Friday, March 16, 2012

Rahsia untuk mengekalkan kesihatan yang baik di usia tua

Salam
Mengekalkan kesihatan yang baik sehingga di usia tua sangat diidam-idamkan oleh semua orang. Kita tidak perlu tunggu sehingga usia kita 30 baru kita hendak menjaga pemakanan. Kita sepatutnya menjaga kesihatan dari usia muda lagi. Supposed to la.


Dance... Sekadar gambar hiasan
Credit to photographer

Namun, jangan khuatir, pada mereka yang sudah berumur 30 ke atas. Di sini BK ingin kongsikan beberapa rahsia supaya anda semua dapat menjana kesihatan yang lebih baik. Walaupun umur BK belum mencecah 30, tetapi ingin BK kongsikan rahsia ini yang BK peroleh melalui pembacaan yang lalu.

Pertama kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak atau remaja anda dengan mendengar lagu-lagu klasik kesukaan anda ketika itu. Menurut kajian, pesakit (any illness) yang berumur 40 an ke atas, dan apabila di mainkan lagu pada zaman-zaman mereka, dapat menenangkan jiwa dan mengurangkan sedikit penyakit yang dialami. So, kalau parents kita dalam kereta buka radio sinar.fm ke, biarkanlah mereka menderngarnya. At least dapat generate aura positive dalam badan mereka.

Kedua. Pastikan tangan kita bergerak. Maksudnya sentiasa memastikan diri kita busy.Contoh, seperti bercucuk tanam. Macam parents BK. Selepas mereka berdua retired. Mereka selalu gardening sama-sama, panjat bukit. Meaning to say aktiviti yang boleh keluarkan peluh.

Pastikan kaki kita selalu bergerak. Maksudnya di sini, dalam 1 hari tetapkanlah masa untuk kita berjalan/bersiar. Tidak boleh tidur sahaja ataupun duduk di atas sofa. Kena rajin sedikit untuk bergerak.

Pastikan asas badan anda kuat iaitu tulang. So, untuk memastikan tulang anda sentiasa kuat. Hendak atau tidak, anda perlu minum susu untuk membekalkan calcium kepada tulang dan mengelakkan dari berlakunya osteoporosis.

Pastikan hati sentiasa tenang. Jangan terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Dan jangan fikir tentang anak-anak kerana kena ingat mereka semua sudah besar. Pandai-pandailah mereka jaga diri. Dan ingatlah, anda sudah buat yang terbaik untuk anak-anak anda. Sekarang, anda hanya perlu menenangkan diri, mungkin boleh melakukan perkara-perkara yang lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.

Lakukan aktiviti kebajikan seperti masuk mana-mana badan NGO, menolong yang memerlukan bersama pasangan. BK percaya dengan aktiviti-aktiviti sebegini, akan membuatkan kita sentiasa bersyukur dan sekaligus dapat melahirkan aura positif dalam badan.

Buat aktiviti yang mungkin anda sibuk sebelum ini, dan tak sempat lakukannya ketika bekerja. Go to aerobic class ke, dancing class ke dan pelbagai lagi. Pastikan badan anda bergerak.

Sumber asal

TAMMAT



3 comments:

Ikan_Pari@@ said...

cangkul pun cangkul lah!

hucsna-B.K said...

loll.. hee

Unknown said...

kalau sam dah tua nanti. bile dah bersara, ingat nak mengembara satu dunia... jalan2 merata tempat.. than, ingin memiliki kebun kecik keliling rumah... selain nak pergi memancing bile free... hmm... tapi, syaratnya, dari muda lagi nak kene jaga kesihatan... baru la masa tua nanti tak de banyak masalah kesihatan.. insyaallah...

+++++

jom kunjung blog saya. harap ade hubungan dua hala dari gang-gang gerila penulisan kreatif ni...
dengan rendah diri dan rendah hati, mengundang tuan/puan ke blog saya. tinggal2kan lah jejak atau komen di mana-mana

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/soledad.html


zul a.k.a sam banjamin
(pengasas gerila penulisan kreatif)