Monday, August 1, 2016

Tips : Tempat terbaik membeli cenderahati / souvenir di Korea

Assalamualaikum.


Tidak lengkap rasanya jika kita tidak membeli cenderahati atau souvenir apabila melancong. Sekurang-kurangnya satu fridge magnet untuk dijadikan kenangan apabila pulang ke tanah air nanti.

Di sini BK ingin kongsikan 4 tempat terbaik bagi BK untuk membeli barangan cenderahati. 

4. SMTOWN Coex Artium







SMTOWN yang terletak di Gangnam, Seoul amat sesuai dikunjungi oleh para peminat Kpop. Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai barang merchandise Kpop dengan harga yang agak murah selain mendapatkan cenderahati seperti buku nota, pen. kipas dan sebagainya. Selain itu, terdapat Pop-up cafe, studio untuk bergambar, teater hologram, dan pelbagai lagi. 




SMTOWN terdiri dari 6 tingkat :

  1. Tingkat 1: Welcome Stage
  2. Tingkat 2: Merchandise artis SM Entertainment, Barang-barang pilihan artis, Hadiah
  3. Tingkat 3: SMTOWN Studio (Video Musik, Foto, Ruang Rekaman, Tata Rambut dan Make Up, Kelas Vokal, Kelas Dance)
  4. Tingkat 4: Kafe, Muzik, Media, Buku dan Merchandise Special
  5. Tingkat 5: SMTOWN Teater (Teater Hologram, Gedung Serbaguna, Hiburan Interaktif)
  6. Tingkat 6: SMTOWN Teater (Percetakan 3D)



  • Harga   : Serdahana/ Mahal (bergantung pada apa yang dibeli)
  • Barangan yang sesuai dibeli : Kpop merchandise
  • Kemudahan : COEX, ada Gangnam statue, kawasan agak elite, Pop up cafe(tiada lago halal)
Cara :
  • i. Seoul Subway : Samseong Station > line 2 > exit 5&6


Tips :
  1. Tidak perlu membeli banyak barang cenderahati di sini, melainkan memang peminat tegar Kpop




3. Myeongdong



Menduduki tangga ketiga senarai tempat terbaik menurut BK untuk dikunjungi, Myeongdong ini adalah syurga membeli-belah bagi golongan wanita. Di samping terdapat makanan halal yang boleh diperolehi, kawasan ini menyajikan pelbagai kedai fesyen dan kosmetic yang menarik. Anda juga boleh mendapatkan mask yang berharga 1000 won/ RM 3+ untuk setiap satu. Semasa BK ke sana, kedai Forever 21 ada membuat sales. Terdapat seluar yang berharga lebih kurang 4000 won/RM12+ sahaja. So, BK borong tanpa rasa bersalah dan tanpa menyesal. Tetapi perlu fikir baik-baik sebelum membeli terutama yang membawa luggage dan menaiki train. Jika anda membeli terlalu banyak, berkemungkinan anda akan mengalami kesulitan untuk naik turun train. Korea juga popular dengan stokin-stokin yang pelbagai corak dan warna, anda boleh dapatkan dengan 1000won/ RM3+. So stokin ni boleh juga dijadikan sebagai cenderahati. FYI, dekat sini memang ramai orang terutama nak dekat malam tu sebab gerai-gerai/ street food sudah mula buka around 5pm above tak silap BK. 



Myeongdong
  • Harga   : Mampu milik
  • Barangan yang sesuai dibeli : Mask / barang cosmetic / kedai baju / stokin / strawberry segar
  • Kemudahan : Tempat makanan halal



Cara :
  • i. Subway : > Myeongdong Station, line 4, exit 6 or
  • ii. Subway : > Euljiro 1-ga Station, line 2, exit 5



                             Fresh strawberries : 5000 won/RM15+

Tips :
  1. Bawa beg sandang untuk memasukkan barang yang anda sudah beli untuk memudahkan perjalanan dalam keadaan sesak dengan orang ramai itu
  2. Pergi pada waktu petang around 5pm onward. Pada waktu ini terdapat banyak street food memulakan operasi dan anda boleh mendapatkan beberapa kedai yang menjual makanan halal. BK akan kongsikan nanti makanan halal yang terdapat di Myeongdong ini dalam entry seterusnya.
  3. Sila pakai kasut yang bersesuaian/ sports shoes


