Monday, January 30, 2012

1st day 3 tasks =)


Salam.

Al kisah harini mulanya practical dengan senyumnya dan sedikit cuak berbaur excited. Hari ini start pukul 10am dan dimulakan dengan breakfast dan MacD dan kemudian sesi ice breaking, then pengenalan pada Amanz.network. Sudah semestinya mereka ini semua sempoi habis and BK pun tidak berasa awkward bila berada dalam office. Btw, I don't have to worry about food, everything is provided. Can't imagine my stomach from this month onwards. Hee =)


Masuk-masuk suasana santai and very conducive just like CISCO . I' ve learned so much today. From network to ads. Then, lunch at redWalk.

Today, I have been assigned to do some tasks. My feeling right now 's like , am I 22yo? adult? and I'am going to work soon. Cepatnya. Tak sangka lepas ini dah start nak bekerja. Ouch, terasa nak muda balik.

My mom just called me to make sure everything is alright. Love you mom. Always be there when I need you. Yup, my dad too. =)

Ok, study balik flowchart, mockups, review notes.

Btw, thanks for those who wished me luck at FB.
Papai

S/H= BSA, Balsamiq

TAMMAT

Saturday, January 28, 2012

Vid Turban


Salam.

Disebabkan ada request untuk gaya Turban yang dipakai sewaktu photoshoot kat S.Alam and dinner baru.baru ini. Jadi bagi memenuhi permintaan, BK buat satu video yang sangat simple untuk mereka yang bertanya . Anda boleh melihatnya di 1tube or Youtube. BK galakkan tengok di 1tube sebab loading ambil masa singkat and jangan lupa tekan HD bagi gambar yang jelas instead of youtube.



Credit to photographer


Sila Click Link Di Bawah untuk Youtube





Sila Click Link Di Bawah untuk 1Tube


Bergaya sesekali tidak salah as long it s on the line. Thanks bagi sesiapa yang bagi comment membina and ada lagi yang request untuk Style untuk kahwin and tunang pula. Aiyak. Nanti BK try -try dulu yep.

Ok,

Papai

TAMMAT

Dilema 22 mencecah 22


Salam.

Owner blog ini bakal mencecah 22 tahun. Aha. macam tak percaya je. Rasa baru semalam habis SPM. Hoho. Baru sebentar tadi banyak persoalan bermain dalam fikiran ini. Malam tadi pula baru call member, masing-masing macam tak percaya dah nak masuk 22. Masing-masing tanya "dah ada bf belum" lol. Ahahaha. kelakar bangat malam tadi. Memang tak percaya dengan umur kami sekarang. Masak pun kantoi lagi. Ades, senyum sensorang bila teringat balik perbincangan malam tadi. Excited pun ada. Aha Masing-masing macam tidak dapat terima kenyataan yang dua-dua bakal masuk 22. Huuu

22~ Masak tak expert lagi. Selalu overcooked je~
22~ Tak sangka dah 22, ya ampun dah besar dah kome~
22~ Marka pun tak jumpa yang sesuai lagi ~
22~ Tanggungjawab makin besar~
22~ Kena fikir beli rumah~
22~ Kena kerja kuat~
22~ Dah kena bagi duit dekat parents.~
22~ No more financial support from "FAMA" ~
22~ Fikir beli pekakas rumah, beli sikit sikit~
22~ Dah kena saving~
22~ Tak boleh nak enjoy-enjoy sangat dah~
22~ Badan kena maintain~
22~ Kesihatan makin hari makin perlu dijaga~
22~ Tak boleh nak pakai high heel sangat, sebab nak elak osteoporosis.~
22~ Makan pun tak boleh nak fast-fast food dah~
22~ Minum pun tak boleh nak air sejuk sangat, kena banyak minum air panas and suam~
22~ Fikiran pun kena lebih matang~
22~ Stress pun dah kena pandai handle.~
22~ Amal pun dah kena banyak~
22~ Kena jadi role model dekat adik-adik~
22~ Tak boleh bergantung dekat orang lain. Kena independent~
22~ Kena cari sesuatu extraordinary~
22~ Dah kena buat itu ini sendiri~
22~ Hidup kena berbaik sangka~
22~ Kena cari jalan untuk memajukan diri~
22~ Kena happykan semua orang


Wuishhh. Hati kena kental masuk 22 ini. Kena tahan cabaran hidup.

