Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Cerita raya kita =)

As salam,
Helew olz, disebabkan paksaan oleh setengah pembaca blog ni untuk mengupdate(ta sangka ada juga yang membaca) gitew, ate kiranya  BK gunakanlah kesempatan yang dicuri ini untuk menulis sesuatu yang terjadi kepada BK lately. Sebenarnya BK nak final dah ni next week. So uolz tolong doakan BK and member-member BK yang lain okeyh. Moga dapat A dalam semua subjects . Gitew.





So, masa hari raya pertama haritu, selepas BK beraya di rumah sanak saudara jiran tetangga, BK pun baliklah berehat. Konon saje berehat. Petang tu tiba-tiba jem depan rumah BK, rupanya ada accident dekat depan sikit je dari rumah BK, apa lagi BK pun siap-siap tukar baju terus ke tempat kejadian. BK terpaksa buka lampu kecemasan sebab nak cepat ambil story. Kalau nak tahu kisah selanjutnya. Sila baca online. Hee...

Hari kedua raya pula, BK ke airport untuk hantar cousin BK, on my way to airport, ada another accident lagi. Masa BK sampai tu, memang betul-betul kejadian tu baru berlaku. And again, BK terpaksa berhenti sekejap untuk cover story. Yang scary nye ada one of the budak, terkoyak pipi dia, that time ambulance belum sampai. I was like, pffttt. Kesian gila, BK just boleh tenangkan sahaja budak tu, (menyesal pula ta masuk pbsm  ). That kid macam ta boleh bercakap lagi da, and I think dia dah tak boleh menangis. The driver pula macam da lost, duduk tepi jalan. My sis cakap, kalau dah terlalu banyak kehilangan darah, oxygen tak cukup, kita akan blur. So, BK agak setuju dengan statement my sis tu.

U know what, BK banyak belajar benda sepanjang cover story accident ni. Satu, kena selalu sentiasa berhati-hati di jalan raya. Kedua, jangan lupa berdoa keluar rumah and menaiki kenderaan. Ketiga, kita kena fikir yang orang yang kita bawa itu adalah semua tanggungjawab kita. Keempat, sebelum buat sesuatu, in this case(drifting or speeding) , fikirlah secara meeting. Since that day, BK bawa paling laju pun 120km/h. Tak berani nak bawa macam muda-muda dulu, siap tertinggal Ferrari dekat belakang kereta BK. Nasib baik Ferrari tu lex je. Lol. Kalau bawa perlahan sangat pun ta boleh juga, nanti mengantuk.

Klah, tulis panjang-panjang nanti ada yang tertidur depan laptop nanti. lolz
Klah, papai. xoxo

TAMMAT

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan. Azam =)

Salam

Alhamdulillah, akhirnya tiba juga bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadhan. Yeayyy!!! Kalau ada yang tak happy dengan ketibaan bulan Ramadhan ni tak taw na cakap apa. Excited wey, orang yang berpuasa je tahu perasaan teruja puasa ni, serius rasa lain kalau time bulan ni. Mungkin satu sebab syaitan dah kena kuarentin. Mungkin juga sebab kita akan rasa lebih menghargai sesuatu dan mendidik hati supaya lebih bersyukur dan of course segala amal ibadat yang kita lakukan akan dilipat kali gandakan pahalanya. Siapa tanak der? 

Walaubagaimanapun, mari kita sama-sama berdoa kepada Umat Islam di Mesir yang menyambut kedatangan Ramadhan dengan tragedi berdarah.Doa supaya mereka dikuatkan hati dan mohon supaya masalah mereka dapat ditangani segera. Mohon supaya Malaysia dijauhkan dari malapetaka sebegitu. 

Baiklah, so bulan Ramadhan ni, BK berazam nak banyakkan bersedekah semampu boleh walaupun pendapatan BK sekarang taklah sebesar mana, tapi syukurlah sebab rezeki tu sentiasa ada walaupun hanya sekeping maggi potong dua untuk makan ditambah dengan keadaan BK sebagai seorang student juga. But I am ok with it, as long as halal, asal boleh makan, leh wat amal ibadat, settle, tadahal.


Kenangan time photoshoot time 2011.

Lagi satu azam adalah untuk buat yang sunat banyak-banyak, cuz timenilah kita berkesempatan nak perbanyakkan amalan sunat sebab time berpuasa di siang hari kita macam tade intention untuk makan and we doing nothing, so time sepatutnya waktu makan itu kita isikan dengan solat sunat.

Last but not least, seperti kebiasaan Ramadhan, of course kita nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni, sebab kalau time raya nanti, bagi BK rasa puas berpuasa, lebih rasa excited Raya sebab amalan-amalan kita time puasa tu dah complete. So, malam raya tu, dah boleh bakar mercun papan 3 meter. K itu jangan buat. Ahaha. 

