Salam ,
Seperti yang telah dijanjikan dalam previous post, inilah dia sebenarnya yang berlaku, pengalaman interview dengan beberapa Local Technopreneurs. Tapi untuk vid kali ni aku ditugaskan untuk menemuramah Lim Cheng Soon(Hackermonthly). Sebenarnya lakan, time ni aku tengah demam plus migrain, tu sebab lah suara sengau-sengau ala Mariah Carey tu (sengau ker?) aha. Tapi yang penting aku tak dapat 5 days MC s , mungkin sebab aku tak kena sore eyes. Ha, nampak tak apa yang cuba aku sampaikan di situ. aha
Test run, recording dengan Tekong(amanz) Obe (Blog serius) at Plug&Play Technology Garden ,IGB Building
Btw, demam semua tu bukan alasan la kan sebab memang aku teringin juga sebenarnya nak jumpa dan ambil ilmu tambah-tambah lagi ianya semua berkaitan apa yang aku belajar dekat U dulu, Information System/IT. Seronok jumpa dengan orang-orang berjaya macamni sebab minda kita akan lebih terbuka dan akan membuatkan kita belajar untuk berpandangan lebih jauh dan banyak berfikir
Apa yang buat aku tertarik bila dia cakap don't wait for funding, and learn how to code. Besides, our 1st problem dekat Malaysia ni ialah kita tidak innovate, dan yang kedua sebab kita tumpu kepada local sahaja. Make sense..Overall, aku banyak belajar dari beliau, selepas interview tu, aku sempat dengar beliau cerita kesusahan semasa baru-baru nak start. Memang penuh dengan kesabaran ...
Boleh juga mengikuti di AMANZ
p/s Ikuti temuramah seterusnya .... =)
Credit : Tekong
TAMMAT
No comments:
Post a Comment