Showing posts with label Promo.. Show all posts
Showing posts with label Promo.. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Jom makan popcorn !

Salam
Aha, sangat terbaik, ok disebabkan atas permintaan beberapa pengunjung blog ini (beberapa sahaja ok. aha) untuk melihat segmen blog pilihan dalam rancangan apa kata wanita yang lepas, aku akhirnya telah jumpa website yang menyiarkan semula rancangan tersebut di bawah. Sila ke minit yang 39:39. Kalau tidak ada, terpaksalah tengok siaran ulangan TV2 hari Jumaat iaitu esok. Aha, 



Antara yang selalu bagi semangat dekat aku and termasuk Yani, our mummy tiger . aha


Tajuk di atas ada significant tersendiri, siapa yang faham fahamlah, kalau tidak duduk diam-diam .Aha, majoriti student ex U aku tahulah kot apa related nya dengan entry kali ini. Aha. Btw, terima kasih lah kepada yang bagi semangat dekat aku samada langsung atau tidak langsung. You know who you are =)

p/s: Haritu aku tak nak upload yang aku record sebab ada suara aku yang tengah excited. Ha, nasib baik ada website ni. Hee

TAMMAT

Monday, August 6, 2012

Blog BK dalam Apa Kata Wanita, TV1 TV2 =)

Salam
Semalam dengan rasa rendah dirinya blog aku telah masuk dalam rancangan Apa Kata Wanita, TV1 dalam segmen blog pilihan. Aku pun macam tak sangka la pula sebab blog-blog terpencil aku ni boleh terpilih. Aha. Entah ada orang baca ke tidak aku main tulis je. Kalau ada tu Alhamdulillah lah.


Btw, semalam aku agak happy, tipulah aku tak happy. Kadang-kadang ada juga rasa puas dengan apa yang aku buat ni walaupun tak sebesar blog lain, tapi bila dah tengok hasil tersiar dekat TV, and tengok parents aku happy semalam, aku rasa best. Mungkin sekarang aku tak mampu lagi beri dalam bentuk wang, dan mungkin ini adalah salah satu cara aku nak buat parents aku tersenyum begitu juga dengan family and rakan-rakan aku dan sesiapa yang sokong aku walaupun mungkin ada separuh yang aku macam tak beberapa kenal sangat dekat FB Page blog ni.


Al-Kisah bermula bila aku tengah sibuk-sibuk mengupdate blog, aku tengok siaran Apa Kata Wanita ni, so dekat situ ada segmen blog pilihan. So aku just hantar jela email dekat rancangan tu, Tup Tup seminggu lepas tu aku dapat email dari rancangan ni cakap aku terpilih untuk segmen Blog Pilihan tu.  Ada yang pernah bagitahu aku, mereka ada juga hantar tapi macam tak terpilih. So, mungkin orang kata rezeki bulan Ramadhan. Syukur Alhamdulillah lah . Rezeki Tuhan nak bagi. =) 


Btw, dalam review tu mereka juga telah meng'riview agak ramai jugala kawan-kawan aku yang aku telah uploaded untuk beberapa entry. Aha. Gambar-gambar tersebut adalah di antaranya. Mereka juga ada cakap " apa yang lebih menarik lagi apabila Husna sendiri telah membuat tutorial pakaian selendang dengan memuat turun gambar di blognya" macam tu lah lebih kurang dan selepas tu segedabak banyak gambar tutorial aku keluar.Aha


Mereka juga telah me'mentioned kan link blog di akhir siaran segmen ini. Sekali lagi terima kasih Apa Kata Wanita kerana sudi memilih blog saya untuk blog pilihan. 

p/s : Sebenarya aku ade record segmen ni, tapi aku macam rasa tak perlu je upload sebab ada background sound suara aku dalam tu. Aha. Btw, kalau ada sesiapa yang rasa nak tengok balik tu, tak silap aku ada siaran ulangan dekat TV2 hari Jumaat pukul 1pm. Kbai =)


TAMMAT








Saturday, August 4, 2012

Pengalaman sesi temuramah 1st BK bersama Lim Cheng Soon (Hackermonthly )

