Thursday, March 15, 2012

Si teruna Playboy =) "L"

Salam
Jika berjumpa dengan orang yang tidak ikhlas atau bahasa mudahnya si teruna "Playboy" ini , jangan risau sebaliknya jadikan ia sebagai pengalaman hidup supaya kita lebih berhati-hati pada masa akan datang. Kenapa bila sesorang perempuan sudah tahu yang lelaki yang bertakhta di hatinya itu seorang playboy tetapi tetap ingin juga bersama dengan mereka?. Kita sebagai wanita kena ingat yang si teruna "playboy" ini sangat susah untuk berubah sebab mereka sudah terbiasa dengan kelalakuan yang mempunyai teman wanita yang banyak. Jadi, usahlah berharap dan berkenalan dengan lelaki sebegini kerana ini akan membuatkan anda mengalami tahap kekecewaan yang tinggi. Bagi anda yang rasa ingin tahu bagaimana watak-watak si teruna "Playboy " , mari kita lihat dahulu punca mengapa lelaki boleh jadi seorang " Playboy".


Berjumpa setiap hari dengan orang baru (lelaki khusunya) yang berbeza memerlukan daya fikiran dan observation yang tinggi supaya kita tidak terjerat dengan species lelaki player ini.
Sekadar gambar hiasan
  1. Pertama, seronok didampingi. Pantang lelaki ini kalau dia keseorangan, pasti ada sahaja yang ingin dibuatkan teman. Lelaki seperti ini sebenarnya mencari masalah dengan dirinya sendiri kerana kelak "( they will look like a kid)
  2. Punca kedua ialah, persekitaran yang mendorong. Maksudnya, sudah terbiasa dengan rakan-rakan yang selalu bertukar-tukar pandangan tentang wanita dan mencabar antara satu sama lain.
  3. Tiada cinta. Ingatlah wahai kita yang bergelar wanita. Sebenarnya lelaki playboy ini boleh dikatakan sebagai selfish dan surprisingly mereka tidak pernah cinta dan hargai wanita-wanita di sekelilingnya.
  4. Punca ketiga ialah mungkin mereka ada masalah keluarga. BK dapati kebanyakan yang menjadi player ini selalunya ada masalah dengan keluarga. BK sure pembaca yang baca blog ini bukan player kan3??? . Ye, kadang-kadang anak tidak mendapat contoh yang terbaik di rumah seperti berlakunya perpecahan dalam rumah tangga dan sebagainya
  5. Punca seterusnya ialah mereka berasa hebat tetapi sebaliknya, bagi wanita yang arif, player ini hanya akan menjadi bahan gelak tawa si wanita dan rata-rata akan tersenyum melihat gelagat si player ini. Jadi, masih hendak jadi player juga kah? =)
  6. Tiada duit. Maka bila species ini tidak mempunyai wang, mereka akan mencari wanita dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka. Jangan disebabkan sayang kan lelaki, kita sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk mereka atau bagi pinjam. So, wanita, tidak perlulah layan lelaki seperti ini cuz end up dia pasti akan tinggalkan kamu, dan kamu akan kecewa kerana memberi mereka wang tanpa ada balasan cinta dan penghargaan darinya. So, jangan membuang masa dengan si teruna playboy ini okeyh. BK perasan perkara ini dah selalu berlaku. Kesian jugalah kalau kita berjumpa dengan species ini, namun tidak mengapa, jadikan ia sebagai pengalaman.
  7. Punca yang terakhir ialah mereka tidak matang dan mempunyai ilmu yang tinggi. Sorry to say. Ya, si player ini rata-rata tidak mempunyai ilmu yang tinggi. Tidak kiralah lelaki player ini sudah berpangkat dato' atau professor sekalipun, jika mereka tidak mempunyai ilmu , memang agak sukar hendak berubah. Ilmu yang BK maksudkan ini ialah ilmu agama. So, lelaki seperti ini memanglah bukan calon yang sesuai untuk kita para wanita menjadikan lelaki seperti ini sebagai calon. Even umur sudah 40 lebih pun belum tentu lelaki itu matang kerana BK rasa lelaki agak lewat matang. BK sudah observe bermacam-macam ragam perangai si teruna 'playboy' ini. Terlalu ramai, dari peringkat umur belasan sehingglah yang sudah mencapai 50 + tahun. Rata-rata tersangatlah sweet talker. Sweet la sangat. Maaf tak berminat =)

