Wednesday, April 19, 2017

Tempat makan / beli belah / aktiviti menarik di Sabah ( Kota Kinabalu / Ranau / Likas / Kota Belud / Inanam )

Salam 


Soboroong Farmer's cottage 

Percutian 4 hari 3 malam (13 April 2017 - 16 April) kali ini membawa BK dan rakan-rakan ke negeri di bawah bayu iaitu Sabah sekaligus melengkapkan senarai negeri-negeri yang telah dikunjungi di Malaysia. 

Sebelum bercerita lebih lanjut, ingin diingatkan waktu di sini sama seperti di semenanjung cumanya keadaan pada waktu pagi, petang dan malam adalah berbeza sejam dari semenanjung. Pagi pukul 6.30 matahari sudah mula terbit. Selain itu jalan di sini tidaklah begitu rumit kerana kebanyakan jalan hanya dua lorong sahaja cuma anda akan dapat lalui banyak bulatan / roundabout sepanjang perjalanan. 

Selain itu, anda juga akan dapat lihat banyak anjing-anjing berkeliaran mungkin untuk menjaga tanaman. Jangan risau, kerana kebanyakan anjing di sini jinak dan tidak merbahaya.



Pekan Kundasang

Lagi satu, kebanyakan kawasan-kawasan riadah/ kawasan pelancongan di sini buka pada pukul 8am dan tutup pada pkul 4.30pm kecuali pasar malam. Jadi rancanglah dengan betul aktiviti anda.


Tidak lupa, jika mahu melihat dengan jelas Gunung Kinabalu, sila sampai sebelum pukul 10am di Ranau kerana menjelang tengahari Gunung Kinabalu akan mula dilitupi awan. 





***Sila guna waze/GPS





-----------------------------------------------------------------------------------------


KERETA SEWA :


Sepanjang di Sabah kami telah menggunakan perkhidmatan Kereta Sewa dari En. Amirul Afendi (HP :014-5585158) . Hantar dan Ambil semula di airport KKIA T1.  Servis cenggini terbaik. 

Tips :





* Sila pastikan tayar kereta serta kondisi kereta okay sebelum terima kunci kereta kerana perjalanan ke Kundasang agak mencabar disebabkan jalan yang banyak rosak dan berbukit. 


Kes kami, tayar kurang angin dan hanya disedari setelah sampai di Kundasang. Patutlah berat je masa memandu. Sampai di Kundasang kami pergi kedai tayar di pekan(buka pukul 8 pagi) dan isi angin RM 2.00 kerana pam angin di stesyen minyak mereka rosak.

-----------------------------------------------------------------------------------------

PENGINAPAN : 

Dua Lokasi  -

1. Kundasang : - Soboroong Farmer's cottage 


  • Lokasi   :  Strategik iaitu 9 km dari Pekan Kundasang dan 12 minit ke Desa Cattle Dairy Farm dan di sana anda akan disajikan dengan       pemandangan Gunung Kinabalu dan Bandar Kundasang

  • Harga   : (RM250-RM300/day). Sekarang ada promo (RM250 untuk semua jenis)
  • Contact : 
Email: soboroong@gmail.com
Call: +6088-889968 (Soboroong Farmer's Cottage)
Call/Whatsapp: +6017-8133899 (Eliza)
Call/Whatsapp: +6019-4008209 (Katrina)





Bagi BK, homestay ini sangat best kerana anda dapat lihat pemandangan gunung kinabalu dan pekan kundasang dari homestay/ inap desa ini. Sesuai untuk family dan rakan-rakan di samping harga yang berpatutan. 


BK cadangkan jika anda pergi ke Sabah untuk 4 hari 3 malam. Luangkan 2 malam di Kundasang dan semalam di Kota Kinabalu kerana jika anda hanya meluangkan satu hari sahaja di Kundasang, agak rugi kerana cuacanya yang nyaman dan tenang.