Selamat berpuasa uolz, mohon maafkan jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, terguris rasa, or yang sekutu dengannya. Sesungguhnya, semua yang baik datang dari Allah S.W.T, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri BK sendiri. Salam Ramdhan. Love uolz

P/S Jangan lupa buat banyak majlis rumah terbuka banyak-banyak dengan niat bersedekah, dan kemudian disusuli sembahyang terawih. Bukan hari raya sahaja rumah terbuka, sebab pahala time raya ta sebanyak macam bulan Ramadhan. Lagi bertambah-tambah rezeki orang yang bersedekah nanti. Serta tak lupa kepada yang tidak berkemampuan, banyakkan bersedekah. Kbye =)

TAMMAT




Thursday, June 6, 2013

One fine day in 4 newspapers =) - BH, metro, sinar and utusan -

Salam
Hi, kalau ada sesiapa yang perasan dalam FB  baru-baru ini,BK ada update tentang Dinner yang BK pergi di Klana Resort lately, so harini, maka terkeluarlah dalam 4 papers tempatan, (amik kau sekali 4 masuk). Lenguh kaki duduk tengah-tengah. 


Berita Harian. Ce cari ce cari?


Metro



Utusan



 Sinar Harian

Kesimpulannya, gambar BK semua tutup mata sebab flash banyak sangat. 1 jam duduk atas tu leh migraine der. lolz

 Kbye =)



Morning routine =)

TAMMAT


Wednesday, May 29, 2013

Go-kart time , eh Panda M???

Assalamualaikum...
Olz, baru-baru ni, BK dan classmates berkesempatan pergi rehat-rehat kejap main go kart. Dah lama da pasang niat sebenarnya nak main, tapi masa elek' sehinggalah one of my classmates ajak pergi ramai-ramai. Tu pun sebab malam. Kalau siang, memang ta dapat la der.  Apa lagi, haruslah pergi. Lagipun, sepanjang kerja plus belajar, jarang ada masa nak keluar dengan classmates. 


So, kami go kart di Raycer Powerhouse, Kelab Tasik Cyberjaya around 9 pm macamtu. Sampai je, tiba-tiba ada kawan BK ni, Alan Lembu datang sekali, macam bagi support gitu dan dia bawa sekali si Panda Merah. Ha, kalau uolz suka layan vlog, mesti kenal this guy ni. Jeng3.



First naik tu, lenguhlah juga tangan sebab bukan power steering. Then dah lama-lama tu ok la sikit. Hee.

Btw, best go kart ni. So, uolz, mari kumpul duit and jom try go kart. Best taw. Jangan lupa ajak BK sekali. Hee. Normal price dekat cyber ni RM240 for 40 minutes. Tapi depends la, kalau pandai cari, lagi dapat murah.

Photo: Them classmates :))

 Kalau nak taw lebih, minta Raycer Powerhouse ni bayar BK dulu nak promote. Lolz

Sebenarnya ada video tapi tapi kalau upload confirm loading lappy BK ni. lulz.

TAMMAT

Credit
Eca, Sarah, Alan




Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday

Salam



Credit to photographer - elle

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

p/s macam dah ta wordless je. aha...lolz

TAMMAT

Sunday, January 20, 2013

Azam 2013 yep.

Salam
Ha, setelah dah masuk 20 hb ni, baru buat azam untuk 2013 kan. Ahaha. Baiklah, meh na explain sikit pasal azam-azam bagai ni. Actually, BK hanya merancang supaya dapat dijadikan guideline, bukan apa takut juga lupa tujuan hidup. At least bila dah tahu apa benda nak buat each month, tiadalah rasa kosong je hidup, macam ada benda yang nak buat. 

BK rasa orang lain pun ada azam sendiri yang mungkin lebih power rangers dari azam BK ni. Namun, azam yang selalu dibuat  ni just apa kemampuan BK setakat ini, dari segi bajet fulus mania, dan tahap kemampuan diri dan sedikit ilmu yang ada. So, terkeluarlah idea azam di bawah. Insya Allah akan diusahakan semampu and sebaik yang boleh. Semua ni sudah tentu dengan niat kerana Allah S.W.T dan untuk keluarga especially parents. Uolz dekat luar pun sudah tentu punyai azam tersendiri untuk kebahagiaan kedua orang tua masing-masing kan.  


