Wednesday, November 23, 2011

Pakcik pasar malam tegur


Salam,

Al kisah ke pasar malam tadi, tapi BK pergi petang dengan housemates after class. Cuaca time tu sepoi-sepoi bahasa and hujan rintik-rintik bagai menyambut kedatangan kami. Malangnya kedai-kedai baru nak buka. Jadi kami pun borak-borak la tentang LI(Internship), Jadi setelah setengah jam duduk borak-borak sambil memakan apam balik yang sedap lagi manis ya amat, kami pun meneruskan misi untuk membeli makanan yang kami idam-idamkan seperti rangka ayam, soya cincau, nasi kerabu dan pelbagai lagi. BK? aku beli ikan laga share dengan housemate sebab kebelakangan ni, suka pula aku tengok ikan ni. Orang lain pergi pasar beli makanan aku beli ikan. Fantasticcc... kata DR. S, lecturer aku.



agakla, muka tak senyum~

Jadi setelah menyelesaikan misi membeli ikan laga, aku pun menunggu housemate ku yang lain membeli nasi kerabu tak silap. Jadi ketika itu aku pun terus brainstorming (subject KM aku) dengan menamakan ikan laga yang dibeli itu dengan nama "PM" stand for Pasar malam. Walaubagaimanapun, setelah sampai ke rumah member aku ni letak nama "2PM " 2 tu untuk kami berdua. Sweet la juga kan aku rasa.

Namun cerita pasar malam tidak berkesudahan disitu . So, aku sambung balik. Jadi setelah nasi kawan-kawan aku sudah siap dibungkus, kami pun balik. Tup-tup time aku nak balik, tiba-tiba ada pakcik jual nangka tegur aku.

Cuak juga lah hati aku time tu. First aku macam ignore je sebab ingat dia cakap dengan orang lain, tapi bila dia tegur sekali lagi, baru aku macam pandang. Then tiba-tiba dia tegur aku cakap macam ni " adik muka tu senyumlah sikit" . Aik, aku pun terkejut dia cakap macamtu sebab aku rasa aku tak pandang dia pun tadi. Jadi aku pun macam senyum jelah but dalam masa yang sama aku macam tertanya-tanya kat diri aku, kenapa pakcik ni tiba-tiba tegur aku sedangkan jarak aku dengan kedai pakcik tu agak jauh, macamna dia boleh perasan aku senyum ke tak?.

Hurm. musykil betul aku, tiba-tiba baru aku sedar yang aku kalau pergi mana-mana memang aku straight pergi , tak tengok kiri kanan . Jadi mungkin sebab itulah pakcik tu tegur aku kowt. Tapi bukan bermakna aku sombong tak tegur orang, cuma aku lebih prefer orang tu yang tegur dulu, aku rasa aku pernah mentioned benda ni before. Yela kenkadang aku rasa macam mana tau diorang tengah bz ke, takkan nak interrupt pula and lagi satu kenkadang segan ar nak tegur sebenarnya.lol.. Itulah aku. Tapi aku rasa macam bagus juga pakcik ni tegur aku macam tu, supaya aku lebih melebarkan senyuman seluas padang golf di belakang ILSAS next time.

OK, sekian cerita pasar malam aku.

p/s: Kepada pasukan Harimau Muda, we proud of u!!!

Wednesday, November 16, 2011

lelaki lebih teruja memilih tema perkahwinan berbanding wanita. Biar betul???



Salam... :)

"I rasa I prefer garden wed untuk wed i nanti, U know why kan, plus ada flower girl and boy", haish, betul ke apa yang aku dengar ni.? Perghhh, nak kata lelaki ni 'aww' tak pula, memang straight and macho juga lah...




Ha tulah situasi yang B.K selalu dengar oleh kaum lelaki. Wahhh boleh tahan juga kaum lelaki ni eh, B.K pun tak terfikir sampai ke situ lagi dengan tema-tema wed buat masa ni tapi klau tengok video-video tu sukalah. B.K macam tak sangka pula lelaki ni sebenar halus juga hati dia, ada juga perasaan seni yang terbit dalam hidup mereka. Bukan apa, selama ini kita tengok kalau bab-bab kecantikan or theme-theme ini selalu dikaitkan dengan perempuan. Sekarang dunia macam dah terbalik pula.


Btw, B.K tengok selalunya lelaki akan lebih cenderung memilih tema garden or fantasy-fantasy macam tu and of course white color kena ada. B.K kekadang fikir lelaki ni pandai juga eh pilih-pilih ada taste gitu.