Makan malam di Kundasang 



2. Kota Kinabalu : - Promenade Service Apartment


  • Lokasi :Strategik terletak di tengah bandar Kota Kinabalu. Boleh jalan kaki untuk kemana-mana. Berdekatan dengan Pasar Filipina, Anjung Selera, KFC, Bank, Mc D, Mall, dobi dan pelbagai lagi. Semuanya boleh jalan kaki sahaja.

  • Harga : RM100+ (Bergantung pada bilik yang ditempah

  • Kelemahan :

Luaran kelihatan agak lama, scary jugak la mula-mula naik tingkat 2, tetapi dalam boleh tahan. Aircond lambat sejuk dan Internet tidak stabil.

Selain itu, lif kecil dan pintu cepat tertutup. Bagi BK, untuk menginap bersama rakan-rakan ianya sesuai, namun ianya tidak berapa sesuai untuk bawa Ibu Bapa/Orang Tua.


-----------------------------------------------------------------------------------------

A. KOTA KINABALU :


  • Pulau Sapi & Pulau Manukan  

Sila ke jeti bot di Jesselton Point untuk membeli tiket. Harga bagi dua pulau tersebut boleh didapati dari (RM40+++). Kami melakukan aktiviti snorkeling di sini, malangnya tidak banyak ikan yang kami temui. Apa-apapun pemandangan di sini cantik dan boleh bantu untuk menenangkan fikiran. 

Tips :

- Sila beli makanan di Jeti untuk makan di Pulau nanti kerana harga jauh lebih murah dari pulau. 

- Kalau ada tikar lebih baik jika anda bawa sekali, atau boleh sewa RM10 di jeti. Boleh minta kurang.




  • Signal Hill Observatory Tower

Sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pemandangan Kota Kinabalu ketika matahari terbenam namun ianya tidaklah begitu tinggi.


  • Pasar Malam Kampung Air
Sangat sesuai untuk membeli barang cenderahati dan kawasan agak tenang dan tidak sesak seperti Pasar Filipino. Sejujurnya BK menggalakkan untuk membeli di sini dari Pasar Filipino. Di sini anda boleh membeli mutiara, fridge magnet, baju Sabah dan pelbagai lagi. Untuk golongan ibu bapa/orang tua sesuai untuk membeli belah di sini memandangkan keadaan agak tenang dan tidak sesak.


  • Pasar Filipino 



Pasar ini agak popular di kalangan pelancong dan anda berpeluang membeli barang cenderahati seperti mutiara di sini. Cuma keadaan agak sesak berbanding Pasar Malam Kampung Air. 

Tips :

- Sila belajar tawar menawar serendah yang mungkin di sini. Di sini juga terdapat kedai makan terutama sekali dari pelbagai pilihan kedai. 
- Sejujurnya kurang sesuai untuk membawa ibu bapa/orang tua di sini kerana keadaanya yang agak sesak dan panas kecuali jika perrgi bersama rakan-rakan


  • Rumah Terbalik 

Katanya merupakan rumah terbalik pertama di Asia, namun ia sedikit hambar kerana keluasaanya yang terhad, tidak boleh mengambil gambar, barang-barang dalaman tidak dijaga dan berhabuk, panas dan tidak bersesuaian dengan harga RM 10.60. 

BK cadangkan lebih baik anda pergi rumah terbalik di Port Dickson or dekat area Menara KL tu. Sekurang-kurangnya boleh ambil gambar. BK sejujurnya tidak mengalakkan anda ke sini kerana tidak bersusaian dengan harga(katanya tanah merupakan hak milik persendirian).





Terdapat stesyen minyak iaitu stesyen minyak terakhir sebelum tiba di Jambatan Tamparuli ( bukan Jambatan Gantung Tamparuli - original) sebelum ke Kundasang.


  • Pasar Ikan Masin


Bagi para penggemar ikan masin/ ikan kering, anda bolehlah berkunjung di pasar ini yang berdekatan dengan Pasar Filipino. Pasar ini ada menjual pelbagai jenis ikan masin dan ikan kering yang boleh dijadikan cenderahati untuk bawa pulang nanti.






