Showing posts with label Sembang petang~. Show all posts
Showing posts with label Sembang petang~. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Cerita raya kita =)

As salam,
Helew olz, disebabkan paksaan oleh setengah pembaca blog ni untuk mengupdate(ta sangka ada juga yang membaca) gitew, ate kiranya  BK gunakanlah kesempatan yang dicuri ini untuk menulis sesuatu yang terjadi kepada BK lately. Sebenarnya BK nak final dah ni next week. So uolz tolong doakan BK and member-member BK yang lain okeyh. Moga dapat A dalam semua subjects . Gitew.





So, masa hari raya pertama haritu, selepas BK beraya di rumah sanak saudara jiran tetangga, BK pun baliklah berehat. Konon saje berehat. Petang tu tiba-tiba jem depan rumah BK, rupanya ada accident dekat depan sikit je dari rumah BK, apa lagi BK pun siap-siap tukar baju terus ke tempat kejadian. BK terpaksa buka lampu kecemasan sebab nak cepat ambil story. Kalau nak tahu kisah selanjutnya. Sila baca online. Hee...

Hari kedua raya pula, BK ke airport untuk hantar cousin BK, on my way to airport, ada another accident lagi. Masa BK sampai tu, memang betul-betul kejadian tu baru berlaku. And again, BK terpaksa berhenti sekejap untuk cover story. Yang scary nye ada one of the budak, terkoyak pipi dia, that time ambulance belum sampai. I was like, pffttt. Kesian gila, BK just boleh tenangkan sahaja budak tu, (menyesal pula ta masuk pbsm  ). That kid macam ta boleh bercakap lagi da, and I think dia dah tak boleh menangis. The driver pula macam da lost, duduk tepi jalan. My sis cakap, kalau dah terlalu banyak kehilangan darah, oxygen tak cukup, kita akan blur. So, BK agak setuju dengan statement my sis tu.

U know what, BK banyak belajar benda sepanjang cover story accident ni. Satu, kena selalu sentiasa berhati-hati di jalan raya. Kedua, jangan lupa berdoa keluar rumah and menaiki kenderaan. Ketiga, kita kena fikir yang orang yang kita bawa itu adalah semua tanggungjawab kita. Keempat, sebelum buat sesuatu, in this case(drifting or speeding) , fikirlah secara meeting. Since that day, BK bawa paling laju pun 120km/h. Tak berani nak bawa macam muda-muda dulu, siap tertinggal Ferrari dekat belakang kereta BK. Nasib baik Ferrari tu lex je. Lol. Kalau bawa perlahan sangat pun ta boleh juga, nanti mengantuk.

Klah, tulis panjang-panjang nanti ada yang tertidur depan laptop nanti. lolz
Klah, papai. xoxo

TAMMAT

Monday, June 10, 2013

Teva Kenaboi Adventure Challenge, just pic =)

Salam
Gitew gambar die. lulz


Kening naik sebelah macam Ziana zeng ta. lulz. gambar kat atas ni diupload oleh brader abnor dari BH, Thanks. terasa macho pula gambar ni. lulz. 

Brader sebelah BK tu baguslah, dia kasi tips macamana nak shoot target dengan tepat. Teringat zaman muda-mudi dulu main paintball dolu-dolu.


Tengok beza kualiti gambar camera biasa dengan camera mahal dekat atas. Aha.


Thanks juga dekat organizer, belah kanan BK sebab belanja. Sungguh mulia betul hati beliau belanja BK dengan beberapa lagi rakan media lain. Semoga dimurahkan rezeki bro. Thank bro. sep seket.


                                                

Interviewed this mat saleh, umur 50 plus masuk this challenge, I am wonderin', umur 50 nanti , what I m gonna do? Fulltime housewife maybe? lolz



Ok, na kongsi sikit ni la gambar pemenang dia, that guy is an army, and that girl s from UPNM. Ok, siapa student UPNM angkat tangan siket. That girl tersangatlah chomel, mai gad, da la chomel pemalu pula tu. 

Lagi bertambah-tambah chomel. Masa ambil gambar tu, tak lokek pun(lokek tu maksud dia  macam lebih kurang tadahal la bro gitew) , senyum je dia bila amik gambar. Untung siapa couple dengan dia ni, murah rezeki. Ok, dia chinese btw. Tolong jangan kecewa guys. Aha.

K bye.

Credit - brader abnor, BH and brader METRO =)

TAMMAT




Sunday, January 20, 2013

Azam 2013 yep.