Acane?

Solution sendiri

Hidup kena gamble~

Hope tis year will bringz lot of luckz 2 me
Aha.
OK,

Papai

TAMMAT


Thursday, January 26, 2012

Basic things yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan sepatutnya ada dalam bilik tidur ~


Salam.

Entry kali ini mungkin lebih tertuju kepada girl-girl . Bilik tidur merupakan tempat untuk merehatkan dan mungkin juga untuk menghiburkan diri. Kita mahu bila kita masuk sahaja bilik, kita inginkan keindahan dan ketenangan. Jadi ada beberapa tips atau cara yang mugkin boleh diguna pakai bagi menghias bilik tidur.Tidak kiralah murah atau mahal, yang penting mampu membangkitkan suasana harmoni dalam bilik tidur.

with my nephew Arash Haikal

Pemilihan warna
Sangat penting bagi melahirkan mood . Elakkan memilih warna yang terlalu terang sebaliknya pemilihan warna lembut atau sedikit malap lebih sesuai. Contoh biru lembut. purple gelap, pink for girl-girl, green lembut.

Almari solek
Perlulah bersesuaian dengan size bilik. Bagi lelaki rasanya cukupla sekadar cermin panjang di hujung bilik. Ini bagi mengelakkan memakan size untuk pekakas yang lain.

Langsir
Kalau boleh langsir janganlah terlalu mempunyai corak yang heavy, kerana bilik tidur bukanlah ruang tamu. Pilihan langsir yang simple lebih baik dan lebih menimbulkan suasana yang tidak terlalu berserabut.

Penyangkut baju
Harus ada supaya kita boleh megantung jeans-jeans yang digunakan atau tudung-tudung selepas menggunakannya. Al maklumlah, baru sampai rumah dan masuk bilik, takkan nak campak je atas katil.

Jam dinding
Penting dan melengkapkan lagi bilik tidur. Supaya kita sentiasa bersedia. Tak payah beli yang mahal-mahal pun takpe. Dekat kedai 2ringgit tu berlambak. Namun , bagi yang berkemampuan tidak salahnya jika kamu membeli yang lebih sedikit in terms of kualitinya supaya tahan lebih lama.

Magazine or buku-buku kesukaan anda.
So jika anda boring-boring nanti bolehlah anda baca. Sedikit sebanyak kamu boleh menambahkan pengetahuan tentang sesuatu yang kamu baca. Selain itu, magazine and buku-buku ini juga boleh dijadikan sebagat pengubat tidur.



Pemilihan perabot yang berwarna putih boleh menghasilkan impak yang besar pada size bilik

Lappy/radio/ tv
Sebagai hiburan . Sebagai halwa telinga. Hal ini boleh menghidupkan lagi suasana bilik tidur. Menyanyi sorang-sorang boleh menimbulkan aura positif tetapi bergantung pada lagu yang anda pasang. Seeloknya, bukalah lagu-lagu yang mampu beri kamu ketenanagan supaya tidur kamu lebih bermakna.

Meja study
Bagi yang sedang belajar , eloklah sekiranya ada satu meja study bagi memudahkan mengulangkaji pelajaran.

Benda-benda yang boleh menghiburkan diri.
Contoh kalau ada guitar ke, keyboard ke, skateboard ke(tu BK jelah buat) or piano ke.


Kerusi Sandar
Bagi blogger-blogger ni memang patutla kena ada kerusi sandar dekat bilik supaya lebih banyak idea melimpah luah keluar.

Perfume
Untuk menimbulkan suasana sweet dan lahirkan aura positif dalam bilik tidur

Lampu tidur
Lampu tidur mampu membangkitkan suasana yang sweet dan muram di mana kamu lebih mudah terlena instead of lampu utama bilik kamu.

Lotion
Bagi girl-girl, manjakanlah dirimu di sebelah malam dengan lotion setelah bekerja keras di siang hari. Ini bagi membuat kamu menghargai diri kamu dan menaikkan semangat kamu untuk memulakan kerja pada keesokan harinya di samping cream-cream yang lain.

dan yang paling penting

Al-quran/ Yassin( bagi yang beragama Islam)

Ok itu saja, rasanya barang-barang ini semua ada dalam bilik tidur semua orang. Just the way you organize it. Bagi bilik yang kecil, better pilih perabot yang kecil bagi menampakkan impak yang besar dan seboleh-bolehnya merapatkan perabot seperti katil dan almari ke dinding semaximun yang mugkin. Jangan memakan ruang terlalu banyak kerana ini mungkin boleh membuatkan bilik tidur serba tidak kena.

ok

papai

Semoga dapat membantu.

