Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

Friday, June 20, 2014

The Completion =) #finally

Salam completion 




Disebabkan dah na masuk Ramadhan ni, aku nak kongsikan sikit gambar time Ramadhan  dulu-dulu, after terawih kitaorang akan makan sahur awal ramai-ramai. Pergh, rindu zaman degree.

    Mungkin ada yang dah sedia maklum, or baru tahu yang aku pun at the same time buat part time job. Actually banyak jugalah part time job yang aku buat sambil belajar. Walaupun adalah juga dapat scholar sikit. Tapi aku rasa aku perlukan duit poket sendiri dengan harapan tidak membebankan ibu bapa, selain untuk mendapatkan pengalaman kerja dalam masa yang sama. Aku sebenarnya boleh dikategorikan dalam dah agak biasa susah. So, ta kisahla kena kerja kotor-kotor. Aku juga buat macam kerja-kerja contract. Angkat pasir, bancuh simen, pasang batu bata. Itu mungkin ramai yang tak tahu. Bukan senang nak jadi senang. So, aku tak nak biasa senang. Nak juga rasa macamana susahnya nak dapat duit supaya boleh ajar rasa bersyukur. Owh, tapi untuk kerja buruh kasar ni, aku tiada mengenakan charge apa-apa. Sebabnya? biarlah Tuhan sahaja yang tahu... hee. gitew

    Aku juga ada buat part time wartawan dengan salah sebuah akhbar, actually dua paper. Aku bersyukur sangat sebab dapat bos yang best dan amat emphasize on hal-hal agama dan jenis slumber. Kadang-kadang kalau story tiada tu, serba salah juga jadinya dekat office. Ada satu masa aku nak resign tapi bos aku ni dia macam agak memahami la juga sebenarnya. Basically office dekat N.Sembilan. So aku ulang alik Serdang, kenkadang balik malam, ulang alik dalam satu hari. Tapi best juga sebenarnya. Adventure which is benda yang aku minat.

    Next aku juga buat freelance press dengan IT techcrunch, basically cover event juga, based in KL. Founder and CEO pun sempoi and yang paling penting tak pernah lupakan soal agama. Tu yang aku banyak belajar sebenarnya. Rasa bersyukur sangat sebab kasi kesempatan jumpa orang-orang yang caring dan baik hati. Kenkadang sampai tanya dalam hati "kenapa diorang ni baik-baik and caring sangat nih" Macam tulah lebih kurang aku tanya pada diri.

    Next, buka online shop secara kecil-kecilan. Segan gua nak tunjuk sebab sangatlah biasa-biasa je yang diberi nama B.K Fashion Premium. Alhamdulillah sambutan juga tak kurang hebatnya.Bukan senang nak senang weyh. 

    Akhirnya baru-baru ini pada tanggal 13 June akhirnya last result keluar menandakan tamatlah pengajian dalam MBA aku. Lega gila. Macam personal satisfaction gitew. Dulu aku selalu tengok orang lain yang sambung sampai master, phd, i always wonder,  tapi tak sangka pula akhirnya aku pun buat benda yang sama. Perancangan Tuhan memang hebat. Terima Kasih Allah. =')

Akhir sekali aku ingin kongsikan pengalaman aku bekerja yang mungkin dapat dijadikan pengajaran kita semua. Sesungguhnya, dalam kerja aku ni, aku senang sekali berjumpa dengan orang yang tidak berkemampuan atau kekurangan kerana di situ buat aku lebih bersyukur. Lihatlah mata mereka yang memerlukan, lihatlah bila mana mereka makan, akan terbit rasa syukur dan insafi diri kepada kita yang sering merungut dan memberi alasan. 

