Wednesday, April 19, 2017

Tempat makan / beli belah / aktiviti menarik di Sabah ( Kota Kinabalu / Ranau / Likas / Kota Belud / Inanam )

Salam 


Soboroong Farmer's cottage 

Percutian 4 hari 3 malam (13 April 2017 - 16 April) kali ini membawa BK dan rakan-rakan ke negeri di bawah bayu iaitu Sabah sekaligus melengkapkan senarai negeri-negeri yang telah dikunjungi di Malaysia. 

Sebelum bercerita lebih lanjut, ingin diingatkan waktu di sini sama seperti di semenanjung cumanya keadaan pada waktu pagi, petang dan malam adalah berbeza sejam dari semenanjung. Pagi pukul 6.30 matahari sudah mula terbit. Selain itu jalan di sini tidaklah begitu rumit kerana kebanyakan jalan hanya dua lorong sahaja cuma anda akan dapat lalui banyak bulatan / roundabout sepanjang perjalanan. 

Selain itu, anda juga akan dapat lihat banyak anjing-anjing berkeliaran mungkin untuk menjaga tanaman. Jangan risau, kerana kebanyakan anjing di sini jinak dan tidak merbahaya.



Pekan Kundasang

Lagi satu, kebanyakan kawasan-kawasan riadah/ kawasan pelancongan di sini buka pada pukul 8am dan tutup pada pkul 4.30pm kecuali pasar malam. Jadi rancanglah dengan betul aktiviti anda.



Tidak lupa, jika mahu melihat dengan jelas Gunung Kinabalu, sila sampai sebelum pukul 10am di Ranau kerana menjelang tengahari Gunung Kinabalu akan mula dilitupi awan. 

***Sila guna waze/GPS

-----------------------------------------------------------------------------------------

KERETA SEWA :



Sepanjang di Sabah kami telah menggunakan khimat Kereta Sewa dari En. Amirul Afendi (HP :014-5585158) . Hantar dan Ambil semula di airport KKIA T1.  Servis cenggini terbaik. 

* Sila pastikan tayar kereta serta kondisi kereta okay sebelum terima kunci kereta kerana perjalanan ke Kundasang agak mencabar disebabkan jalan yang banyak rosak dan berbukit. Kes kami, tayar kurang angin dan hanya sedari apabila sampai di Kundasang. Patutlah berat je masa memandu. Sampai di Kundasang kami pergi kedai tayar di pekan(buka pukul 8am) and isi angin RM 2.00 kerana pam angin di stesyen minyak mereka rosak.

-----------------------------------------------------------------------------------------

PENGINAPAN : 

Dua Lokasi  -

1. Kundasang : - Soboroong Farmer's cottage 


  • Lokasi   :  strategik iaitu 9 km dari Pekan Kundasang dan 12 minit ke Desa Cattle Dairy Farm dan di sana anda akan disajikan dengan                       pemandangan Gunung Kinabalu dan Bandar Kundasang
  • Harga   : (RM250-RM300/day). Sekarang ada promo (RM250 untuk semua                 jenis)
  • Contact : 
Email: soboroong@gmail.com
Call: +6088-889968 (Soboroong Farmer's Cottage)
Call/Whatsapp: +6017-8133899 (Eliza)
Call/Whatsapp: +6019-4008209 (Katrina)

Bagi BK, homestay ini sangat best kerana anda dapat lihat pemandangan gunung kinabalu dan pekan kundasang dari homestay ini. Sesuai untuk family dan rakan-rakan di samping harga yang berpatutan. BK cadangkan jika anda pergi ke Sabah untuk 4 hari 3 malam. Luangkan 2 malam di Kundasang dan semalam di Kota Kinabalu kerana jika anda hanya meluangkan satu hari di Kundasang, agak rugi kerana cuacanya yang nyaman dan tenang.



Makan malam di Kundasang 


2. Kota Kinabalu : - Promenade Service Apartment


  • Lokasi :Strategik terletak di tengah bandar Kota Kinabalu. Boleh jalan kaki untuk kemana-mana. Berdekatan dengan Pasar Filipina, Anjung Selera, KFC, Bank, Mc D, Mall, dobi dan pelbagai lagi. Semuanya boleh jalan kaki sahaja.

  • Harga : RM100+ (Bergantung pada bilik yang ditempah

  • Kelemahan :

Luaran kelihatan agak lama, scary jugak la mula-mula naik tingkat 2, tetapi       dalam boleh tahan. Aircond lambat sejuk dan Internet tidak stabil. Selain itu, lif kecil dan pintu cepat tertutup. Bagi BK, untuk menginap bersama rakan-rakan ianya sesuai, namun ianya tidak berapa sesuai untuk bawa Ibu Bapa/Orang Tua.


