Salam
Artikel yang dipetik menerusi Apesal.com mengenai konsert Lady Gaga. Menurut Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) , KH Kholil Ridwan menegaskanharam hukumnya untuk menyaksikan konsert penyanyi antarabangsa ini yang bakal berlangsung Jun 2012 ini.
"Tiket yang sudah dibeli harus dipulangkan segera kerana Lady Gaga boleh merosakkan moral umat Islam dengan membuka aurat", ujar KH Kholil Ridwan.
BK rasa senang cerita konsert Lagy Gaga tidak sepatutnya ada dekat dunia ini khususnya dekat negara-negara yang majoritinya Islam. Teringat BK bila Lady Gaga dalam satu temu bual di televisyen pernah mengutuk negara Malaysia, minta remaja Malaysia memberontak. Kisahnya bolehla rujuk di entry lepas.
Lihat? Senang-senang sahaja untuk mempengaruhi orang terutamanya remaja, mungkin dia ingat kita ini senang-senang ikut telunjuk orang kafir?. Ingat kita tiada otak?. Lihat, Malaysia pula menjadi sasaran kontroversinya. Buat konsert di negara kita, then nak kutuk . BK rasa better betulkan diri tu dahulu, baru betulkan orang lain. Mengapa? kerana bila kita buat benda yang betul, orang tidak akan mempertikaikan kita dan yang paling penting orang akan menghormati pendapat kita. Kalau minta buat benda-benda yang baik tu tidak mengapa. Tapi agak-agaklah nak ajar remaja kita benda tak betul. BK rasa agak silaplah kalau nak ajak remaja kita buat benda tak betul. Remaja kita ini berakal bukan senang-senang nak ikut telunjuk kamu Gaga.
BK harap, lepas ini tidak perlulah artis sebegini untuk datang ke Malaysia or negara-negara lain yang bersetuju dengan pendapat BK ini.
p/s Maaf tiada gambar untuk kali ini kerana kalau letak, kita seakan-akan mempromosikan pula Gaga ini.
Segala statement di atas ialah hanya pendapat owner blog ini, terpulang kepada readers untuk menerima atau tidak kerana masing-masing punyai pendapat sendiri.
Bak kata ayah BK, jangan ambil mudah benda yang mengaitkan isu akidah ini . =)
Sumber
Apesal.com
TAMMAT
2 comments:
x yah la sape2 niat nk pegi tu
yup2.. stuju =)
Post a Comment