Monday, October 24, 2016

Tips terbang ke India (Bangalore) #Muslimguide #persediaan

Salam.

Pengembaraan kali ini membawa BK ke satu lagi negara iaitu Bangalore, India. BK berada di sana selama 5 hari 4 malam dimana tujuan asal adalah bagi menghadiri APJ Regional IT Summit 2016. Jadi dari segi tiket, penginapan dan makanan ditanggung oleh pihak syarikat. Terima kasih! Walaupun jadual agak padat, namun kami masih berpeluang untuk meneroka bandar Bangalore pada waktu petang sehingga malam di sana. Kami bernasib baik kerana lokasi hotel terletak di tengah-tengah bandar dan kami boleh berjimat dengan hanya berjalan kaki atau menaiki perkhidmatan Uber.



Sebelum opening ceremony. 
Corak belakang tu cantik 


1. Visa :

Bagi tujuan ke India, Visa diperlukan dan ianya boleh dibuat di KL , Penang dan Johor Bharu. Berikut adalah maklumat mengenai lokasi membuat Visa. Bagi memudahkan process mendapatkan Visa, anda terlebih dahulu perlu mengisi borang lengkap di sini beserta dengan 2 keping gambar. Nanti kalau pergi kedai gambar cakap nak buat Visa ke India sebab saiz dia agak besar sikit.

Kuala Lumpur :


Di KL terdapat dua tempat :

  • Bagi pemohohon yang bukan berasal dari India :


IVS Global India Visa Centre 
Leboh Pasar Besar, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Tips : Parking di Dataran Merdeka > lintas jalan > patah kanan sampai jumpa lampu isyarat patah kiri > Jumpa Wisma Straits Trading > Visa Centre terletak di wisma tersebut (dapat lihat ada bendera India dalam gambar di bawah)

Harga : RM 550+ 

*Jika nak cepat, pergi ke counter express dan  anda akan dikenakan cas RM50

  • Bagi pemohonon yang berasal dari India :

The High Commission of India 
Level 28, Menara 1 Mon't Kiara,
No. 1, Jalan Mon't Kiara,
50480, Kuala Lumpur




2. Vaksinasi : 

Sebelum ke India, eloklah jika sekiranya anda mendapatkan suntikan imunisasi(vaksin). Anda boleh memilih samada untuk mendapatkan suntikan atau sebaliknya. Namun, bagi memastikan pelancaran perjalanan anda menginap di sana, vaksin amatlah digalakkan. Dua jenis vaksin yang boleh diambil sebelum ke sana iaitu :

  • Tifoid/typhoid: Demam kepialu iaitu cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah dicemari najis.
          Harga :  RM50+

  • Influenza : (untuk memberi pelindungan dari mendapat jangkitan virus influenza manusia/human influenza.

Tiga jenis influenza : Avian(selesema burung),   Epidemik(wabak menyerang sekumpulan penduduk   di sesuatu lokasi) dan Pandemik(menyerang sebahagian dari penduduk dunia, manusia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus)


       Harga : RM 50+



3. Cuaca :

Pada mulanya apa yang bermain di minda hanyalah tentang cuaca di sana. Sudah tentu negara ini banyak dikaitkan dengan cuaca yang agak panas. Namun, apabila sampai di sana ianya sangat menarik apabila cuacanya agak berangin dan sejuk walaupun ada sinar matahari. Jangan lupa membawa bekalan ubat di sana termasuk minyak panas.



Suasana bilik di Ritz-Carlton 

4. Pakaian : 

Kebanyakan masyarakat di sini memakai baju tradisional mereka dan kita boleh lihat kepelbagaian jenis pakaian dan warna di sini. Bagi para pelancong, BK nasihatkan agar membawa pakaian yang tidak terlalu tebal dan bawa sekali topeng penutup hidung kerana jalan di sini agak berdebu.