Daaa.

TAMMAT






Oh lelaki, please lah ~


Salam.
Mungkin post ini untuk kita sama-sama improve yang mungkin kadang-kadang lelaki tidak sedar yang perbuatan mereka membuat perempuan kadang-kadang rasa annoying sangat. So, BK nak minta maaf awal-awal jika apa yang BK cakapkan ini mungkin membuat anda kurang selesa tetapi percayalah yang ini mungkin boleh membantu or bagi tips sikit bagi lelaki supaya lebih aware dengan tingkah laku mereka and supaya perempuan lebih menghormati mereka sebagai lelaki dan entry ini bukan hendak menyalahkan atau mencari salah tetapi hanyalah teguran supaya kita dapat sama-sama memahami dan mengetahui apa yang perempuan lihat dan nilai pada seorang lelaki.


Sekadar gambar hiasan

1.Teguran
Seeloknya, bagilah teguran secara berhemah, jangan sebut " b....." "f...." and yang seangkatan dengannya bila hendak menegur perempuan kerana dari ayat kamu itu sendiri girl-girl dapat menilai tahap kebijaksanaan kamu. Nak tegur orang tapi guna perkataan tidak sepatutnya. Tidak kisahlah teguran dari segi percakapan, pakaian or tingkah laku seorang perempuan. Ini tidak, bagi teguran pada perempuan yang seolah-olah hebat sedangkan, pagi petang, siang malam merokok, keluar perkataan 'tidak sepatutnya', pakai seluar main futsal tiga suku. Macamna perempuan nak degar nasihat kamu. Ingatlah, bahawa teguran yang sebegini tidak akan merubah apa-apa. Berilah nasihat yang baik pada perempuan, kerana hati perempuan ini lembut dan perempuan akan lebih appreciate dan ikut nasihat-nasihat yang berupa membimbing bukan menengking dan tunjukkanlah teladan yang baik.

2. Ego
Oh man, kurangkanlah sifat egomu kerana ianya tidak akan kemana. Bila egomu terlalu meninggi ke langit, girl-girl tidak akan mampu mencapainya dan end up dengan sesuatu yang negatif. Ego itu kena ada bagi seorang lelaki namun kenalah pada tempatnya dan uruskan egomu dengan sempurna. Sebolehnya fikir tentang perasaan orang lain.

3.Panas Baran
Ok, yang ni BK nampak memang agak serius bagi seorang lelaki. Seorang perempuan pernah bertanya kepada seorang yang bijak pandai baru-bari ini and I was there. Kata orang yang bijak pandai tersebut, panas baran sebenarnya berpunca dari manusia itu sendiri yang tidak mampu mengawal kemarahan atau emosi. Maksudnya, panas baran ini berpunca dari kesalahan manusia and bukan disebabkan faktor lain. Jadi, dalam entry ini, BK khususkan untuk kaum lelaki. Bukan apa, BK pernah melihat suatu situsi , live punya di suatu tempat yang bagi BK rasa ia amatlah memalukan dan mengaibkan keluarga itu sendiri. Si suami memarahi si isteri dengan perkataan yang tidak sepatutnya dan berlaku tragedi yang menakutkan. Jadi, nasihat BK, janganlah menginaya isteri or maybe ur girlfriend kerana suatu hari nanti percayalah yang girl-girl akan tawar hati dengan kamu. Try untuk banyak-banyak bersabar and percayalah perempuan akan lebih menghormati kamu sebagai seorang lelaki.

4. Control perempuan tidak kena tempat:
Ini lagi satu. terutamanya dalam situasi couple-couple ni. Duk pi control anak dara orang tu awatnya? Hang bukan suami dia pun lagi . Ini larang perempuan nak keluar dengan member-member perempuan dia sendiri. Nak pergi lunch pun larang. Nak pergi aktiviti universiti pun larang. Tapi duduk bawa keluar sampai pagi girlfriend hang, hang tak kisah pula? What a life. Sedar atau tidak, tindakan anda melarang itu akan menimbulkan sikap menipu yang tinggi kepada girl-girl. Hakikatnya girl akan keluar senyap-senyap dan menipu anda. Kalau dalam kereta, semua penghuni kereta kena senyap seketika kalau kamu call, dan si perempuan akan inform dekat you all " I'am going to sleep" sedangkan girl-girl kamu nak keluar beli barang dapur. Girls have life too man. Girl-girl pun ada kawan- kawan juga , girl-girl pun nak active juga. At least, bagi sedikit kebebasan, dan ingatkan dia. Girl-girl dah besar kot. Pandailah dia jaga diri.