Salam
Ha, setelah dah masuk 20 hb ni, baru buat azam untuk 2013 kan. Ahaha. Baiklah, meh na explain sikit pasal azam-azam bagai ni. Actually, BK hanya merancang supaya dapat dijadikan guideline, bukan apa takut juga lupa tujuan hidup. At least bila dah tahu apa benda nak buat each month, tiadalah rasa kosong je hidup, macam ada benda yang nak buat. 

BK rasa orang lain pun ada azam sendiri yang mungkin lebih power rangers dari azam BK ni. Namun, azam yang selalu dibuat  ni just apa kemampuan BK setakat ini, dari segi bajet fulus mania, dan tahap kemampuan diri dan sedikit ilmu yang ada. So, terkeluarlah idea azam di bawah. Insya Allah akan diusahakan semampu and sebaik yang boleh. Semua ni sudah tentu dengan niat kerana Allah S.W.T dan untuk keluarga especially parents. Uolz dekat luar pun sudah tentu punyai azam tersendiri untuk kebahagiaan kedua orang tua masing-masing kan.  


Oklah, first azam. Bab 5 kg tu, sebab sepatutnya itu adalah azam tahun lepas yang belum mencapai tahap yang sepatutnya. Tapi, alhamdulillah la juga sebab ada kurang 2-3 kg macamtu Lolz.  Bab minum air tu suppose kena minum 6-8 kan? Aha, sebab BK bukan jenis minum air kosong pun(ok jangan ikut). So, tahun ni BK buat juga at least 5-7 gelas, dalam 1 hari tu memang agak sukar la bagi BK nak sampai 8 gelas tu. Aha

Yang lain tu, semua dalam perancangan. Diharap semua tolong doakan BK, family and member-member and maybe untuk diri sendiri mencapai azam masing-masing.

Ok bye

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.


 TAMMAT

Saturday, January 12, 2013

Aktiviti student dulu

Salam,
Tiba teringat kembali zaman dolu-dolu, dalam mengisi masa lapang sebagai seorang student. Bila dah tiada kerja weekend tu teruslah membusykan diri dengan join banyak aktiviti sendiri or dengan member, plus dah memang budak lasak dari kecik, so memang agak sesah la nak duduk diam.


Lepas tu, adalah gathering balik. Rasa rindula juga sebenarnya bila dah jumpa tu, lepas photoshhot.



Jumpa balik tu. Then pergi raya-raya.





<3 p="p">



Last kumpul ramai-ramai, lepas tu masing-masing busy. Ada yang dah kahwin, tetttt, yang dah berjaya pun ramai cuma BK sambung belajar balik, jadi student balik. Exam, quiz, hew hew hew .. 

Apa-apapun, semua sempoi, tadahal punya. Aha.  



Credit to photographer yang awesome. Thanks 

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

Kbye =)

Wednesday, December 26, 2012

R Teyyy M

Salam
Ok, haritu  BK berkesempatan ke RTM untuk majlis konvokesyen kanak-kanak. Jadi, ni la first time BK pergi task sensorang. Cuak weyh.

Dengan muka slumbernya BK pun masuklah tanpa perasaan. Ok fine, semua muka gua tak kenal. Mujurlah, BK pernah pergi RTM before , so takdelah sesat nak pergi sana.



Jadi dekat sana BK duduk hujung sekali cuz kalau duduk depan nampak excited sangat pula sebab yang dapat scroll budak-budak bukan BK.. lolz 

Ok, masa tu teringatlah balik,  time tadika dulu. Pakai jubah ala-ala dapat degree gitu. haha.


Dengan DJ negeri.fm,(Radio Negeri.fm ada di RTM)  dia jadi juruacara untuk cousin BK dan sangat terhibur, dia cakap nogori kuat . aha

Apa yang paling menarik ialah bila diorang buat persembahan lakonan, happening gila. Rasa nak bab bab budak-budak tu. Kenapalah diorang chomel sangat!

Lepas terus balik office dengan perasaan gembira sebab rasa lebih excited for the next task. (ok ayat cliche).

ok

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

TAMMAT




Monday, November 12, 2012

Video Strokkur Geyser di Iceland yang Super Awesome.

Salam
Strokkur Geyser ini dipendekkan cerita adalah campuran air dan wap yang akan membentuk letusan. Jom tengok video hebat ini



Strokkur adalah sebahagian daripada kawasan Haukadalur geothermal yang mana mempunyai geothermal yang lain seperti kolam lumpur, fumaroles, algal deposits  seperti Geysir. Strokkur ini berlaku selepas gempa bumi disekat saluran geysernya.