-----------------------------------------------------------------------------------------

A. KOTA KINABALU :


  • Pulau Sapi & Pulau Manukan  


Sila ke jeti bot di Jesselton Point untuk membeli tiket. Dua pulau tersebut boleh dapatkan dalam harga (RM40+++). Kami melakukan aktiviti snorkeling di sini, malangnya tidak banyak ikan yang kami jumpa. Apa-apapun pemandangan di sini cantik dan boleh bantu untuk menenangkan fikiran. Sila beli makanan di Jeti untuk makan di Pulau nanti kerana harga jauh lebih murah dari pulau. Kalau ada tikar better bawa sekali, orr boleh sewa RM10 di jeti. Boleh minta kurang.





  • Signal Hill Observatory Tower

Sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pemandangan Kota Kinabalu ketika matahari terbenam namun ianya tidaklah begitu tinggi.


  • Pasar Malam Kampung Air
Sangat sesuai untuk membeli barang cenderahati dan kawasan agak tenang dan tidak sesak seperti Pasar Filipino. Sejujurnya BK suggest untuk membeli di sini dari Pasar Filipino. Di sini anda boleh membeli mutiara, fridge magnet, baju Sabah dan pelbagai lagi. Untuk golongan ibu bapa/orang tua sesuai untuk membeli belah di sini memandangkan keadaan agak tenang dan tidak sesak.


  • Pasar Filipino 



Pasar ini agak popular di kalangan pelancong dan anda berpeluang membeli barang cenderahati seperti mutiara di sini. Cuma keadaan agak sesak berbanding Pasar Malam Kampung Air. Sila belajar tawar menawar serendah yang mungkin di sini. Di sini juga terdapat kedai makan terutama sekali dari pelbagai pilihan kedai. Sejujurnya kurang sesuai untuk membawa ibu bapa/orang tua di sini kerana keadaanya yang agak sesak dan panas.


  • Rumah Terbalik 

Katanya merupakan rumah terbalik pertama di Asia, namun ia sedikit hambar kerana keluasaanya yang terhad, tidak boleh mengambil gambar, barang-barang dalaman tidak dijaga dan berhabuk, panas dan tidak bersesuaian dengan harga RM 10.60. BK suggest lebih baik anda pergi rumah terbalik di Port Dickson or dekat area Menara KL tu. At least boleh ambil gambar semua.
BK sejujurnya tidak mengalakkan anda ke sini kerana tidak bersusaian dengan harga(katanya tanak hak milik persendirian).

Terdapat stesyen minyak iaitu stesyen minyak terakhir sebelum tiba di Jambatan Tamparuli ( bukan Jambatan Gantung Tamparuli - original) sebelum ke Kundasang.


  • Pasar Ikan Masin


Para penggemar ikan masin, anda bolehlah berkunjung di sini yang berdekatan dengan Pasar Filipino. Pasar ini ada menjual pelabagai jenis ikan masin dan ikan kering yang boleh dijadikan cenderahati untuk bawa pulang nanti 


-----------------------------------------------------------------------------------------


B. RANAU :


  • Pekan Nabalu : 



Sebelum sampai ke Kundasang, kira-kira 70km dari Kota Kinabalu, anda akan melalui kawasan Pekan Nabalu / Hentian Rehat Nabalu dan kami berhenti menyinggah untuk makan tengahari/petang di Insya Allah Cafe. Boleh tahan makanan di sini. Di sini juga anda boleh membeli barang cenderahati dan melihat pemandangan/ Nabalu Lookout Point Gunung Kinabalu. Terdapat juga kedai barang runcit, bolehlah anda membeli barang makanan untuk makan malam di Kundasang nanti.



Pekan Kundasang 


  • Desa Cattle Dairy Farm Kundasang :



Tidak lengkap rasanya percutian ke Sabah jika tidak mengunjungi ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di Kundasang, Ranau Sabah. Kawasan yang terletak di Kaki Bukit Gunung Kinabalu  ini juga terkenal dengan jolokan The Little New Zealand of Sabah kerana cuaca dan padang hijau yang berkeluasan 199 hectares beserta lembu tenusu jenis Holstein Friesian(tipikal lembu putih hitam) yang diimport dari New Zealand (Tak jet lag pulak lembu tu). 
Anda juga dapat menikmati Ice cream (chocolate/ , yogurt, susu segar(asli/chocolate dan coffee) serta cenderahati di sini. Anda juga  berpeluang memberi makan/ minum dengan dikenakan sedikit bayaran.  


Tips : 
  • Pergi sebelum pukul 8.30 am kerana Gunung Kinabalu akan mula dilitupi awan tebal selepas waktu tersebut.
  • Lebih baik jika memakai baju yang sedikit tebal kerana suhu agak sejuk 
  • Jika anda membeli susu segar di sini, pastikan anda meletakkannya pada suhu sejuk. Kes kami, selepas turun ke KK pada hari yang sama. Susu jadi basi.


