Showing posts with label Sembang malam~. Show all posts
Showing posts with label Sembang malam~. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

A bachelorette party for this cute girl (=

Salam

Sebelum Arina sampai, kami dah posing dulu dah. LOL










About to get married









She s gettin' married . OMG!!!





Selamat Berkahwinnn Arinannnggg!!!

Nanti dah kahwin, jangan lupakan aku keyh. hihik

TAMMAT

That feeling when you reach the top, gitew

Assalamualaikum
Baiklah baru-baru ni, BK pergi meluangkan masa ke aktiviti wall climbing. So di bawah ada beberapa gambar yang sempat dirakamkan.

Btw, time ni, BK rasa bila da sampai atas tu, rasa nak nyerit '' erghhhhhhh'' hilang segala perkara yang membelenggu fikiran time tu. #gitew ayat .

 



     



 





Thanks Friends
=)

TAMMAT













Friday, July 19, 2013

Loss 4kg on the 7th of Ramadhan... Alhamdulillah (= Tips ?

Salam
Helew olz, okay seperti tajuk di atas. Last wednesday, after class BK terus balik rumah dengan niat berbuka sekali dengan family.So, BK gerak dari Bangi pukul 6 dan sampai Jelebu pukul 7.15pm macamtu. So, sampai-sampai da salam parents semua,tetiba BK macam rasa nak timbang berat.


Aktiviti time degree dolu-dolu. Chomel konon-konon. Not so chomel. 

So, first timbang tu macam tak percaya, then BK timbang 2-3 kali. Uit. Loss 4 kg? Sungguh ke ni?. Then I told my mom, minta my mom test sekali mana tau salah timbang. Then my mom cakap ya ada reduce sikit. Then, BK tanya my sister, dia cakap kalau berat along sama means betul la ni alat penimbang ni. Then my sis pun timbanglah, ya betul berat dia. 

Tetiba rasa na loncat kegembiraankan, over sangat taw. Aha. BK pun ucaplah syukur banyak-banyak. Tipula ta happy kan. So, mungkin ada yang tertanya-tanya mugkin ada amalan or tips yang dibuat. Not so called tips la. aha

Erm, macam na cakap eh. Sebenarnya tiadalah tips sangat cuma. Lately, BK perasan BK ta selera sangat makan nasi. Kalau berbuka tu, mesti habis setengah or suku je habis. Mungkin sebab letih kot or banyak driving, so rasa macam ta selera sangat. Tapi, baguslah kan, banyak bekerja, kurang makan. Yang penting balance. Walaupun kita banyak bekerja, ta semestinya makanan pun kena ambil amount yang banyak.



Oh, lupa ni gathering iftar baru-baru ni di wong solo. Hee

Then, BK pun kurangkan minuman yang berais. Sebab, BK pernah baca, kalau kita minum ais, sebenarnya dia membuatkan kita semakin lapar. Sebab tu kalau kita boleh perasan, kalau kita ambil minuman yang berais, kita akan keep order air, tapi kalau beli air panas/suam mesti segelas pun cukup.

Lagi 1, cuba try tengok orang yang fit, or macam not too skinny. So, kadang-kadang motivate juga tanak makan banyak and keep healthy. Then, kalau FB tu BK selalu review page-page medical, health semua-semua tu.

Ok, itu sahajalah kot, na tips lain, see kalau berat makin menurun. Cuma, BK ta galakkan semua la ambil pil-pil yang ta pasti kebersanannya, lagipun benda tu semua kena consistent. If not, berat kita akan senang naik. Kalau boleh, biar kita turun secara neutral, istiqamah and slumber rock. Hee . Play it cool yawll. aha

K Bye

Credit : Yani

Ramadhan kareem everyone =)

TAMMAT



Saturday, July 13, 2013

Transformasi Ramadhan Day 3

Salam
Ramadhan kareem.


Taken by Aisyah, my niece. Jemput mereka balik siang tadi time kerja

Ate, harini dah puasa ke-3, nampaknya makin dekat kita na menghampiri akhir Ramadhan. Sedihnya. Ok, walau apapun, kita sebenarnya patut rasa bersyukur dengan segala ketentuan Tuhan. Baiklah, harini, basically tiada perubahan dalam berat badan, cuma perut tu rasa ada ringan sikitlah and I am sure that semua orang pun rasa begitu. 


Harini sempat juga BK mengapplykan apa yang resepi yang BK tengok kat internet lately. Tadaaa...


