Salam.
Jika anda seorang yang lahir atau menetap di Jelebu. Pasti anda akan terbiasa dengan perkara-perkara atau tempat di bawah.
1. Jika anda melalui laluan Bukit Tangga dalam pukul 2am, 6-7am, atau selepas hujan. Anda pasti akan dapat melihat kabus yang sangat tebal seakan-akan anda berada di Cameron Highland. Kemudian, anda tiba-tiba nak buka tingkap nak rasa kabus luar.Yang senyum tu mesti pernah buat kan? Hihihi
2. Kuala Klawang akan menjadi akan menjadi destinasi dituju untuk membeli keperluan harian, selain Muzium Adat untuk para pelancong serta Homestay Klawang.
3. Restoran Pattana akan menjadi lokasi strategik untuk membawa rakan-rakan anda dari luar untuk lepak.
4. Jika hendak konvoi pergi ke majlis khawin atau menonton Bola Sepak dan sebagainya, Stesyen Minyak Petronas Kuala Klawang akan menjadi pilihan untuk berkumpul.
5. Pada musim perayaan, atau cuti umum, anda dapat melihat kesesakan luar biasa seperti di Kuala Lumpur sibuknya sehingga jam beberapa meter dari area pekan Klawang sehingga Jeram Toi, difahamkan untuk megelakkan jam di Kuala Pilah, iaitu sebagai laluan alternatif untuk ke pantai timur.
6. Anda sudah biasa drift memandangkan laluan Bukit Tangga sangat mencabar pemanduan berhemah dan sopan santun anda. Tahukah anda?
7. Anda akan mengenali kedai No. 2 yang menjual baju murah-murah dan kedai mamak No. 8 untuk lokasi sarapan pagi anda sambil baca suratkhabar.
8. Permulaan Jelebu akan diawali dengan jeram, iaitu Jeram Toi dan di akhiri dengan Jeram/ Air Terjun Lata Kijang.
MTB Challenge di Perkarangan Muzium Adat
9. Anda sangat sinonim dengan penyanyi Waris. Pantang dekat radio keluar lagu Waris Gadis Jelebu, terus buat loudspeaker atau naikkan volume. Baik ngaku...
10. Anda pernah lihat situasi yang begitu menakjubkan, iaitu begitu ramai berpusu-pusu ke KFC Kuala Klawang untuk mendapatkan ayam free semasa perasmian Restoran tersebut. Hihi.
11. Anda adalah penduduk Jelebu Sejati apabila anda tahu terdapat begitu banyak Jeram kecil-kecil di sekitar Jelebu yang tidak diketahui orang luar.
12. Jelebu kaya dengan eco-tourism aktiviti seperti 4x4, motorcross, MTB, mountain bike challenge, Kenaboi adventure race. Senang cerita, yang menguji ketahanan fizikal mental semua ada di Jelebu.
4x4 challenge di Padang Klawang
13. Untuk para pelajar yang masih bersekolah rendah atau menengah, satu-satunya tempat yang ibu bapa anda beri pelepasan sepenuhnya untuk keluar rumah bersama-sama rakan adalah di .... Perpustakaan Kuala Klawang. Lol
14. Bila anda melalui jalan untuk ke Simpang Durian, Lakai, atau ke Pahang dan sebagainya melalui Kampung Kerangai anda akan melihat satu jalan seperti berbukit di hadapan anda. Masa itu, anda akan berasa tidak puas hati sebab bila anda bila anda memandu, ianya tidak lah setinggi yang anda lihat dan sangkakan. Permainan mata ilusi di situ.
15. Pada yang nak buat kenduri khawin, Nasir Catering selalunya akan menjadi pilihan selain gerai cendol di pekan Klawang yang juga turut mengambil penyediaan makanan majlis-majlis.
16. Kebanyakan Majlis yang besar-besar juga kebiasaanya akan dijalankan di Padang/ Mini Stadium Kuala Klawang.
17. Last sekali, anda pasti tahu atau baru tahu yang Jelebu kini ada Pusat Ekuestrian yang terletak di Ulu Klawang. Harga berpatutan. Leyh la belajar kuda lepas ni. Hihi.
Rasanya, itu sahajalah setakat ini, ada banyak lagi. Mungkin bersambung. Hihi.
Salam
1 comment:
Boleh beritahu contact number nasir catering tak...
Post a Comment