Tuesday, November 14, 2017

Pantai cantik di Terengganu #visitmalaysia



Hi, Assalamualaikum, 



Sekiranya anda seorang yang suka menikmati keindahan dan menginginkan  ketenangan pantai tanpa memerlukan kos yang tinggi, Terengganu merupakan salah satu destinasi terbaik di negara ini yang seharusnya anda kunjungi. Perjalanan BK kali ini ke Terengganu adalah bertujuan untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat BK semasa di Uniten dahulu. Jadi secara tidak langsung, kami sempat menyinggah di pantai-pantai berikut semasa pulang ke KL :


1. PANTAI BATU PELANDUK, DUNGUN



Bagi peminat fotografi, Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang, Dungun, Terengganu adalah salah satu tempat wajib yang harus anda kunjungi. Keunikan ukiran batu ciptaan Ilahi ini sekaligus menambahkan lagi keindahan pantai yang sedia ada cantik dan indah. Terletak kira-kira 10 km dari Bandar Dungun, pantai ini sesuai dikunjungi untuk berkelah atau melepaskan penat memandu memandangkan lokasinya hanya di tepi jalan. Jika anda melewati Daerah Dungun menuju ke Kuantan/Kuala Lumpur, lokasinya berada di sebelah kiri jalan. 




Suasana dari atas salah sebuah batu yang terdapat di pantai ini


BK sejujurnya amat mengesyorkan untuk anda singgah di sini seketika. BK juga sempat mendaki salah satu bongkah batu yang terdapat di situ dan keindahan pantai dapat dilihat secara luas berparonama . Namun, sila berhati-hati ketika mendaki kerana keadaan batu yang agak licin dan tajam. BK juga berharap agar kita sama-sama menjaga kebersihan pantai ini untuk digunakan bersama. 

Difahamkan, nama Pantai Batu Pelanduk ini bersempena dengan salah sebuah batu besarnya yang menyerupai pelanduk yang tingginya kira-kira 20 kaki. Jadi, pada sesiapa yang melewati kawasan Dungun, jangan lupa singgah di pantai ini. 


2. PANTAI KEMASIK, KEMAMAN



Lokasi seterusnya adalah Pantai Kemasik, Kemaman. Pantai ini menyajikan suasana panorama yang memukau kepada sesiapa yang melawatinya. 


Air yang jernih dan suasana yang nyaman




Bagi BK, BK suka kawasan yang tidak ramai orang dan Pantai ini memang sangat kena dengan 'taste' BK kerana ketika berada di sana, adelah lebih kurang 10 orang sahaja yang datang di pantai ini. Mungkin juga kerana kami datang pada waktu tengahari kerana mengimpikan kulit yang "tanned" sangattt. :P



Terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kijal, terdapat kemudahan meletak kereta, gerai-gerai jualan makanan dan tandas awam. 


Sekitar pantai terdapat juga perkampungan nelayan yang menyajikan panorama indah bagi sesiapa sahaja yang berkunjung. Kejernihan airnya sangat menenangkan jiwa dan berharap tiada pencemaran di pantai ini.


Para peminat fotografi, jangan lepaskan peluang berkunjung di pantai ini 



2. PANTAI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU



Pantai ini merupakan salah sebuah pantai yang terkenal di Kuala Terengganu kerana berada di tengah bandar Kuala Terengganu. Terdapat kemudahan awam seperti gerai jualan makanan, tandas awam , tempat permainan kanak-kanak. Bagi sesiapa yang inging menunggang kuda, anda boleh mencubanya di sini. 



Tahun depan kena pergi Terengganu juga ke? Eh


Salah satu mural yang terdapat di Kuala Terengganu



Sekitar kawasan Pasar Payang diwarnai indah 


Sempat menyinggah di Pasar Payang




Sarapan di rumah kawan BK. Pipah. Terima Kasih atas hospitaliti

Terima Kasih

Credit : Paie