So, basically harini kita berbuka pun dengan jumlah yang separuh, tu pun ta habis, and mulakan berbuka dengan air suam supaya perut tu kasi bersih dahulu barulah makan.



Latest nephew 6 months and half. Hiii =)

Smile everyone and jangan lupa niat puasa.

TAMMAT









Friday, July 12, 2013

Transformasi Ramadhan Day 2 =)

Salam
Tup-tup dah second day kita berpuasa, Alhamdulillah but yet sedih la juga sebenarnya sebab rasa macam tanak habis Ramadhan lagi. Sebab time ni lah, penggoda syaitan kena kurung. Hati pun rasa tenang je bulan ni. Nak buat apa-apapun senang sebab siang ta payah fikir pasal nak makan apa and all that. 


Baiklah, untuk second day harini, BK berbuka dimulakan dengan kurma Yusuf Taiyob dan air kosong, lepas tu barulah dengan nasi. Nasi tu macam biasalah kena maintain walaupun dalam hati ni kalau boleh nak perabih semua, tapi disebabkan duk fikirkan masa panjang and fikir esok boleh makan lagi, bertahan itu lagu bagus gamaknya. Ta gitew dek non.

Btw, petang tadi, BK pun pergilah lawat-lawat pasar ramadhan kot-kot ada benda pelik ke yang boleh dimasukkan dalam paper, or kenaikan harga barang ke but unfortunately tiada la puloks. Meronda-rondalah juga BK tawaf satu Jelebu tadi kot ada event yang boleh di cover, tapi tiada pula. Mungkin sebab awal-awal Ramadhan kot, orang nak berbuka dengan family dulu. Nampak ta 'Husnuzon'' di situ. Tape-tape cuba cari lagi esok.  Siapa tak tahu maksud tu pergi google. 


Btw, BK baru sahaja timbang tadi, berat still maintain. Yela, baru dua hari, susah la sikit nak tengok perubahan positive negative tu. Cuma tadi, BK ada ambil supplement sebab badan lemah sikit sebab musim demam ni. So bila makan tu, rasa bertenaga cergas sihat dan kuat (please say it dalam intonasi advert milo).

Ok lo, rakan-rakan, BK kena sambung buat case study on Louis Vuitton ni. Kbye.
Jangan lupa niat olz. Love u

TAMMAT

Thursday, July 11, 2013

Transformasi Ramadhan Day 1 =)

Salam
Gitew ye.
Harini, puasa pertama BK banyak minum air suam, dan tadi waktu berbuka bersama, kuantiti hanya separuh pingan nasi macam biasa, banyak pengambilan protein and air suam sebelum tidur. Disebabkan BK demam sekarang, so pengambilan air suam tu diambil lebih banyak dari biasa.



Time class pagi tadi, nampak ta muka puasa tu. Lolz

So far, berat BK 54kg, even ada kawan BK like lagi kurus 40 something, but bak kata pepatah lecturer BK, who cares. Lulz, berat sekarang pun BK tak kisah sangat just nak rasa fit je sekarang so that boleh lakukan aktiviti yang extreme lagi mutu keunggulan. Nway, puasa tahun ni BK juga target nak jaga kesihatan lebih, sebab masa kita puasa di siang hari tu kan actually sistem dalam badan kita like di rearrange, so kalau tiba-tiba rasa lapar tu, mesti fikir owh perut kita tengah process, so rasa macam sihat and ta kisah pun kalau lapar, then alang-alang dia tengah process tu why not kita pun ambil inisiatif menyihatkan lagi tubuh badan kita dengan makanan dan minuman yang berkhasiat dan tidak terlalu manis. 


Btw, tadi after class and on my way to hometown, ada yellow ferrari lalu sebelah. Terus semangat nak bawa kereta. Ha, Nampk ta yang dekat first lane tu. Lulz

Ok, transformasi yang BK katakan ni hanyalah transformasi fizikal yang tangible(mengapplykan term-term accounting and economics) lulz, kalau dalaman or in terms of spiritual tu kita sendiri sahaja yang dapat rasa dan BK rasa tak perlulah kita kongsikan. Nanti kang jadi tak ikhlas pula amal ibadat kita sebab setiap perkara yang baik kita buat tak perlulah rasa na kena tunjuk-tunjuk. Enough Tuhan sahaja yang tahu. Tak gituew der =)

So, first day, 54 kg, tunggu sampai habis Ramadhan, tengok makin naik ke makin turun. Tett.

Kla
Jangan lupa niat puasa and sahur
Bubye Salam

TAMMAT




Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan. Azam =)

Salam

Alhamdulillah, akhirnya tiba juga bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadhan. Yeayyy!!! Kalau ada yang tak happy dengan ketibaan bulan Ramadhan ni tak taw na cakap apa. Excited wey, orang yang berpuasa je tahu perasaan teruja puasa ni, serius rasa lain kalau time bulan ni. Mungkin satu sebab syaitan dah kena kuarentin. Mungkin juga sebab kita akan rasa lebih menghargai sesuatu dan mendidik hati supaya lebih bersyukur dan of course segala amal ibadat yang kita lakukan akan dilipat kali gandakan pahalanya. Siapa tanak der? 

Walaubagaimanapun, mari kita sama-sama berdoa kepada Umat Islam di Mesir yang menyambut kedatangan Ramadhan dengan tragedi berdarah.Doa supaya mereka dikuatkan hati dan mohon supaya masalah mereka dapat ditangani segera. Mohon supaya Malaysia dijauhkan dari malapetaka sebegitu. 

Baiklah, so bulan Ramadhan ni, BK berazam nak banyakkan bersedekah semampu boleh walaupun pendapatan BK sekarang taklah sebesar mana, tapi syukurlah sebab rezeki tu sentiasa ada walaupun hanya sekeping maggi potong dua untuk makan ditambah dengan keadaan BK sebagai seorang student juga. But I am ok with it, as long as halal, asal boleh makan, leh wat amal ibadat, settle, tadahal.


Kenangan time photoshoot time 2011.

Lagi satu azam adalah untuk buat yang sunat banyak-banyak, cuz timenilah kita berkesempatan nak perbanyakkan amalan sunat sebab time berpuasa di siang hari kita macam tade intention untuk makan and we doing nothing, so time sepatutnya waktu makan itu kita isikan dengan solat sunat.

Last but not least, seperti kebiasaan Ramadhan, of course kita nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni, sebab kalau time raya nanti, bagi BK rasa puas berpuasa, lebih rasa excited Raya sebab amalan-amalan kita time puasa tu dah complete. So, malam raya tu, dah boleh bakar mercun papan 3 meter. K itu jangan buat. Ahaha. 

Selamat berpuasa uolz, mohon maafkan jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, terguris rasa, or yang sekutu dengannya. Sesungguhnya, semua yang baik datang dari Allah S.W.T, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri BK sendiri. Salam Ramdhan. Love uolz

P/S Jangan lupa buat banyak majlis rumah terbuka banyak-banyak dengan niat bersedekah, dan kemudian disusuli sembahyang terawih. Bukan hari raya sahaja rumah terbuka, sebab pahala time raya ta sebanyak macam bulan Ramadhan. Lagi bertambah-tambah rezeki orang yang bersedekah nanti. Serta tak lupa kepada yang tidak berkemampuan, banyakkan bersedekah. Kbye =)

TAMMAT




Wednesday, May 29, 2013

Go-kart time , eh Panda M???

Assalamualaikum...
Olz, baru-baru ni, BK dan classmates berkesempatan pergi rehat-rehat kejap main go kart. Dah lama da pasang niat sebenarnya nak main, tapi masa elek' sehinggalah one of my classmates ajak pergi ramai-ramai. Tu pun sebab malam. Kalau siang, memang ta dapat la der.  Apa lagi, haruslah pergi. Lagipun, sepanjang kerja plus belajar, jarang ada masa nak keluar dengan classmates. 


So, kami go kart di Raycer Powerhouse, Kelab Tasik Cyberjaya around 9 pm macamtu. Sampai je, tiba-tiba ada kawan BK ni, Alan Lembu datang sekali, macam bagi support gitu dan dia bawa sekali si Panda Merah. Ha, kalau uolz suka layan vlog, mesti kenal this guy ni. Jeng3.



First naik tu, lenguhlah juga tangan sebab bukan power steering. Then dah lama-lama tu ok la sikit. Hee.

Btw, best go kart ni. So, uolz, mari kumpul duit and jom try go kart. Best taw. Jangan lupa ajak BK sekali. Hee. Normal price dekat cyber ni RM240 for 40 minutes. Tapi depends la, kalau pandai cari, lagi dapat murah.

Photo: Them classmates :))

 Kalau nak taw lebih, minta Raycer Powerhouse ni bayar BK dulu nak promote. Lolz

Sebenarnya ada video tapi tapi kalau upload confirm loading lappy BK ni. lulz.

TAMMAT

Credit
Eca, Sarah, Alan




Thursday, May 16, 2013

Class review (First week, 2nd sem)

Salam
We are in the first week for second semester. Basically, our classes start at 9 am and 2 pm from Monday to Wednesday. Sampai kelas petang, habis nangis. Aha. Tujuan review untuk setiap minggu ini dibuat bagi diri sendiri nak refresh and revise balik otak tentang topic yang sudah BK belajar and mungkin kepada anda semua di luar sana untuk mendapat sedikit riview tentang apa yang kami pelajari. Ini semua untuk perkongsian ilmu kepada mereka yang mungkin berminat untuk further study especially in mba.

Even first day also, we already covered the first chapter and we have been given an assignment which will be presented next week. No excuses for subject registration like ' 1st day class' oh common prof. Bukan apa, time degree dulu masuk kelas relax je first day, but now ta dapat dah der na relax-relax first class, terus ada assignment lagi. 

Btw, I enjoyed the first lecture. Our new lecturers are very nice so far, I hope it will be last forever. lulz. On Monday, we have Financial Management class. We already covered Financial System topic. The financial system basically has two characteristics, the first one is Financial Institution.  The institution is divided into two, 1. Banks like Bank Negara Malaysia(BNM) which they are allowed to collect deposit. 2.  Non bank (Tabung Haji) , they don't have the right to collect deposit. The second characteristics is Financial Market. Market includes money, capital, derivatives and offshore. 

Ok, the most important think that we should know is BNM is not profit making, they are just regulator and central bank while the conventional bank/islamic bank are profit making institution. Means, they are the agent of BNM to implement monetary policy. 

Ok, tentu anda tertanya kenapa BK buat review ni to be exact,because ada yang tertanya-tanya apa yang kami belajar. So that s why, BK akan buat sedikit review untuk each subject kalau ada masa.

K setakat ni dahulu, tulis panjang-panjang nanti ada yang tertidur depan lappy. Lol. So, nak relate dengan financial,kira m not a profit making keyh sebab BK buat untuk perkongsian ilmu tiada charge bayaran dikenakan. Ha, gitieww. Hee



TAMMAT



Monday, March 18, 2013

Perubahan minum air kosong (Jan-March)

Salam

Minum air 5-7 sehari sebagai rutin BK sejak dua menjak tiga menjak ni menghasilkan perubahan yang positif dalam kehidupan sanubari ini, tu dia ayat bombastic  Dulu memangla al susah nak minum air ta kiralah air apapun sebab jenis bukan suka minum air. Tetapi sejak bulan Januari lalu, kebenaran mula datang dalam minda yang minum air kosong itu perlu untuk mengelakkan badan kita semua dehydrated.

Bermula bulan Jan lalu, BK telah target akan minum 5-7 gelas sehari at least, dan nak tahu apa perubahan yang BK alami ???Jeng3 (dalam nada mission impossible)

First, macam ta percaya, tapi tapak tangan BK ta kering lagi. Before this, memang kalau ta letak lotion tu, memang keringlah tangan. Tapi semenjak minum, tapak tangan '''macam gebu'' sikit(nak habaq mai air kosong ni sangat bagus). Kalau tekan tekan tapak tangan tu, boleh bounce balik. Gitieuwww. So, silalah minum air kosong wahai pembaca sekalian alam.

Second, berat badan berkurang. Ha, sila terkejut seminit. Ok, bila minum banyak air kosong, perasaan nak makan tu akan berkurang sebab perut rasa kenyang. Ha, keinginan nak tengok nasi pun macam tade mood. Btw, jangan sampai ta makan carbohydrate langsung yep. 

Lastly,  bila nak buat aktiviti tu sentiasa bersemangat sebab dengan minum air kosong sebenarnya secara tidak langsung banyak buang toksin dalam badan. So, silalah minum air banyak-banyak keyh uolz.



Baru-baru ini at GSM =)

Bila nak minum tu, bayangkan kita minum sebab nak sihat dan rasa badan rasa ringan.

Credit
Picture Tasha, Mimi 

TAMMAT

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.


Thursday, January 17, 2013

Done with entrepreneurship training =)

Salam 
Heleewww, akhirnya settle juga training ni end last week. Lega akaqqq... First week masuk 1 hari bagaikan 1 tahun, sila bayangkan kalau seminggu tu. Glad habis juga akhirnya. Aha.

Like seriously training ni boleh membuatkan BK ta tidur malam bila dapat department yang sangat complicated untuk di handle. Macam-macam scenario  yang dicetuskan. Tapi nak habaq mai, tadelah teruk macamna pun, sebab kalau betul teruk, BK da masuk hospital migraine berminggu dah.Lolz, First, sebab kami semua dah tau ia hanyalah virtual company. So, tiada effect pun dalam real life. Aha 



Seangkatan.




Taskasodagumbira



The most important thing, everyone willing to give their salaries to help company survive . Lolz.Nasib baik virtual je. Real life memang ta la kan nak korbankan salary. Baik sungguh kalau dapat employee macamni in real life kan.. Lolz. Apapun, banyak juga input yang dapat throughout this training. Semua department macam kami semua tahu peranan masing-masing.

At least dapat gambaran how to run business. 

Credit Taskasodagumbira 

K bye

TAMMAT






Wednesday, January 9, 2013

Meet Muhyiddin Yassin, Deputy Prime Minister + Training

Salam 

Heleewwww, wuish what a week, minggu lepas and minggu ni sangat membusykan BK, menjadi kemestian kepada mereka yang tiada experience kerja 1 year above kena menjalani training dua minggu dahulu di salah sebuah ipta di sini sebelum melanjutkan pelajaran untuk master bagi MBA course di sini.


Trainning time, bak kata taska, "Multi talented + Hardworking people. Me,una and tia haha"



Time tpm na balik dah


Kerja-kerja. Selepas training dalam pukul 5 macamtu , BK terus shoot ke Seremban dari Seri Kembangan untuk cover story our deputy prime minister. Penat weyh, terpaksa pecut untuk mengelakkan jam. Sebelum masuk simpang Seremban, tiba-tiba ada satu lori tangki terpelosok dekat tengah-tengah divider highway. Jam dia jangan cakaplah, yang paling banyak orang tolong tengok lepas tu bawa kereta slow sampai beberapa kilometer jam, but yang tolong bantu, beberapa ketul je. "Perihatin sangatz".



Menteri Besar N. sembilan




Former Cheif Minister of Penang 




Bersama rakan senior dari Utusan, kosmo and Metro if I m not mistaken, and terjumpa juga rakan dari Bernama.


Apapun, BK decide untuk tidur di rumah bro BK dekat Seremban, then after Maghrib, terus pergi cover story. Pukul 2am baru siap buat kerja tidur rumah abang BK. Huu.. Then, pukul 8am bertolak balik ke Seri Kembangan dengan niat untuk training dengan hati yang tenang. Macam biasa sebelum tol Kajang, ada camera AES, semua menjadi pemandu berhemah. Lolz. Penat weyh but yet, BK rasa belajar banyak benda and buat diri bertambah berdikari dan sedar betapa susahnya nak cari duit at the same time belajar. Terkejar sana sini, penat ta boleh na cakap lah. Penat nak fikir, penat nak drive, penat otak, lenguh kaki, driver lori and bus yang bawa macam highway tu dia punya, sesuka hati je masuk lane 1, lepas tu main masuk je, tau la besar. Baboonz betulz. Banyak jugala species driver kena high beam dengan aku lately. Tapi benda yang buat BK sejuk hati dekat highway ialah bila ferrari or lambo , audi ke lalu dekat highway. Rasa tenang je. (of course dengan sentiasa mengingati yang Maha Esa , jiwa akan lebih tenang). Benda yang paling precious ialah apabila ferrari ada dekat belakang kereta BK , bahahaha. lepas tu aku taknak mengalahkan bagi sport car duk belakang. hahahaha... ok evil, jangan tiru aksi ini. haha

Ok, kejap aku kejap BK. tapekan, pepaham je la.. ahaha.

So, trainng BK ada dua hari je lagi. Yeayyyy!!! Can't wait! 

Tolong doakan permudahkan segala urusan BK keyh. Heee =)


Credit Tasha FB

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

TAMMAT

Friday, December 28, 2012

Kita merancang, Tuhan yang menentukan =)

Salam

Di akhir penutupan 2012 ni, eloklah BK muhasabah diri sikit tengok plan yang berjaya dan plan yang belum lagi. Inilah dinamakan Allah perancang terbaik.



