Thursday, July 12, 2012

Recording ... Jeng, jeng, jeng

Salam
Pada tanggal 10 July baru-baru ini, BK telah ke Plug & Play Technology Garden, IGB. Macam biasa BK pergi sorang. Then pagi tu BK bertolak pada pukul 8 lebih since kena ada dekat sana dalam pukul 9.30am. Jadi, pagi tu tiadalah jem sangat, just dekat certain-certain tempat tu sahaja. Pagi tu realize something, jika kita bagi laluan dekat orang, kemudian jalan kita pula akan dipermudahkan. Jadi terasa mudah sangat pagi tu even nak dapatkan tempat parking pun lebih mudah.

discussing, the day before

Ok, kemudian BK pun parkinglah dekat Mid Vall memandangkan di situ lebih mudah dan murah. Jadi, untuk ke IGB, BK perlu melalui The Gardens dan terus ke IGB building. Apa yang lebih membuatkan BK semangat pagi tu, one of my fav car ada parking dekat situ. Ouchhh. Tapi kat hati ni tahan jela. Ouch, hopefully one day ada rezeki boleh la nak rasa drive kereta ni. So, dalam pukul 9 macamtu BK pun naiklah. 

So, apa yang BK buat dekat situ? Jeng, jeng, jeng.. Taleh bagi tahu sekarang just clue nya recording. Recording apa??? tettt And, honestly BK tak pernah terfikir pun akan terlibat dalam bidang ni. BK jumpa dengan orang-orang yang berjaya dalm usia muda. Boleh dikatakan umur mereka ni 25 above dah jadi Manager/ Founder. Kebanyakan yang BK tanya, BK percaya mereka start buat business dari ketika mereka study. BK sangat respect dekat diorang. BK tengok diorang sangat-sangat bersungguh-sungguh dan tak putus semangat. 

Btw, antaranya tu Founder/Co Manager di Canada and US. Tapi diorang ni sangat humble dan tidak kedekut ilmu. And ni BK rasa membuatkan mereka berjaya sebab mereka juga tidak lokek berkongsi pengalaman kerana BK harus percaya semakin banyak kita kongsikan ilmu, semakin banyak kita dapat manfaatnya. And lagi satu BK belajar, don't bother what people say, just keep doing what you love. Even, BK juga banyak belajar tentang business dengan Tekong, CEO Amanz , Aman,founder Amanz and Obe Blog Serius. BK tengok setiap masa mereka bekerja, duduk depan laptop and buat kerja. BK respect .  






Anyway, BK sangat enjoy that day sebab BK banyak belajar benda baru dan mengingatkan diri supaya tidak berputus asa dan sentiasa berusaha. Btw BK ingin ucapkan terima kasih dekat warga Amanz sebab bagi kesempatan belajar benda baru. Jangan risau, untuk mengetahui apa yang BK buat, BK akan bagi tahu once it release


p/s
BK juga sangat respect dengan kedua ibu bapa BK yang setiap hari, siang dan malan berusaha mencari rezeki, menaip, mengajar, layan tetamu siang malam, semoga usaha ibu bapa BK diberkati dan dikurniakan rezeki yang lebih melimpah ruah untuk membantu orang lain.




TAMMAT

2 comments:

Unknown said...

tak nak gtau??tapi dah cerita habis da dalam entri ni..ehehehee.. awak ada shooting untuk temubual dorang kan??

hucsna-B.K said...

boni = aha.. tettt