Tapi kan, macam bagus juga kan kalau lelaki yang fikir-fikir tema wed ni cuz kalau kita fikir nanti takut dia tak berkenan pula. Lelaki pilih kita follow je. Senang, tak payah nak fikir-fikir lagi dah. Hee ..ok lah


p/s: Kalau B.K , wed nanti nak ada sport cars iring macam lambor or ferrari ke( berangan je aku ni kan) .. Hee.. tu bukan tema kan...??? hee.. k lah papai


itu dia jejaka-jejaka idaman Malaya~ hee
TAMMAT.

Monday, November 14, 2011

It's cool to find out that you don't need a special one to be happy



Salam.

Kalau ada yang sedar, status ini ada dipost kan di wall fb B.K dulu-dulu. Mungkin ada yang kurang selesa dengan status ini. Tapi korang tak kisahkan???.Hee.. dan mungkin ada sesetengah yang kurang setuju . Tapi, bagi aku ok jer as long as tak libat soal agama. I mean yang melibatkan soal hukum hakam yang tinggi-tinggi.


Btw, bila B.K tengok ada seorang umat ni, punyalah bagus, still student ,orang cakap ada "class" gitu. Kalau kita-kita yang tengok especially B.K pasti tak percaya yang dia tiada siapa-siapa lagi( kira couple la) Tapi apa yang bagusnya, bila ditanya. Dia memang cakap, err "aku lebih suka macamni, lagipun macam muda lagi, belum masanya lagi kot, biarlah saya spend time ngan family dulu" Perghh terus menikam tusuk laju, tak taula kenapa. Honestly, memang aku kagum la. Sweet la bila dia cakap pasal family first ni. Mungkin salah satu ayat umat ni menjadi satu peluru yang tertusuk kat aku kowt. Ewah, berbunga-bunga pula ayat aku ni...



Kawan biar berbillion, bercinta biar 1 ;)

Memangla kalau sekali dengar mungkin sounds agak poyo tapi bila-bila difikir-fikir balik , ada betulnya die cakap tu. Tapi benda ni macam bercanggah pula kan aku rasa dengan ada sesetengah golongan yang berfikir bahawa kahwin awal lagi bagus... Tapi itu pandangan masing-masing , ada betulnya juga kahwin awal bagus tapi maybe orang-orang macam aku ni merasa kahwin lambat (maksudnya before 30) better sebab aku belum puas nak jaga parents. Even, sekarang time belajar ni pun susah nak jumpa ma and ayah , ni kan klau aku ada family nanti. (Better guna "aku" bolehkan? Hee.. kata housemate ku lebih mesra gitu. ) Tapi aku tak cakap kahwin awal tu tak bagus ok? Hee...

Apapaun, Hurmmm aku rasa agak setuju dengan pandangan umat ni. Betul juga, kalau nak fikir-fikir balik, better kumpul duit dulu, beli rumah semua baru fikir nak mencari, or whatsoever la. Al maklumlah sekarang ni semua kena guna duit. Tapi orang lain mungkin sebaliknya. Bagi sesetengah orang, nak bahagia pun kena ada duit (ok, ni aku tak berapa setuju la). Tak guna juga kalau bahagia atas dasar harta ni, orang cakap tak lama. Tapi apa-apapun, aku rasa agak cool la umat ni. Wa caya sama lu. Ai, brutal pula aku tengah malam-malam buta ni.

Rasanya, takda apa lagi yang tertanya dalam fikiran aku ni, Tengoklah lah nanti. Soal hidup mati, jodoh semua di tangan Tuhan. Kita sebagai Umat hanya mampu berusaha, doa dan tawakal. Cewahhh, macam ustazah pula aku ni. Hee..

TAMMAT

Sunday, November 13, 2011

cerita novel saya~


Salam.

Setakat ni baru satu sahaja novel yang bertajuk "M.A.I.D"yang baru habis dibaca sedangkan housemate-housemate yang lain dah bertingkat-tingkat bilangan novel yang sudah mereka baca.



Tiba-tiba BK suara kan pendapat hendak tulis novel dekat one of my housemate. Eh berangan betul aku ni kan, baca novel pun baru satu habis dibaca, ada hati anak tulis novel. Tapi, tak tahu la, semangat nak menulis ni berkobar-kobar pula, bagai sudah ada jalan cerita yang hendak ditulis.. Tengok sajalah nanti, kalau mood ni ok, adalah novel tu... Hee.