Waktu Operasi :
8 pagi - 5 petang

Waktu memerah / proses susu
Memerah : 3ptg - 5 ptg setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad (10pg-2ptg)

Tiket masuk :
Dewasa : RM 5
Kanak-kanak : RM4

Spenjang perjalanan ke Ranau ini, akan anda dapati terdapat banyak gereja yang difahamkan ianya dari pelbagai aliran Kristian dan jika nampak tulisan kedai menjual ' Sinalau Bakas' , ianya bermaksud babi hutan salai. Jadi pada orang Islam, harap berhati-hati okay.


  • Sabah Tea Garden / Ladang Teh Sabah

Tidak seperti di Cameron Highland, cuaca di sini agak panas dan berada di ketinggian 2,272 kaki dari aras laut denga keluasa kira-kkira 6,220 ekar dan merupakan satu-satunya teh organik di kepulauan Borneo. Masa operasi adalah dari 8 pagi hingga 4 petang. Masuk adalah percuma kecuali jika ingin melihat proses membuat teh. Di sini juga terdapat sebuah Sabah Tea Resort Restaurant (Harga : RM 13++ untuk makanan ) di mana harga agak berpatutan sesuai dengan view ladang teh. Cumanya jalan untuk mendaki ke ladang ini tidak ber'tar / tidak berturap, pokok teh tidak dijaga rapi dan ada bunyi cengkerik yang sangat kuat di pada salah satu pokok di area restaurant tersebut.  Disebabkan kami lapar dan sampai pada waktu tengahari, kami terus makan di sana. Di samping intu anda juga boleh membeli teh / cenderahati untuk di jadikan kenag-kenangan apabila pulang nanti.






  • Tagal Fish Sungai Moroli (fish spa)
 

Sungai Moroli ini berdekatan dengan Sabah Tea iaitu terletak di Kampung Luanti. Sebelum tiba di sini, anda akan melalui Sabah Tea Garden dahulu kira-kira 5-7 minit. Sangat menyeronokkan walaupun sedikit takut kerana ikan-ikan kelah / tagal besar belaka. Terdapat kawasan parking dan tiket hendaklah dibeli di pintu masuk. Harga tiket ialah RM 5.00 dewasa dan anda akan diberi masa 15 minit untuk bergurau senda dengan ikan-ikan tersebut. RM1.00/sepeket juga akan dikenakan pada anda yang ingin memberi makan kepada ikan.


  • View Point Gunung Kinabalu 

Kawasannya terletak di tepi jalan 4-5 kilometer sebelum sampai ke Kundasang. Di sini anda akan dapat lihat pemandangan gunung kinabalu dengan jelas namun sila berhati-hati kerana kawasan ini terletak betul-betul di tepi jalan utama untuk ke Kundasang.



  • Kolam Air Panas Poring/ Poring Hot Spring
Kolam air panas ini turut menjadi tumpuan pelancong dan terkenal di kalangan rakyat Sabah sendiri. Air panas yang terhasil berpunca dari air bawah tanah semulajadi. Harga masuk adalah RM3.00. Di sini juga terdapat Taman Rama-rama, Pusat Pemuliharaan Poring Orkid, Taman Tropika, Canopy Walk Poring dan air terjun Kipungit . Disebakan terlalu ramai pelancong bermandi manda di sini, kami tukar plan untuk mencuba Canopy Walk Poring



  • Canopy Walk Poring


Aktiviti canopy walk ini sangat menarik bagi BK kerana anda akan dapat melihat alam sekitar dengan lebih dekat selama lebih kurang 40 minit. Harga tiket adalah RM 3.00/seorang dan RM5.00 untuk sebuah camera. Jadi tips di sini, di kedua terakhir canopy walk akan ada seorang jaga. Jika anda ada camera extra seloknya simpan dahulu kerana dekat sini dia akan tanya tiket camera yang ada sudah beli tadi. Jika anda hanya membeli satu tiket camera sahaja tetapi mereka dapati ada banyak camera/phone digunakan. Jadi anda kenalah bayar dekat atas tu. Anda juga akan melalui laluan berbukit lebih kurang 20 minit sebelum tiba di canopy walk dan turun lebih kurang 15- 20 minit. Bergetar jugalah lutut nak lakukan aktiviti ini. Tetapi apa-apapun memang terbaik canopy walk ini. 


