Tuesday, October 18, 2011

convo, puas ker?



Salam.
Baru-baru ini berlangsungnya satu majlis convocation dekat U BK (tiba-tiba terasa kekok nak tulis ni, dah lama tak mengupdate since busy FYP2). Masa tengah sibuk-sibuk tolong jual dekat gerai-gerai tu, BK tengok ramai keletah para graduasi( seyes skema) after habis event, ada yang meloncat-loncat keriangan, ada yang peluk-peluk member, ada yang menitiskan air mata, ada yang menggunakan perkhidmatan photographer, ada yang baling-baling topi dan macam-macam lagi. Tetapi, persoalannya, puas ke convo ni???


Bersama warga Uniten, ~
Pernah satu hari, masa tengah bersembang-sembang dengan ma and ayah masa minum-minum petang dekat luar rumah, ma pernah tanya ayah, lebih kurang macamnilah ayatnya " Bang, perasan tak, kita rasa sangat terharu kan bila anak-anak kita naik ke pentas ambil ijazah, rasa persaan lain kan, rasa puas bela anak " ayah tersenyum dan mengiyakan kata-kata ma. Nampak tak, bila kita dah banggakan ibu bapa, ibu bapa rasa puas besarkan anak-anak..



ada bakat jual-jual tak? ;)

Adik-beradik pun for sure bangga dengan anda-anda. Apa lagi yang mampu membahagiakan orang selain kita yang berusaha membahagiakan mereka. Kita jugalah yang akan menjadi sumber inspirasi kepada adik-adik or relative . Namun, haruslah ingat membahagiakan orang tak semestinya dengan menghadiahkan segulung ijazah, membahagiakan boleh jadi menjaga hati, mengorbankan sedikit masa, jiwa untuk memberi manfaat kepada orang lain. Bukankah memberi itu lebih mulia dari yang menerima( ewahhh)


akhirnya ~~
Kawan-kawan??? Haruslah bangga dengan kejayaan kita, ibarat berkongsi perasaan gembira melihat rakan-rakan yang berjaya. Tiada hasad dengki namun doa dipanjatkan semoga rakan-rakan berjaya. Sedarkah kita apabila kita mendoakan rakan-rakan untuk berjaya, para malaikat akan mendokan untuk kita pula? Jadi banyak-banyakkanlah berdoa. Jika ada rakan-rakan yang lebih berjaya, janganlah iri hati sebaliknya haruslah berdoa kejayaan mereka dan anggaplah itu adalah kurniaan/ pinjaman dari Tuhan ;)

.
Ok, di kesempatan ini B.K nak ucapkan congratz kepada semua warga uniten yang menerima ijazah baru-baru ini, terutama kepada kak Nana, Nipa, kak Emi, Mr. R, Mr. Nik , dan semua yang kenal lah senang.. Hee okeyh.


So, jawapan bagi soalan di atas????


PUASSS KOWT!!! gila tak puas???

Sumber gambar:
Ahli PRS ;)


Hee
Papai

TAMMAT