Oklah, first azam. Bab 5 kg tu, sebab sepatutnya itu adalah azam tahun lepas yang belum mencapai tahap yang sepatutnya. Tapi, alhamdulillah la juga sebab ada kurang 2-3 kg macamtu Lolz.  Bab minum air tu suppose kena minum 6-8 kan? Aha, sebab BK bukan jenis minum air kosong pun(ok jangan ikut). So, tahun ni BK buat juga at least 5-7 gelas, dalam 1 hari tu memang agak sukar la bagi BK nak sampai 8 gelas tu. Aha

Yang lain tu, semua dalam perancangan. Diharap semua tolong doakan BK, family and member-member and maybe untuk diri sendiri mencapai azam masing-masing.

Ok bye

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.


 TAMMAT

Friday, December 28, 2012

Kita merancang, Tuhan yang menentukan =)

Salam

Di akhir penutupan 2012 ni, eloklah BK muhasabah diri sikit tengok plan yang berjaya dan plan yang belum lagi. Inilah dinamakan Allah perancang terbaik.



Ok, kalau tengok bulan January hingga March, hanya satu je plan berjaya iaitu Start writing novel. Alhamdulillah la juga cuz bukan senang nak writing novel. Kena feeling-feeling tulis ayat jiwang sikit plus BK ni manala reti sangat nak sweet-sweet ni. Lolz. 

Another two tu, BK rasa BK kena hold dulu sebab time tu pun BK masih study lagi last sem last year. So, takpelah , kira halal time tu. Haha. Study nak kena makan banyak wey ditambah pula dengan makan ngan member, memang harapan jelah nak reduce, just masa puasa haritu je turun 6 kilo lepas tu, raya, ambik kau , kembali pada berat asal. So BK consider Reduce 5 kg tu belum berjaya lagi. Haha. Pasal serious modelling tu BK indent kan pada bulan July, sebab BK ada hadir photoshoot dengan Blue T Production untuk majalah baru.

Pada yang tak pasti apa yang produksi ni buat, diorang la pengeluar majalah ana muslim tu. Yang ma BK selalu beli time kecil, sekali dah besar terus dapat photoshoot dengan depa. Hambik kau.




Menghabiskan masa dengan budak ni... hee

So, untuk bulan April to Jun pula, pergi Umrah je tade rezeki lagi walaupun kursus haji dah pergi. Huuu, tapi tape, usaha tangga kejayaan. Insyallah, mimpi tu memang ada nak pergi sana and terus tinggal dekat Mecca, semoga Allah permudahkan. Sebenarnya, kalau bolehlah , BK nak kumpul duit and plan nak pergi buat umrah/haji before BK kahwin... Kalau ada jodoh nanti. Hee. Kalau ada. Kalauuu tawww...

Ok, untuk bulan July-Sept pula, hanya satu je BK dapat ke arah itu iaitu be positive thinker. Ha, yang lain belum tertunai untuk tahun ni.  Insyallah, Tuhan tu Maha Mengetahui, pasti ada hikmah aku belum dapat lagi capai pada bulan tersebut. Eh "aku' pula? ahaha. k . malas na padam



                                           Alhamdulillah =')


Pada Okt-December pula, satu yang tercapai iaitu membuat Master. InsyaAllah, bulan satu tahun depan BK start class. Alhamdulillah. Thanks Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Memahami lagi Penyayang ='). Azam yang lain tu masih lagi dalam perancangan, cuma BK kena lagi berusaha kumpul duit untuk kegunaan family BK sebagai membalas budi mereka yang selalu support and always be there whenever BK rasa down especially my Parents. =') Thanks Allah sebab bagi family yang sangat memahami dan penyayang =')


BK juga nak ucapkan terima kasih pada semua family, member-member, and saudara mara yang very supportive, sentiasa beri kata semangat yang mungkin dalam keadaan sedar atau tidak sedar sepanjang tahun 2012 ni. Honestly, BK ingat setiap orang yang selalu support BK. Kadang-kadang malam-malam sebelum nak tido, BK selalu fikir orang yang sentiasa ada bila BK needs someone to listen, terharu weyh seyes. Dan yang paling BK terharu bila Allah yang kita tak nampak ni rasa dekat sangat dengan BK bila BK nak mengadu.=') Tuhan tu Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Memahami. =') I Love Allah =') Thanks Allah.... =')



Back  to school. Hello UPM =) hee


------

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

K bye. 

=')

TAMMAT






Tuesday, October 16, 2012

Kecewa

Salam
Sebagaimana ramai jejaka kecewa dengan perkahwinan Siti dengan pasangannya, Lisa dengan pasangannya tak ketinggalan dengan aku yang kecewa dengan Chong Wei serta pasangannya. Ye, takpelah dah tiada jodoh. Aha, ok fine Chong Wei. Semoga berbahagia ke anak cucu.