  • Kinabalu Park 

Lokasi pendaki-pendaki untuk memulakan pendakian. Bayaran masuk adalah RM 3.00 untuk dewasa dan RM 1.00 untuk kanak-kanak. Terdapat pintu masuk utama para pendaki iaitu Timpohan Gate. Siap ada "Climbathon Kinabalu" . Terdapat pelantar yang membolehkan anda merasai suasana berada di dalam awan. Kami singgah sekejap di Kinabalu Park, namun memandangkan hari sudah gelap, keluar balik( kira-kira 12 km dari Pekan Nabalu )


-----------------------------------------------------------------------------------------

C. LIKAS :


  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu :

Masjid ini dikenali sebagai Masjid Terapung kerana ia dikelilingi tasik buatan manusia yang terletak di kawasan Likas



  • Makan Malam di Anjung Selera Likas : 

Terdapat kepelbagaian makanan terutama seafood di sini. Terletak di Jalan Tun Fuad Stephen menuju ke Universiti Malaysia Sabah dan kawasan tepi laut sangat sesuai untuk makan malam di Sabah. Harganya pula berpatutan dan kena pandai tawar-menawar. Sesuai untuk membawa keluarga makan malam di sini kerana suasananya yang nyaman dan tidak sesak.

-----------------------------------------------------------------------------------------

D. INANAM :


  • Mari Mari Cultural Village

Sangat sesuai untuk mereka yang ingin sekali mempelajari sejarah, budaya, tradisi orang Borneo. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan kepelabagaian cara hidup etnik Kadazan-Duzun, Rungus, Lundayeh, Bajau dan Murut. Semasa kami sampai adalah pada waktu malam dan ia mengambil masa untuk 3 jam untuk melewati menyertai aktiviti ini. Jadi kami melupakan niat dan mungkin satu hari nanti kami akan ke sini. 

Sumber harga dari  : http://marimariculturalvillage.com/

Price for 10am and 2 pm session
Adult: MYR 180/person
Child: MYR 160/person

Are you Malaysian?
Malaysian discount:
Adult: MYR 160/person
Child: MYR 140/person

Price for 6pm session
Adult: MYR 200/person
Child: MYR 180/person


-----------------------------------------------------------------------------------------

Berikut adalah itinerary penuh kami di Sabah :

Hari Pertama : 
13/04/17 : Kota Kinabalu - Kundasang, Ranau | kira-kira 100 km 

  • 12:05pm : Sampai Airport KK dan ambil kereta sewa di airport
  • 01:00pm : Isi minyak di Shell, kira,2-3 minit dari lapangan terbang.
  • 01:30pm : Rumah Terbalik 
  • 02:00pm : Mula pendakian ke Kundasang
  • 03:30pm : Makan tengahari di Pekan Nabalu, Insya Allah Cafe
  • 04:30pm : Singgah sekejap di Kinabalu Park
  • 05:00pm : Pekan Kundasang (beli makanan tempatan)
  • 06:30pm : Daftar Masuk Homestay : Soboroong Farmer's cottage 
  • 07:30pm : Aktiviti bebas / rehat / makan malam / borak-borak / main 



Hari Kedua :
14 /04/17 : Kundasang, Ranau - Kota Kinabalu - | kira-kira 100 km 


  • 06:30 am  : Breakfast di Homestay
  • 07.30 am  : Singgah Pekan Kundasang untuk isi angin tayar ( kedai tayar buka pukul 8 am) - Pekan Kundasang ada stesyen minyak Shell
  • 08.30 am  : Desa Cattle Dairy Farm 
  • 10:30 am  : Homestay : Check out
  • 11:30 am : Sabah Tea Garden & makan tengahari di Sabah Tea Resort Restaurant 
  • 12:00 pm : Tagal Fish Sungai Moroli (fish spa)
  • 02:00 pm : Kolam Air Panas Poring/ Poring Hot Spring
  • 02:15 pm : Canopy Walk Poring (40-50 minutes)
  • 04:00 pm : View Point Gunung Kinabalu 
  • 04:30 pm : Gerak ke Kota Kinabalu
  • 07.30 pm : Check in Promenade Service Apartment
  • 08.30 pm : Makan seafood di Pasar Filipino



Hari Ketiga :
15/04/17 : Kota Kinabalu


  • 08:00 am   : Jeti Jesselton Point 
  • 08:30 am   : Pulau Sapi
  • 12:00 pm   : Pulau Manukan
  • 03:00 pm   : Balik Apartment
  • 03:30 pm   : Makan Tengahari di Mariam Restaurant
  • 04:00 pm   : Signal Hill Observatory Tower
  • 04:30 pm   : Masjid Bandaraya KK
  • 05:30 pm   : Mari-mari culture village 
  • 07:30 pm   : Makan malam di Anjung Selera Likas
  • 09:00 pm   : Pasar Malam Kampung Air
  • 10:00 pm   : Pasar Ikan Masin