Soalan demi soalan bertanya. Sampailah ada satu soalan yang buat air mata aku ni penat tertahan-tahan, sebak pula weyh, akak camera ni berapa ratus akak, mahal tak? Tak sampai hati rasa nak bagitahu harga sebab bila dia start cakap ratus, aku da mula sebakla juga sebenarnya, teringin sangat nampaknya. Kalau bagi tau beribu, takut diorang sedih. Kalau nak ikut hati, kalau aku kaya berjuta-juta duit dalam bank, seyes rasa nak bagi je camera tu. Then, ak pun cakapla, dik akak kena kerja kuat untuk dapatkan camera ni. Akak pun bukan orang senang, puaslah aku duk pusing kona2 lari nak sebut harga. kalau kita susah, kita kena selalu ingat, ada orang yang lagi susah. 

So, kita kena selalu bersyukur dengan apa yang Tuhan beri sekarang. Lagi kita syukur, lagi Tuhan kasi banyak. Dalam duk layan diorang makan, bersungguh-sungguh sangat makan, senang n tenang je ak tengok. Tapi, dalam pada tengok diorang makan tu, sebenarnya berapa kali jugala aku tunduk, then pusing kebelakang, ak rasa semua orang pun faham ... Sayangilah anak-anak yatim , dan orang tua yang masih ada sahabat, jika sudah tiada doakan mereka . Jangan sesekali abaikan insan ini... #spreadthelove Aku rasa nilah gambar yang paling cantik dalam camera aku yang diambil oleh salah seorang anak tahfiz ini kerana tersimpan banyak yang tersirat disebalik anak ini. 


habis/

Sunday, October 21, 2012

The collections

Salam
Pastinya ramai antara kita semua mempunyai koleksi peribadi yang dikumpul dari kecil. Masih teringat dulu-dulu aku and my best friend nana adalah peminat fanatic Hello Kitty, siap kitaorang buat list dari pembalut hadiah yang ada gambar HK sampailah lampu-lampu bantal dan sebagainya. Namun yang pasti koleksi accessories adalah antaranya. Paling banyak bangle, pantang pergi mana-mana mesti nak kena beli bangle. Oh, girls. 



Ada separuh bagi kat orang lagipun bukannya pakai sangat pun, kumpul je lebih, dari semurah-murah hinggalah yang tak berapa mahal sampai berjuta-jutaan.




Selain itu, spec juga menjadi kesukaan aku untuk mengumpulnya. Just hiasan

Ada juga dari pemberian member. Niceee..



p/s =)

TAMMAT

Tuesday, August 14, 2012

Susunan kasut yang terbaik dari ladang

Salam
Tengok susunan kasut ni, apa yang anda nampak ?



Ha, cool bukan?. Jadi, kalau anda ada kasut yang macam dah tak pakai tu, try la buat art ni, mesti best. Hee

p/s: Kalau buat betul-betul ni boleh jual ni. Aha

Credit: Fun Rocks

TAMMAT

Monday, August 13, 2012

Tips Raya : Bagaimana cara untuk berjalan dengan kasut tumit tinggi ?

Salam
Jadi hari ini hanyalah nak berkongsi bagaimana untuk berjalan dengan heels dengan betul. Ini mungkin lebih berguna untuk mereka yang mungkin first time berjinak-jinak dalam pemakaian heels or mungkin yang sudah lama. Pengalaman aku dulu, pakai heels awkward bila berjalan, lama-lama bila dah cuba jadi better. 


First rule, kalau anda beginner, start dengan memakai wedges. Ok, untuk berjalan, tips yang paling penting ialah, mulakan jalan dari HEEL TO TOE . Jangan sesekali berjalan dengan toe to heel sebab ini akan menyebabkan anda berjalan dengan awkward, tidak selesa dan apa yang lagi disaster anda akan nampak pelik selain rasa yang sangat pelik apabila berjalan. Jadi cara berjalan dari Heel to Toe akan membuatkan kita lebih seimbang dan tidak jatuh.


Kalau tempat yang memerlukan anda berjalan jauh, better gunalah kasut without heel. 