Mula cerita pasal gosip dulu, aku dah kecewa habis dah and bila aku tengok gambar ni terus tawar hati ngan Choing Wei



p/s Ha, apa apapun Chong ei I tetap support you lah. Congrats Chong Wei!

Credit ANOVIA

TAMMAT

Thursday, October 11, 2012

Novel kita =)

Salam
Masa aku kecil dahulu, aku selalu berangan nak jadi pilot. Tapi berangan je lah. Last last member yang dapat. Argh jealous sekejap. Nasib baik dia lelaki kalau perempuan lagi bertambahlah jealous aku ni. Ok, tu nak habaq mai yang aku ni kuat berangan. Okeyh, sebenarnya cuti lama ni aku banyak duduk rumah menghabiskan baca novel. Sebenarnya aku ni bukan peminat novel di suatu ketika dulu, kira boleh kira dengan jari je bilangan .but lately aku tengok aku macam tiba-tiba minat pula nak baca novel. Novel yang baru-baru ini aku pinjam dari member aku nana telah membuatkan aku tiba-tiba minat pula nak membaca. Novel tersebut bertajuk "Takut Kahwin" . Ha, memang kenalah dengan aku cerita tu. Aha, takdelah kena sangat pun sebenarnya, best jugalah. Jadi minat membaca novel terbawa-bawa sampai mimpi kadang-kadang. Aigo. 



Kadang-kadang ada novel yang macam kena je dengan jiwa . Wah kelas. Aku pun sebenarnya tiadalah power sangat pun bab-bab cinta ni, tapi nak habaq mai, bagi aku kalau nak bercinta sekalipun, janganlah macam sayang lebih-lebih sangat takut terkecewa pon lebih. Baik macam 70% untuk diri 30% untuk cinta. Jangan bagi 100% . And lagi satu, jangan nampakkan sangat kita sayang dekat marka kita tu, nanti dia menggedik lebih. Better so-so je. Lainlah kalau dah kahwin. Tapi bagi aku dah kahwin pun tak bolehla nak bagi 100%. Mungkin ratio nye akan jadi 60 / 40 naik 10 % sikit je cause we never know our future yet. Taat tu taat lah tapi kena selalu beware. Even dah kahwin. Macam-macam boleh berlaku. Yang 60% tu lebih baik cinta dekat Tuhan, Nabi, Parents, family. Tu bagi akulah. Sebab aku ni takut juga tengok kes yang tak sepatutnya terjadi. Nanti duk sayang terlebih sangat, diri sendiri merana. Ha, anda pula bagaimana?




p/s Statement hanyalah pendapat owner blog ini sahaja. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri.

TAMMAT

Friday, September 28, 2012

Salam tak habis.

Salam
Harini ke tabika kemas Sg. Gadong tak silap depan sekolah Ampangan, Seremban tu untuk teman si budak kecik Haikal untuk pertandingan pelajar cemerlang peringkat negeri. Apa yang bestnya aku dapat tengok budak-budak cerdik pandai ni tiap-tiap orang punyai fe'el nya tersendiri. Tapi apa yang aku puji semua nampak tekun bila buat kerja. Bila di interview untuk setiap session mesti semua jawab dengan confident.  Sorang-sorang aku observe. 


Haikal sewaktu di interview


Ada one part student kena buat collage. So, one collage for two students. So, boy kebanyakannya akan ambil kerja menggunting dan yang girl pula mostly lebih intrested bahagian gam-gam ni. So apa yang aku nak simpulkan di sini, perempuan dilihat sangat details orangnya dan lelaki pula akan mengambil tanggungjawab more to technical stuff and sebab itulah aku rasa fitrah perempuan itu memang asalnya di dapur dan lelaki menukang. Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Ha..


Baju kuning mustard yang ringan dan simple dengan sedikit accessory untuk hari ini, =)

Ok. lah sebenarnya bukan itu intention entry ini. Aha. Sebenarnya aku pernah jugalah ada pengalaman di mana apabila salam kan, belum sempat aku nak cium tangan orang tu dah angkat/lepas tak kiralah pakcik-pakcik or makcik-makcik yang older than me. And masa aku pergi tadi pun, aku nampak benda yang sama terjadi. Sebab tu aku terasa nak tulis ni. Tadi aku nampak ada sorang girl ni salam tangan seorang makcik ni, tapi makcik tu tarik-tarik tangan bila girl ni nak cium tangan dia. Aku rasa ada antara korang juga alami benda ni, hurmm. Tapi selalunya bila dah second time jumpa orang yang sama, aku dah tahu dah ni untie ni tak perlu cium tangan.So, aku dah kenal pasti mana makcik yang patut aku cium tangan dan yang tak perlu.  Salam je macam salam dengan member-member tapi dengan senyuman dan hormat. Maybe aku rasa sebab " mereka" geli kalau ada orang cium tangan? or maybe sebab tak biasa? or maybe nak cepat?or maybe segan nak bagi orang salam tangan? or maybe  and maybe??? aha. Yang penting, kena bersangka baik ha sebab? Islam kan ajar supaya bersangka baik. Ha nampak? Indahnya Islam tu =)