Strokkur ini ada kaitan dengan tekanan air yang ditolak ke bawah dan lebih banyak air akan mendidih seterusnya menjadi wap kemudian air da wap ini akan dipaksa keluar sehingga menjadi letusan yang superman.

Dah macam Geology dah aku ni. Aha

Lihatlah kekuasaan Tuhan.

Kredit
Youtube/Wiki

TAMMAT

Sunday, October 21, 2012

The collections

Salam
Pastinya ramai antara kita semua mempunyai koleksi peribadi yang dikumpul dari kecil. Masih teringat dulu-dulu aku and my best friend nana adalah peminat fanatic Hello Kitty, siap kitaorang buat list dari pembalut hadiah yang ada gambar HK sampailah lampu-lampu bantal dan sebagainya. Namun yang pasti koleksi accessories adalah antaranya. Paling banyak bangle, pantang pergi mana-mana mesti nak kena beli bangle. Oh, girls. 



Ada separuh bagi kat orang lagipun bukannya pakai sangat pun, kumpul je lebih, dari semurah-murah hinggalah yang tak berapa mahal sampai berjuta-jutaan.




Selain itu, spec juga menjadi kesukaan aku untuk mengumpulnya. Just hiasan

Ada juga dari pemberian member. Niceee..



p/s =)

TAMMAT

Friday, July 27, 2012

Wednesday, July 25, 2012

Pasti jatuh juga air mata bila melihat pertanyaan berkaitan dengan bulan Ramadhan ini ='''''''''''''''''''''''''''''''''''''''(

Assalamualaikum


Just wanna share this picture. Read it










A leading Mufti in Saudi Arabia was brought to tears on live TV when he received a question from Somalia: 

“Is my fast accepted if we have no Suhoor or Iftaar?



p/s Bersyukurlah kita duduk di Malaysia, dan bila membeli di bazaar tu ingatlah soalan ini ='''(

Credit
Lajnah Penerangan Dppsa


TAMMAT


=''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''(





Tuesday, February 21, 2012

Dulu baca blog, sekarang kerja sekali =)


Salam.
Kalau dulunya BK hanya membaca blog serius ini. Itupun bila ramai member-member yang suggest kan tengok blog sebab dulu BK bukanlah pembaca blog tegar ataupun suka usha-usha blog orang sebab bagi BK, suka lagi menulis. Then, apabila BK tengok ramai pula orang yang bagi link-link dari blog serius kat BK ni, and tak kurang pula ada yang share link. Jadi lama-lama BK pun bacalah blog ini.


Ketika di interview oleh 1tube.my ~

Pertama kali BK baca bila kawan BK bagi link blog serius ini pasal kereta. Itupun sebab member BK tau yang BK minat kereta-kereta ini. Jadi, BK pun terus macam suka baca blog ni. Masa itu macam tak kenal pun lagi owner blog ni. Just baca blog sahaja.

Jadi dah lama-lama itu, BK pun jarang lah buka blog-blog dah. Tapi BK still dengar orang selalu cakap tentang blog serius ni. Sehinggalah start intern. Macam biasa , start introduce company. Then tiba-tibe CEO tanya, kenal obe tak?. Then, BK cakaplah tak kenal.Then another question. Baca blog serius tak? . Start dari itulah BK kenal obe and accidentally BK kerja sekali dengan dia.

Boleh dikatakan Obe ni memang kuat membaca. Masa BK di PWTC, bila cari paper yang BK beli pagi tu, rupanya Obe sedang pinjam, baca paper tu. See. kena berusaha kalau berjaya, kena rajin. I mean, kalau kita blogger, kita kena berusaha untuk mencari artikel-artikel yang berkualiti. Kena selalu membaca artikel-artikel.

Isteri Obe sempoi and peramah taw. Aha sukeyh =)

Ok papai

p/s Minta-mintalah obe tak baca entry ni. Huu

TAMMAT


Saturday, January 28, 2012

Dilema 22 mencecah 22


Salam.