Ok, kedua, bila kita memakai heel, bermaksud jarak langkah kita juga akan terhad, jangan sesekali melangkah terlalu besar. Apa yang boleh kita lakukan di sini ialah apabila kita perlu melangkah kecil, jadi kita sebernarnya lebih memerlukan fast step, berbeza dengan berjalan dengan memakai selipar. Berjalan dengan menggunakan selipar membolehkan kita melangkah sedikit besar dan kita tidak memerlukan fast step. 


Pakai sport shoes pun lagi bagus sebenarnya. Aha

Ok, ketiga bila kita terpaksa berjalan atas rumput, jadi ini lah masa yang sesuai untuk kita berjalan dari TOE TO HEEL. Ini kerana jika kita berjalan dengan cara sebaliknya, kita confirm akan stuck dekat tengah-tengah rumput disebabkan oleh heels kita yang akan tenggelam. 

Jika menggunakan tangga pula, apabila anda dikehendaki untuk "turun" tangga. Gunakan step HEEL TO TOE, dan apabila "menaiki" tangga. Gunakan step TOE TO HEEL.

Hal ini kerana apabila anda menuruni tangga, kepentingan kita lebih kepada heel dan dinasihatkan kalau ada pemegang , penganglah , itu lebih bagus. Begitu juga dengan konsep apabila kita menaiki tangga. Kepentingan anda haruslah kepada TOE sebab, tapak toe diameter nya lebih luas dan ia akan support heel, tapi hati-hati jangan sampai heel anda tersangkut. Scary tu. 

Ok, last but not least, sila practice banyak-banyak kali, confirm lepas tu anda akan nampak gorgeous bila berjalan. Dan please try dengan floor yang berbeza.

p/s: Kalau anda seorang model, pergi cari satu line lurus, dan ikut line tu , caranya ialah 1 kaki hadapan dan another kaki dibelakang bila berjalan. Nampak macam susah tapi macamtula mereka berjalan bila di runway =)

Kbai. TAMMAT


Credit 
AMIClubwear








Thursday, August 2, 2012

Lagi kasut wanita paling pelik.

Salam


Lagi kisah kasut pelik di dunia.



Kasut ini dnamakan kasut heal terbalik. Rasanya kalau pergi shopping pakai kasut ni, confirm balik kena beli ubat panas. Aha





Kat mana boleh pakai kasut ni agaknya





Macam kereta Gen-2 pula design ni kan. aha


Tidak digalakkan pergi ke pasar dengan kasut ni


Ha, kasut merah ni sesuai rasanya unuk ke pasar.Aha


Ada berani ?


Kasut iron lady


p/s Yang penting BK takkan pakai semua kasut ni. Aha

TAMMAT


Tuesday, July 31, 2012

Kasut gajet ohsemmm untuk perempuan

Salam
Ha, kasut cool ini terlalu advance bagi aku. Ni confirm tak boleh hantar dekat kedai kasut biasa untuk baiki, sebaliknya kena hantar dekat electrical engineers .Ahaha.






p/s : ingat lagi dulu-dulu selalu main game boy ni.Aha

Credit : smashinglists

Monday, July 30, 2012

Design kasut yang tidak digalakkan langsung untuk raya.

Salam


Ada berani pakai ?




Uhuk



Siap ada tiny hair lagi. Aha


p/s: aku rasa raya tahun ni aku nak pakai selipar je boleh? aha

Monday, March 12, 2012

Tips Bagaimana menggayakan denim pelbagai warna?

Salam
Denim yang mempunyai pelbagai color bagi segelintir orang terutamanya wanita bukanlah pilihan utama bagi mereka. Rata-rata kurang yakin untuk menggayakan denim yang pelbagai warna dan hanya terbiasa menggunakan jeans/denim yang berwarna gelap seperti biru gelap/hitam.


Namun, bagi yang ingin mula memakai atau yang sudah pun memakai. Ada sedikit tips yang BK ingin kongsikan supaya anda kelihatan lebih yakin dan bergaya untuk memakai denim yang bewarna ini.