Salam , 
Seperti yang telah dijanjikan dalam previous post, inilah dia sebenarnya yang berlaku, pengalaman interview dengan beberapa Local Technopreneurs. Tapi untuk vid kali ni aku ditugaskan untuk menemuramah Lim Cheng Soon(Hackermonthly). Sebenarnya lakan, time ni aku tengah demam plus migrain, tu sebab lah suara sengau-sengau ala Mariah Carey tu (sengau ker?) aha. Tapi yang penting aku tak dapat 5 days MC s , mungkin sebab aku tak kena sore eyes. Ha, nampak tak apa yang cuba aku sampaikan di situ. aha


Test run, recording dengan Tekong(amanz) Obe (Blog serius) at Plug&Play Technology Garden ,IGB Building

Btw, demam semua tu bukan alasan la kan sebab memang aku teringin juga sebenarnya nak jumpa dan ambil ilmu tambah-tambah lagi ianya semua berkaitan apa yang aku belajar dekat U dulu, Information System/IT. Seronok jumpa dengan orang-orang berjaya macamni sebab minda kita akan lebih terbuka dan akan membuatkan kita belajar untuk berpandangan lebih jauh dan banyak berfikir





Apa yang buat aku tertarik bila dia cakap don't wait for funding, and learn how to code. Besides, our 1st problem dekat Malaysia ni ialah kita tidak innovate, dan yang kedua sebab kita tumpu kepada local sahaja. Make sense..Overall, aku banyak belajar dari beliau, selepas interview tu, aku sempat dengar beliau cerita kesusahan semasa baru-baru nak start. Memang penuh dengan kesabaran ...


Boleh juga mengikuti  di AMANZ

p/s Ikuti temuramah seterusnya .... =)

Credit : Tekong

TAMMAT

Friday, August 3, 2012

Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina Tv1 & Tv2. - Blog BK blog pilihan minggu ini =)

Salam

Sebagaimana yang kita ketahui, pengacara Apa Kata Wanita iaitu Zamzarina juga mempunyai blog beliau tersendiri. Dengan penulisan yang bersahaja, BK lihat blog beliau banyak mengenai kaum wanita dan yang lebih menarik perhatian BK adalah bahagian fashion dan pandangan mengenai isu-isu semasa.



Jadi apa tunggu lagi, sila klik link di bawah



dan like facebook beliau




p/s : AKW juga dengan baik hatinya telah memilih blog BK untuk segmen Blog Pilihan minggu ini yang akan ditayangkan pada 5 Ogos(Ahad) jam 11am. Alhamdulillah

BK yakin rancangan AKW ini akan terus berjaya kerana ianya banyak memberi inspirasi dan motivasi yang diperlukan untuk kaum wanita dengan tetamu khas setiap minggu serta segmen yang menarik. Jangan lupa menonton Apa Kata Wanita yang di hostkan oleh Zamzarina setiap jam 11 pagi. =)

Terima kasih Zamzarina and the sempoi girl, Sakinah . Aha =)

Credit gambar : www.budiey.com

TAMMAT

Friday, July 27, 2012

Please report this page

Salam
Ini lagi salah satu page yang boleh membawa imej buruk terhadap Islam. Jadi BK menyeru semua untuk sama-sama report page ini



Instructions oleh

"Sila REPORT page ini. Page ini menghina bukan sahaja Nabi Muhammad
tetapi Islam sekali.





Step REPORT.

1. Report this page.

2. Set sebagai Hate Speech > Targets as Religious Group

3. (/) Report to facebook.

4. DONE


"


p/s BK percaya, admin page ini mungkin budak-budak kecil yang jahil tentang agama Islam, jadi sama--samalah kita bantu untuk mengilmu kan budak ini dengan report atau sesiapa yang pakar IT tu boleh hack terus. Moga admin page ini bertaubat atau di beri petunjuk oleh Tuhan agar terbuka hatinya untuk mendalami Islam

Credit

Tuesday, July 24, 2012

My first Voice Over =)

Salam
BK Hanya nak berkongsi pengalaman di mana BK dikehendaki membuat voice over application terbaru dari Terato Tech Sdn. Bhd for Ipad/web called AiyoMags yang boleh didapati iTunes App Store. Honestly, 1st time bila BK dikehendaki membuat voice over ni tentunyalah perasaan excited plus nervous. Haruslah nervous uolz sebab nak buat untuk application orang, al maklumlah suara tak macam Siti mahupun Mariah Carey..