Percubaan menjadi Kajol


5. Makanan :

Elakkan membeli makanan di tepi jalan kerana tahap kebersihan dia agak kurang lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mengambil suntikan atau mempunyai perut yang agak sensitif. Makanan di sini agak luar biasa pedas dan kita tahu India kaya dengan rempah ratus. Kuah dal dekat sini memang terbaik dari ladang. Anda harus mencubanya. Anda boleh mencuba dan kalau boleh pergi kedai yang vegi/halal. Kami juga ada mencuba tea(chai) mereka yang katanya susu itu adalah susu lembu asli(fresh) yang dicampur dengan tea. Bagi BK tea tarik mak BK buat lagi sodap. #lol. 


Ni macam makan sirih gigi merah


Makanan dekat sini memang berasakan rempat ratus. Namun jika anda mahu mengubah selera, makanan western/ Japan dan sewaktunya pun ada di sini. Begitu juga dengan air mineral. Ada tiga jenis air mineral sahaja yang BK cadangkan untuk dibeli iaitu jenama Kinley(Coca-cola India), Aquafina(Pepsico) dan Clear (Energy Beverages (P) Ltd.). Kalau jenama yang lain kalau boleh elakkan kerana terdapat keraguan dari segi kebersihannya ditambah dengan krisis berebut air di sana.


Image result for mineral water in indiaImage result for mineral water in india pepsi aquafina





Airport



Kudap-kudapan 





Chai 



Penyediaan makanan yang berempah-ratus


Sup ayam tak silap



Tu dia, kuah dal sedap

6. Pusat beli belah :

Jika mengunjungi ke India, tidak sah rasanya tidak membeli Saree, Kurta, Pashmina sebagai buah tangan. Di Bangalore, banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi termasuk MG Road, Brigade Road dan Commercial Street. Di sini anda boleh mendapatkan saree yang meghelip-ghelip tu dengan harga yang agak murah dalam 3000+ rupee kira-kira RM 200 iaitu lebih murah berbanding di Malaysia.  So dekat sana, nak senang kira semasa beli belah keluarkan kalkulator bahagi dengan /16. 

  • Contoh : Harga saree : 1000 rupee/16 : RM62.50+


Bak kata orang putih, "Do not bring your wife here, or else you gonna lose your money... unless you love your wife so much. Eh?



Membeli-belah 

Selain itu, anda juga akan didatangi oleh peminta sedekah yang akan membawa anak-anak. So lebih baik jangan layan dan use the power of hand and say no. Kalau tidak, anda akan diekori mereka. Yang paling menarik, peminta sedekah yang BK rasa tak berkemampuan untuk bersekolah pun speaking dengan pelancong. Hmmm, something to ponder. Bagi golongan wanita, sila pastikan anda ditemani lelaki jika anda ingin membeli belah terutama menjelang malam. Kami juga kaum wanita tidak digalakkan keluar selepas pukul 8pm. Namun, disebabkan jadual yang agak padat dan hanya mempuyai waktu petang sehingga malam, jadi kami keluar juga tetapi ditemani oleh beberapa rakan sekerja lelaki dan manager-manager kami. 


Dekat sini memang rambang mata tengok kain-kain Saree


7. Masa :

Waktu di sini adalah 2+ jam lambat dari Malaysia. Jadi, kalau nak sembahyang tu, kira pukul Subuh(5am), Zohor(12pm+), Asar(4pm+), Maghrib(6pm+), Isyak(7pm+). By the way, di Bengaluru International Airport ada surau di di sana yang agak luas, tetapi perlu berkongsi lelaki dan perempuan. Jadi, tips yang BK boleh bagi, lepas dan ambil sembahyang semua tu terus sarung telekung dan sembahyang. Ambil saf belakang walaupun masa tu tiada orang. 