5. Sweet talker
Homai. Tahukah kamu si jejaka yang sweet talker ini lama-kelamaan akan menjadi topik utama bagi girl-girl dan end up kamu akan di ignore oleh girl-girl? Ha, ini kamu kena tahu. Girl-girl sangat annoying dengan lelaki yang sweet talker ini. Silap-silap kamu akan menjadi bahan tawa girl-girl.

6. Control macho and show off
Relaxlah, tak perlu control macho. Nanti lama-kelamaan kamu tidak akan dipandang langsung. Cuba menjadi seperti orang biasa akan membuatkan kamu lebih dihargai dan orang akan merasai kewujudan kamu.Show off- Bawa kereta, hisap rokok , buka tingkap, cakap kuat-kuat. Ingatlah, even kamu bawa ferrari sekalipun, tetapi kalau kamu tidak mampu meninggalkan sikap meninggi diri , dan cakap secara berlebih-lebihan. At last, kamu bakal di ignore . Walaupun kamu kaya, tetapi cuba menjadi orang biasa, bergaul dengan semua orang. Btw, BK ada seorang member. Sikap yang ditunjukkan dan cara percakapan tidak sedikitpun menampakkan dia datang dari seorang yang berada. BK sangat suka lelaki yang macamni and BK rasa kebanyakan perempuan pun akan suka lelaki macamni. Sehinggalah pada suatu hari, BK dijemput ke rumah familynya, dan surprisingly BK tak sangka dengan taraf dia.

7. Don't say!
Hi, nak berkenalan, how are you, eh dp you cantik, good night, nape tak tido lagi. Keadaan ini biasanya belaku especially dekat facebook or myspace dimana kamu bukan rapat sangat pun dengan perempuan itu. Lainlah kamu classmate dia ke or kawan dari kecil ke or kenalan terdekat. It s just not nice for girls. Hakikatnya, girls akan cakap macamni " Apahal mamat ni or haish, mengganggu betullah " dan tekan "X" pada penghujung chat or silap-silap kamu akan di remove dalam friendlistnya. Fikir sendiri lah kan. And lagi satu, kalu dah tahu girl-girl dah tak layan tu, faham-faham sendirilah. Janganlah dah tahu girl takkan layan, lagi nak keep doing the same thing. Hal ini akan merendahkan tahap kamu . Kena ingat, jika kamu di approve di laman sosial, tidak semestinya kamu boleh chat tiba-tiba. Then act like u dah kenal lama. Then bila girl-girl online, bukanlah bererti untuk chat dengan kamu. Be cool man :)

8. Cakap terus terang:
Jangan berdolak dalik dalam apa jua keadaan. Biarlah ianya sakit sekarang dari sakit ditipu. BK rasa semua orang faham ini.


9. Jadilah seorang lelaki yang gentleman.
Girls akan lebih appreciate bila lelaki tersebut peramah, bercakap bila perlu,tak gelak kuat sangat, menasihat bukan control,ambil tahu, tenang tetapi tegas
yes, Tegas!

p/s: BK kurang suka bila BK drive, penumpang disebelah especially lelaki except my family pandang BK.

Ok

Papai

TAMMAT.

Wednesday, January 25, 2012

Teringin juga nak tahu siapa ~



Salam.

Pertanyaan demi pertanyaan bila setiap kali BK lihat nuffnang BK bila lihat readers yang masuk time BK update blog. BK just wonder siapa yang sudi baca blog BK yang datangnya agak banyak dari luar negara sebab mostly entry yang BK tulis dalam Bahasa. So, for those who read my blog, kindly let me know who u are .



hey, yll?=p

Btw, thanks for viewing my blog

Appreciate =)


Tuesday, January 24, 2012

Bersyukur =)


Salam.