2. Insadong

Menduduki tangga kedua pilihan BK adalah Insadong. Kawasan ini tidak kurang hebatnya dengan dipenuhi orang ramai dan sesuai untuk membeli cenderahati untuk orang tersayang. Tidak seperti di Myeongdong yang lebih tertumpu kepada barangan kosmetic dan fesyen. Di sini, anda akan perolehi banyak aksesori(gelang, rantai) dan barangan cenderahati seperti fridge magnet, pengetip kuku, penanda buku, beg-beg kecil untuk menyimpan duit, keychain dan pelbagai lagi. Anda juga boleh tawar-menawar tetapi pastikan anda membelinya. Seperti di dalam entry BK Tips : Fly to Korea yang terdahulu, peniaga di sini agak sensitif bila anda tidak membeli apabila sudah tawar menawar terutama para peniaga yang tinggal di luar bandar. Akan tetapi, disebabkan Insadong ni berada di kawasan tumpuan pelancong dan terletak di kawasan yang agak bandar, peniaga mereka kini lebih open minded jika pengunjung tidak jadi membeli barang mereka. Boleh baca entry tersebut untuk maklumat lanjut. Anda juga akan berpeluang melihat ramai pengunjung yang akan memakai pakaian tradisi mereka seperti Hanbok di mana-mana. Anda boleh menyewa baju ini di sana. Harga kurang pasti. 



Insadong
  • Harga : Mampu milik , lebih murah dari Myeongdong 
  • Barangan yang sesuai dibeli : aksesori(gelang, rantai) dan barangan cenderahati seperti fridge magnet, pengetip kuku, penanda buku, beg-beg kecil untuk menyimpan duit, keychain dan pelbagai lagi
  • Kemudahan : Tempat makan halal
Cara :
  • i. Seoul Subway : Line 1 > Jonggak Station > line 5 > exit  3 ( berjalan kaki lebih kurang 5 minit
  • ii. Seoul Subway station Line 1 > Jongno 3-ga, 
  • iii. Anguk Station > line 3 > exit 6



Tips :

  1. Jika anda ingin mendapatkan barang yang lebih murah, sila beli di kedai tepi jalan yang menjual barang cenderahati dari membeli barang di kawasan 4  (if I am not mistaken) tingkat( seperti gambar di atas). Kedai cenderahati di tepi jalan jauh lebih murah
  2. Di sini juga anda boleh mencuba makanan seperti Korean Pancake yang rasanya sepeti lempeng tambah coklat
  3. Seperti yang dipekatakan ramai orang, jika bernasib baik anda akan lihat persembahan kebudayaan orang Korea.
1. Namdaemun Market 

Menduduki carta teratas bagi blog BK adalah Namdaemon market yang terletak di kawasan agak luar bandar. Di sini terus terang cakap nak beli T-shirt Korea, pergi di sini sahaja. Para peniaga pun ada yang agak pandai berbahasa Melayu. Harga anda boleh dapat dalam 10,000 won/RM 30+ satu. Lupakan di tempat lain kerana harga lebih mahal. Kawasan ini telah wujud beratus tahun dahulu sejak zaman dinasti Joseon dan merupakan pasar tertua di Korea. Namdaemun Market menerima jumlah pengunjung yang agak ramai setiap tahun. Selain T-shirt, anda juga boleh membeli Korean Brooch dengan harga yang lebih murah dari tempat lain.
  • Harga : Murah berbanding Insadong dan Myeongdong
  • Barangan yang sesuai dibeli : T-shirt Korea( I love Korea, Running Man, Hard Rock Cafe Seoul), Korean Broooch, hat
  • Kemudahan : Tempat membeli belah yang agak selesa dan tidak terlalu sesak
Cara :
  • i. Hoehyeon Station > line 4 > exit 6 > Jalan kaki around 100 meter > Masuk lorong belah kanan 

Tips :
  1. Boleh meminta diskaun jika ingin benar-benar membeli barang. Jika tidak jadi, peniaga akan berubah wajah dan kemungkinan akan meninggikan suara mereka.


Thank you ;)










No comments: