Salam
Kita hendak orang di sekeliling kita sentiasa senang. Kali ini BK tumpukan kepada kaum wanita yang bertudung. Mungkin ramai yang sudah melihat kaum wanita yang bertudung tetapi tidak menjaga kebersihan, tumpah sambal sini sana, badan berbau. Kita harus sedar bahawa orang di sekeliling kita sentiasa akan menilai dan kita tidak mahu wanita yang bertudung itu selekeh/ tidak menjaga penampilan.
Si Haikal yang duduk depan sekali ni tidak suka memakai baju yang tidak ber"iron". Jadi, ingat. Tudung/baju yang mudah kemot tu, better gosoklah supaya anda kelihatan kemas .
Gambar sekadar hiasan
Orang disekelilng mungkin tidak mahu memberi tahu tentang keadaan kita semata-mata untuk menjaga hati. Jadi, perlunya ada kesedaran diri sendiri. Muhasabah diri dan langsung membuat penambah baikan kepada diri.
Sebelum ini banyak yang kita dengar sana sini tentang komen atau pendapat orang ramai yang melihat wanita selekeh/comot. Jadi atas komen-komen ini, sudah masanya untuk berubah terutamanya kaum wanita lebih berhati-hati menjaga penampilan diri supaya sentiasa kemas dan teratur.
Perempuan tidak boleh malas. Tidak sama sekali. Jadi di sini BK hendak berkongsi tips-tips bagaimana menjaga penampilan diri dengan cara yang paling mudah dan senang yang boleh kita sama-sama buat setiap hari.
1. Bangun pagi
a) Kemas bilik tidur
b) Mandi
2. Pergi Kelas/ Kerja
a) Pakai deodrant
b) Kalau pakai tudung yang mudah kemot/ tudung bawal, iron dahulu .
c) Letak bedak sedikit. Bedak cuticura pun tak mengapa terutama bagi mereka yang kulit berminyak supaya anda tidak nampak kusam.
d) Pakailah baju yang boleh membuatkan anda confident supaya hari anda lebih berquality.
e) Pakailah sedikit perfume/body spray untuk mengelakkan badan berbau dimana akan bekerja. ke kelas sepanjang hari.
3. Makan tengahari (Waktu yang sangat kritikal )
a) Makanlah dengan cermat dan jangan tergopoh gapah
b) Pastikan lengan baju anda tidak terkena pada lauk pauk terutamanya bagi mereka yang makan menggunakan tangan.
Kalau dah terkena cepat-cepat bersihkan. Jangan terus makan. Kalau anda terus makan, mungkin anda akan lupa untuk membersihkannya.
2. Balik kelas/kerja
a) Apa yang boleh dipakai lagi digantung macam cardigan/ sweater supaya kuman tidak terkumpul. Gantunglah di kawasan yang panas/dingin supaya kuman tidak terperangkap
3) Hujung minggu
a) Basuh baju. Jangan biarkan baju-baju anda terperap lama dalam baldi kerana kuman akan cepat merebak pada pakaian yang lembab. Kalau dah tiada masa . Hantarlah baju ke dobi. Ingat, ini bagi megelakkan kuman-kuman melekat pada tubuh anda dan bagi mengelak/jauhkan dari jangkitan kuman/penyakit.
4) Di rumah/rumah sewa.
Pastikan pinggan/mangkuk sentiasa berbasuh. Jangan tinggalkan sisa-sisa makanan di dalam singki, dan kerapkanlah mencuci lantai kerana dapur merupakan kawasan yang paling lembap di dalam rumah selepas toilet.
Kita harus sedar bahawa kebersihan adalah separuh dari iman.
Jadi mari kita sama-sama bersihkan diri di samping bersihkan jiwa.
Ok, papai
TAMMAT
4 comments:
dalam sehari berape kali nak sembur diodoren? 3?
ikut ske pari2.. kalau bau je sila sembur sbyk mungkinnz
Thanks for sharing this tips.. Walaupun dah berumahtangga kadang2 terlepas jugak beberapa perkara.. hehe.. InsyaAllah lepas ni jadikan panduan untuk terus menjaga kebersihan..
Betul tu, perempuan takleh malas. Kena rajin!
waa..tip yg sngat berguna..btw..10q..=)
Post a Comment