Tempat ambil wuduk di Airport

8. Trafik :

Last but not least, trafik dekat sini memang paling epic. Group kami nyaris-nyaris kena langgar semasa kami melintas jalan. Jadi, tips nya, anda perlu mengikut orang tempatan. Dekat sini memang mereka slumber badak je memandu walaupun tahu ada orang sedang melintas. Perlu persedian awal untuk dengar bunyi hon di mana-mana. Hati kena kental melintas jalan di sini. Selain itu, budaya diorang memang suka menjadikan honking sebagai salah satu hobby apabila berada di atas jalan raya dan memang jalan tidak ikut lane sampai tahap boleh sentuh kereta sebelah. #lol.  Pada yang selalu migraine, dinasihatkan agar membawa minyak panas. Pada yang tidak larat untuk berjalan, anda boleh menggunakan perkhidmatan uber tetapi perlulah membeli sim card mereka terlebih dahulu untuk menggunakan internet. Di sana, BK tidak menaiki Auto kerana walaupun ada meter tetapi diorang akan charge lebih, lagi-lagi kepada pelancong. Tetapi kalau nak juga naik, BK cadangkan cari orang yang pandai speaking Kannada(bahasa local). 


Auto





Tol : Kira bersyukur juga Malaysia lagi canggih



Tepian jalan



Last day in Bangalore 



Bandar Bangalore 




Kasi chance la sisthur selfie keperempuanan satu. Hiks :P



Balik


Credit :
Info vaksin : Infosihat.gov.my
Pic : Mila

Monday, August 1, 2016

Tips : Tempat terbaik membeli cenderahati / souvenir di Korea

Assalamualaikum.


Tidak lengkap rasanya jika kita tidak membeli cenderahati atau souvenir apabila melancong. Sekurang-kurangnya satu fridge magnet untuk dijadikan kenangan apabila pulang ke tanah air nanti.

Di sini BK ingin kongsikan 4 tempat terbaik bagi BK untuk membeli barangan cenderahati. 

4. SMTOWN Coex Artium







SMTOWN yang terletak di Gangnam, Seoul amat sesuai dikunjungi oleh para peminat Kpop. Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai barang merchandise Kpop dengan harga yang agak murah selain mendapatkan cenderahati seperti buku nota, pen. kipas dan sebagainya. Selain itu, terdapat Pop-up cafe, studio untuk bergambar, teater hologram, dan pelbagai lagi. 




SMTOWN terdiri dari 6 tingkat :

  1. Tingkat 1: Welcome Stage
  2. Tingkat 2: Merchandise artis SM Entertainment, Barang-barang pilihan artis, Hadiah
  3. Tingkat 3: SMTOWN Studio (Video Musik, Foto, Ruang Rekaman, Tata Rambut dan Make Up, Kelas Vokal, Kelas Dance)
  4. Tingkat 4: Kafe, Muzik, Media, Buku dan Merchandise Special
  5. Tingkat 5: SMTOWN Teater (Teater Hologram, Gedung Serbaguna, Hiburan Interaktif)
  6. Tingkat 6: SMTOWN Teater (Percetakan 3D)



  • Harga   : Serdahana/ Mahal (bergantung pada apa yang dibeli)
  • Barangan yang sesuai dibeli : Kpop merchandise
  • Kemudahan : COEX, ada Gangnam statue, kawasan agak elite, Pop up cafe(tiada lago halal)
Cara :
  • i. Seoul Subway : Samseong Station > line 2 > exit 5&6


Tips :
  1. Tidak perlu membeli banyak barang cenderahati di sini, melainkan memang peminat tegar Kpop