Hari keempat / Terakhir
16/04/17 : Kota Kinabalu 

08:00 am : Dafter Keluar Apartment
08:30 am : Breakfast di Airport KK
11:30 am : Pulang Semenanjung



***  Kredit to AJK bahagian itenari 
*** Terdapat penambahan pada itenari asal bergantung pada waktu dan tempat 

Sekian, 
















Wednesday, January 4, 2017

Tips ke The Shore Sky Tower, The Shore Oceanarium Melaka dan Melaka River Cruise #Melaka #cuticutiMalaysia

Salam



Emperor Hotel, Melaka

Percutian kali ini berkisar tentang tiga tempat menarik yang kini sedang popular di kalangan para pelancong ke Melaka iaitu The Shore Sky Tower, The Shore Oceanarium Melaka dan Melaka River Cruise. BK akan review sejujurnya mengenai tiga tempat ini dan adakah patut anda datang ke tempat tersebut dan adakah ia berpatutan denga kadar harga yang ditawarkan?





Dah sampai Melaka, kena perkena asam podeh dulu




 Disebabkan waktu petang kami tergendala dek sebab hujan, maka kami menghabiskan masa belajar teknik make up bersama Isya



1. The Shore Sky Tower (3/5 bintang)



Dekat atas tu anda boleh melihat ikan-ikan yang sedang berenang. Sis cuba memahami perasaan ikan-ikan tersebut yang tersekat di skala 43 dan panasnya nauzubillah dekat atas tu.



Difahamkan, The Shore Sky Tower adalah bangunan tertinggi di Melaka setakat ini dan mempunyai ruang "dek pemerhatian" di tingkat 43 dan anda boleh menikmati pemandangan 360 darjah. Sejujurnya kawasan ini agak limited untuk dek so called "berdiri di atas cermin"(ruangan agak kecil) dan anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar menggunakan kemera sendiri apabila berada di atas cermin sebaliknya menggunakan camera mereka dan harga bagi sekeping gambar adalah RM35? . Bagi BK agak tidak muhasabah dengan kadar harga tersebut. Hmm... Untuk ke ruangan berdiri atas cermin ini anda kenalah menunggu giliran. Kami membayangkan dek untuk "berdiri atas cermin" ini boleh dibuat sedikit besar. Secara keseluruhanya, ia menarik bagi mereka yang ingin melihat hampir keseluruhan bandar Melaka. Tiada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain melihat panorama bandar Melaka. Namun, pihak pengurusan diharap perlu dikaji semula tentang kadar harga gambar dan ruangan dek "berdiri atas cermin"

Tips :

  • Waktu operasi : 10.30am-10pm
  • Harga  : RM25/dewasa | RM18/kanak-kanak (2-12tahun)
  • Parking : The shore Shopping Complex( Parking masih free ketika artikel ini ditulis)
  • Tempat : Terus ke level 2 > Tukar lagi satu lift untuk ke tingkat 43 (lift berdekatan dengan The Shore Oceanarium Melaka)
  • Tips : Better pergi waktu pagi atau malam sebab sejuk sikit

Fefeeling padahal matahari tegak atas kepala



Nampaknya objek yang sis nak cari masih jauh.




Sesisthors





Pemandangan 360 darjah bandar Melaka


2. The Shore Oceanarium Melaka(1/5 bintang)

Lokasi kedua ini sesuai untuk dikunjungi oleh kanak-kanak untuk melihat hidupan laut dengan lebih dekat. Mereka juga akan memberi anda kuiz untuk dijawab. Jika anda menjawab dengan betul, anda akan menerima cenderahati dari pihak pengurusan. Namun, kepada pembaca yang sudah berkunjung ke Aquaria KLCC misalnya, mungkin anda akan berasa sedikit kekurangan tentang tempat ini dan jangan berharap terlalu tinggi dengan apa yang akan anda lihat. Kawasan aquarium agak kecil dan tidak banyak jenis hidupan laut yang dapat dilihat(Mungkin disebabkan baru operasi). Mungkin anda boleh habiskan lawatan dikawasan ini hanya dalam masa 30 minit dengan harga RM35. Bagi golongan dewasa pula yang suka aktiviti laut, pasti anda akan berasa sedikit biasa dengan pemandangan yang ditawarkan. Ruangan 3D theater juga agak kecil dan skrin hanya menggunakan TV/monitor yang bersaiz agak kecil. 


