Monday, July 30, 2012

Lost another 2kg . Yeay =)

Salam
Sedar tak sedar dah seminggu lebih kita berpuasa. Dan banyak advantages yang kita dapat sebenarnya secara tidak langsung antaranya berat badan turun. Alhamdulillah. Bestnya dan total penurunan setelah dikira-kira menurun sebanyak 5 kilo.Aha, tiada rahsia dan aku ni pun bukanlah pakar diet . Nak tahu apa rahsia? hee.. 3 kilo yang pertama turun adalah disebabkan demam.. tettt. ahaha. Jadi bagi aku, demam ni sebenarnya bagi advantage juga, sebab memang aku berniat nak turunkan berat badan pun. Pointnya dekat sini aku nak cakap , bagi aku kadang-kadang kita kena ambil sesuatu dari sudut positif. Memang aku bercita-cita nak turunkan berat badan pun sebenarnya,dah lama dah.


Alat penimbang yang banyak berjasa

Dan mungkin disebabkan itu, jadi aku dihadirkan dengan demam beberapa hari sebelum puasa. Walaupun obviously demam tu sesuatu yang boleh dikatakan agak memenatkan ditambah pula dengan migrain aku ni secukup rasa rasa tetapi dalam kes aku ni, tiba-tiba aku terfikir kadang-kadang Tuhan nak tolong makbulkan niat tu dalam pelbagai cara. Kira dalam kes aku ni demam membuatkan aku turun sebanyak 3 kilo dan end up aku rasa sangat happy disebabkan demam tu membuatkan cita-cita untuk menurunkan berat badan aku termakbul. .Nampak tak Tuhan tu Maha Penyanyang dan lebih Maha Mengetahui? Sangat efficient Tuhan susun satu-satu. Percaya atau tidak , disebabkan demam itulah aku happy sampai sekarang. Kiranya bila kita diberi dugaan , Tuhan sebenarnya nak uji kita, dan kalau kita redha , Tuhan akan memberi kita sesuatu yang lebih yang kita tak sangka-sangka. So, kalau kita ada dugaan tu, bak kata my mom, chill and cool and banyak doa. Sebab lepas tu mesti something good akan datang. and sebab Tuhan takkan sia-siakan usaha kita dan doa kita selagi mana kita tidak berputus asa. Yang lebih tak disangka nya, turun 3 kilo dalam seminggu lebih. Sebab tu, memang betullah dan tak perlu disangkal lagi bahawa kita seharusnya bersangka baik kepada Tuhan.



dalam kelas dulu-dulu~huu, rindu time niiiii..aha

Jadi setelah itu masuklah bulan Ramadhan, dan aku pun nak ucap syukur sebab dapat lagi turun sebanyak 2 kilo. Alhamdulillah. Happy aku tak henti-henti dan aku nak kongsikan happy ni dengan semua melalui blog aku yang tak seberapa ni (tu pun kalau ada orang baca. ahaha) .

Jadi, untuk bulan Ramdhan ni, aku nak ambil kesempatan nak ucapkan Happy Ramadhan dan Happy fasting dekat semua. Mungkin ada yang aku dah ucapkan, (tapi aku nak ucapkan juga lagi sekali, tak kira. ahaha) Ok, and kalau ada aku buat salah and silap kot ada yang aku tak perasan, aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku harap semua hidup dengan aman damai, penuh kasih sayang sesama umat dan bermaafanlah sesama kita sebab Tuhan pun Maha Pemaaf. apatah lagi kita ni yang patut kena maaf dan memaafi. Aha. ok. Byee.. Jangan lupa bersahur. aha


p/s: aku bulan ramdhan ni selalu nyanyi lagu ku mengharapkan ramdhan kali ini ~~~lalala


TAMMAT

2 comments:

hazanis said...

bestnya berat makin berkurang...kita ni xberkurang2 pun..makin bertambah ada la..:(

hucsna-B.K said...

hazanis: tape2, chaiyok2.. hee=)