Pertama, kita kenal pasti dulu size badan kita. Jika anda mempunyai size badan yang agak besar, kemungkinan warna merah, light blue, hijau pekat mungkin lebih sesuai. Jika anda mempunyai bentuk badan normal. Jadi tiada masalah untuk mencuba pelbagai jenis warna.

Kedua ialah baju/t shirt/dress yang digunakan. Untuk selamat, pilihlah warna yang basic iaitu putih atau hitam. Color kelabu juga sesuai untuk digayakan dengan denim yang pelbagai warna. Jangan pilih pakaian yang terlalu banyak color atau corak kerana denim anda itu sendiri sudah terlalu penuh/ terlalu attractive.

Anda mungkin juga boleh memakai pakaian yang bewarna lembut supaya ia tidak nampak terlalu menyerlah. Denim yang berwarna sudah pun membuatkan anda menarik. Jadi jangan ditambah pula dengan pakaian yang bewarna striking. Ada sedikit perkara yang perlu anda sorokkan supaya anda tidak nampak pelik.

Jika anda mempunyai saiz badan yang agak besar dan ingin juga mencuba warna-warna denim yang terang seperti kuning, light green, tiada masalah. Just cari pakaian yang sedikit labuh dan longgar untuk menutup kawasan-kawasan yang sepatutnya supaya anda nampak lebih tinggi dan kurus dan pakaian yang sedikit gelap. Jangan memilih pakaian yang ketat kerana ia akan menampakkan anda lebih besar, dan orang akan nampak keseksaan anda memakai pakaian yang ketat/ sendat dan sudah tentu confident level anda akan menurun.

Corak baju pula janganlah terlalu besar bagi mereka yang bersaiz agak besar, dan kepada mereka yang bersaiz kecil, corak bukanlah suatu yang anda perlu digusarkan cuma carilah corak yang tidak begitu penuh. Carilah corak yang simple.

Dari segi kasut/sandal pula, seeloknya pakailah kasut/sandal yang warnaya tidak terlalu striking, pilihlah warna yang lembut dan sedikit tinggi. Bagi yang mempunyai saiz badan yang agak besar. Jangan pilih kasut yang flat kerana ia akan menampakkan anda lebih berisi.

Bagi yang memakai tudung/shawl, pemilihan style yang loose dan simple sangatlah sesuai kerana denim itu menunjukkan ke"funky"an si pemakainya. Pemilihan warna tudung/shawl juga janganlah memilih warna yang striking.

Peringatan, bila anda telah memakai denim yang bercolor ini, ingatlah bahawa denim itu sendiri sudah menyerlah, jadi pilihan kasut dan baju yang tidak terlalu striking colornya.


Jadi, di harap tips ini sedikit dapat membantu anda untuk memakai denim yang pelbagai warna ini. Tips ini hanyalah pendapat owner blog ini. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Semoga dapat membantu



Sekian,

TAMMAT


Monday, March 5, 2012

Jaga penampilan wahai si gadis jelita =)


Salam

Kita hendak orang di sekeliling kita sentiasa senang. Kali ini BK tumpukan kepada kaum wanita yang bertudung. Mungkin ramai yang sudah melihat kaum wanita yang bertudung tetapi tidak menjaga kebersihan, tumpah sambal sini sana, badan berbau. Kita harus sedar bahawa orang di sekeliling kita sentiasa akan menilai dan kita tidak mahu wanita yang bertudung itu selekeh/ tidak menjaga penampilan.


Si Haikal yang duduk depan sekali ni tidak suka memakai baju yang tidak ber"iron". Jadi, ingat. Tudung/baju yang mudah kemot tu, better gosoklah supaya anda kelihatan kemas .
Gambar sekadar hiasan

Orang disekelilng mungkin tidak mahu memberi tahu tentang keadaan kita semata-mata untuk menjaga hati. Jadi, perlunya ada kesedaran diri sendiri. Muhasabah diri dan langsung membuat penambah baikan kepada diri.