Tips :
  • Waktu operasi : 10.30am-9pm
  • Harga : RM35/dewasa |  RM25/kanak-kanak
  • Parking : The shore Shopping Complex( Parking masih free ketika artikel ini ditulis)
  • Tempat : Terus ke level 2 

3. Melaka River Cruise (5/5 bintang)


Antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan

Di sini, pengunjung akan dibawa menyelusuri Sungai Melaka sejauh 9 kilometer selama lebih kurang 45 minit. Waktu yang paling sesuai untuk anda ke sini adalah pada waktu malam kerana anda akan disajikan dengan mural dan lampu-lampu yang menarik berbanding siang. Anda juga akan dapat melihat keindahan deretan kampung tradisional iaitu Kampung Morten, beberapa jambatan yang mempunyai nilai sejarah tersendiri, bangunan lama dan hotel yang sangat menarik. Dengan harga yang berpatutan ini bagi BK ia amatlah berbaloi untuk anda kunjungi. 

  • Waktu operasi : 9.00am-11.30pm
  • Harga(waktu malam) : RM15/dewasa |  RM7/kanak-kanak
  • Kaunter tiket : 1. Muara Sungai Melaka 2. Taman Rempah Ratus
  • Tips : Jika anda ke sini, sila beli di kaunter bayaran terus dan jangan beli dengan orang yang sedang menjaga di pintu masuk untuk mengelakkan penipuan harga.



Sementara menunggu Cruise 




Cruise 


Credit gambar : Miera





Pantai Klebang membeli belacan

TAMAT






Sunday, December 18, 2016

Perkara yang perlu tahu sebelum ke Jepun #muslimguide #persediaan ( Osaka - Tokyo - Kyoto - Osaka )

Salam



Ameyoko Shopping Street, Tokyo

Sebulan selepas berkunjung ke India, BK diberi kesempatan untuk berkunjung ke sebuah lagi negara lokasi matahari terbit iaitu Jepun untuk menikmati serta mempelajari budaya dan gaya hidup masyarakat di sana. Sejujurnya, BK amat kagum dengan negara ini seolah-olah mengamalkan apa yang dianjurkan dalam agama Islam dari segi tatacara hidup sosio-budaya mereka. 


Bersama pelancong dari Russia yang sangat berminat untuk mempelajari cara memakai hijab.



Tidak hairanlah suatu ketika dahulu, negara kita pernah mengaplikasikan dasar ekonomi "Dasar Pandang ke Timur" yang telah dimumkan pada tahun 1982 bagi menghapuskan pemikiran rakyat kita yang terlalu memandang tinggi terhadap barat . BK ingat lagi masa belajar di sekolah menengah, BK pernah terbaca tentang intipati dasar ini dan terbukti ianya sangat bermanfaat untuk dicontohi dan dilaksanakan di negara kita. 



Selain itu, Jepun juga sememangnya terkenal dengan ketepatan masa dan kemegahan budaya masyarakat mereka. Jika anda ke sana, pengunaan bahasa Inggeris amatlah terhad kerana mereka sangat memperkasakan bahasa ibunda mereka. Jadi tidak hairanlah jika anda bertanya, mereka akan menerangkan di dalam bahasa Jepun sendiri. 





Malah penjagaan alam sekitar dan kebersihan amatlah dititiberatkan sehinggakan amatlah sukar sekali untuk melihat sekecil-kecil sampah kecuali tempat yang dikunjungi ramai pelancong. Mereka juga sangat mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. 



Osaka




Gula kapas

Kami pergi dan pulang menerusi Kansai International Airport. Untuk pengetahuan, airport ini berada di tengah-tengah laut yang ditambak. Jadi, apabila landing tu jangan lupa menikmati suasana di luar. Sangat cantik 





( Osaka - Tokyo - Kyoto - Osaka )



Cara pengiraan kasar duit :

100y   = RM4 (+/-) 
1000Y = RM40 

Jadi : 100Y/25


*** Bahagi 25

Contoh 1000Y/25 = RM40


1.   PENGANGKUTAN :

Di Jepun, ternyata penggunaan pengangkutan awam adalah cara terbaik untuk menjelajah ke negara matahari terbit ini. Perkhidmatan keretapi di sini begitu kompeten sehingga mampu menyelusuri beberapa kawasan kampung. 

  • Osaka :
Ketika di Osaka, kami menggunakan "Osaka 2 days Amazing Pass" yang boleh dibeli di Kansai International Airport ( Sila cari : Kansai Tourist Information Center). Malah, tiket ke Universal Studios Japan juga boleh dibeli di sini.   Penggunaan pass ini sangat digalakkan kerana anda dapat menikmati tempat serta  aktiviti menarik secara keseluruhan di bandar Osaka. 