AIYO, an iPad publishing tools (basic walkthrough video)




Ohoii, Apapapun, sebelum tu, ada juga BK buat recording untuk one of Terato games. Kena menyerit-nyerit , suara rang kena tembaklah dan lain-lain semua dengan reaction-reaction sekali BK buat supaya suara nampak real untuk game tu. Ececeh, real ke? Aha.

Apapun, BK enjoy buat voice over ni dan rasanya pengalaman yang sangat best. Hee

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apps ni, sila layari



TAMMAT

=)




Thursday, July 12, 2012

Recording ... Jeng, jeng, jeng

Salam
Pada tanggal 10 July baru-baru ini, BK telah ke Plug & Play Technology Garden, IGB. Macam biasa BK pergi sorang. Then pagi tu BK bertolak pada pukul 8 lebih since kena ada dekat sana dalam pukul 9.30am. Jadi, pagi tu tiadalah jem sangat, just dekat certain-certain tempat tu sahaja. Pagi tu realize something, jika kita bagi laluan dekat orang, kemudian jalan kita pula akan dipermudahkan. Jadi terasa mudah sangat pagi tu even nak dapatkan tempat parking pun lebih mudah.

discussing, the day before

Ok, kemudian BK pun parkinglah dekat Mid Vall memandangkan di situ lebih mudah dan murah. Jadi, untuk ke IGB, BK perlu melalui The Gardens dan terus ke IGB building. Apa yang lebih membuatkan BK semangat pagi tu, one of my fav car ada parking dekat situ. Ouchhh. Tapi kat hati ni tahan jela. Ouch, hopefully one day ada rezeki boleh la nak rasa drive kereta ni. So, dalam pukul 9 macamtu BK pun naiklah. 

So, apa yang BK buat dekat situ? Jeng, jeng, jeng.. Taleh bagi tahu sekarang just clue nya recording. Recording apa??? tettt And, honestly BK tak pernah terfikir pun akan terlibat dalam bidang ni. BK jumpa dengan orang-orang yang berjaya dalm usia muda. Boleh dikatakan umur mereka ni 25 above dah jadi Manager/ Founder. Kebanyakan yang BK tanya, BK percaya mereka start buat business dari ketika mereka study. BK sangat respect dekat diorang. BK tengok diorang sangat-sangat bersungguh-sungguh dan tak putus semangat. 

Btw, antaranya tu Founder/Co Manager di Canada and US. Tapi diorang ni sangat humble dan tidak kedekut ilmu. And ni BK rasa membuatkan mereka berjaya sebab mereka juga tidak lokek berkongsi pengalaman kerana BK harus percaya semakin banyak kita kongsikan ilmu, semakin banyak kita dapat manfaatnya. And lagi satu BK belajar, don't bother what people say, just keep doing what you love. Even, BK juga banyak belajar tentang business dengan Tekong, CEO Amanz , Aman,founder Amanz and Obe Blog Serius. BK tengok setiap masa mereka bekerja, duduk depan laptop and buat kerja. BK respect .  






Anyway, BK sangat enjoy that day sebab BK banyak belajar benda baru dan mengingatkan diri supaya tidak berputus asa dan sentiasa berusaha. Btw BK ingin ucapkan terima kasih dekat warga Amanz sebab bagi kesempatan belajar benda baru. Jangan risau, untuk mengetahui apa yang BK buat, BK akan bagi tahu once it release


p/s
BK juga sangat respect dengan kedua ibu bapa BK yang setiap hari, siang dan malan berusaha mencari rezeki, menaip, mengajar, layan tetamu siang malam, semoga usaha ibu bapa BK diberkati dan dikurniakan rezeki yang lebih melimpah ruah untuk membantu orang lain.




TAMMAT

Friday, March 23, 2012

Youtube Malaysia Launch

Salam
Semalam BK berkesempatan untuk sama-sama mengikuti Youtube Malaysia Launch event yang berlangsung di Zebra Square, KL.


Cari-cari mana BK punya signature???


Hee.. here =)


Youtube Malaysia Country Manager, Google Malaysia and Zef Yusof =)

Terima kasih kepada Mr. Tekong sebab bawa ke sana. Event bermula pada pukul 5 petang ini untuk first session.