Sebelum ini banyak yang kita dengar sana sini tentang komen atau pendapat orang ramai yang melihat wanita selekeh/comot. Jadi atas komen-komen ini, sudah masanya untuk berubah terutamanya kaum wanita lebih berhati-hati menjaga penampilan diri supaya sentiasa kemas dan teratur.

Perempuan tidak boleh malas. Tidak sama sekali. Jadi di sini BK hendak berkongsi tips-tips bagaimana menjaga penampilan diri dengan cara yang paling mudah dan senang yang boleh kita sama-sama buat setiap hari.

1. Bangun pagi
a) Kemas bilik tidur
b) Mandi

2. Pergi Kelas/ Kerja
a) Pakai deodrant
b) Kalau pakai tudung yang mudah kemot/ tudung bawal, iron dahulu .
c) Letak bedak sedikit. Bedak cuticura pun tak mengapa terutama bagi mereka yang kulit berminyak supaya anda tidak nampak kusam.
d) Pakailah baju yang boleh membuatkan anda confident supaya hari anda lebih berquality.
e) Pakailah sedikit perfume/body spray untuk mengelakkan badan berbau dimana akan bekerja. ke kelas sepanjang hari.

3. Makan tengahari (Waktu yang sangat kritikal )
a) Makanlah dengan cermat dan jangan tergopoh gapah
b) Pastikan lengan baju anda tidak terkena pada lauk pauk terutamanya bagi mereka yang makan menggunakan tangan.
Kalau dah terkena cepat-cepat bersihkan. Jangan terus makan. Kalau anda terus makan, mungkin anda akan lupa untuk membersihkannya.

2. Balik kelas/kerja
a) Apa yang boleh dipakai lagi digantung macam cardigan/ sweater supaya kuman tidak terkumpul. Gantunglah di kawasan yang panas/dingin supaya kuman tidak terperangkap

3) Hujung minggu
a) Basuh baju. Jangan biarkan baju-baju anda terperap lama dalam baldi kerana kuman akan cepat merebak pada pakaian yang lembab. Kalau dah tiada masa . Hantarlah baju ke dobi. Ingat, ini bagi megelakkan kuman-kuman melekat pada tubuh anda dan bagi mengelak/jauhkan dari jangkitan kuman/penyakit.

4) Di rumah/rumah sewa.
Pastikan pinggan/mangkuk sentiasa berbasuh. Jangan tinggalkan sisa-sisa makanan di dalam singki, dan kerapkanlah mencuci lantai kerana dapur merupakan kawasan yang paling lembap di dalam rumah selepas toilet.

Kita harus sedar bahawa kebersihan adalah separuh dari iman.
Jadi mari kita sama-sama bersihkan diri di samping bersihkan jiwa.

Ok, papai

TAMMAT

Sunday, March 4, 2012

5 cara mudah stail Turban bersama BK. Versi Bahasa Malaysia sepenuhnya.

Salam
Ingin sekali owner blog ini berkongsi dengan readers semua vid terbaru Stail Turban dari BK.
Sesuai digayakan pada sebarang majlis. Video kali ini direquest untuk dibuat dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sila klik link di bawah untuk melihat




Nway, terima kasih kepada yang sudi memberi komen membina dan pandangan menerusi youtube mahupun FB chat. Ramai yang memberi komen tentang lagu yang mungkin kurang sesuai untuk vid kali ini. Thanks for the comment. BK akn cuba cari lagu Melayu yang lain.