Harga :

Osaka 2 days Amazing Pass : 3,000Y/25 = RM 120 Universal Studios Japan :  7,400Y/25 = RM 296


Tempozan Ferris Wheel, Osaka

Osaka 2 days Amazing Pass : 3,000Y/25 = RM120


Berikut adalah pakej yang ditawarkan oleh pass ini :

  1. Train access ke Osaka castle 
  2. Osaka castle
  3. Cruise Ship Santa Maria
  4. Tempozan Ferris Wheel
  5. Tempozan Marketplace
  6. Tonbori Cruise(Dotonbori) sebelum 9pm
  7. Floating Garden Observatory, Umeda Sky Building
  8. Tenjimbashi Shopping Street
  9. Osaka Museum of Housing and Living
  10. Shitennoji Temple
  11. Tsutenkaku Tower



Tempozan Ferris Wheel, Osaka




Osaka Museum of Housing and Living, Osaka




Umeda Sky Building 

  • Tokyo : Osaka ke Tokyo : 
Dari Osaka ke Tokyo, kami menaiki "Willer Express (Overnight) Bus" di Umeda Sky Building dan tiba di Shinjuku Bus Terminal. Di sini terdapat penyimpanan luggage jika anda ingin berjalan di tempat lain sebelum menaiki bas ke Tokyo. Perkhidmatan Willer Express bus ini sangat selesa dilengkapi plug/charging station, selimut, ruang kaki dan kerusi yang boleh dilaraskan, serta pelindung cahaya. 

Harga :

Willer Express(Overnight)  : 8,800Y/25 = RM 352
Penyimpanan luggage : 500Y/25    = RM 20




  • Kyoto : Tokyo ke Kyoto :

Dari Tokyo ke Kyoto, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Willer Express (Overnight Bus : RM408/ JPY10,200yen ) yang sama di Shinjuku Bus Terminal dan tiba di Gion Shhijo Station. 

Harga : 

Willer Express(Overnight): JPY 10,200/25=RM 408




Kiyomizudera Temple, eastern Kyoto




Togetsukyo Bridge, Kyoto


  • Osaka : Kyoto ke Osaka 
Jika anda ke Osaka dari Kyoto, anda boleh menggunakan Train/ Bus. Namun, disebakan kami mahu merasai pengalaman menaiki Bullet Train/ JR Shinkansen, jadi kami menggunakan perkhidmatan keretapi laju ini iaitu dari Kyoto Station ke  Shin-Osaka Station yang mengambil masa kira-kira 12 minit. Kemudian, transfer di Shin-Osaka ke Osaka Station.

Harga :  

Shinkansen/ Bullet Train : 1,420Y/25 = RM 56.80


Shinkansen


2.  MAKANAN

Di Jepun, rata-rata makanan set berharga 1000Y/25 = RM40 ke atas. Terdapat banyak makanan halal yang boleh didapati di Jepun. Anda boleh membuat carian di internet. Apabila makan, cuba habiskan makanan yang telah dipesan bagi membuktikan makanan itu sedap dan semacam memberi penghargaan kepada tukang masak dan hormat kepada petani yang menuai padi. Sampai begitu sekali mereka menghormati antara satu sama lain. 




The Udon. Price : 1000Y/25 = RM40


Anda juga akan mendapati banyak produk green tea terutama ice cream. Jangan lupa untuk mencubanya dan sila pastikan anda memperoleh dari kedai yang mempunyai logo halal. Anda juga boleh mendapatkan air seperti gambar di bawah dan sandwich di convenience store seperti Family Mart dan 7eleven. 



Kudap-kudapan



Fuji TV Building, Odaiba, Tokyo,





Fushimi Inari Shrine, Kyoto


3. SURAU/MASJID

Terdapat banyak surau/masjid yang terdapat di sana. Di surau, anda boleh menggunakan kemudahan tersebut biasanya akan diberikan masa selama 15 minit. Manakala masjid, tiada had waktu yang ditetapkan.

  • Osaka : Surau/Prayer Room : First floor South Gate ,Osaka Station City : 15 minutes
  • Tokyo  : Tokyo Mosque




Tokyo Mosque 




Kemudahan di surau/prayer room di JR Osaka Train Station


4. PERKATAAN WAJIB KENA TAHU

Perkataan yang paling banyak BK gunakan di sana ialah : 

Sumimasen : Maaf/tumpang lalu/tumpang tanya /                         ucapkan sebelum bertanya sesuatu


Itadakimasu
Jemput makan, ucapkan sebelum makan                       

Gochisousamadeshita
Ucapan terima kasih/ ucapkan selepas makan                                           

Arigatou Gozaimasu : Terima kasih


5. ADAB DI TEMPAT AWAM 

Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Gunakan suara yang perlahan ketika ingin berbual terutama di dalam train sebagai menghormati budaya mereka. Jika anda di dalam train, amat sukar sekali anda mendengar suara orang bercakap. Mereka selalunya akan menghabiskan masa dengan alat gajet atau membaca buku. 