Owner blog ini bakal mencecah 22 tahun. Aha. macam tak percaya je. Rasa baru semalam habis SPM. Hoho. Baru sebentar tadi banyak persoalan bermain dalam fikiran ini. Malam tadi pula baru call member, masing-masing macam tak percaya dah nak masuk 22. Masing-masing tanya "dah ada bf belum" lol. Ahahaha. kelakar bangat malam tadi. Memang tak percaya dengan umur kami sekarang. Masak pun kantoi lagi. Ades, senyum sensorang bila teringat balik perbincangan malam tadi. Excited pun ada. Aha Masing-masing macam tidak dapat terima kenyataan yang dua-dua bakal masuk 22. Huuu

22~ Masak tak expert lagi. Selalu overcooked je~
22~ Tak sangka dah 22, ya ampun dah besar dah kome~
22~ Marka pun tak jumpa yang sesuai lagi ~
22~ Tanggungjawab makin besar~
22~ Kena fikir beli rumah~
22~ Kena kerja kuat~
22~ Dah kena bagi duit dekat parents.~
22~ No more financial support from "FAMA" ~
22~ Fikir beli pekakas rumah, beli sikit sikit~
22~ Dah kena saving~
22~ Tak boleh nak enjoy-enjoy sangat dah~
22~ Badan kena maintain~
22~ Kesihatan makin hari makin perlu dijaga~
22~ Tak boleh nak pakai high heel sangat, sebab nak elak osteoporosis.~
22~ Makan pun tak boleh nak fast-fast food dah~
22~ Minum pun tak boleh nak air sejuk sangat, kena banyak minum air panas and suam~
22~ Fikiran pun kena lebih matang~
22~ Stress pun dah kena pandai handle.~
22~ Amal pun dah kena banyak~
22~ Kena jadi role model dekat adik-adik~
22~ Tak boleh bergantung dekat orang lain. Kena independent~
22~ Kena cari sesuatu extraordinary~
22~ Dah kena buat itu ini sendiri~
22~ Hidup kena berbaik sangka~
22~ Kena cari jalan untuk memajukan diri~
22~ Kena happykan semua orang


Wuishhh. Hati kena kental masuk 22 ini. Kena tahan cabaran hidup.

Acane?

Solution sendiri

Hidup kena gamble~

Hope tis year will bringz lot of luckz 2 me
Aha.
OK,

Papai

TAMMAT


Thursday, January 26, 2012

Oh lelaki, please lah ~


Salam.
Mungkin post ini untuk kita sama-sama improve yang mungkin kadang-kadang lelaki tidak sedar yang perbuatan mereka membuat perempuan kadang-kadang rasa annoying sangat. So, BK nak minta maaf awal-awal jika apa yang BK cakapkan ini mungkin membuat anda kurang selesa tetapi percayalah yang ini mungkin boleh membantu or bagi tips sikit bagi lelaki supaya lebih aware dengan tingkah laku mereka and supaya perempuan lebih menghormati mereka sebagai lelaki dan entry ini bukan hendak menyalahkan atau mencari salah tetapi hanyalah teguran supaya kita dapat sama-sama memahami dan mengetahui apa yang perempuan lihat dan nilai pada seorang lelaki.


Sekadar gambar hiasan

1.Teguran
Seeloknya, bagilah teguran secara berhemah, jangan sebut " b....." "f...." and yang seangkatan dengannya bila hendak menegur perempuan kerana dari ayat kamu itu sendiri girl-girl dapat menilai tahap kebijaksanaan kamu. Nak tegur orang tapi guna perkataan tidak sepatutnya. Tidak kisahlah teguran dari segi percakapan, pakaian or tingkah laku seorang perempuan. Ini tidak, bagi teguran pada perempuan yang seolah-olah hebat sedangkan, pagi petang, siang malam merokok, keluar perkataan 'tidak sepatutnya', pakai seluar main futsal tiga suku. Macamna perempuan nak degar nasihat kamu. Ingatlah, bahawa teguran yang sebegini tidak akan merubah apa-apa. Berilah nasihat yang baik pada perempuan, kerana hati perempuan ini lembut dan perempuan akan lebih appreciate dan ikut nasihat-nasihat yang berupa membimbing bukan menengking dan tunjukkanlah teladan yang baik.

2. Ego
Oh man, kurangkanlah sifat egomu kerana ianya tidak akan kemana. Bila egomu terlalu meninggi ke langit, girl-girl tidak akan mampu mencapainya dan end up dengan sesuatu yang negatif. Ego itu kena ada bagi seorang lelaki namun kenalah pada tempatnya dan uruskan egomu dengan sempurna. Sebolehnya fikir tentang perasaan orang lain.