Terima kasih kepada yang sudi baca blog BK yang tak seberapa ini. Hari ini, berbincang tentang topik syukur. Alangkah bestnya kalau manusia yang hidup dekat bumi ini sentiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan. Hal ini BK cuma kongsikan untuk kebaikan diri dan bersama since BK tengok dekat 'laman sosoal' selalu sahaja ada rungutan yang tidak munasabah sini sana. Jadi BK berharap kita sama-sama fikirkan dan muhasabah diri sendiri termasuk diri ini untuk perkara di bawah.Maaf awal-awal jika apa yang BK cakap ini mungkin ada yang terasa tapi ingatlah better kita sama saling mengingati sekarang bak kata orang putih "it s now or never".


nikmat ada member

Jadi kalau kita rasa kita ini susah, kita semua termasuk saya kena ingat ada orang yang lebih susah yang terpaksa mencari makan di timbunan sampah. Jika kita rasa kita ini tak cantik, kita kena ingat ada manusia yang lebih kuat diuji dengan kecacatan tubuh fizikal. Tapi pernahkah insan yang cacat ini merungut tentang pemberian Tuhan? Baru-baru ini, BK ada hadiri satu kenduri, and maybe Tuhan nak tunjukkan kat BK tentang nikmat BK dan menambahkan lagi kesyukuran , BK diperlihatkan oleh seorang budak yang cacat penyakit lebih kurang down syndrom, sangat cantik kanak-kanak ini, dan apabila BK bertanya pada ibunya, BK lihat wajah ibunya bercerita kelihatan begitu tabah dan menahan-nahan air matanya keluar apabila bercerita tentang anaknya. Sesekali si ibu melihat anaknya di sebelah, tersekat-sekat nafasnya. BK kesian tengok kanak-kanak ini tapi jauh di sudut hati BK, BK percaya yang kanak-kanak ini akan menjadi penghuni syurga kelak. Melihat kanak-kanak ini membuatkan rasa hati lebih bersyukur dengan pinjaman yang diberiNya. BK pun sedaya upaya tidak menunjukkan kesedihan BK terhadap kanak-kanak ini kepada ibunya kerana melihat ibunya sahaja, BK rasa runtun hati, serba salah, dan BK berdoa supaya si ibu tabah dan yakinlah kanak-kanak ini begitu istimewa kerana dia tidak pernah membuat dosa dengan keadaanya yang dilahirkan begitu.

Jika kita rasa kita ini selalu dihimpit dugaan yang besar, kita kena ingat ada orang yang hari-hari ahli keluarga mereka dibunuh dan dianaya dalam peperangan yang mana lagi kuat hatinya diuji. Jika kita rasa rumah kita kecil, kita kena ingat ada orang yang terpaksa tidur beralaskan kotak di kaki lima tanpa selimut. Jika kita rasa negara kita ini teruk, kita kena ingat banyak negara di luar sana yang umatNya sukar unutuk beribadat sedangkan di negara kita ini Masjid ada di mana-mana and kita boleh beramal ibadat dengan tenang. Jika kita rasa kita ini looser, kita kena ingat begitu ramai yang bersusah payah untuk mencari hidup yang sempurna. Jadi jika kita fikir kita ini sering dipulau dan sebagainya, kita kena ingat bahawa bagaimana kesabaran Nabi pada zaman dahulu dibenci dan dihina kerana ingin menegakkan agama dan Nabi tidak sekitkan pun marah malahan siap menziarahi orang yang menjadi musuh Nabi yang sedang sakit itu. Nabi tidak pernah sedikit pun ingin melakukan pemberontakan atau rusuhan terhadap mereka yang membencinya atau menolak kempimpinanya. Tingginya akhlakmu. ='


bersyukur ada kengkawan

Jadi ingatlah, kita semua termasuk saya kena selalu bersyukur atas nikmatNya start dari bangun pagi, nafas yang dipinjamkan, anggota badan yang dipinjamkan, kecantikan yang dipinjamkan, kekayaan dan kemiskinan yang dipinjamkan, kesihatan yang dipinjamkan, harta benda yang dipinjamkan, kejayaan yang dipinjamkan, kecerdikan yang dipinjamkan, kegembiraan yang dipinjamkan, keluarga yang dipinjamkan, rakan rakan yang dipinjamkan, dan dunia yang dipinjamkan, hinggalah hari hari berikutnya.

Takut-takut bila once semua ini hilang dalam sekelip mata, kita akhirnya menyesal , hargai dan bersyukurlah setiap inci yang ada di muka bumi ini kerana sesungguhnya sesiapa yang tidak bersyukur sesama manusia dan pemimpin mereka, bererti dia tidak bersyukur kepada Tuhannya~ Renungkan-renungkan bersama ~
Maaf jika ada yang terlebih terkurang.

Ok papai ~

Salam

TAMMAT

Tuesday, January 17, 2012

a visit of Rosyam Nor to my house~

Salam.

Bangun je pagi dah dapat orang baru dalam keluarga kami. My sister lahirkan baby boy. Ye, anak buah baru dan masuk ni 5 orang anak buah. Da jadi untie dah BK ni. huuu

Dalam pada itu, malam sebelumnya, BK ada planning untuk convoy with Mr. Rosyam from Bangi but cannot make it as I have to meet my sis and they' ve got something to do.


Me , my dad, him and of his crew. :)

Mula-mula macam tak sangka jugalah bila brother kat bawah ni bagitahu Mr. Rosyam nak datang, tapi bila call my mom, my mom confirmkan. So, BK pun baliklah.
Lebih kurang 10 minit BK sampai dari Bangi, Mr. Rosyam and his crews pun sampai.


Mereka datang untuk makan buah-buahan. Al maklumlah time tu musim buah-buahan and dekat tempat BK ni memang beribu raban buah-buahan yang tengah masak time tu.
Kira sampai tak larat nak makanlah.


Thanks Mr. Rosyam and crew sebab datang. Time ni, hanya family kami sahaja yang tahu tentang kedatangan Mr. Rosyam. Shall I call you Uncle Mr. Rosyam.. Hee

p/s: Btw, Mr Rosyam ni sangatlah peramah and kami sekeluarga pun rasa macam tengah berborak dengan family sendiri and one thing you should know about Mr. Rosyam , he is very humble person/actor and his crews also :)

Thanks sebab datang. Jemputlah datang lagi :)

TAMMAT.
:)



Tuesday, January 3, 2012

"A man who can bring us to Jannah "


Salam.

Jika sebelum ini kita dengar pilihan lelaki yang akhirnya akan memilih wanita yang solehah, yang mampu membawa ketenangan kepada kaum lelaki.

Oops, nanti dulu, pernah kah lelaki tahu bahawa kaum perempuan juga ada pilihan dan criteria yang utamanya sendiri? Bukan senang-senang juga kaum perempuan untuk menerima seseorang lelaki dalam hidupnya untuk dijadikan "bakal suami".


Bersama teman se argue


Jika sebelum ini kita selalu dengar rintihan kaum lelaki yang menyatakan kaum perempuan lebih memandang kepada harta, rupa dan sebagainya.

Ok, tu mungkin terlalu common, tapi ketahuilah, lama kelamaan dan akhirnya perempuan tidak akan melihat pada harta dan rupa sebaliknya akhlak lelaki yang bakal menjadi bapa kepada anak-anaknya, menantu yang terbaik kepada kedua orang tuanya, dan yang paling penting " A man who can bring us to Jannah" as I mentioned lately in my facebook.


Searchin 4 the right :)

Apa rationalnya?
Perempuan lebih hargai dan lebih menghormati lelaki yang mempunyai agama. Bayangkan jika lelaki sendiri tidak menjaga solatnya, tidak menjalankan lima yang wajib, bagaimana mahu mendidik anak-anaknya yang akan mendoakannya jika dia sudah tiada nanti. Bagi hal ibu bapa.

Perempuan akan lebih menghormati dan menghargai lelaki yang pandai menjaga hati kedua orang tuanya. Perempuan tidak suka apabila ibu bapanya susah hati dengan perilaku suaminya. Jadi pilihan suami amatlah diteliti oleh kaum wanita kerana kriteria di atas lah yang akan membawa kaum wanita ke syurga. Sebab itu, sukar bagi wanita menerima lelaki sewenang-wenangnya yang selama ini kaum lelaki anggap kaum wanita jual mahal. Fahamilah bahawa "jual mahal" itulah sebenarnya proses kaum wanita sedang " menguji " anda wahai kaum lelaki .

Ok, itu saja, ok tiba-tiba je aku skema dalam entry ini kan.. Huu..

K papai

:)