Papai..
Tujuan aku tulis ni supaya at least aku ada niat nak buat novel .. Katanyaaa~~~ Hee

Tuesday, October 18, 2011

convo, puas ker?



Salam.
Baru-baru ini berlangsungnya satu majlis convocation dekat U BK (tiba-tiba terasa kekok nak tulis ni, dah lama tak mengupdate since busy FYP2). Masa tengah sibuk-sibuk tolong jual dekat gerai-gerai tu, BK tengok ramai keletah para graduasi( seyes skema) after habis event, ada yang meloncat-loncat keriangan, ada yang peluk-peluk member, ada yang menitiskan air mata, ada yang menggunakan perkhidmatan photographer, ada yang baling-baling topi dan macam-macam lagi. Tetapi, persoalannya, puas ke convo ni???


Bersama warga Uniten, ~
Pernah satu hari, masa tengah bersembang-sembang dengan ma and ayah masa minum-minum petang dekat luar rumah, ma pernah tanya ayah, lebih kurang macamnilah ayatnya " Bang, perasan tak, kita rasa sangat terharu kan bila anak-anak kita naik ke pentas ambil ijazah, rasa persaan lain kan, rasa puas bela anak " ayah tersenyum dan mengiyakan kata-kata ma. Nampak tak, bila kita dah banggakan ibu bapa, ibu bapa rasa puas besarkan anak-anak..



ada bakat jual-jual tak? ;)

Adik-beradik pun for sure bangga dengan anda-anda. Apa lagi yang mampu membahagiakan orang selain kita yang berusaha membahagiakan mereka. Kita jugalah yang akan menjadi sumber inspirasi kepada adik-adik or relative . Namun, haruslah ingat membahagiakan orang tak semestinya dengan menghadiahkan segulung ijazah, membahagiakan boleh jadi menjaga hati, mengorbankan sedikit masa, jiwa untuk memberi manfaat kepada orang lain. Bukankah memberi itu lebih mulia dari yang menerima( ewahhh)


akhirnya ~~
Kawan-kawan??? Haruslah bangga dengan kejayaan kita, ibarat berkongsi perasaan gembira melihat rakan-rakan yang berjaya. Tiada hasad dengki namun doa dipanjatkan semoga rakan-rakan berjaya. Sedarkah kita apabila kita mendoakan rakan-rakan untuk berjaya, para malaikat akan mendokan untuk kita pula? Jadi banyak-banyakkanlah berdoa. Jika ada rakan-rakan yang lebih berjaya, janganlah iri hati sebaliknya haruslah berdoa kejayaan mereka dan anggaplah itu adalah kurniaan/ pinjaman dari Tuhan ;)

.
Ok, di kesempatan ini B.K nak ucapkan congratz kepada semua warga uniten yang menerima ijazah baru-baru ini, terutama kepada kak Nana, Nipa, kak Emi, Mr. R, Mr. Nik , dan semua yang kenal lah senang.. Hee okeyh.


So, jawapan bagi soalan di atas????


PUASSS KOWT!!! gila tak puas???

Sumber gambar:
Ahli PRS ;)


Hee
Papai

TAMMAT




Friday, September 9, 2011

Thanks to these people that light up my life ;)


Salam.
Kadang-kadang orang yang kita dah kenal lama once they leave kita rasa macam biasa-biasa ja, dan ada juga kadang-kadang orang tu baru je kita kenal, tak sempat nak bergurau-gurau, gaduh-gaduh manja tapi bila suddenly they wanna leave, kita akan rasa rindu, rasa macam sedih sangat(pergh rasa jiwang sangat pula)..Tu la yang tengah akkak (suara sengau-sengau kak nita) rasa sekarang.


this picture was taken during d month of Ramadhan ;)
moment-moment sweet katanya

Kenal tak sampai sebulan tapi macam dah setahun kenal. What a strange feelin' kan? . Hurm, malam ni since BK tulis ni at 3.57am kan dia,Chana dah nak fly shanghai dah(kalau sempat nanti ak singgah klia jap jumpa after hantar my bro kat lcct keyh?) , nanti susah nak jumpa. Yang lagi sorang Faris fly UK 15 ni if m not mistaken. hurm ;(


Apadahal lah perasaan gua ni, ai ternyata feeling seorang perempuan ni walau disembunyi macamna pun akhirnya nampak juga. Aishh..


Akkak suka pic ni.& again kak nita~

Koranggg, 1stly, aku nak minta maaf banyak-banyak 4 all my wrongdoings ( lupa nak minta maaf time raya haritu..) my "nakal"ness , terlebih or terkurang sana sini. Ha, nanti aku ada duit lebih, aku jenguk-jenguk korang dekat sana eh..;)


Akhir sekali, chana, I miss ur laugh and faris : tolong kaji tajul muluk page 15 perenggan 9.7 ok, ingat dalam hati ada taman.hee.. ;)

Thanks for being a meaningful chapter in my life ;'(

p/s: sumber gambar: fb syana
TAMMAT

Thursday, September 8, 2011

Lawak tapi berinformative ~

Salam ..
Al kisah ada rancangan raya baru-baru ni yang selitkan advices dari SAM, dan semua advices tu bermula dari ayat "kalau" dan dalam banyak-banyak advice tu ada satu yang BK rasa tak boleh bla iaitu "kalau makan kuih raya, jangan lupa tutup balik cover balang tu, kalau tak kuih tu lemau, masuk angin" ha lebih kurang macamtulah.

Dengan muka slumber Sam , memang style la sampai buat BK tahan-tahan gelak depan parents time tu..Bagi BK, cara dia cakap tu lawaklah, tapi maybe tu bagi BK je kowt, maybe bagi orang lain tak sangat..Cer la try tengok balik maybe ada dekat dalam youtube.



Tapi apaun, nampak macam lawak tapi betul la very informative especially for kids. Kadang-kadang terlupa nak tutup balik, last-last lemau dah kuih tu.


Selamat Hari Raya semua ;)

Ok baiklah, pesanannya kadang lawak-lawak yang orang buat tu berinformative, kira betul la apa yang mereka cakap tu. Nak dengar lawak berinformtive??? pergi dengar lawak-lawak yang Nabil Raja Lawak buat tu.

p/s: ruginya Nabil , ema lawa dah sekarang ;)

Wednesday, September 7, 2011

Saya dah pergi daftar mengundi. Anda bila lagi ??? :)

Salam.
Al kisah mejangkau umur 21 ni, parents and member-member ramai tanya " ey, dah pergi daftar mengundi belum??" . After pergi scaling gigi dekat hospital ngan member terus ke pejabat pos. Gitulah. Sebagai rakyat Malaysia, apalah salahnya pinjamkan sedikit masa kita ke pejabat pos yang berdekatan untuk mendaftar sebagai pengundi. Dengan 3 langkah yang mudah:

We proud to be Malaysian!!! ;)

1. Cakap dekat person in charge bahagian counter tu " Salam and hi, saya nak daftar mengundi then bagi IC"
2. Tunggu dalam 1-2 untuk memproses maklumat
3. Buat last check dekat borang yang telah siap diproses seperti name, address, phone no etc then sign kan kat bawah.

Mudahkan..Btw, tadi baca paper cakap sekarang dah boleh dapatkan di www.spr.gov.my. Ok2 tu saja. Walau apa pun fahaman politik, yang penting kita rakyat Malaysia kena bersatu, hargailah kemerdekaan yang kita lalui sekarang ;) ceh dah macam wakil rakyat pula kan ;)


Janganlah gaduh-gaduh, tuduh menuduh cari kesalahan orang lain, dan macam-macam lagilah yang negatif, cuba bersatu fikir macamna nak memajukan negara dan mengekalkan kesejahteraan negara kita ni. ;)



TAMMAT




Tuesday, September 6, 2011

lame bebeno dah =it's been a while ;)

Salam.
Rasanya last update time bulan puasa haritu.So, di kesempatan ini BK mengucapkan Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin pada semua yang mengenali.. Okeyh . Time bulan puasa haritu adalah berbuka sama-sama, photoshoot sukasukaraya dan banyak lagilah. Seronok bulan puasa ini sebenarnya. Jiwa tu tenang je...;)



Ok, time BK balik raya haritu macam biasalah drive sensorang layan lagu raya, then sebelum sampai je exit Seremban tengok-tengok ada 1 accident. Cuak tak cuak . Baru nak seronok-seronok raya tiba-tiba nampak pula accident macamtu. Hopefully mangsa-mangsa tu still alive . BK tak berhenti tengok accident time tu sebab kereta banyak sangat. After nak masuk Jelebu je ada lagi 1 accident. Hurmm, menggigil jugalah tengok accident tu. Harap-harap ok semuanya.