3.Panas Baran
Ok, yang ni BK nampak memang agak serius bagi seorang lelaki. Seorang perempuan pernah bertanya kepada seorang yang bijak pandai baru-bari ini and I was there. Kata orang yang bijak pandai tersebut, panas baran sebenarnya berpunca dari manusia itu sendiri yang tidak mampu mengawal kemarahan atau emosi. Maksudnya, panas baran ini berpunca dari kesalahan manusia and bukan disebabkan faktor lain. Jadi, dalam entry ini, BK khususkan untuk kaum lelaki. Bukan apa, BK pernah melihat suatu situsi , live punya di suatu tempat yang bagi BK rasa ia amatlah memalukan dan mengaibkan keluarga itu sendiri. Si suami memarahi si isteri dengan perkataan yang tidak sepatutnya dan berlaku tragedi yang menakutkan. Jadi, nasihat BK, janganlah menginaya isteri or maybe ur girlfriend kerana suatu hari nanti percayalah yang girl-girl akan tawar hati dengan kamu. Try untuk banyak-banyak bersabar and percayalah perempuan akan lebih menghormati kamu sebagai seorang lelaki.

4. Control perempuan tidak kena tempat:
Ini lagi satu. terutamanya dalam situasi couple-couple ni. Duk pi control anak dara orang tu awatnya? Hang bukan suami dia pun lagi . Ini larang perempuan nak keluar dengan member-member perempuan dia sendiri. Nak pergi lunch pun larang. Nak pergi aktiviti universiti pun larang. Tapi duduk bawa keluar sampai pagi girlfriend hang, hang tak kisah pula? What a life. Sedar atau tidak, tindakan anda melarang itu akan menimbulkan sikap menipu yang tinggi kepada girl-girl. Hakikatnya girl akan keluar senyap-senyap dan menipu anda. Kalau dalam kereta, semua penghuni kereta kena senyap seketika kalau kamu call, dan si perempuan akan inform dekat you all " I'am going to sleep" sedangkan girl-girl kamu nak keluar beli barang dapur. Girls have life too man. Girl-girl pun ada kawan- kawan juga , girl-girl pun nak active juga. At least, bagi sedikit kebebasan, dan ingatkan dia. Girl-girl dah besar kot. Pandailah dia jaga diri.

5. Sweet talker
Homai. Tahukah kamu si jejaka yang sweet talker ini lama-kelamaan akan menjadi topik utama bagi girl-girl dan end up kamu akan di ignore oleh girl-girl? Ha, ini kamu kena tahu. Girl-girl sangat annoying dengan lelaki yang sweet talker ini. Silap-silap kamu akan menjadi bahan tawa girl-girl.

6. Control macho and show off
Relaxlah, tak perlu control macho. Nanti lama-kelamaan kamu tidak akan dipandang langsung. Cuba menjadi seperti orang biasa akan membuatkan kamu lebih dihargai dan orang akan merasai kewujudan kamu.Show off- Bawa kereta, hisap rokok , buka tingkap, cakap kuat-kuat. Ingatlah, even kamu bawa ferrari sekalipun, tetapi kalau kamu tidak mampu meninggalkan sikap meninggi diri , dan cakap secara berlebih-lebihan. At last, kamu bakal di ignore . Walaupun kamu kaya, tetapi cuba menjadi orang biasa, bergaul dengan semua orang. Btw, BK ada seorang member. Sikap yang ditunjukkan dan cara percakapan tidak sedikitpun menampakkan dia datang dari seorang yang berada. BK sangat suka lelaki yang macamni and BK rasa kebanyakan perempuan pun akan suka lelaki macamni. Sehinggalah pada suatu hari, BK dijemput ke rumah familynya, dan surprisingly BK tak sangka dengan taraf dia.

7. Don't say!
Hi, nak berkenalan, how are you, eh dp you cantik, good night, nape tak tido lagi. Keadaan ini biasanya belaku especially dekat facebook or myspace dimana kamu bukan rapat sangat pun dengan perempuan itu. Lainlah kamu classmate dia ke or kawan dari kecil ke or kenalan terdekat. It s just not nice for girls. Hakikatnya, girls akan cakap macamni " Apahal mamat ni or haish, mengganggu betullah " dan tekan "X" pada penghujung chat or silap-silap kamu akan di remove dalam friendlistnya. Fikir sendiri lah kan. And lagi satu, kalu dah tahu girl-girl dah tak layan tu, faham-faham sendirilah. Janganlah dah tahu girl takkan layan, lagi nak keep doing the same thing. Hal ini akan merendahkan tahap kamu . Kena ingat, jika kamu di approve di laman sosial, tidak semestinya kamu boleh chat tiba-tiba. Then act like u dah kenal lama. Then bila girl-girl online, bukanlah bererti untuk chat dengan kamu. Be cool man :)

8. Cakap terus terang:
Jangan berdolak dalik dalam apa jua keadaan. Biarlah ianya sakit sekarang dari sakit ditipu. BK rasa semua orang faham ini.


