Salam
Setelah melakukan 200 pemedahan plastik sejak berumur 16 tahun, kini wanita yang berasal dari Beijing yang kini dalam linkungan 20-an derita. Wanita yang digelar pink baby ini telah berhabis lebih 4 juta yuen( RM 1.9) dan ketika ini dia menjalani pemeriksaan susulan di wilayah Jiangsu akibat sakit berpanjangan.
Sumber menyatakan bahawa wanita itu kini mengalami kesan berbahaya kepada buah dada dan tumit kakinya akibat dari pemedahan plastik tersebut.
BK rasa sebelum buat apa-apa tu, kita kena fikir baik-baik dahulu, google apa kesan baik or buruk sebelum melakukan apa-apa kepada badan kita. Bagi kes pemedahan plastik ini pula, kita dah tahu pasti akan ada kesan sampingan in future, kenapa masih nak menyiksa diri sendiri?. Kalau nak cantik sekalipun, biarlah cantik yang semula jadi, bukan menerusi pemedahan ataupun cucuk sana sini. Jangan menyiksa diri untuk kelihatan cantik sebaliknya gunalah produk-produk yang kurang chemical, dan sentiasa mencantikkan hati kita juga supaya disenangi orang sekeliling. Itu yang penting sebenarnya.
Dan lagi situ, BK ingin mengingatkan diri sendiri dan juga para wanita di luar sana supaya elakkan menggunakan bahasa-bahasa yang kasar/tak elok yang selalunya akan bermula dengan perkataan "B" apabila berbicara ataupun ingin post something dekat laman sosial kerana apabila sudah terbiasa ia adalah satu doa dan kita kena ingat orang di sekeliling akan sentiasa menilai terutamanya bagi kita yang bernama wanita. Setiap yang terkeluar dari mulut kita mencerminkan diri kita. Mungkin bagi kita bahasa-bahasa tersebut biasa, tapi kita sememangnya disuruh untuk bertutur dengan bahasa yang baik dan yang memberi kesan yang baik kepada pendengar. Namun, yang lebih menakutkan, bukan sahaja manusia yang menilai, yang mencatit kiri dan kanan juga akan menilai. Jadi, bertuturlah dengan perkataan yang baik supaya hidup kita sentiasa disenangi, disayangi dan lebih penting kita mendapat ketenangan yang diberkati.
Sumber asal
TAMMAT
4 comments:
B = beruang?
ai, mcmna sampai ke beruang pla pginya tu pari..jauh bebeno tu.. beruang ta kasar aihh
pas tu ape pulak? cube bagi contoh. saye tak tau bahase2 kasar ni.
eee... fhm2 sndri okkk
Post a Comment