Ok, kalau tengok bulan January hingga March, hanya satu je plan berjaya iaitu Start writing novel. Alhamdulillah la juga cuz bukan senang nak writing novel. Kena feeling-feeling tulis ayat jiwang sikit plus BK ni manala reti sangat nak sweet-sweet ni. Lolz. 

Another two tu, BK rasa BK kena hold dulu sebab time tu pun BK masih study lagi last sem last year. So, takpelah , kira halal time tu. Haha. Study nak kena makan banyak wey ditambah pula dengan makan ngan member, memang harapan jelah nak reduce, just masa puasa haritu je turun 6 kilo lepas tu, raya, ambik kau , kembali pada berat asal. So BK consider Reduce 5 kg tu belum berjaya lagi. Haha. Pasal serious modelling tu BK indent kan pada bulan July, sebab BK ada hadir photoshoot dengan Blue T Production untuk majalah baru.

Pada yang tak pasti apa yang produksi ni buat, diorang la pengeluar majalah ana muslim tu. Yang ma BK selalu beli time kecil, sekali dah besar terus dapat photoshoot dengan depa. Hambik kau.




Menghabiskan masa dengan budak ni... hee

So, untuk bulan April to Jun pula, pergi Umrah je tade rezeki lagi walaupun kursus haji dah pergi. Huuu, tapi tape, usaha tangga kejayaan. Insyallah, mimpi tu memang ada nak pergi sana and terus tinggal dekat Mecca, semoga Allah permudahkan. Sebenarnya, kalau bolehlah , BK nak kumpul duit and plan nak pergi buat umrah/haji before BK kahwin... Kalau ada jodoh nanti. Hee. Kalau ada. Kalauuu tawww...

Ok, untuk bulan July-Sept pula, hanya satu je BK dapat ke arah itu iaitu be positive thinker. Ha, yang lain belum tertunai untuk tahun ni.  Insyallah, Tuhan tu Maha Mengetahui, pasti ada hikmah aku belum dapat lagi capai pada bulan tersebut. Eh "aku' pula? ahaha. k . malas na padam



                                           Alhamdulillah =')


Pada Okt-December pula, satu yang tercapai iaitu membuat Master. InsyaAllah, bulan satu tahun depan BK start class. Alhamdulillah. Thanks Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Memahami lagi Penyayang ='). Azam yang lain tu masih lagi dalam perancangan, cuma BK kena lagi berusaha kumpul duit untuk kegunaan family BK sebagai membalas budi mereka yang selalu support and always be there whenever BK rasa down especially my Parents. =') Thanks Allah sebab bagi family yang sangat memahami dan penyayang =')


BK juga nak ucapkan terima kasih pada semua family, member-member, and saudara mara yang very supportive, sentiasa beri kata semangat yang mungkin dalam keadaan sedar atau tidak sedar sepanjang tahun 2012 ni. Honestly, BK ingat setiap orang yang selalu support BK. Kadang-kadang malam-malam sebelum nak tido, BK selalu fikir orang yang sentiasa ada bila BK needs someone to listen, terharu weyh seyes. Dan yang paling BK terharu bila Allah yang kita tak nampak ni rasa dekat sangat dengan BK bila BK nak mengadu.=') Tuhan tu Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Memahami. =') I Love Allah =') Thanks Allah.... =')



Back  to school. Hello UPM =) hee


------

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

K bye. 

=')

TAMMAT






Tuesday, November 20, 2012

Beramah mesra dengan pelajar USIM

Salam

Aha, baru baru ini BK berpeluang membuat liputan tentang pelajar USIM melalui program SISPA iaitu program mencari dan menyelamat. 




Semasa mereka melakukan tempat mandi dan seterusnya



Tempat perlindunga mereka




Kalau mereka yang tidak tahu apa SISPA ni, ia merupakan satu unit Siswa Siswi Pertahanan Awam dan kebanyakan Universiti banyak menubuhkan unit ini.

Antara student USIM yang menyertai program ini.







Jadi, program mencari dan menyelamat ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam di Jeram Enggang. 






Untuk liputan ke Jeram ini, BK telah dibawa oleh dua orang Pegawai JPAM dengan menaiki kenderaan 4x4 yang sangat mencabar dengan jalan yang basah. Ke kiri ke kanan jugalah BK dalam tu,

Ok, enjoy




BK dah lama tak masuk hutan, sekali dapat task ni, terus excited sorang- sorang . Aha

TAMMAT