Tapi, walau apapun aku tak kisah sebenarnya cuma curious juga apa yang diorang  rasa sebenarnya kalau kita nak cium tangan tu, tapi diorang macam tarik cepat-cepat tangan, apa rasa?. Maybe kalau ada yang membaca blog ni tahu sebab apa? mari lah kongsi. hee. K bai

p/s Cium tangan ibu bapa selalu, jadikan ia sebagai hobi.Target orang yang tak perlu dicium tangan agar hidung korang tak merah apabila ditepis. Aha. tett



TAMMAT

Friday, August 3, 2012

China : Ibu lahir kembar 7 dipaksa pilih 1 dan selebihnya dibunuh

Salam
Runtun hati dengar macamana lah nasib lagi 6 baby tu. Itulah kisah yang berlaku pada seorang ibu, Jinan Huang yang berumur 33 tahun. Dia sekarang dalam keadaan stabil setelah melahirkan kembar 7 selama 31 jam . Apa yang paling menyedihkan BK ialah dia diberi masa seminggu oleh kerajaan untuk memilih bayi mana yang ingin dibesarkan. Astaga. 


Gambar yang dipercayai Jinan

Jinan berkata selepas beberapa saat kelahiran ajaib tersebut, "Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan, Tetapi kami telah mempertimbang dengan serius unuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan kedua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti. 
"Kami tentu saja tidak menginginkan untuk membesarkan seorang pun dari dua bayi perempaun yang lahir" tambah suaminya. 

Wah, seorang bapa cakap macamtu???

"Kalau itu kami sudah yakin. "Keenam baki bayi yang tidak terpilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudah termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak kebijakan "Satu Keluarga Satu Anak" berlaku pada tahun 1993, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Mana sifat keperimanusiaan ?. Glad jadi rakyat Malaysia.

Jinan juga berkata : Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggungjawab ini.


Memalukan????

p/s : Banyak undang-undang kerajaan China ni tidak berperikemanusiaan bagi BK, dulu kita lihat kes budak kena langgar di China, kemudian , perempuan dibunuh mati oleh perompak di public dan isu olimpik baru-baru ini, and undang-undang mereka perlu ditukar. Bila manusia treatlah seperti manusia. 




TAMMAT

Wednesday, August 1, 2012

Gambar bayi dalam kandungan pegang tangan doktor

Salam
Gambar ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, tapi kalau betul ianya terjadi, ini merupakan kekuasaan Allah.





p/s : aku teringat lagi semasa kematian arwah anak buah aku yang meningal dalam kandungan, tangan dia lebih kurang size dekat gambar. Tolong sama-sama sedekahkan Al-Fatihah pada anak buah aku. Aku teringat lagi time aku gali lubang kubur arwah bersama-sama abang-abangku dan ayah, tu first time aku pengalaman gali kubur , tak boleh tahan tak henti-henti air mata perempuan aku mengalir sambil gali. ='


TAMMAT

Tuesday, July 31, 2012

Aktiviti lepas terawih yok!

Salam
Sedar atau tidak kita dah seminggu lebih berpuasa dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita meninggalkan Ramadhan. Walaubagaimanaupun harini aku just nak berkongsi perkara yang harus selepas Terawih untuk family . Boleh skip...Sejak dari kecil lagi , aku selalu berbuka dengan parents aku sebab abang and kakak aku semua time study and aku time to masih bersekolah.

So, kebiasaanya selepas terawih la kan, aku akan ajak parents aku pergi K.Klawang untuk beli susu Dutch Lady yang chocolate tu. Aha, tau tak kenikmatan minum dutch lady ni.Di samping rasanya yang sedap, ianya juga mampu mengenyangkan perut untuk puasa keesokan harinya. Dan , lepas beli air, kami akan jalan-jalan ambil angin malam. Aha. Best lebih-lebih lagi jalan time malam puasa ni . aha.



Ha, ni la dia.Besar ni. aha. Tapi packaging dia dah lain .

Yang bestnya, sampai sekarang aku still buat benda yang sama , almost everyday after terawih mesti akan beli air.Tapi cuma sekarang aku beli 100 plus , al maklumlah dah besar, ahaha. Then pergi ronda-ronda makan angin. So, kalau nampak ada kereta yang bawa 40 km/h dekat area-area jelebu waktu malam tu, kereta aku la tu.ahaha..