Selepas je balik, macam biasa persediaan sini sana macam orang lain. Tapi one thing yang BK minat ialah benda-benda yang related dengan bunga-bungaan ni. Ai minat betul BK. Ok lah, time chill chill ngan my mom dekat luar rumah, tiba-tiba terkeluarlah cerita pasal blogging-bogging ni. Jadi , my mom pun suggest" why not adik cerita tentang herba, nanti boleh tanya ayah pasal pokok-pokok herba ni" and tiba-tiba rasa macam dapat full support dari parents sendiri since sebelum ni, macam tak pernah pun cerita-cerita pasal blog BK ni kat parents.

wid my sis n her son :)

Then, BK pun setuju. Jadi selepas tu, BK banyak belajar tentang pokok-pokok herba ni, banyak jugalah khasiat yang tak pernah terfikir pun sebelum ni. Indahnya cintaanNya. ;) Sesunnguhnya setiap yang dicipta ada kebaikan tersendiri.

wid k.Aiza n DatinIya raya baru-baru ni ;)


Ok, semperna dengan cadangan parents BK tu, selepas ni BK akan selitkan segmen petua-petua ma and ayah BK yang mungkin diilhamkan oleh orang dulu-dulu dalam blog BK nanti. Mogadapat dimanfaatkan bersama. ;)

TAMMAT

Saturday, August 20, 2011

Sembang malam: kurangkan kelajuan tingkatkan senyuman dalam pemanduan~


A'kum...
Rupanya-rupanya banyak respond yang positive dari warga facebook dekat fb bila BK post "kurangkan kelajuan tingkatkan senyuman dalam pemanduan~" . Baguslah nampak sangat rakyat-rakyat Malaysia masih mampu berfikir dalam dan menyokong pemanduan berhemah. Ok ok dah macam PM dah aku cakap.


Ok, lagu satu isu sebenarnya tentang satu lagi behavior pemandu jalan raya. Cuba tengok apa yang salah dekat gambar bawah ni.??? Cer teka cer teka???


Oklah stop. gonna give d answer.

Ha, jawapan dia memotong barisan... kesian kat pemandu-pamandu yang lain yang dah beratur lama then tiba-tiba senang-senang segolongan pemandu memotong barisan. Tak baik punya taw( aww zifii)... Beratur jelah, kan senang ;)...orang lain pun nak cepat juga tapi still boleh beratur. Kenapa tidak anda kan3??? Walau sehebat mana pun kereta kita, tapi suka potong barisan, pedehal bro??( pergh rasa sangat brutal)


bersembang sambil melihat aksi-aksi pemuda vios yang menekan-nekan minyak macam pakai kereta ferarri.. Mungkin tengah buat klip video KL menjerit katanya. ( siapa yang faham tu baguslah, yang tak faham tu sudah ;))

Anda pemandu yang sangat cool bila anda tidak memotong barisan!!! Ingat ni!!

Ok, situasi ini diambil ketika BK balik otw balik Bangi from N9. BK tak kisah sangat cuma kesian kat pemandu lain yang duk beratur panjang tu. Kepada sesiapa yang pernah terbuat or nak mencuba cuba tu, belajar-belajarlah bersabar n beratur sikit okeyh??? Senangkan??? ;) Kalau ada emergency tu and bg emergency light leh consider lagi, ni ramai yang beratur nak potong line.. Tak baik punyaaaa~~~ Renung-renungkan~~ ;)


Kalau kita memudahkan orang, kita akan dipermudahkan kelak, kalau kita menyusahkan orang,lain kali kalau kita disusahkan jangan marah pula okeyh??
hee, okeyh, pesanan ini untuk kebaikan semua juga.. Bukan nak salahkan siapa-siapa cuma nak memperbetulkan keadaan .. Harap semua ambil entry kali ini sebagai sesuatu yang positif ;) Sekian.

Selamat Berpuasa ;)

TAMMAT.

Friday, August 12, 2011

Would you please help me to like these links?



Salam...'
Hi and salam. Harap-harap semua sihat.. Rasa-rasanya ni 1st time BK post untuk bulan puasa ni (sorila pada yang duk usha-usha blog ni tengok-tengok tiada entry baru, tertamanya kepada tett ;) ) ..Ok lah, berbalik pada topic..
BK ada masuk peraduan dalam TudungPeople and......