-----------------------------------------------------------------------------------------






B. RANAU :


  • Pekan Nabalu : 


Sebelum sampai ke Kundasang, kira-kira 70km dari Kota Kinabalu, anda akan melalui kawasan Pekan Nabalu / Hentian Rehat Nabalu dan kami berhenti menyinggah untuk makan tengahari/petang di Insya Allah Cafe. Boleh tahan makanan di sini. 

Di sini juga anda boleh membeli barang cenderahati dan melihat pemandangan/ Nabalu Lookout Point Gunung Kinabalu. Terdapat juga kedai barang runcit, bolehlah anda membeli barang makanan untuk makan malam di Kundasang nanti.



Pekan Kundasang 


  • Desa Cattle Dairy Farm Kundasang :


Tidak lengkap rasanya percutian ke Sabah jika tidak mengunjungi ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di Kundasang, Ranau Sabah. Kawasan yang terletak di Kaki Bukit Gunung Kinabalu  ini juga terkenal dengan jolokan The Little New Zealand of Sabah kerana cuaca dan padang hijau yang berkeluasan 199 hectares beserta lembu tenusu jenis Holstein Friesian(tipikal lembu putih hitam) yang diimport dari New Zealand (Tak jet lag pulak lembu tu). 

Anda juga dapat menikmati Ice cream (chocolate/ , yogurt, susu segar(asli/chocolate dan coffee) serta cenderahati di sini. Anda juga  berpeluang memberi makan/ minum dengan dikenakan sedikit bayaran.  


Tips : 
  • Pergi sebelum pukul 8.30 am kerana Gunung Kinabalu akan mula dilitupi awan tebal selepas waktu tersebut.
  • Lebih baik jika memakai baju yang sedikit tebal kerana suhu agak sejuk 
  • Jika anda membeli susu segar di sini, pastikan anda meletakkannya pada suhu sejuk. Kes kami, selepas turun ke KK pada hari yang sama. Susu jadi basi.


Waktu Operasi :
8 pagi - 5 petang

Waktu memerah / proses susu
Memerah : 3ptg - 5 ptg setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad (10pg-2ptg)

Tiket masuk :
Dewasa : RM 5
Kanak-kanak : RM4

Sepanjang perjalanan ke Ranau ini, anda akan dapati terdapat banyak gereja yang difahamkan ianya dari pelbagai aliran Kristian dan jika nampak tulisan kedai menjual ' Sinalau Bakas' , ianya bermaksud babi hutan salai. Jadi pada orang Islam, harap berhati-hati okay.







  • Sabah Tea Garden / Ladang Teh Sabah

Tidak seperti di Cameron Highland, cuaca di sini agak panas dan berada di ketinggian 2,272 kaki dari aras laut denga keluasa kira-kkira 6,220 ekar dan merupakan satu-satunya teh organik di kepulauan Borneo. Masa operasi adalah dari 8 pagi hingga 4 petang. Masuk adalah percuma kecuali jika ingin melihat proses membuat teh. 

Di sini juga terdapat sebuah Sabah Tea Resort Restaurant (Harga : RM 13++ untuk makanan ) di mana harga agak berpatutan sesuai dengan view ladang teh. Cumanya jalan untuk mendaki ke ladang ini tidak ber'tar / tidak berturap, pokok teh tidak dijaga rapi dan ada bunyi cengkerik yang sangat kuat di pada salah satu pokok di area restaurant tersebut. 

Disebabkan kami lapar dan sampai pada waktu tengahari, kami terus makan di sana. Di samping itu, anda juga boleh membeli teh / cenderahati untuk dijadikan kenang-kenangan apabila pulang nanti.