Sedikit cerita mengenai gambar ini :


Ketika sedang sibuk mengambil gambar, tiba-tiba BK didatangi seorang pakcik dari belakang dan bertanyakan tentang camera yang BK gunakan. Jadi untuk menerangkan bagaimana ia berfungsi, BK ambil gambar ini yang tanpa disedari BK sudahpun dikelilingi oleh sekumpulan pelancong yang tidak tahu asal usulnya. Jadi selepas BK tunjukkan, mereka bertanya dari mana BK berasal. Setelah berborak agak panjang tentang negara kita. BK pula bertanya mereka, dan mereka berasal dari Israel. BK percaya jika anda berada di tempat BK, anda juga tidak sedikit sebanyak akan tersentak. Tipulah jika anda tidak memikirkan sesuatu. Jadi cepatlah jua BK buat muka slumber. Namun, bila kita memikirkan tentang apa yang diajarkan Rasulullah S.A.W kepada umatnya, berbuat baiklah kepada musuh dan orang yang menyakitimu... Mudah-mudahan ada hikmah yang baik akan terjadi. Ameen...



6. DOMPET SYILING/POUCH

Sila pastikan anda mempunyai dompet syiling kerana anda akan banyak menggunakan syiling ketika membuat pembayaran atau urusan jual beli di sana. Penting !  

7. PLASTIK SAMPAH KECIL

Jepun sangat popular dengan pengadabtasian program kitar semula. Di sana, amatlah sukar sekali untuk mencari tong sampah dan masyarakat mereka jarang sekali makan sambil berjalan. Jadi, anda digalakkan menyediakan plastik sampah kecil di dalam beg anda sebelum menjumpai tong sampah. Sila pastikan anda memasukkan sampah di dalam tong sampah yang betul. 


8. PAKAI PENUTUP MULUT/MASK JIKA TIDAK SIHAT

Jika anda kurang sihat (batuk/selsema), anda dinasihatkan untuk memakai penutup mulut sebagai tanda hormat kepada orang lain. Masyarakat mereka juga memakai penutup mulut bagi mengelakkan kesejukan dan bakteria luar. Anda boleh dapatkan penutup mulut ini di kedai-kedai seperti 7e atau Family Mart.




               Gundam Statue, Odaiba, Tokyo 


9. TUNDUK TANDA HORMAT

Bahasa tubuh sangat penting. Lazimkan tunduk ketika bertemu orang dan senyum seindah suria.



Arashiyama Bamboo Groove, Kyoto



10. TANDAS

Tandas di sini boleh dikatakan termaju dari negara lain. Namun tandas elektronik ini tidaklah digunakan di semua tempat. Ada yang masih mengamalkan tandas duduk/youshiki dan tandas cangkung/ oriental/washiki . Jadi untuk tandas bukan elektronik, lebih baik jika anda menggunakan tandas duduk kerana tandas cangkung tidak mempunyai air.

Tandas duduk mereka sedikit berbeza dimana terdapat saluran paip kecil di atas pam tandas. Selepas flush, air akan masuk semula melalui paip dan turun semula ke dalam pam melalui satu lubang kecil sebagai langkah menjimatkan air. Air ini juga anda boleh gunakan untuk membasuh tangan atau masukkan air untuk tujuan pembersihan. Better sediakan tisu lembab di dalam beg anda untuk kesan yang lebih bersih.


Mari kita lihat fungsi di setiap bebutang bagi tandas elektronik :

  • Stop : Berhenti
  • Shower : Pancuran air ke punggung (boleh dilaras)
  • Bidet : Untuk wanita (boleh dilaras)
  • Music/ Flushing sound : Sekiranya ingin privasi
  • Water pressure : Penyelarasan tekanan air

Fungsi panel di atas adalah yang paling asas. Terdapat fungsi yang lebih canggih seperti pemanas punggung, massage dan sebagainya .

Terdapat juga tempat menukar lampin di dalam tandas itu sendiri yang sangat efektif untuk 



Flush 


11. Escalator :

Seperti di Korea, Jepun juga mengamalkan etika menaiki escalator yang sama. Jika anda tidak berrniat untuk cepat, sila berdiri di laluan kiri. Namun, terdapat sesetengah tempat yang berdiri di laluan kanan bagi pengguna yang tidak berniat untuk cepat. 


12. Tips ke Universal Studios Japan :





  • Sila ke ruangan Harry Potter dahulu kerana ianya mengkehendaki anda beratur panjang untuk bermain kecuali anda mempunyai express pass

  • Sediakan makanan seperti roti, biskut, Brahim dan sebagainya di dalam beg kerana agak sukar untuk mencari makanan halal di dalam USJ

  • Jangan risau tentang penyimpanan beg kerana setiap permainan tersedia tempat simpanan masing-masing.



TAMAT