangat) Memang cukuplah tiga kali dalam satu perjalanan aku kena. Abang ipar and akak aku tak kena langsung. Cuma aku macam nak bagi advice sikitlah, kalau ada yang dekat luar sana yang selalu drive alone macam aku, aku rasa better pulanglah mengikut Highway Plus untuk lebih pemanduan yang selamat. Kalau nak lalu juga highway Lekas, better bawalah peneman. Bukan aku cakap Highway Lekas tu tak bagus, cuma lebih baik kalau nak lalu, lalulah ramai-ramai dan bacalah apa-apa yang patut.

Agak banyak jugalah pengalaman aku drive alone lebih-lebih lagi kalau perempuan sebab dia tahu kita ni agak lemah berbanding lelaki. Semoga pengalaman aku ni dapat menyelematkan insan-insan di luar sana dan jadi sebagai langkah lebih berhati-hati.

p/s Aku dengar cerita RnR lekas pun bahaya sekarang. Tapi melibatkan manusia sesama manusia


Sekian

TAMMAT




Iklan produk yang paling berkesan pada bulan Ramadhan

Salam
Tentunya semua dah pernah tengok iklan ini di kaca tv. Pendapat BK, pengarah iklan tentunya perlu berbangga dan berpuas hati kerana iklan ini berjaya membuatkan kita semua teringatkan jenama Yusuf Taiyoob bila menyebut sahaja pasal kurma terutama di bulan Ramadhan. Dengan ucapan secara berbisik itulah dapat mengingatkan pengguna dan saling disebut-sebut mengikut nada Yusuf Taiyoob... One more time everybody, Yusuf Taiyoobbbb....

Lepas ni, mana-mana company nak try promote product, cer try bisik-bisik pula. Aha

Jom tengok kejap iklan ni


Ada juga buat cartoon 


Credit
Comicstriper

Sedikit fakta tentang iklan ini, mula diterbitkan pada tahun 2008. Hurm lama tuuu....

TAMMAT

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday

=)

Bagaimana mengesan bulan kelahiran manusia dengan cara yang mudah?

Salam
Disebabkan BK ni kategori minat nak kaji bulan kelahiran ni sejak di bangku sekolah lagi, jadi rasanya nak bagi tips sikitlah. Boleh skip..
BK tiadalah power sangat cuma kalau nak sekadar suka-suka atau just nak tahu tu bolehlah. Aha.. K.. Mudah sahaja, cuma memerlukan sedikit masa untuk guess melalui....

 Melalui cara berpakaian juga, kita boleh mengetahui dengan mudah bulan kelahiran mereka
Credit = Tasha Lee

1. Cara percakapan
2. Cara duduk
3. Cara respond/bahasa badan
4. Tengok pasangan
5. Jenis pakaian
6. Cara jalan
7. Lihat makanan dan minuman
8. Lihat status FB/ Twitter / Blog dan seangkatan dengannya
9. Minat/ Topik perbualan

So, senang cerita anda kena banyak observe & think bila kita berhadapan dengan orang baru atau mungkin member-member anda.

Semua di atas merupakan perkara yang nyata yang kita boleh agak dengan mudah bulan kelahiran sekaligus dapat mengetahui sifat sebenar manusia. Selepas ini kita akan kaji pula satu persatu macamana nak mengetahui dengan lebih terpeinci melalui elemen-elemen di atas. Mungkin agak sukar, tapi BK akan bagi tips mudah. Mungkin juga boleh membantu anda memilih atau menegenali  rakan atau pasangan secara lebih dekat

Statement di atas hanyalah pandangan owner blog ini, terpulang samada mahu menerima atu sebaliknya kerana masing-masing memepunyai pendapat tersendiri. 

p/s BK tak kaji horoscope macam Leo/Pieces dan sebagainya, BK lebih kepada bulan kelahiran Jan, Feb...

Thanks for your time

TAMMAT

Tuesday, July 17, 2012

Bagaimana memilih style tudung mengikut bentuk muka?

Salam
Jika sebelum ini kita hanya tahu trick atau tips pengayaan rambut mengikut bentuk muka, apa kata hari ini kita ketahui bagaimana hendak bergaya dengan hijab mengikut bentuk muka kita. Ini hanyalah pandangan dan tips dari owner blog ini, terpulang samada untuk menerima atau tidak kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Bukan apa, kebanyakan yang BK observe, ramai wanita yang terlalu mengikut trend/ style sampai nampak pelik/tidak sesuai .BK rasa better kita teliti bentuk wajah kita terlebih dahulu sebelum mengayakan sesuatu.

1. Wajah bulat
Biasanya, wanita yang mempunyai wajah bulat sebenarnya seorang yang confident. Jadi untuk wajah bulat, digalakkan memakai loose style bagi menutup sedikit di bahagian sisi supaya muka anda tidak kelihatan lebar. Kalau beli inner tu, tetas banyak sikit. Sesuai juga Turban style

2. Wajah bujur panjang
Wajah sebegini tidak digalakkan memakai loose style kerana ini akan membuatkan muka anda bertambah panjang. Seeloknya, gayakanlah shawl anda dengan menampakkan sedikit pipi. Pakailah style mcm Hana Tajima , ikat belakang kerana ini mampu menampakkan wajah anda balance dan tidak begitu menonjol panjang.

Diff type of face shapes, credit to Mr. Photographer = Fakhruddin


3. Wajah square
Bagi berwajah square sangat sesuai menggayakan tudung bawal kerana tudung bawal biasanya secara automatic akan membuatkan wajah anda nampak sedang elok dan comel. Elakkan style Hana Tajima

4. Baby face
Bagi yang berwajah baby face ini, sesuai menggayakan apa jua style, namun jangan terover nanti nampak pelik. Lagi chomel kalau yang berwajah seperti ini menggayakan style yang ikat ke belakang/ syria style.

5. Oval
Oval juga sangat beruntung kerana anda bebas menggayakan apa jua style, mungkin juga boleh try Turban style kalau confident

Namun, pakailah mengikut landasan dan jangan telalu menonjol.


Entry berikutnya, owner akan memberi tips warna yang sesuai berdasarkan kulit warna.

Sekian,

TAMMAT


Benda yang orang lain ada, BK tiada time study

Salam
Aha, saja-saja nak tulis, boleh skip... jadi tiba-tiba terfikir rupa rupanya benda yang BK rasa agak penting bagi student yang tiada sepanjang belajar di U sampai la habis belajar ni. Mungkin sebab aku ni jenis suka memaximum kan benda yang ada. Hurmm. Aha, tak tahulah, lain orang lain caranya


miss u guyz and Harvin s not here,2008 =)pool? aha

Berikut merupakan barang-barangnya

1. External, sebab tak peng'download lagu/movie tegar so tak guna banyak spaces, and my mom and dad pembekal utama pendrive.

2. Mouse atau dalam bahasa ibunda tetikus, buat FYP pun slumber guna jari   pun boley. Aha, sebab macam rasa leceh nak bawak kalau online kat luar.

3. BB. sebab keypad dia macam kecil sangat, aha.

Aha. Itu saja, K papai


p/s Thanks kepada sesiapa yang comment. Comment yang tidak di reply jangan risau, akan di reply kalau owner free. =)

TAMMAT