  • Tagal Fish Sungai Moroli (fish spa)
 

Sungai Moroli ini berdekatan dengan Sabah Tea iaitu terletak di Kampung Luanti. Sebelum tiba di sini, anda akan melalui Sabah Tea Garden dahulu kira-kira 5-7 minit. Sangat menyeronokkan walaupun sedikit takut kerana ikan-ikan kelah / tagal besar belaka. 

Terdapat kawasan parking dan tiket hendaklah dibeli di pintu masuk. Harga tiket ialah RM 5.00 dewasa dan anda akan diberi masa 15 minit untuk bergurau senda dengan ikan-ikan tersebut. RM1.00/sepeket juga akan dikenakan pada anda yang ingin memberi makan kepada ikan.


  • View Point Gunung Kinabalu 

Kawasannya terletak di tepi jalan 4-5 kilometer sebelum sampai ke Kundasang. Di sini anda akan dapat lihat pemandangan gunung kinabalu dengan jelas namun sila berhati-hati kerana kawasan ini terletak betul-betul di tepi jalan utama untuk ke Kundasang.



  • Kolam Air Panas Poring/ Poring Hot Spring
Kolam air panas ini turut menjadi tumpuan pelancong dan terkenal di kalangan rakyat Sabah sendiri. Air panas yang terhasil berpunca dari air bawah tanah semulajadi. Harga masuk adalah RM3.00. 

Di sini juga terdapat Taman Rama-rama, Pusat Pemuliharaan Poring Orkid, Taman Tropika, Canopy Walk Poring dan air terjun Kipungit . Disebakan terlalu ramai pelancong bermandi manda di sini, kami tukar plan untuk mencuba Canopy Walk Poring







  • Canopy Walk Poring


Aktiviti canopy walk ini sangat menarik bagi BK kerana anda akan dapat melihat alam sekitar dengan lebih dekat selama lebih kurang 40 minit. Harga tiket adalah RM 3.00/seorang dan RM5.00 untuk sebuah camera. 

Tips :
Jadi tips di sini, di kedua terakhir canopy walk akan ada seorang penjaga. Jika anda ada camera extra seloknya simpan dahulu kerana dekat sini dia akan tanya tiket camera yang ada sudah beli tadi. Jika anda hanya membeli satu tiket camera sahaja tetapi mereka dapati ada banyak camera/phone digunakan. Anda kenalah membayar dekat atas tu. 

Anda juga akan melalui laluan berbukit lebih kurang 20 minit sebelum tiba di canopy walk dan turun lebih kurang 15- 20 minit. Bergetar jugalah lutut nak lakukan aktiviti ini. Tetapi apa-apapun memang terbaik canopy walk ini dengan harga yang berpatutan. 


  • Kinabalu Park 

Lokasi pendaki-pendaki untuk memulakan pendakian. Bayaran masuk adalah RM 3.00 untuk dewasa dan RM 1.00 untuk kanak-kanak. Terdapat pintu masuk utama para pendaki iaitu Timpohan Gate. Siap ada "Climbathon Kinabalu" . 

Terdapat pelantar yang membolehkan anda merasai suasana berada di dalam awan. Kami singgah sekejap di Kinabalu Park, namun memandangkan hari sudah gelap, keluar balik( kira-kira 12 km dari Pekan Nabalu )


-----------------------------------------------------------------------------------------

C. LIKAS :


  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu :

Masjid ini dikenali sebagai Masjid Terapung kerana ia dikelilingi tasik buatan manusia yang terletak di kawasan Likas



  • Makan Malam di Anjung Selera Likas : 





Terdapat kepelbagaian makanan terutama seafood di sini. Terletak di Jalan Tun Fuad Stephen menuju ke Universiti Malaysia Sabah dan kawasan tepi laut sangat sesuai untuk makan malam di Sabah. Harganya pula berpatutan dan kena pandai tawar-menawar. Sesuai untuk membawa keluarga makan malam di sini kerana suasananya yang nyaman dan tidak sesak.