Korang macamana pula, cer kongsi apa aktiviti selepas terawih korang pula? aha




TAMMAT

Monday, July 30, 2012

Lost another 2kg . Yeay =)

Salam
Sedar tak sedar dah seminggu lebih kita berpuasa. Dan banyak advantages yang kita dapat sebenarnya secara tidak langsung antaranya berat badan turun. Alhamdulillah. Bestnya dan total penurunan setelah dikira-kira menurun sebanyak 5 kilo.Aha, tiada rahsia dan aku ni pun bukanlah pakar diet . Nak tahu apa rahsia? hee.. 3 kilo yang pertama turun adalah disebabkan demam.. tettt. ahaha. Jadi bagi aku, demam ni sebenarnya bagi advantage juga, sebab memang aku berniat nak turunkan berat badan pun. Pointnya dekat sini aku nak cakap , bagi aku kadang-kadang kita kena ambil sesuatu dari sudut positif. Memang aku bercita-cita nak turunkan berat badan pun sebenarnya,dah lama dah.


Alat penimbang yang banyak berjasa

Dan mungkin disebabkan itu, jadi aku dihadirkan dengan demam beberapa hari sebelum puasa. Walaupun obviously demam tu sesuatu yang boleh dikatakan agak memenatkan ditambah pula dengan migrain aku ni secukup rasa rasa tetapi dalam kes aku ni, tiba-tiba aku terfikir kadang-kadang Tuhan nak tolong makbulkan niat tu dalam pelbagai cara. Kira dalam kes aku ni demam membuatkan aku turun sebanyak 3 kilo dan end up aku rasa sangat happy disebabkan demam tu membuatkan cita-cita untuk menurunkan berat badan aku termakbul. .Nampak tak Tuhan tu Maha Penyanyang dan lebih Maha Mengetahui? Sangat efficient Tuhan susun satu-satu. Percaya atau tidak , disebabkan demam itulah aku happy sampai sekarang. Kiranya bila kita diberi dugaan , Tuhan sebenarnya nak uji kita, dan kalau kita redha , Tuhan akan memberi kita sesuatu yang lebih yang kita tak sangka-sangka. So, kalau kita ada dugaan tu, bak kata my mom, chill and cool and banyak doa. Sebab lepas tu mesti something good akan datang. and sebab Tuhan takkan sia-siakan usaha kita dan doa kita selagi mana kita tidak berputus asa. Yang lebih tak disangka nya, turun 3 kilo dalam seminggu lebih. Sebab tu, memang betullah dan tak perlu disangkal lagi bahawa kita seharusnya bersangka baik kepada Tuhan.



dalam kelas dulu-dulu~huu, rindu time niiiii..aha

Jadi setelah itu masuklah bulan Ramadhan, dan aku pun nak ucap syukur sebab dapat lagi turun sebanyak 2 kilo. Alhamdulillah. Happy aku tak henti-henti dan aku nak kongsikan happy ni dengan semua melalui blog aku yang tak seberapa ni (tu pun kalau ada orang baca. ahaha) .

Jadi, untuk bulan Ramdhan ni, aku nak ambil kesempatan nak ucapkan Happy Ramadhan dan Happy fasting dekat semua. Mungkin ada yang aku dah ucapkan, (tapi aku nak ucapkan juga lagi sekali, tak kira. ahaha) Ok, and kalau ada aku buat salah and silap kot ada yang aku tak perasan, aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku harap semua hidup dengan aman damai, penuh kasih sayang sesama umat dan bermaafanlah sesama kita sebab Tuhan pun Maha Pemaaf. apatah lagi kita ni yang patut kena maaf dan memaafi. Aha. ok. Byee.. Jangan lupa bersahur. aha


p/s: aku bulan ramdhan ni selalu nyanyi lagu ku mengharapkan ramdhan kali ini ~~~lalala


TAMMAT

Sunday, July 29, 2012

Chomelnya baby ni menggeliat !

Salam
Ada tak pernah jumpa baby menggeliat macamni. Tolonglah bagi tahu. Rasa na cubit-cubit boleh? aha







pic 1: kelass sangat
pic 2 : Superman!!
pic 3 : hooyeayyy!!!
Aha




p/s BK selalu juga menggeliat, tapi rasanya takdelah sechomel ini. Ahaha


Credit Pa&Ma's Page

Wednesday, July 25, 2012

Cara mudah mengatasi penjahat bagi kaum wanita

Salam

Na, jom kita lihat macamana nak protect diri kita terutama kaum wanita kalau berada dalam situasi yang tidak disangka-sangka.