Goody bag =)




Norman KRU




As we know, youtube ini adalah online video sharing community yang terbesar di dunia. Disebabkan BK juga menggunakan youtube sebagai salah satu medium untuk meng'upload video tutorial BK, jadi BK pun hendak tahu juga bagaimana Youtube Malaysia ini beroperasi


Mizz Nina and them =)

Youtube Malaysia dapat membantu rakyat Malaysia untuk mencari content dan menyebarkannya ke seluruh dunia. Ini mungkin salah satu pilihan yang tepat untuk menyebarkan content dari negara kita sendiri.



wid penmerah owner


wid nisa kay, after event =)

Jadi, bagi yang suka upload video tu, apa kata kita guna Youtube Malaysia ini. =)

TAMMAT




Friday, March 16, 2012

Trello, aplikasi mudah untuk student khususnya (Group work)

Salam
Sekarang ini, untuk intership, BK telah meggunakan app dimana telah di introduce oleh CEO Amanz.my. Thanks. Personally BK dapati aplikasi ini sangatlah berguna dan tiba-tiba terfikir, kalaulah ada apps ini time belajar dulu kan senang. Tak perlu guna email yang selalu redundant user.



Ok, basically Trello ini adalah satu app yang sesuai digunakan untuk group work dimana kita boleh assign task dan function Trello ini pun sangat mudah difahami dan very user friendly. Anda tidak perlu masa yang lama untuk belajar menggunakan apps ini. Just tekan-tekan je and for sure readers boleh terus faham. App ini sangat mudah dan sangat menarik dimana kita dapat memantau pergerakan or flow task kita and others. Simply register with your google account and you can start using it.

Function Add Board adalah utk assign board for different task. Melalui Card , anda boleh menambah team member untuk menyiapkan tugas tersebut.
Status task juga boleh diubah kepada doing dan apabila siap tukar statusnya kepada Done

Melalui app ini, kerja kita and the way we deliver the task akan lebih efficient dan on time selain dapat memantau pergerakan status task tersebut.

Selamat mencuba

Sumber asal


TAMMAT


Tuesday, March 6, 2012

"Please review BK" blood donation,patut atau tak patut derma?

Salam


Entry pertama untuk segmen "Please review BK" dihantar oleh seorang junior di U BK, aktif orangnya dan sangat pandai mengedit video. Topik yang ingin di review adalah berkenaan blood donation , patut atau tak patut derma?Jawapannya adalah patut. Mari kita lihat mengapa derma darah ini sesuatu yang "patut" buat?

Derma darah menyihatkan badan!


promo derma darah Uniten

Tahukanh anda sel darah merah yang tekandung dalam badan kita hanya akan bertahan 115-120 hari. Selepas itu sel darah kita akan musnah dan akan digantikan. Jadi maksudnya, darah kita akan sering diganti dalam janka tempoh tertentu. So, kalau kita derma darah pun, darah tidak akan berkurang. Ha tahu atau baru tahu?. Kalau baru tahu itu bagus, kalau dah tahu lagi bagus. Derma atau tidak, darah tersebuat pasti akan musnah dalam tempoh tersebut dan amatlah lebih baik kita dermakan sahaja dari dibiarkan sel darah mati begitu sahaja.

Darah yang didermakan akan disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari dan darah ini biasanya akan digunakan sebaik mungkin kepada orang yang memerlukan.

Kita yang menderma pula sebenarnya telah meransang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru, dan keupayaan sel baru tersebut adalah lebih baik untuk sel darah membawa oxygen ke seluruh badan di mana ia akan membuatkan badan kita lebih sihat dan bertenaga. Selain itu, penggunaan zat besi oleh badan akan lebih efficient dimana kecekapan ini sangat diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baru dan secara tidak langsung dapat mengelakkan badan mengalami pengumpulan zat besi secara berlebihan. Tahukah anda pengumpulan zat besi yang berlebihan akan merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin(untuk merembeskan hormon)?

Selain itu, kita boleh mengetahui status kesihatan kita di mana sebelum menderma, kita akan menjalani bebapa ujian seperti ujian tekanan dan ujian pengenalan jenis darah. Berapa banyahk darah yang akan diambil? Jangan risau kerana 1 unit sebanyak 300-400 ml sahaja bergantung kepada berat badan. Kebiasaanya, pil zat besi dan asid filik akan dibekalkan selepas anda menderma bagai meransang badan menghasilkan sel darah yang baru.