Would you please help me to like these links????? It will takes less than 5 minutes.
How to vote?
1st step:
like this TudungPeople link : http://www.facebook.com/Tudung​People

2nd step :

Pic BK yang ni ;)
Thanx 4 those who wish to help..Really Appreciate!!!!

BTW, selamat berpuasa semua!!!

Salam.


Friday, July 29, 2011

Guess who??? saya ada perut 1, 2, 3???

Salam.
Kesahihan gambar pada mulanya diragui, namun setelah dikaji dan diselidik.. anda rasa???
1, 2, 3???


Masih diragui~


Pelik tetapi benar... ;)


Bersalah


Hee, oklah ni time birthday housemate BK aritu, punyalah nak menyorok sampai guna cone pon boleh ..lol.. ;)

TAMMAT.

Gambar pemandu kereta Solar Ranger 2 Uniten.. Ooops, chomelll!


Salam.
Gambar terbaru pemandu kereta solar Uniten ditemui dalam majlis pelancaran Solar Ranger 2 baru-baru ini.

Wa nampaknya pemandu dia ni agak chomel la juga sebenarnya.
;) okeyh, ha jangan fikir lain pula.

Ok. ni dia..

katanya SR2 ini akan dibawa kelilingi di seluruh negeri di Malaysia. Jadi sama-samalah kita saksikan okeyh ;)



TAMMAT.

Wednesday, July 27, 2011

New 21~

Salam...
~Me-More mature styles ~



TAMMAT~

Gambar FSU uniten, zapin and the photograhy comp.


Salam.
Hi, ni gambar time Festival Seni Uniten di U BK baru-baru ni. 19/20 July 2011. First time masuk pertandingan photography ni terkejut juga tiba-tiba dapat sms kata menang. Alhamdulillah.Thanks kepada yang sudi support and to all the judges. ;)


Pasukan Kelompok Murni untuk kategori Zapin juga menang dapat no.1. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun first time masuk pertandingan tari-tari ni.huhu..


Overall event ni happening sebab macam ramai yang happy-happy.


Our choreographer... Congratz both of u ;)
and Aina yang jaga kami semua and our crews. ;)


Sempat juga ambil pic dengan anak-anak mak Arab ni..Yang baby tu macam manja sangat.
Maw cubit-cubit.


Orait.

Itu sahaja.Papai.
Next year boleh masuk tarian lagi kan??? hee

TAMMAT.


Friday, July 15, 2011

Ini cerita bertajuk : "Mencari kesempurnaan"


Salam.
Ikutilah kisah ini...

pada mulanya, dia tidak mengetahui apakah isi dalam kotak itu....


sehinggalah pambalut itu koyak sepenuhnya..
Nampak macam kasut.. tetapi beroda pula.. owh, baru dia teringat, dia pernah lihat sebelum ini..
( ewah, macam berpantun pula dia)

Tapi cuma di kaca tv.

Pertanyaan demi pertanyaan di aju pada neneknya, atuknya, dan makciknya...

Awalannya, dia selalu jatuh , memegang setiap dinding dan tangga di rumah bukanlah sesuatu
yang menyusahkannya. . .


Kerana.....




Dia selalu berusaha mencari kesempurnaan....

Tidak mudah berkata tidak...

Kalau bieber tu cakap never say never lah... :)



Turut dia meminta pertolongan dari nenek dan atuknya untuk cuba berdiri ...
Kemudian dia cuba mencari keseimbangan dalam diri untuk berdiri mencapai apa yang dihajatinya..

Baginya, jatuh bukan tanda kalah..



Tetapi jatuh beerti perlunya usaha yang gigih....

cuba....



dan terus mencuba......



Memegang kerusi, owh sukar?" tidak.. kejap-kejap... saya boleh... sikit je lagi ni... Nenek
tak perlulah risau ok..."



Owh, aku boleh. Eh, dah tiada siapa pegang aku?. mana nenek ?, atuk?, makcik? Eh, mana tangga?, mana kerusi ?


Sehinggalah ...


Dia mampu berdiri sendiri tanpa menggunakan khidmat dinding, kerusi, neneknya, atuknya, dan makcik nya...

Lihat?... dalam satu hari sahaja sebenarnya kita mampu membuat sesuatu yang kita hajat asalkan kita berusaha " mencari kesempurnaan" .
Gunalah akal sepenuhnya, dan jangan berputus asa.... :)

P/S: bila kita da berusaha dan capai apa yang kita hajati.. Kita janganlah pula lupa pada orang yang dah banyak tolong kita kerana tanpa mereka , mungkin kita tiada apa.. :)

Okeyh...