-----------------------------------------------------------------------------------------

D. INANAM :


  • Mari Mari Cultural Village

Sangat sesuai untuk mereka yang ingin sekali mempelajari sejarah, budaya, tradisi orang Borneo. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan kepelabagaian cara hidup etnik Kadazan-Duzun, Rungus, Lundayeh, Bajau dan Murut. Semasa kami sampai adalah pada waktu malam dan ia mengambil masa untuk 3 jam untuk melewati menyertai aktiviti ini. Jadi kami melupakan niat dan mungkin satu hari nanti kami akan ke sini. 

Sumber harga dari : http://marimariculturalvillage.com/

Price for 10am and 2 pm session
Adult: MYR 180/person
Child: MYR 160/person

Are you Malaysian?
Malaysian discount:
Adult: MYR 160/person
Child: MYR 140/person

Price for 6pm session
Adult: MYR 200/person
Child: MYR 180/person

-----------------------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah itinerary penuh kami di Sabah :





Hari Pertama : 

13/04/17 : Kota Kinabalu - Kundasang, Ranau | kira-kira 100 km 

  • 12:05pm : Sampai Airport KK dan ambil kereta sewa di airport
  • 01:00pm : Isi minyak di Shell, kira,2-3 minit dari lapangan terbang.
  • 01:30pm : Rumah Terbalik 
  • 02:00pm : Mula pendakian ke Kundasang
  • 03:30pm : Makan tengahari di Pekan Nabalu, Insya Allah Cafe
  • 04:30pm : Singgah sekejap di Kinabalu Park
  • 05:00pm : Pekan Kundasang (beli makanan tempatan)
  • 06:30pm : Daftar Masuk Homestay : Soboroong Farmer's cottage 
  • 07:30pm : Aktiviti bebas / rehat / makan malam / borak-borak / main 








Hari Kedua :

14 /04/17 : Kundasang, Ranau - Kota Kinabalu - | kira-kira 100 km 

  • 06:30 am  : Breakfast di Homestay
  • 07.30 am  : Singgah Pekan Kundasang untuk isi angin tayar ( kedai tayar buka pukul 8 am) - Pekan Kundasang ada stesyen minyak Shell
  • 08.30 am  : Desa Cattle Dairy Farm 
  • 10:30 am  : Homestay : Check out
  • 11:30 am : Sabah Tea Garden & makan tengahari di Sabah Tea Resort Restaurant 
  • 12:00 pm : Tagal Fish Sungai Moroli (fish spa)
  • 02:00 pm : Kolam Air Panas Poring/ Poring Hot Spring
  • 02:15 pm : Canopy Walk Poring (40-50 minutes)
  • 04:00 pm : View Point Gunung Kinabalu 
  • 04:30 pm : Gerak ke Kota Kinabalu
  • 07.30 pm : Check in Promenade Service Apartment
  • 08.30 pm : Makan seafood di Pasar Filipino








Hari Ketiga :

15/04/17 : Kota Kinabalu

  • 08:00 am   : Jeti Jesselton Point 
  • 08:30 am   : Pulau Sapi
  • 12:00 pm   : Pulau Manukan
  • 03:00 pm   : Balik Apartment
  • 03:30 pm   : Makan Tengahari di Mariam Restaurant
  • 04:00 pm   : Signal Hill Observatory Tower
  • 04:30 pm   : Masjid Bandaraya KK
  • 05:30 pm   : Mari-mari culture village 
  • 07:30 pm   : Makan malam di Anjung Selera Likas
  • 09:00 pm   : Pasar Malam Kampung Air
  • 10:00 pm   : Pasar Ikan Masin








Hari keempat / Terakhir

16/04/17 : Kota Kinabalu 





08:00 am : Dafter Keluar Apartment

08:30 am : Breakfast di Airport KK
11:30 am : Pulang Semenanjung



***  Kredit to AJK bahagian itenari 
*** Terdapat penambahan pada itenari asal bergantung pada waktu dan tempat 

Sekian,