Menurut pengalaman BK sendiri apabila medermakan darah, hati akan rasa lebih tenang, selain badan yang sihat kerana penerima darah biasanya tidak akan tahu siapa yang menderma darah dan kita rasa akan lebih bahagia kerana dapat membantu orang yang dalam kesakitan.

Baiklah, secara kasarnya, kesedaran untuk mendema darah di negara ini masih kurang. Ramai antara kita yang masih takut menderma darah disebabkan kononnya prosesnya yang menakutkan, dan tak kurang pula ada yang takut berat badan akan mula naik selepas menderma darah dan badan akan lemah


"aku dah, korang bila lagi"

Masayarakat perlu menangkis sifat negatif ini dan kita patut meningkatkan kesedaran menderma darah memandangkan di luar sana masih ramai yang tidak dapat hidup sempurna disebabkan kekurangan darah dan kita sebagai manusia haruslah membantu mereka. Mungkin sekarang ini kita tidak mampu menderma dari segi wang ringgit, namun apa salahnya jika kita bantu dengan cara yang paling ikhlas iaitu dengan menderma darah. Janganlah pandang sebelah mata apabila kita melihat kempen-kempen darah yang diadakan.
Tahukah anda di Malaysia, kita masih memerlukan bekalan darah yang konsisten kerana bekalan sedia ada tidak boleh bertahan dalam jangkamasa yang lama. Selalunya, darah yang yang diambil hanya mampu bertahan dalam keadaan yang sempurna selama 35 hari- 42 hari.

Saranan supaya meluangkan masa melawat kanan-kanak yang menghadapi talasemia dan leukemia. Mungkin kita boleh faham perasaan ibu bapa pesakit yang tidak berkelayakan menderma darah yang sesuai dengan anak mereka. Berikut adalah sedikit fakta yang kita semua kena tahu berkenaan dengan derma darah supaya kita mempunyai pengetahuan tentang kepentingan derma darah ini.


Darah yang telah diderma boleh dibahagikan kepada 3 komponen iaitu sel darh merah, platelet dan plasma. Mari kita lihat kegunaan ketiga-tiga komponen darah ini

1. SEL DARAH MERAH
Sel darah merah: merupakan komponen sel darah yang terbesar (>90%), sel darah merah mengandung Hb yang fungsinya mengalirkan O2 keseluruh tubuh sehingga jika kita Hb kita rendah tubuh kita akan lemas. Apabila disebut menderma darah, secara umumnya merujuk kepada pendermaan keseluruhan komponen darah (merangkumi sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma).

Kegunaan
Darah merah digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  • Pesakit Thalasemia
  • Pesakit Leukemia dan Kanser
  • Kes Anemia (kekurangan darah merah)
  • Pesakit yang kehilangan darah semasa pembedahan dan akibat kemalangan jalanraya
  • Kes tumpah darah selepas bersalin

2. PLASMA

Plasma ialah cecair darah yang mengandungi protein, antibodi dan bahan untuk pembekuan darah yang boleh menghalang serta merawat pelbagai penyakit.

Kegunaan
Plasma digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  • Mangsa melecur akibat kebakaran
  • Kes pendarahan teruk (DIVC)
  • Pesakit demam denggi berdarah
  • Kes kegagalan Hepar (Liver Failure)

3 PLATELET

Platelet pula diperlukan untuk membekukan darah atau mengelakkan pendarahan berterusan, terutama bagi pesakit leukemia atau yang menjalani rawatan kanser, kerana sumsum tulang mereka tidak berupaya menghasilkan platelet sendiri.

Kegunaan
Platelet digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  • Pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah
  • Pesakit Leukemia dan Kanser
  • Kes pendarahan teruk (DIVC)

Rasanya semua tahu kan, kita masa di secondary school belajar semua pasal darah ni. Walaubagaimanapun cara penyimpanannya berbeza. Misalnya

1. Darah yang telah melalui ujinan saringan dan yang telah diproses kepada 3 komponen di atas akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan expired date.
2. Sel darah merah perlu disimpan dalam suhu 2-6 celcius dan bertahan selama 35 hari
3. Plasma perlu disimpan pada suhu -30 celcius, tahan selam 2 tahun
4. Platelet pula perlu disimpan pada suhu 20-24 celcius perlu sentiasa digerakkan, tahan selam 5 hari.

