Salam
Jika sebelum ini kita hanya tahu trick atau tips pengayaan rambut mengikut bentuk muka, apa kata hari ini kita ketahui bagaimana hendak bergaya dengan hijab mengikut bentuk muka kita. Ini hanyalah pandangan dan tips dari owner blog ini, terpulang samada untuk menerima atau tidak kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Bukan apa, kebanyakan yang BK observe, ramai wanita yang terlalu mengikut trend/ style sampai nampak pelik/tidak sesuai .BK rasa better kita teliti bentuk wajah kita terlebih dahulu sebelum mengayakan sesuatu.
1. Wajah bulat
Biasanya, wanita yang mempunyai wajah bulat sebenarnya seorang yang confident. Jadi untuk wajah bulat, digalakkan memakai loose style bagi menutup sedikit di bahagian sisi supaya muka anda tidak kelihatan lebar. Kalau beli inner tu, tetas banyak sikit. Sesuai juga Turban style
2. Wajah bujur panjang
Wajah sebegini tidak digalakkan memakai loose style kerana ini akan membuatkan muka anda bertambah panjang. Seeloknya, gayakanlah shawl anda dengan menampakkan sedikit pipi. Pakailah style mcm Hana Tajima , ikat belakang kerana ini mampu menampakkan wajah anda balance dan tidak begitu menonjol panjang.
3. Wajah square
Bagi berwajah square sangat sesuai menggayakan tudung bawal kerana tudung bawal biasanya secara automatic akan membuatkan wajah anda nampak sedang elok dan comel. Elakkan style Hana Tajima
4. Baby face
Bagi yang berwajah baby face ini, sesuai menggayakan apa jua style, namun jangan terover nanti nampak pelik. Lagi chomel kalau yang berwajah seperti ini menggayakan style yang ikat ke belakang/ syria style.
5. Oval
Oval juga sangat beruntung kerana anda bebas menggayakan apa jua style, mungkin juga boleh try Turban style kalau confident
Namun, pakailah mengikut landasan dan jangan telalu menonjol.
Entry berikutnya, owner akan memberi tips warna yang sesuai berdasarkan kulit warna.
Sekian,
TAMMAT
No comments:
Post a Comment