Nway, kisah ni berlaku time tengok anak buah BK try kasut yang baru dia dapat time balik baru-baru ni...Tengok anak buah BK tu bersungguh-sungguh betul cuba-cuba pakai sampai ke petang and surprisingly terus dapat...
BK pun macam happy and proud dengan si boodarkewchik || ni bila tengok anak buah sorang ni macam bersungguh-sungguh betul dia and tak berputus asa mencuba... Proud of u , haikal! :)


sembang petang~ kalau tak suka tayah usya~senang kan?



Salam.
Bak kat abang BK, kalau kita tak berkenan tu, better tak perlulah kita baca or nak ambil tahu, nanti kita balik yang sakit, jiwa kacau la dan pelbagai lagi. So, samalah dalam dunia-dunia blog bagai sekarang ni. Kadang-kadang macam tak faham kenapalah duk caci maki marba( betul kan ayat aku ni?) kat orang lain tapi at the same time pergi ambil tahu hal orang tu. Hurmmm.. Better tak payah . Buat tambah pola dosa kita je nanti.haa..sanggup ke tanggung?

Hee. oklah, topik ni tiba-tiba terdetik time nak hantar Project 1 tadi. Lepas je hantar, BK pun belilah surat khabar Metro. Baca-baca tengok cerita haish tak faham juga duk maki-maki orang ni. Hurm. janganlah maki k .. tak baik. Dia tak suka... Hiduplah happy-happy. Duk maki orang kita pun belum tentu sempurna. Kita pun tak lama dah kat dunia ni. Hiduplah dengan penuh ketenangan and capailah apa-apa hajat yang perlu dicapai. Tak perlulah kita nak cari kesalahan orang lain jika kita gagal cari kelemahan diri sendiri. Jadi. renung-renungkan..

Selalulah nasihatkan diri sendiri agar sentiasa tenang walaupun kita tak suka benda tu. Maafkanlah orang walaupun bukan kesalahan kite, kalau kita salah pun kita kena minta maaf okeyh. Sedangkan Tuhan ampunkan umatNya yang banyak melakukan dosa beribu raban ni, inikan kita manusia biasa yang hidup dekat dunia pinjaman ni.( macam serius betul entry kali ni)


my ex housemte during my found' prog. ok, pic sebagai hiasan and diambil time reunion baru-baru ni . Rindu yeas!

p/s: tetiba aku rasa tajuk dekat atas tu macam brutal ya amat. ok. semua ok kan? :)
ok lah, pesanan ni untuk kita semua dan untuk diri BK juga, bila kita tahu kita tak sempurna, bukan bermaksud kita tak perlu cari kesempurnaan itu, kita kena cari.,itulah sebab kita dikurniakan guna otak untuk berfikir. :)

TAMMAT.




Monday, July 4, 2011

Segmen "sembang pagi bersama BK": lelaki gedik? or mahu perhatian?


Salam.
Ok, tajuk ni tiba-tiba muncul bila BK otw ke dapur untuk memasak mee goreng (confirm la the instant 1.huu.)
Topik ni maybe boleh membuatkan kaum lelaki tergugat dengan statement ni, or maybe mereka taknak baca blog BK lagi.. Huu.. But relax guys, I am not gonna solely blame u guys, it is just a discussion , girl talks. :)

Ok, selalu kita dengar perempuan gedik la, dan kita selalu dengar orang cakap like :
"eh, apesal minah ni, gedik gilew" ,
" pergh, gedik minah ni dow."kan3???"

Habis macamna pula dengan lelaki? Lelaki yang...

Cakap kuat-kuat dekat public or di restoran, macam nak bagi ceramah politik,
gelak kuat-kuat dekat public macam tengah tengok maharajalawak musim pertama,
mat rempit melakukan aksi yang macam budak-budak baru nak naik basikal?.
Itu lelaki gedik or nakkan perhatian???


nakkan perhatian ?

Pernah tak lelaki terfikir apa yang perempuan cakap ? like

" Apa masalah mamat ni, gedik gila",
"biasala tu, lelaki kan nak perhatian" err.??? pernah3???

Ha, jadi fikir-fikirkan dan...

