Salam
Dari aku kecil sampai lah besar ni, aku ni kecil-kecil dianggap agak kasar sikit sebab masa primary school, kehidupan aku dikelilingi abang-abang dan sepupu ku sebab akak aku semua tengah study time tu. Bermula dengan melihat abang-abang aku duk experiment remote control, radio, dan pelbagai lagi then at last tak boleh guna terus sehinggalah penciptaan yang menarik abang-abang aku buat. Jadi disebabkan itu, aku sudah agak terbiasa dengan benda kasar-kasar . Tangan time tu memang tak macam perempuan .
New collection =) Harap dapat drive suatu jari nanti. Amin...
Then, bila naik secondary school, aku mula bermain kereta kawalan jauh, banyak kali jugalah beli, sebab kalau ada rosak sikit, abang aku akan tolong repair dan kadang-kadang terus tak boleh jalan. Aha. Then aku start minat dekat basketball sebab abang aku masa tengah study, dia meman aktif basket, so terbawa-bawa sampai ke rumah. Abang siap buat court untuk basket. Masa tu kalau aku nak menangkan, aku tarik baju abang-abang aku, kalau aku tak dapat bola, aku cakap" malas lah nak main, tak best" aha dan kemudian abang aku terus bagi bola dekat aku.Ha, pandai tak trick aku. aha.
Lamborghini
Kemudian, aku mula-mula terjebak dengan breakdance. Aha, tak percaya?. Dulu-dulu aku sanggup beli buku semata-mata nak belajar breakdance. Tapi aku sorokkan dalam almari. Ahaha. Then bermula dengan breakdance tu aku start mengenali dunia skateboarding. Owh, dulu-dulu pun aku gemar rapping sensorang.Aha. Btw,masa tengah jalan-jalan ngan parents kat shopping complex, aku nampak ada satu skateboard ni, cool. Then aku terus beli. Setiap petang aku akan practice. Yang bestnya time tu memang aku kenal ramai skateboarders , terutama senior-senior dekat sekolah, kitaorang selalu kongsi-kongsi ilmu dan yang paling bestnya, in order diorang nak encourage aku main sampai ada yang sanggup nak beli skateboard baru dekat aku. Aha, ditambah pulak dengan abang aku pun pandai skate.
Then start aku form five macamtu minat aku terarah kepada jet-jet dan fast car. And minat aku sampailah sekarang. Kalau ada autoshow tu memang selalu pergi. Dulu-dulu siap kumpul gambar-gambar , gunting-gunting . Sure korang pun pernah buatkan.Aha.
Minat kepada fast car ni bertahan sampai sekarang, namun sampai sekarang juga aku still skateboard, basket, tapi aku skate tak lah sehebat permain professional, aku ni amatur je , main sebab minat.Aha.Kbai
TAMMAT
No comments:
Post a Comment