Jadi, sudahkah anda sudah bersedia untuk mederma?
Jika sudah, mari kita lihat kriteria jika anda berniat untuk menderma. Bukan semua individu yang layak menderma, harus ingat.


control macho brother ni ye ~

1. SIHAT TUBUH BADAN PADA HARI PENDERMAAN
2. BERUMUR DI ANTARA 18-60 TAHUN
  • Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
  • Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. MEMPUNYAI BERAT BADAN YANG MELEBIHI 45 KG
4. TIDUR MELEBIHI 5 JAM PADA MALAM SEBELUM PENDERMAAN
5. TIADA MASALAH KESIHATAN
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatab
  • Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
  • Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan.
6. TELAH MENGAMBIL MAKANAN SEBELUM MENDERMA DARAH (TIDA BERPUASA)
7. PENDERMA TERAKHIR
  • Sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood)
  • 2 minggu untuk penderma aferesis
8. TIDAK TERLIBAT DI DALAM SEBARANG KEGIATAN BERISIKO TINGGI SEPERTI BERIKUT
  • Hubungan sejenis(homoseksual)
  • Hubungan jenis kedua-dua jenis jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial/ pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Menganbil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. UNTUK PENDERMA WANITA
  • Tidak mengandung
  • Tidak datang haid
  • Tidak menyusukan anak.
10. JANGAN MENDERMA DARAH JIKA ANDA
  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northen Ireland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
Jadi, BK harap kita sama-sama menderma darah untuk membatu orang yang memerlukan, mungkin kita masih belum mampu dari sengi wang ringgit tetapi kita mampu memberi yang kita ada iaitu darah kepada mereka. Mungkin mereka yang sakit sedang mengerang kesakitan sekarang dan mungkin suatu hari nanti kita pula insan yang memerlukan darah dan ketika itu kita berharap untuk someone menghulurkan darah kepada kita


Jom derma darah =)

Diharap kepada adik yang mengutarakan topik ini berpuas hati dengan review kali ini. =)

Sekian

TAMMAT


Laporan asal/
Sumber gambar





Peluang anda untuk berkongsi ' Anda bagi topik, kita review' =)


Salam

Entry kali ini memberi peluang kepada para readers sekalian untuk membawa bersama topik yang mungkin anda rasa boleh dibincangkan menerusi blog ini. Ataupun mungkin perkara-perkara yang anda rasa patut dibincangkan, isu semasa atau luahan rasa yang mungkin anda mahu mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Jika sebelum ini ramai yang bertanya face to face, eye to eye dengan BK, mungkin segan agaknya nak bertanya dekat blog. Kini anda boleh tanya terus menerusi medium di bawah. Jangan risau, identiti anda akan di rahsiakan jika anda mahu. Anda diberi peluang.


BK akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda dengan tips-tips yang hebat menerusi bantuan bahan bacaan dari pakar motivasi yang terkenal di negara kita ini.


Nak berkongsi pasal kereta pun lagi BK alu-alukan =)

Ataupun mungkin anda ingin berkongsi saat bahagia anda dengan menghantar gambar ataupun jika anda mempunyai masalah berkenaan dengan fashion. Terutamanya berkaitan dengan hijab atau mix and match baju-baju anda supaya sesuai dengan bentuk tubuh. BK akan cuba membantu sedaya upaya yang BK boleh supaya anda kelihatan lebih confident dengan membincangkan topik yang diutarakan itu dalam blog ini. Mungkin tajuk anda yang bakal dipilih.

Para bloggers juga boleh meninggalkan link blog anda untuk di review dalam blog ini.

Kaum lelaki juga boleh mengutarakan topik, BK akan cuba try to be flexible as much as I can. Mungkin anda mempunyai masalah dengan teman wanita ? Mungkin BK boleh membantu menerusi sifat-sifat berdasarkan tarikh lahirnya berdasarkan observation BK sejak BK di bangku sekolah lagi. =)

Sifat berkongsi ini boleh menambah baikkan kehidupan kita sendiri dan orang sekeliling. Jadi apa tunggu lagi. Jangan malu untuk bertanya, kalau malu rugi =)

Berikut adalah cara untuk anda menghantar topik atau gambar anda


Setiap post hendaklah di mulakan dengan perkataan " Please review BK" dan teruskan dengan topik hebat anda supaya memudahkan BK mengclassifykan anda dengan friend list yang lain.