Basically, kita semua boleh fikir sendiri la kan. Kalau-kalau agak-gak kita terover, cepat-cepat la stop. Kalau nak gelak boleh je, tapi janganlah sampai membuatkan orang rasa annoying dengan kita okeyh? :). Kalau nak bercakap kuat-kuat pun boleh je, tapi carilah tempat yang sesuai contonhya dalam meeting room or room2 yang sekutu dengannya. Kepada mat rempit, kalau nak buat aksi-aksi macamtu boleh je, tapi tak sayang nyawa ker???, kalau nak sangat, kita pergi track. Mudahkan. Hidup ni mudah, so, don t complicate it.(Pergh, seyes aku rasa macam bagi ceramah Dato' Fadz come to me.huu)

P/S: ok, entry ni bukan nak salahkan siapa-siapa, cuma nak betulkan apa yang mungkin tak patut :)

owh, btw, ni cuma pendapat, kalau rasa betul ikutlah, kalau tak, up to u :)

Sunday, July 3, 2011

Terulejust! : Lady Gaga shopping dekat Alamanda?


Salam.

Pic ni diambil ketika BK di Alamanda. Kesahihan gambar masih diragui. hurmmm


bukan yang kat atas tapi yang bawah ni.


Bebbb, aku rasa sangat cool pic ni!!!

Ha, samakan??? Entry ni dereka khas untuk member BK yang bakal menyambut birthday nya esok.


Happy Birthday!!!!
Aku sayang kau lebeyhhh!!!
Hee.


Pewlicks tapi err ? : peminat angry birds yang angry sangat tu~

Salam.
Segmen baru dalam blog BK iaitu " Pelik tapi err " akan mengupas perkara-perkara pelik yang berlaku dekat persekitaran kita. :) (ok, skema sangat ayat aku )

Pic ni diambil time BK and housemate otw ke Mines, tengah jam-jam tu, Tiba dari jauh ternampak satu kereta yang penuh dengan barang-barang yang sampai menutup
separuh dari cermin dekat belakang. We saw this :


zoom innnn!!!



Apa yang Pewlicks nye , macamana driver ni boleh nampak kereta dekat belakang? Tak bahaya ke cik??? err maybe tak sesuai sangat kowt. Maybe cik driver boleh letak dekat sit ke. ok kan? susun banyak-banyak pun takpe :)

Cuma pesanan BK, minat-minat juga tapi jangan abaikan keselamatan okeyh :)

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh hucsna.blogspot.com. :)


Saturday, July 2, 2011

Joyeux anniversaire Haikal!


Salam.
Hai rindu betul BK dekat Haikal( anak buah) . Haritu, time birthday dia, BK pun call la si budak kecik ni. Alahai, rindu betul!!!


Nway, untuk birthday kali ni, asu beli roller blade je sebab bajet kurang.huu.. Harap Haikal suka keyh .fuh2.. :)

Before :)


After
:)


Hope Haikal dapat jadi anak yang soleh, ingat mama and ayah. Belajar pandai-pandai.

Sedikit perihal Haikal:

1. Cita-cita yang berubah-rubah mengikut mood, cth: pilot, superman, ultraman dan yang sekutu dengannya
2. hagimaru and ben10 adalah fav cerita
3. Tidak suka pakai seluar pendek.
4. Susah nak makan, amat memilih perihal makanan.
5. Matang sebelum usia( fuh, macamna tu)
6. Suka menolong orang, terutama jika ada orang datang rumah. ( angkat kuih, susun cawan dan sebagainya)
7. Hati keras macam asu dia, (susah nak nangis)
8. Mempunyai koleksi permainan yang berbakul-bakul
9. Amat advance dalam bidang per'computer'an
1o. Amat menghargai rakan-rakan sekolahnya.
11. Suka bersedekah.
12. Pengubat duka asunya :)
13. Mempunyai peminat yang ramai tapi dia nak teman tapi mesra sahaja.
14. Sangat minat melukis.
15. Pemalu pada perempuan. :)


Ok, asu sayang Haikal. belajar rajin-rajin, nanti dah besar boleh beli apa yang Haikal nak ok :)

P/S :Dengan memberi hadiah dapat membantu memortivasikan mereka. Contonya, setiap kali asu dia balik, Haikal akan ditugaskan untuk membaca buku dan belajar 5-10 words dalam 1 hari. Jadi, hadiah dia, asu bawa pergi playground or belanja makan ice cream.
:)

TAMMAT