9. Jadilah seorang lelaki yang gentleman.
Girls akan lebih appreciate bila lelaki tersebut peramah, bercakap bila perlu,tak gelak kuat sangat, menasihat bukan control,ambil tahu, tenang tetapi tegas
yes, Tegas!

p/s: BK kurang suka bila BK drive, penumpang disebelah especially lelaki except my family pandang BK.

Ok

Papai

TAMMAT.

Wednesday, November 16, 2011

lelaki lebih teruja memilih tema perkahwinan berbanding wanita. Biar betul???



Salam... :)

"I rasa I prefer garden wed untuk wed i nanti, U know why kan, plus ada flower girl and boy", haish, betul ke apa yang aku dengar ni.? Perghhh, nak kata lelaki ni 'aww' tak pula, memang straight and macho juga lah...




Ha tulah situasi yang B.K selalu dengar oleh kaum lelaki. Wahhh boleh tahan juga kaum lelaki ni eh, B.K pun tak terfikir sampai ke situ lagi dengan tema-tema wed buat masa ni tapi klau tengok video-video tu sukalah. B.K macam tak sangka pula lelaki ni sebenar halus juga hati dia, ada juga perasaan seni yang terbit dalam hidup mereka. Bukan apa, selama ini kita tengok kalau bab-bab kecantikan or theme-theme ini selalu dikaitkan dengan perempuan. Sekarang dunia macam dah terbalik pula.


Btw, B.K tengok selalunya lelaki akan lebih cenderung memilih tema garden or fantasy-fantasy macam tu and of course white color kena ada. B.K kekadang fikir lelaki ni pandai juga eh pilih-pilih ada taste gitu.

Tapi kan, macam bagus juga kan kalau lelaki yang fikir-fikir tema wed ni cuz kalau kita fikir nanti takut dia tak berkenan pula. Lelaki pilih kita follow je. Senang, tak payah nak fikir-fikir lagi dah. Hee ..ok lah


p/s: Kalau B.K , wed nanti nak ada sport cars iring macam lambor or ferrari ke( berangan je aku ni kan) .. Hee.. tu bukan tema kan...??? hee.. k lah papai


itu dia jejaka-jejaka idaman Malaya~ hee
TAMMAT.

Wednesday, July 27, 2011

Gambar FSU uniten, zapin and the photograhy comp.


Salam.
Hi, ni gambar time Festival Seni Uniten di U BK baru-baru ni. 19/20 July 2011. First time masuk pertandingan photography ni terkejut juga tiba-tiba dapat sms kata menang. Alhamdulillah.Thanks kepada yang sudi support and to all the judges. ;)


Pasukan Kelompok Murni untuk kategori Zapin juga menang dapat no.1. Terima kasih banyak-banyak. Walaupun first time masuk pertandingan tari-tari ni.huhu..


Overall event ni happening sebab macam ramai yang happy-happy.


Our choreographer... Congratz both of u ;)
and Aina yang jaga kami semua and our crews. ;)


Sempat juga ambil pic dengan anak-anak mak Arab ni..Yang baby tu macam manja sangat.
Maw cubit-cubit.


Orait.

Itu sahaja.Papai.
Next year boleh masuk tarian lagi kan??? hee

TAMMAT.


Friday, July 15, 2011

sembang petang~ kalau tak suka tayah usya~senang kan?



Salam.
Bak kat abang BK, kalau kita tak berkenan tu, better tak perlulah kita baca or nak ambil tahu, nanti kita balik yang sakit, jiwa kacau la dan pelbagai lagi. So, samalah dalam dunia-dunia blog bagai sekarang ni. Kadang-kadang macam tak faham kenapalah duk caci maki marba( betul kan ayat aku ni?) kat orang lain tapi at the same time pergi ambil tahu hal orang tu. Hurmmm.. Better tak payah . Buat tambah pola dosa kita je nanti.haa..sanggup ke tanggung?

Hee. oklah, topik ni tiba-tiba terdetik time nak hantar Project 1 tadi. Lepas je hantar, BK pun belilah surat khabar Metro. Baca-baca tengok cerita haish tak faham juga duk maki-maki orang ni. Hurm. janganlah maki k .. tak baik. Dia tak suka... Hiduplah happy-happy. Duk maki orang kita pun belum tentu sempurna. Kita pun tak lama dah kat dunia ni. Hiduplah dengan penuh ketenangan and capailah apa-apa hajat yang perlu dicapai. Tak perlulah kita nak cari kesalahan orang lain jika kita gagal cari kelemahan diri sendiri. Jadi. renung-renungkan..

Selalulah nasihatkan diri sendiri agar sentiasa tenang walaupun kita tak suka benda tu. Maafkanlah orang walaupun bukan kesalahan kite, kalau kita salah pun kita kena minta maaf okeyh. Sedangkan Tuhan ampunkan umatNya yang banyak melakukan dosa beribu raban ni, inikan kita manusia biasa yang hidup dekat dunia pinjaman ni.( macam serius betul entry kali ni)


my ex housemte during my found' prog. ok, pic sebagai hiasan and diambil time reunion baru-baru ni . Rindu yeas!

p/s: tetiba aku rasa tajuk dekat atas tu macam brutal ya amat. ok. semua ok kan? :)
ok lah, pesanan ni untuk kita semua dan untuk diri BK juga, bila kita tahu kita tak sempurna, bukan bermaksud kita tak perlu cari kesempurnaan itu, kita kena cari.,itulah sebab kita dikurniakan guna otak untuk berfikir. :)

TAMMAT.




Tuesday, June 28, 2011

Anda sangat cool bila anda tak bawa kereta laju.~ Lamborghini Murciélago Kemalangan Dengan BMW M5 Di Lebuhraya Sepang


Salam.

Terlanggar pula mereka berdua ni sebab terlalu ghairah kejar mengejar each other. BMW M5, and Lamborghini Murcielago SV630.
Tarikh: 19 June 11
Situasi : cik Lambor berkejar-kejaran dengan Cik BMW . Lambo langgar BMW

Gambar di bawah menunjukkan kejadian sebelum dan selepas kejadian.

Credit to : ericmaxman (pengsnap gambar)

Input:



Output:


Err, tiba-tiba BK teringat kejadian time BK balik baru-baru ni. Otw back from N9, dekat highway Plus. BK time tu drive dekat lane 3( sebab kalau bawa kat lane 2 confirm mengantuk) , then dari jauh dah nampak lampu kereta besar kecik-besar kecik and dalam hati BK terus tergerak cakap " Ni ferrari ni", then tak sampai sesaat tengok 1 ferrari dah ada belakang BK,memang betul la tekaan., then terus la terkeluar perkataan s.....(ntah berapa kali ntah BK cakap perkataan tu, lepas tu terus sep sep mulut sendiri sebab keluarkan perkataan tersebut sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah.)


credit ti pipah for d candid.
chantek :)

Disebabkan lane 2 penuh dengan kereta , dengan ferrari yang dah bawa kereta macam jet perjuang AS di belakang, BK pun terus memecut dengan selaju-lajunya semata-mata untuk mencari ruang di lane 2 bagi memberi peluang pada cik ferrari yang tak sabar-sabar nak pergi mana ntah. Maybe dia laju sebab nak pergi sembahyang Asar kot, sebab time tu dah nak masuk Maghrib. (Bersangka baik :) next time sembahyang awal-awal k cik owner ferrari :)) Lepastu BK terus masuk lane 2 dan seterusnya lane 1 sebab dah nak sampai Bangi. Cepat betul sampai Bangi rasanya dari rumah sampai Bangi, sampai dalam masa 1 jam je. Perghh.. Ni suma gara-gara cik ferrari yang terlewat untuk solat Asar.Lepas ni sembahyang awal-awal k cik owner ferrari :)

Lepas ferrari tu melepasi BK, terus lane 3 kosong, semua bagi laluan dekat ferrari. Perghh, lepas tu BK terus cakap dalam hati, " Nanti bila aku dah ada ferrari, aku taknak bawa laju-laju, aku nak bawa dekat lane 1/2 je." :)

Apa-apapun BK tak kisah sangat sebenarnya, sebab kereta tu pun memang dicipta iuntuk kelajuan, just janganlah bawa laju-laju sangat sebab nanti bila dah jadi incident macamni, kita balik yang susah bukan? :)


terbabas di bahu jalan nampaknya~


langgar side guard

"Benda kalau nak jadi, jadi juga"

Apa kena mengena tajuk benda kalau nak jadi? errr, maksudnya kalau beli kereta mahal mahal , kalau nak incident tu incident juga. Yang penting kita bawalah kereta hati-hati supaya
tiada kegusaran dalam pemanduan

TAMMAT
:)

Thursday, June 23, 2011

sembang petang~ ala.., yang ada cream kat dalam tu, best sangat!!!


Salam.
Petang-petang macam ni memang best la pekena secawan kopi and this little thing ni.
"Dalam cream dia sangat sedap ok. faham...Sedap.. Korang tak pernah try ke? Rugi dow(ok,seyes rasa macam brutal sangat)".