Ingatlah wanita sekalian, jenis-jenis player ini

  1. Lelaki yang diam pun boleh jadi seorang player yang berjaya.Ha ini sangatlah menarik. Jangan tidak sangka lelaki diam ini boleh me'tackle wanita dengan hanya senyuman sahaja. So, wanita jangan mengelabah atau perasan sangat kerana si player jenis ini akan berbuat perkara yang sama dengan wanita-wanita lain yang diingininya.
  2. Lelaki yang bukan super duper handsome pun boleh jadi seorang player yang berjaya. Ha, bagaimana ? Melalui kata-kata yang yang sweet(ataupun kita boleh gelarkan mereka sweet talker). So, wanita, kalau jumpa dengan lelaki yang ayat berbunga-bunga ini. Kita sengeh je dekat mereka ini. Kalau susah sangat, cakap ngan dia" kau ni dah kenapa?" (ha. ganas tak?) hee.Jangan terkejut kerana lelaki seperti ini juga sangat pandai ambil hati orang tua dan pandai pula memujuk.
  3. Jenis lelaki yang ketiga haruslah lelaki yang mempunyai rupa yang menawan. Menawan di sini tidak semestinya muka handsome sebab kadang-kadang ada orang yang anggap muka bujur itu cool, tetapi tidak semua orang rasa sebegitu. Maksudnya di sini handsome di pandangan kita. Tetapi ingat, tidak semestinya lelaki yang ada muka itu semuanya player. Ada sesetengah yang ok. =)

Jadi, mari kita lihat , mengapa wanita still terjerat dalam kalangan lelaki species ini walaupun wanita sudah tahu lelaki tersebut penuh dengan keraguan.

  1. Yakin dapat ubah. Wanita itu yakin dapat merubah lelaki tersebut
  2. Yakin dah berubah. Akibat kata-kata manis si lelaki ini, wanita tersebut yakin si player ini sudah berubah tetapi hakikatnya ...

Ingatlah dan hati-hati kerana lelaki player sangat sukar untuk berubah. Even usia mereka semakin meningkat sekalipun, belum tentu mereka dapat mengubah habit mereka melainkan si player ini membuat perubahan dan timbul kesedaran dalam dirinya sendiri dan meningkatkan ilmunya. Kebiasaanya mereka agak sukar berubah dan sukar menerima nasihat dari orang sekeliling tentang habitnya.

Bagaimana nak megesan yang lelaki tersebut sesuai ke tidak untuk menjadi calon. Jom, kita lihat tipa-tips di bawah
  1. Si dia tidak pernah memberi phone dia kepada anda
  2. Sentiasa mencari alasan bila sudah terkantoi
  3. Gabra bila soalan demi soalan dikemukakan

So, jika ada antara salah satu.. We better stay away from them. Of course, we are nobody like we are not the one to judge, but we have to be aware before it's too late

Jangan jadi mangsa. Kalau jumpa lelaki seperti ini, just leave them =) It s better now or never kan . Jangan kecewakan diri sendiri, jangan sakitkan diri sendiri. Jangan risau, ramai lagi lelaki yang setia dan baik di luar sana =)

BK harap, dengan adanya article ini, para wanita termasuk diri BK sendiri lebih berhati-hati apabila ingin memulakan perhubungan. Janganlah seksa diri kita okeyh =) Kalau yang sudah ada timbul keraguan itu, tinggalkan sahaja. Ikhtiar dan berdoalah supaya kita dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik, lebih setia, lebih elok rupa parasnya, lebih baik agamanya, lebih baik keturunannya. Yakinlah dengan Tuhan dan meminta-mintalah kita kepadaNya, mesti ada punya. =)

p/s segala statement di atas hanyalah berdasarkan observation owner blog ini dan melalui pembacaan demi pembacaan. Terpulang untuk menerima atau tidak kerana semua orang mempunyai pandangan masing-masing =)

TAMMAT



4 comments:

Ikan_Pari@@ said...

perempuan tak jadi playbuaya? =d

hucsna-B.K said...

bergantungg~ pandaipandaila cari.. hee =)

Kucing said...

Info yang bagus.. semoga diberi kesedaran olehNya kepada playboy2 diluar sana untuk berubah.

Kucing said...

Info yang bagus.. semoga diberi kesedaran olehNya kepada playboy2 diluar sana untuk berubah.