Salam...
Alkisah kereta habis minyak after Uniten Cup.Hajat hati nak isi lepas event tu(nak test minyak), tapi sayang seribu kali sayang lain pula berlaku. Syukur sebab berlaku dalam Uniten.Baiklah-baiklah, jom lihat ...
Kelebihan tiada minyak di jalan raya terutamanya ketika anda berada di dalam U.
1. Erat silaturahim.
Tidak dapat dinafikan lagi ketiadaan minyak di jalan raya mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain di mana kita dapat lihat pengumpulan umat manusia di tepi jalan berbincang dan bersalam-salaman walaupun hanya dengan masalah minyak tiada.
2. Cungkil bakat seni
Ini telah terbukti apabila kereta sebelah masa dekat traffic light(Masa ni tank baru selesai diisi dengan minyak) mengagumi hasil karya BK dengan melihatnya berkali meragui bahawa hasil seni itu adalah buatan manusia ataupun sticker.(sesuka hati aku je)
Al kisah, semetara BK tunggu Arina serta Paklah beli minyak(sayang korang lebih), BK pun terlangok(bahasa N.9 yang membawa maksud "staring") tepi jalan dan secara tiba-tiba idea untuk meng'express kan bakat seni yang ada di dalam diri di kereta dengan guna jari pon boleh(nada ala-ala iklan rejoice) pada tepi kereta BK memandangkan kesan kotoran jelas kelihatan siap boleh tulis nama bak kata mummy BK.
3. Nak tengok mana kawan sejati yang sanggup bersusah and bersenang.(Perghh ayat)
Alhamdulillah . Ini memang betul. Ramai yang sanggup berhenti walaupun hanya dengan hon-hon. I appreciate u all .Tett.
Antara yang caring-caring , BK terima kasih banyak-banyak.Jasamu dikenang. Terima kasih banyak-banyak kepada:
1. Arina(orang first berhenti, beli minyak, pasang hazard light,,, terharu)
2. Paklah(sanggup berhenti tinggal moto mahal kat tepi jalan untuk beli minyak dengan Arina )
3. Zaza(sanggup habis kredit call faiz and sama-sama tunggu di tepi jalan)
4.Pipah(Sanggup tunggu tepi jalan menunggu minyak bersama-sama BK)
5. Faiz(Sanggup patah balik walaupun dah keluar dari Uniten, dan sanggup mengeluarkan tanda larangan/halangan(merah putih) supaya kereta lain lebih berhati-hati)
6. Ira (Sanggup berhenti dan sama-sama juga menunggu minyak sambil melihat hasil karya BK)
7. Tasya(Sanggup berhenti menunggu kehadiran minyak sambil berjoget setempat-Tasya ske ayat ni)
8. Rafi(Sanggup menghandle lalu lintas di uniten...tett)
9. Apit(Sanggup tanya khabar dan menawarkan bantuan untuk membeli minyak masak di kedai upten.)
10. Kudin(Sanggup berhenti dan teman sama memeriahkan susana di tepi jalan tersebut)
11. Budak-budak junior Uniten yang lalu sambil menawarkan bantuan dengan menjerit-jerit "medic!, medic!, medic!"
4. Dapat membudayakan sikap tolong menolong antara satu sama lain.
Betul ! Tak syak lagi
5. Dapat photoshoot percuma.
Ya, kadang-kadang dugaan yang kita terima mempunyai kelebihan tersendiri tanpa disedari. Misalnya, semasa Tasya and Rafi berhenti , Tasya dengan rasa terujanya mengeluarkan DSLR dan siap snap-snap pic kereta dibantu oleh model-model berkelayakan seperti Pipah, Zaza, Ira dan tak lupa Rafi da Bedazled.Pose-pose dan gaya amat menyentuh kalbu sesiapa yang melihatnya.
6. Dapat pengalaman menghandle keadaan-keadaan cemas.
Contohnya hanya BK yang tahu. Hai, hard to say.
7. Dapat ceramah-ceramah beserta nasihat-nasihat yang berguna dari sahabat handai , keluarga
Tagline" Renung-renungkan dan selamat beramalllll"
Hurm.ni faham-faham sendirilah.
p/s: Isilah minyak
TAMMAT.
2 comments:
oh there's my name there ! haha. thanks. sorry walaupun tak banyak membantu :(
aiyakk..kira ok la tu..at least ta truss jln je..hehe..
Post a Comment