3. Myeongdong



Menduduki tangga ketiga senarai tempat terbaik menurut BK untuk dikunjungi, Myeongdong ini adalah syurga membeli-belah bagi golongan wanita. Di samping terdapat makanan halal yang boleh diperolehi, kawasan ini menyajikan pelbagai kedai fesyen dan kosmetic yang menarik. Anda juga boleh mendapatkan mask yang berharga 1000 won/ RM 3+ untuk setiap satu. Semasa BK ke sana, kedai Forever 21 ada membuat sales. Terdapat seluar yang berharga lebih kurang 4000 won/RM12+ sahaja. So, BK borong tanpa rasa bersalah dan tanpa menyesal. Tetapi perlu fikir baik-baik sebelum membeli terutama yang membawa luggage dan menaiki train. Jika anda membeli terlalu banyak, berkemungkinan anda akan mengalami kesulitan untuk naik turun train. Korea juga popular dengan stokin-stokin yang pelbagai corak dan warna, anda boleh dapatkan dengan 1000won/ RM3+. So stokin ni boleh juga dijadikan sebagai cenderahati. FYI, dekat sini memang ramai orang terutama nak dekat malam tu sebab gerai-gerai/ street food sudah mula buka around 5pm above tak silap BK. 



Myeongdong
  • Harga   : Mampu milik
  • Barangan yang sesuai dibeli : Mask / barang cosmetic / kedai baju / stokin / strawberry segar
  • Kemudahan : Tempat makanan halal



Cara :
  • i. Subway : > Myeongdong Station, line 4, exit 6 or
  • ii. Subway : > Euljiro 1-ga Station, line 2, exit 5



                             Fresh strawberries : 5000 won/RM15+

Tips :
  1. Bawa beg sandang untuk memasukkan barang yang anda sudah beli untuk memudahkan perjalanan dalam keadaan sesak dengan orang ramai itu
  2. Pergi pada waktu petang around 5pm onward. Pada waktu ini terdapat banyak street food memulakan operasi dan anda boleh mendapatkan beberapa kedai yang menjual makanan halal. BK akan kongsikan nanti makanan halal yang terdapat di Myeongdong ini dalam entry seterusnya.
  3. Sila pakai kasut yang bersesuaian/ sports shoes


2. Insadong

Menduduki tangga kedua pilihan BK adalah Insadong. Kawasan ini tidak kurang hebatnya dengan dipenuhi orang ramai dan sesuai untuk membeli cenderahati untuk orang tersayang. Tidak seperti di Myeongdong yang lebih tertumpu kepada barangan kosmetic dan fesyen. Di sini, anda akan perolehi banyak aksesori(gelang, rantai) dan barangan cenderahati seperti fridge magnet, pengetip kuku, penanda buku, beg-beg kecil untuk menyimpan duit, keychain dan pelbagai lagi. Anda juga boleh tawar-menawar tetapi pastikan anda membelinya. Seperti di dalam entry BK Tips : Fly to Korea yang terdahulu, peniaga di sini agak sensitif bila anda tidak membeli apabila sudah tawar menawar terutama para peniaga yang tinggal di luar bandar. Akan tetapi, disebabkan Insadong ni berada di kawasan tumpuan pelancong dan terletak di kawasan yang agak bandar, peniaga mereka kini lebih open minded jika pengunjung tidak jadi membeli barang mereka. Boleh baca entry tersebut untuk maklumat lanjut. Anda juga akan berpeluang melihat ramai pengunjung yang akan memakai pakaian tradisi mereka seperti Hanbok di mana-mana. Anda boleh menyewa baju ini di sana. Harga kurang pasti. 



Insadong
  • Harga : Mampu milik , lebih murah dari Myeongdong 
  • Barangan yang sesuai dibeli : aksesori(gelang, rantai) dan barangan cenderahati seperti fridge magnet, pengetip kuku, penanda buku, beg-beg kecil untuk menyimpan duit, keychain dan pelbagai lagi
  • Kemudahan : Tempat makan halal
Cara :
  • i. Seoul Subway : Line 1 > Jonggak Station > line 5 > exit  3 ( berjalan kaki lebih kurang 5 minit
  • ii. Seoul Subway station Line 1 > Jongno 3-ga, 
  • iii. Anguk Station > line 3 > exit 6



Tips :

  1. Jika anda ingin mendapatkan barang yang lebih murah, sila beli di kedai tepi jalan yang menjual barang cenderahati dari membeli barang di kawasan 4  (if I am not mistaken) tingkat( seperti gambar di atas). Kedai cenderahati di tepi jalan jauh lebih murah
  2. Di sini juga anda boleh mencuba makanan seperti Korean Pancake yang rasanya sepeti lempeng tambah coklat
  3. Seperti yang dipekatakan ramai orang, jika bernasib baik anda akan lihat persembahan kebudayaan orang Korea.
1. Namdaemun Market 

Menduduki carta teratas bagi blog BK adalah Namdaemon market yang terletak di kawasan agak luar bandar. Di sini terus terang cakap nak beli T-shirt Korea, pergi di sini sahaja. Para peniaga pun ada yang agak pandai berbahasa Melayu. Harga anda boleh dapat dalam 10,000 won/RM 30+ satu. Lupakan di tempat lain kerana harga lebih mahal. Kawasan ini telah wujud beratus tahun dahulu sejak zaman dinasti Joseon dan merupakan pasar tertua di Korea. Namdaemun Market menerima jumlah pengunjung yang agak ramai setiap tahun. Selain T-shirt, anda juga boleh membeli Korean Brooch dengan harga yang lebih murah dari tempat lain.
  • Harga : Murah berbanding Insadong dan Myeongdong
  • Barangan yang sesuai dibeli : T-shirt Korea( I love Korea, Running Man, Hard Rock Cafe Seoul), Korean Broooch, hat
  • Kemudahan : Tempat membeli belah yang agak selesa dan tidak terlalu sesak
Cara :
  • i. Hoehyeon Station > line 4 > exit 6 > Jalan kaki around 100 meter > Masuk lorong belah kanan 

Tips :
  1. Boleh meminta diskaun jika ingin benar-benar membeli barang. Jika tidak jadi, peniaga akan berubah wajah dan kemungkinan akan meninggikan suara mereka.


Thank you ;)










Wednesday, May 18, 2016

Fly to Korea : #tips

Salam



Busan Gamcheon Culture Village

Selamat datang ke South Korea known for its kpop thingy . BK berada di Korea selama 9 hari 8 malam di mana 3 hari diperuntukkan untuk menghadiri 15th Congress of the Asian Association of Endocrine Surgeons(AsAES) bersama rakan-rakan. Jadi untuk tiga hari kami sudah berjimat untuk duit makan di sana kerana ianya di sediakan. Means, I spent approximately 6 days exploring this kpop country. Jadi, BK turun di Gimhae International Airport, Busan dan balik Incheon Airport, Seoul. 


 Nami Island 

Fashion :

Korea basically sangat unique dari sudut fashionnya. Apa yang boleh dilihat, jika anda di kawasan bandar seperti di Gangnam, cara berpakaian lebih ke arah bewarna gelap dan exclusive manakala di kawasan yang jauh dari bandar, penggunaan warna adalah lebih menjurus kepada warna pelbagai. Kalau orang make up tu tidak perlu cakaplah, dalam train mereka slumber badak je makeup depan orang ramai. Kosmetik dan Korea tidak dapat dipisahkan. BK sempat juga melawat SM Town dimana anda  dapat melihat banyak stores that offered an astonishing  merchandise, banyaknya barang-barang kpop. 




COEX, Gangnam


Pengangkutan :


Contoh T-Money / Transportation Card in Korea


Jika anda di Korea, BK nasihatkan anda untuk membeli kad T-Money/transportation card atau di Malaysia, kita lebih dikenali dengan Touch&Go(namun penggunaan kad kita terhad untuk bayar tol sahaja) kerana dengan kad ini, anda mudah untuk meng'access dimana sahaja tempat. T-Money boleh digunakan jika anda mahu menaiki train, taxi or bus di beberapa kota metropolitan termasuk Seoul, Incheon, Daegu, Busan dan Gyeonggi-do. Anda hanya perlu touch dan anda akan menuju ke destinasi. Kad T-Money boleh dibeli di convenience store seperti 7-eleven, GS 25 CU, Mini Stop, Story Way,  . Kebiasaanya kedai-kedai di airport ada menjual kad ini. Kad ini juga boleh de-refund in certain places after a 500 won service charge.




Namsan Tour

p/s : Jika anda menggunakan T-Money, harga untuk public transport akan menjadi 100 won lebih murah dari menggunakan cash and no extra charge.

Budaya :



Busan Gamcheon Culture Village

Orang sangat peramah. Walaupun bilangan hanya sedikit yang pandai berbahasa Inggeris, namun mereka sangat banyak menolong terutama golongan tua. Ke mana sahaja kami pergi, mesti diorang tanya, "Malaysia?" punya popularnya negara kita di sana. Ada certain, kami perasan ada yang nak menegur, cuma mungkin language barrier, mereka agak segan nak tanya. So, kami hanya berbalas senyum. Jikakami ke kawasan luar bandar, pasti ada sahaja kami nampak orang tua yang naik train untuk hiking. Jadi tidak hairanlah jika di sana, begitu banyak pperalatan hiking dijual. 


Gyeongbokgung Palace

Makanan :



Asian Family Restaurant, Nami Island

Jika anda seorang yang suka mencuba makanan baru, anda mungkin akan merasa kelainan nikmat makanan di Korea. Di sini boleh dikatakan makanan bukan citarasa BK. Namun, disebabkan acah-acah food hunter, BK try juga walaupun tekak ku tidak dapat menerima kenyataan. Namun ada certain makanan seperti Hotteok, BK boleh makan lagi. And culture diorang ni makanan semua kena habis licin. Dari segi air pula, memang diorang akan serve air kosong sahaja/ ice water, ianya tidak heaven seperti di Malaysia. Jadi untuk orang Malaysia, silalah bawa bubur ke, brahim's, maggi dan yang sekutu dengannya terutama yang nak stay lama di Korea. Post seterusnya, BK akan listkan kedai makan yang BK kunjungi ketika di sana.



Osegyehyang, Insadong

Membeli belah :



Myeong-dong 

Jika anda ingin membeli belah, make sure bila anda tanya, ia bermaksud anda mahu beli. So, bila dah banyak-banyak tanya, anda tidak beli, air muka para penjual akan berubah tidak seperti di Malaysia. Di Korea, terdapat certain para peniaga yang tidak meletakkan harga pada produk mereka.  Di Malaysia, jika anda tawar menawar, at last tak beli, peniaga kita cool sahaja dan beranggapan tiada rezeki namun ia berlainan di Korea. Later, BK akan beri tips untuk membeli barang cenderahati yang murah-murah.


Ihwa Mural Village 

Actually, negara Korea berada di carta yang terakhir untuk BK kunjungi. Tettt... Namun, berada di Korea memberikan pengalaman baru kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Orangnya yang baik hati, dan suasana damai di sana. 

p/s : BK kurang kpop, hanya mengenali beberapa penyanyi dan pelakon di sana seperti Donghae, Super Junior dan ahli-ahli Running Man. 

See you in India this October, and Japan on this coming November.


Thanks for reading. =)







Friday, January 9, 2015

17 petanda anda lahir/ menetap di Jelebu

Salam.

Jika anda seorang yang lahir atau menetap di Jelebu. Pasti anda akan terbiasa dengan perkara-perkara atau tempat di bawah.