Mungkin juga anda boleh suggest kan lagu-lagu Melayu yang sesuai or any music/song yang sesuai untuk dimuatkan dalam video BK seterusnya. Janji lagu Melayu ok?. Suggestion anda sangatlah dialu-alukan untuk meng 'improve quality dan mencapai standard.
Orait

Selamat mencuba =)

TAMMAT

Saturday, February 18, 2012

Love to look good but health is my priority~

Salam.
Ada pelbagai jenis ragam manusia untuk kelihatan baik di atas muka bumi ini. Ada yang suka fashionnya simple , ada yang suka bergaya classy, elegant, loose, cute-cute. Ada juga walaupun kaya tetapi hanya memakai T-shirt club ataupun T-shirt free. Itupun sebenarnya boleh dikategorikan sebagai fashion. Walau apapun jenis fashion, BK rasa dan percaya semua orang hendak kelihatan cantik, look good. Semua orang akan memandang ke cermin jika ada di hadapan kita. BK rasa tipulah kalau manusia ini tiada keinginan untuk look good. Dan kita pun sebenarnya memang patut kelihatan baik sebab Tuhan pun sukakan kecantikan.

Cantik tak semestinya kena perlu pakaian mahal-mahal, ber make up,dan sebagainya. Cantik cukuplah sekadar orang yang melihat sedap mata memandang. Orang yang tak ber make up pun boleh jadi lagi cantik dari yang bermake up, orang yang memakai pakaian yang serdahana atapun hanya memakai t-shirt free boleh jadi lagi lebih cantik dan kelihatan baik dari orang yang memakai pakaian branded. Yang penting sedap mata memandang. Sejuk family and bakal mertua tengok. Eh tetiba pulakkan masuk mertua pula kan.=)


Motivasi kepada diri sendri melalui gambar-gambar. Anda pun boleh buat =) Trylah, it works. Credit to photographer =)

Apa yang dimaksudkan dengan "sedap mata memandang"?
Setiap apa yang kita pakai sebenarnya menggambarkan tahap ilmu yang kita ada. Jadi, BK rasa kita semua kena masing-masing faham dan nilai diri kita sendiri. Lihat apa yang kita pakai. Sedap mata memandang dalam konteks ini ialah, bila orang lihat kita, orang akan berasa senang dan tidak timbul syakwasangka. Yang penting still berada atas landasan. Biarlah kita kelihatan biasa-biasa sahaja ataupun lagi bagus kita soal diri kita dahulu sebelum keluar tu.Contohnya, eh, pakaian aku ini sesuai tak, over sangat tak. Tanya pada diri sendiri dan tengok dekat cermin. Yang penting, kita soal diri kita dahulu.

Ok, berbalik pada topik di atas. Janganlah sebab kita nak kelihatan cantik, kita sanggup cucuk sana sini yang melanggar syariat agama. BK rasa better, kita cari aktiviti yang boleh menyihatkan badan. Jika anda sukan dancing, go for it. At least boleh keluarkan peluh. Jika suka jog, go for it. Bukan apa. Kadang-kadang BK lihat, ada yang ghairah untuk mengejar kecantikan tetapi kesihatan letak ke tepi. Walhal kesihatan adalah perkara yang paling diutamakan unless kalau kita dah ada penyakit dari kecil. Jadi mari kita sama-sama bersihat-sihat dan jangan lupa untuk sentiasa menjaga penampilan supaya kemas dan look good. Kesihatan yang disusuli dengan personaliti yang hebat akan terpancar pada wajah kita. Jadi , mari kita semua amalkan gaya hidup sihat sepanjang zaman =)

p/s Segala kenyataan hanyalah pendapat dari owner blog ini, terpulanglah untuk menilai kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri . =)

K Papai

TAMMAT



Saturday, April 23, 2011

Tutorial reben...

Salam.
Tu dia. jom lihat

Tekan Link di bawah



Thursday, February 10, 2011

OMG! I love this! MAYSAA LONDON!

Hi, damn cool!

Salam
Nak nak nak!! Honestly sangat smart okeyh dress ni(gambar bawah).1st time tengok dress ni kat you tube ,Hana Tajima under MAYSAA LONDON. Hai, dah la awak chantik, kulit flawless skin, kreatif pula tu.What a lucky girl la u Hana. This elegant dress sangatlah cool and I wanted to buy it!

p/s: Hana, when do you wanna meet me?huhu

TAMMAT.