Tapi untuk situasi yang macam ragut tu, better lepaskan sahaja beg sebab macam agak risiko untuk melawan balik melainkan anda black belt. Aha. Tendang sampai pengsan pun takpe. Aha.
Biarlah dia ambil duit dari ambil nyawa. Just ingat je, dia guna duit haram, so biarlah Tuhan yang membalasnya. =)

Credit gambar

Tuesday, July 24, 2012

Thank you for all the lovely birthday wishes. I' m touched =')

Salam
Seperti yang sudah tertulis tajuk di atas, BK nak ucapkan berjuta terima kasih. Untuk pengetahuan , BK baca satu-satu and review satu-satu setiap wish tu and BK sangat berterima kasih walaupun dengan hanya tertulis HB. Tettt.. Aha..Lolz


BK tak kisah and just wanna let you know, BK recognize orang-orang yang wish tu sebagai tanda BK appreciate. Tulis dalam blog ni pun adalah salah satu cara BK hargai.


ada yang bagi pic. aha. Rajin betul mengupload. =)

Hee... and rasanya semua BK dah reply semua wishes sebagai salah satu tanda BK hargai setiap post sampai BK buat jadual pukul berapa BK akan reply post and inbox tu.



Aha. BK sangat happy dan bersyukur sangat sebab di usia yang melankah 22 ni, BK masih diberi anugerah untuk hidup di usia ini and dikurniakan family and rakan sekeliling yang banyak membantu samada secara langsung atau tidak langsung. Ai, macam karangan BM masa tingkatan lima dulu pula. Karangan syarahan. Ahaha..



Thanks =)



Ada yang bagi gambar, bagi inbox, text, call, hadiah and duit. Honestly, adalah rasa terharu sikit. Hee


Walaupun, yang wish ada yang mungkin tidak pernah jumpa, mungkin juga ada yang pembaca blog namun, BK sangat hargai, bukan senang nak jumpa orang yang suka kita. So hargailah =)


Walaubagaimanapun, di kalangan family BK ramai yang terwish awal sehari gara-gara ingatkan birthday BK hari Ahad. Semua terkeliru dengan tarikh ingatkan 23 hari Ahad. Ahaha.. Sebab tu macam BK hairan bila dapat message , and call dari sis BK awal sehari. Ahaha.. Apapun, layannn. Ahaha.

Thanks =)
Di kesempatan ini BK juga nak ucapkan Happy Belated Birthday kepada kawan sekepala BK iaitu Nonin vogue yang berkongsi bulan lahir dengan BK. Lafcu noninnnn!!!! aha

First post

Saat and post terakhir umur 21 tahum
1st wish =)





Bagaimanapun, orang yang pertama wish BK adalah kawan BK dari RNRJohn Band. Aha. Beliau orang yang pertama wish semiggu awal tak silap. Aha. Kedua, almost all family BK ahah and ketiga ex jiran BK.


Btw, ada juga di kalangan pelakon yang BK tidak sangka akan wish juga iaitu Fendi dari kumpulan Balas, Raja Lawak. Aha, thanks walaupun sibuk ada masa layan orang biasa macam BK ni. Aha

Kalau nak ikutkan nak je print screen semua =)

p/s Sebenarnya kan, banyak benda yang BK buat sebelum jam tepat menujukkan pukul 12 untuk BK mencecah umur 22 tahun. Antaranya, tengok muka last 21 tahun kat cermin lepas tu rasa macam Ya ampun, cepatnya aku nak masuk 22 tahun. Homaiii. Aha. Apapun birthday kali ini sangat best sebab ni first time birthday dalam puasa. Aha.

Btw, thanks ma sebab bersusah payah melahirkan adik =)

TAMMAT

Sunday, July 22, 2012

Happy birthday dato' Yusri!



Salam
Seperti yang telah dijanjikan, pembaca bertuah yang mempunyai potensi untuk BK publishkan special entry sempena Birthday pembaca iaitu Dato' yusri!!!


The Legend.
Rejoice adalah shampoo fav beliau. Terbukti ?

Happy birthday, seperti yang ku wish di wall post, aku harap ko sentiasa ceria dan bahagia di kala hidup yang dimamah usia. Jangan risau, musim durian nanti, aku akan ajak ko bersama rakan-rakan yang lain untuk bersama menikmati semua masakan yang berasaskan durian di rumah bonda ku. Aha.

Sedikit cerita tentang Yusri, beliau merupakan rakan yang pernah sekelas dengan aku di U dahulu. Di lahirkan pada tanggal 20 Julai dan mempunyai wajah yang kacak plus manis dan boleh menawan hati sesiapa sahaja yang berselisih dengannya(OMG). Jangan tidak tahu, Yusri juga mempunyai ramai fans dan bernaung di bawah label Yus Kacak dan mempunyai official page di facebook. Panggilan manja yang sering diberikan oleh beliau adalah dato' gojes. Peribadi beliau yang kelasss dan beliau pelawak orangnya dan mempunyai hati yang suci lagi murni ( kenapa harus aku berdusta?) Ahaha..