Peringatan = Topik yang berunsur "lucah", "kutuk mengutuk" , "benci membenci" dan yang sekutu dengannya tidak akan dilayan.

Ya, it s free! Sementara BK tak berapa busy sangat sekarang. =)



"I love to observe and I love to share my knowledge "

p/s It s now or never

TAMMAT







Sunday, March 4, 2012

5 cara mudah stail Turban bersama BK. Versi Bahasa Malaysia sepenuhnya.

Salam
Ingin sekali owner blog ini berkongsi dengan readers semua vid terbaru Stail Turban dari BK.
Sesuai digayakan pada sebarang majlis. Video kali ini direquest untuk dibuat dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sila klik link di bawah untuk melihat




Nway, terima kasih kepada yang sudi memberi komen membina dan pandangan menerusi youtube mahupun FB chat. Ramai yang memberi komen tentang lagu yang mungkin kurang sesuai untuk vid kali ini. Thanks for the comment. BK akn cuba cari lagu Melayu yang lain.

Mungkin juga anda boleh suggest kan lagu-lagu Melayu yang sesuai or any music/song yang sesuai untuk dimuatkan dalam video BK seterusnya. Janji lagu Melayu ok?. Suggestion anda sangatlah dialu-alukan untuk meng 'improve quality dan mencapai standard.
Orait

Selamat mencuba =)

TAMMAT

Friday, February 17, 2012

Amanz Network kini Amanz Media Sdn.Bhd. Tahniah!!!


Salam.
Kerja semalam dapat satu berita yang gembira dan secara tidak langsung lebih semangat untuk terus berusaha dengan lebih keras. Berita ini disampaikan oleh CEO Amanz sendiri semalam time BK kerja. Amanz Network kini bertukar kepada Amanz Media Sdn.Bhd.!!! Semoga dengan kelahiran baru dan nama baru ini dapat menaikkan lagi nama Amanz dan tahniah juga kepada warga Amanz Media.! =)



Amanz Media merupakan News Portal/techcrunch yang mengutarakan article atau informasi terkini dunia IT/ICT dan uniknya ianya disampakain dalam Bahasa. Jadi memudahkan rakyat Malaysia/Indonesia/ Singapore mengaccess tentang gadget-gadget, browser, software/hardware terbaru dan sebagainya melalui Amanz Media.

Dengan adanya Amanz Media, mereka yang bukan dalam berlatar belakangkan bidang IT tetapi berminat untuk mengetahui informasi terkini dunia IT/ICT , Amanz Media adalah jawapannya kerana segalanya telah di translate kan dalam Bahasa dan menggunakan perkataan yang mudah difahami.


Agak-agak ada tak readers blog ini kat wall di atas~ =)

Di samping itu Amanz juga menawarkan perkhidmatan lain seperti advertising dan Amanz Media juga kini lebih giat menggunakan video sebagai salah satu medium untuk berkongsi maklumat terbaru tentang dunia IT/ICT supaya ianya lebih interactive dan secara langsung dapat menarik lebih ramai penonton instead of reading.

Yang lebih menarik, article di tulis oleh penulis-penulis yang beribawa dan popular di alam maya iaitu Aman (founder Amanz Media) dan obe( blogserius)

Sekali lagi, BK ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Amanz Media dan semoga terus success!!!

p/s

1. Kini anda boleh bersembang dengan Amanz Crew dengan lebih mudah di Amanz.my and click social reader.. At the bottom of the website.

2. And thanks kepada pembaca blog ini yang datang ke Amanz booth di PWTC baru-baru ini=) Appreciate.

3. Tidak lama lagi Amanz akan muncul dengan nur.my. And, apa yang lebih menggembirakan dan mengejutkan BK , CEO Amanz nak gunakan tutorial BK untuk dimuatkan dalam website terbaru Amanz Media iaitu nur.my. Thanks bos =) Nur.my dijangka akan di launch pada akhir bulan ini. Sama-sama kita natikan =)


K Papai

TAMMAT