1. Jika anda melalui laluan Bukit Tangga dalam pukul 2am, 6-7am, atau selepas hujan. Anda pasti akan dapat melihat kabus yang sangat tebal seakan-akan anda berada di Cameron Highland. Kemudian, anda tiba-tiba nak buka tingkap nak rasa kabus luar.Yang senyum tu mesti pernah buat kan? Hihihi


2. Kuala Klawang akan menjadi akan menjadi destinasi dituju untuk membeli keperluan harian, selain Muzium Adat untuk para pelancong serta Homestay Klawang.

3. Restoran Pattana akan menjadi lokasi strategik untuk membawa rakan-rakan anda dari luar untuk lepak.

4. Jika hendak konvoi pergi ke majlis khawin atau menonton Bola Sepak dan sebagainya, Stesyen Minyak Petronas Kuala Klawang akan menjadi pilihan untuk berkumpul.

5. Pada musim perayaan, atau cuti umum, anda dapat melihat kesesakan luar biasa seperti di Kuala Lumpur sibuknya sehingga jam beberapa meter dari area pekan Klawang sehingga Jeram Toi, difahamkan untuk megelakkan jam di Kuala Pilah, iaitu sebagai laluan alternatif untuk ke pantai timur.

6. Anda sudah biasa drift memandangkan laluan Bukit Tangga sangat mencabar pemanduan berhemah  dan sopan santun anda. Tahukah anda?

7. Anda akan mengenali kedai No. 2 yang menjual baju murah-murah dan kedai mamak No. 8 untuk lokasi sarapan pagi anda sambil baca suratkhabar.

8. Permulaan Jelebu akan diawali dengan jeram, iaitu Jeram Toi dan di akhiri dengan Jeram/ Air Terjun Lata Kijang.


MTB Challenge di Perkarangan Muzium Adat

9. Anda sangat sinonim dengan penyanyi Waris.  Pantang dekat radio keluar lagu Waris Gadis Jelebu, terus buat loudspeaker atau naikkan volume. Baik ngaku...

10. Anda pernah lihat situasi yang begitu menakjubkan, iaitu begitu ramai berpusu-pusu ke KFC Kuala Klawang untuk mendapatkan ayam free semasa perasmian Restoran tersebut. Hihi. 

11. Anda adalah penduduk Jelebu Sejati apabila anda tahu terdapat begitu banyak Jeram kecil-kecil di sekitar Jelebu yang tidak diketahui orang luar.

12. Jelebu kaya dengan eco-tourism aktiviti seperti 4x4, motorcross, MTB, mountain bike challenge, Kenaboi adventure race. Senang cerita, yang menguji ketahanan fizikal mental semua ada di Jelebu.


4x4 challenge di Padang Klawang 

13. Untuk para pelajar yang masih bersekolah rendah atau menengah, satu-satunya tempat yang ibu bapa anda beri pelepasan sepenuhnya untuk keluar rumah bersama-sama rakan adalah di .... Perpustakaan Kuala Klawang. Lol

14. Bila anda melalui jalan untuk ke Simpang Durian, Lakai, atau ke Pahang dan sebagainya melalui Kampung Kerangai anda akan melihat satu jalan seperti berbukit di hadapan anda. Masa itu, anda akan berasa tidak puas hati sebab bila anda bila anda memandu, ianya tidak lah setinggi yang anda lihat dan sangkakan. Permainan mata ilusi di situ.

15.  Pada yang nak buat kenduri khawin, Nasir Catering selalunya akan menjadi pilihan selain gerai cendol di pekan Klawang yang juga turut mengambil penyediaan makanan majlis-majlis.

16. Kebanyakan Majlis yang besar-besar juga kebiasaanya akan dijalankan di Padang/ Mini Stadium Kuala Klawang.

17. Last sekali, anda pasti tahu atau baru tahu yang Jelebu kini ada Pusat Ekuestrian yang terletak di Ulu Klawang. Harga berpatutan. Leyh la belajar kuda lepas ni. Hihi.


Rasanya, itu sahajalah setakat ini, ada banyak lagi. Mungkin bersambung. Hihi.

Salam