Kira macam tu la dialog-dialog BK masa 1st time BK pekena benda ni. Kalau petang-petang pergi upten(upten tu adik beradik uniten, food court macam tu) mesti nak kena beli juga satu.


Owh, nway, ni makanan untuk dua minggu ke tiga minggu.
Motif: berjimat
Punca/ sebab : duit tak masuk lagi
p/s: ni takda kena mengena dengan tajuk. :)

Rasa macam semua dah tau. Tapi first first try memang terus ketagih. Dulu-dulu tak tau pun nama benda ni. Lepas tu dah lama-lama beru nak tergerak hati pergi search kat cik google.
Macam-macam type, kuih berkrim la, kuih warna coklat ada krim la, jenis-jenis kuih yang mengadungi krimla. ai, kira macam-macam nama la. Tapi at last jumpa juga empunya nama . "CREAM PUFF" :)


:)

Itulah dia cream puff. Mostly, member-member semua suka kuih ni. cream memang terbaiklah and confirm boleh menaikkan berat badan. And bagi yang ingin menjaga berat badan tu tak perlulah makan sampai 2 3 keping sebab satu keping kuih tu pun macam dah banyak calories.


cream puff , just bought it. minum dengan coffee, baik punya!!!

Ok, makan-makan juga tapi mari kita lihat info-info yang menarik mengenai kuih ni:

Menarik ker???

Nutrition Facts
Serving Size 1 oz (28.35g)
Amount Per Serving
Calories
103
Calories from Fat
66
% Daily Value*
Total Fat
7.3g
11%
Saturated Fat
1.6g
8%
Polyunsaturated Fat
2.1g
Monounsaturated Fat
3.2g
Cholesterol
55.6mg
19%
Sodium
157.9mg
7%
Potassium
27.5mg
1%
Total Carbohydrate
6.5g
2%
Dietary Fiber
0.2g
1%
Sugars
0.1g
0%
Protein
2.6g
5%
Vitamin A
7%
Vitamin C
0%
Calcium
1%
Iron
3%
* Percent Daily Values are based on a 2,000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs:
Calories:2,0002,500
Total FatLess than65g80g
Sat FatLess than20g25g
CholesterolLess than300mg300mg
Potassium3,500mg3,500mg
Total Carbohydrate300g375g
Dietary Fiber25g30g



Jadi pandai-pandailah kita bajet kuantiti makan supaya hidup kita lebih sihat and fit :)

Sekian,

TAMMAT

Sunday, May 22, 2011

my mom'll make sure that I watch awan dania~ I wonder why..hurmm~


Salam.

Duduk sambil lipat baju ni, BK selalu tertanya-tanya why my mom always ask me to watch awan dania by the time BK dekat rumah.

Al kisah,Ma ngan ayah selalu tengok tv dekat bawah then BK pula akan tengok tv dekat atas. Then, bila awan dania start je, mesti ma akan tanya dekat anak buah BK, asu tengok awan dania ke tak tu? hee. Ya, I think my mom sangat minat scha dalam cerita tu. hee..


bersantai sembang sis dengan cik izyani and peapah~

BK selalu fikir kalau lah semua orang macam dania tu, mesti bahagia hidup sebab dia sangat pandai menguruskan perasaan dia sendiri ..Tapi benda tu semua tak mungkin berlaku. Lumrah alam , masing-masing dikurniakan perasaan dan perasaan marah misalnya bukanlah untuk dilepaskan tetapi untuk dikawal. Perasaan happy juga haruslah dikawal agar tidak berlebih-lebihan. Wa, seyes rasa macam penceramah bebas. Hee :)

Ok lah, berbalik pada awan dania tadi, satu yang BK tertarik dengan cerita awan dania ini ialah cerita ni nampak sosial tapi sebenarnya tak sosial. Wah, macamana tu??? I mean BK tengok cerita ni bila jalan dua tu tak pegang tangan, lepas tu kalau waktu sembahyang tu time tengah-tengah shopping pergi sembahyang dulu. Kira macam style juga la cerita ni.



Ok, anyway, BK pun suka la tengok cerita ni tapi tidak dapat mengalahkan minat my mom la towards dania. She likes awan dania so much.

Nway, my mom and my dad selalu pesan, biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang even seteruk mana pun dia buat yang tak baik pada kita and selalu maafkan orang dan meminta maaf dengan ikhlas walaupun bukan kita yang bersalah kerana orang yang meminta maaf itu lagi mulia hatinya dan sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui akan sesuatu. Who are we to judge people rite? :)

TAMMAT...

Ok, setakat itu sahaja.