Jadi dengan itu, sekali lagi BK ingin mengucapkan Selamat Hari Tua dan semoga ko menjaga kesihatan , biasalah makin tua makin banyak penyakit.. Ahaha..

p\s BK banyak belajar DSLR ni dekat dia la. Aha.Jangan lupa dapatkan khidmat photographer dengan Yus. Kalau ko nak aku promote lebih, sila bayar. Ahaha. o lagi satu fakta, style rambut beliau akan bertukar mengikut musim di Malaysia. Contohnya musim tekujuh macam fashion rambut panjang, musim rambutan/durian akan jadi mawhawk , musim bieber fever akan jadi style mushroom dan sebagainya. Ini menggambarkan beliau seorang yang unik. And one more, kalau BK sesat area KL , BK akan call beliau kerana beliau merupakan GPS dan google map yang palin berkesa setakat ini. Ahaha

Berikut adalah bebrapa hasil karya beliau
Pernah juga shoot beberapa model terkenal seperti Amber Chia

Happy birthday Yus !!! Nanti aku beli tepung jagung banyak-banyak keh bila aku jumpa ko. Ahaha..

TAMMAT

Wednesday, May 2, 2012

Best juga shopping sensorang ni

Salam
Sepatutnya entry ni di post time birthday my mom 2 months ago. wa lama tu. Btw, happy birthday mom.. love you more than anything on earth. Sedikit cerita tentang my mom ni, dia merupakan seorang ibu yang tegas(mungkin kerana beliau dulu seorang guru. hee.. kan ma?) namun dia sangatlah penyayang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kebahagiaan family dia. Kalau BK down atau tiba BK lalui hard time, my mom ni macam tau-tau sahaja, mesti BK akan tiba-tiba terima panggilan dari beliau. Mungkin itulah dikatakan instinct ibu. =' . I'am so proud to have you mom.


Kasut 1 untuk my mom, 1 lagi untuk diri sendiri.

Ok, mari kita berbalik pada topik kita di atas. Jadi semasa otw balik BK pun singgah la di JJ Seremban. Masa tu antara dua samada nak beli dekat Terminal or JJ. Jadi disebabkan memikirkan terlalu ramai foreigner yang tidak diingini dekat Terminal tu, jadi BK putus untuk beli di Jusco. Jadi BK pun terus ke kedai kasut untuk dihadiahkan kepada my mom.


Done wrapping. Masa tengah balut, orang kiri kanan tengok pelik je BK buat apa.


BK pun beli la satu kasut untuk BK juga disebabkan BK nye kasut-kasut semua dah haus. Sebenarnya, BK memang selalu shopping or jalan-jalan sensorang jadi untuk beli hadiah untuk my mom kali ini pun bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi BK. Tetapi BK akan pastikan dahulu keadaan dan suasana tempat yang BK pergi itu selamat dan ramai orang.


Perasaan bila shopping or pergi mana-mana sorang-sorang ini sangat best bagi BK. Sebabnya, kita tak payah menyusahkan orang, and kita bebas sedikit nak balik pukul berapa. Tapi yang paling penting, kita hanya mengambil masa yang singkat sahaja untuk bershopping sebab BK ni, kalau dah dapat apa yang BK nak, BK terus balik. Tak singgah mana-mana dah. Lepas tu boleh la rehat pula.



Hee, ok setelah dah dapat sepasang kasut untuk my mom, BK pun terus beli pembalut hadiah dan seletip. Then beli KFC sikit untuk celebrate birthday my mom. Then BK pun singgahlah starbucks kejap beli air supaya terangkan mata sedikit sebab BK perlu mengambil masa setengah jam lagi pula untuk drive sampai di rumah Jelebu. BK ni kalau tiada air caffeine dalam kereta ni confirm akan mengantuk. Then BK singgah sekejap di stesyen Petronas untuk membalut hadiah dalam kereta. Kemudian BK teruskanlah perjalanan pulang.Sampai sahaja di rumah, Haikal (nephew) lah yang selalu akan membuka pintu dan meloncat-loncat kegembiraan. BK pun bagi lah hadiah kat my mom.

Aha, Jadi kesimpulannya, nikmat shopping sensorang ni sesuatu yang menyeronokkan dan lebih membuatkan kita lebih banyak berfikir dan yang paling penting independent. Dah besar kan.... =)



TAMMAT