Thursday, January 26, 2012

Basic things yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan sepatutnya ada dalam bilik tidur ~


Salam.

Entry kali ini mungkin lebih tertuju kepada girl-girl . Bilik tidur merupakan tempat untuk merehatkan dan mungkin juga untuk menghiburkan diri. Kita mahu bila kita masuk sahaja bilik, kita inginkan keindahan dan ketenangan. Jadi ada beberapa tips atau cara yang mugkin boleh diguna pakai bagi menghias bilik tidur.Tidak kiralah murah atau mahal, yang penting mampu membangkitkan suasana harmoni dalam bilik tidur.

with my nephew Arash Haikal

Pemilihan warna
Sangat penting bagi melahirkan mood . Elakkan memilih warna yang terlalu terang sebaliknya pemilihan warna lembut atau sedikit malap lebih sesuai. Contoh biru lembut. purple gelap, pink for girl-girl, green lembut.

Almari solek
Perlulah bersesuaian dengan size bilik. Bagi lelaki rasanya cukupla sekadar cermin panjang di hujung bilik. Ini bagi mengelakkan memakan size untuk pekakas yang lain.

Langsir
Kalau boleh langsir janganlah terlalu mempunyai corak yang heavy, kerana bilik tidur bukanlah ruang tamu. Pilihan langsir yang simple lebih baik dan lebih menimbulkan suasana yang tidak terlalu berserabut.

Penyangkut baju
Harus ada supaya kita boleh megantung jeans-jeans yang digunakan atau tudung-tudung selepas menggunakannya. Al maklumlah, baru sampai rumah dan masuk bilik, takkan nak campak je atas katil.

Jam dinding
Penting dan melengkapkan lagi bilik tidur. Supaya kita sentiasa bersedia. Tak payah beli yang mahal-mahal pun takpe. Dekat kedai 2ringgit tu berlambak. Namun , bagi yang berkemampuan tidak salahnya jika kamu membeli yang lebih sedikit in terms of kualitinya supaya tahan lebih lama.

Magazine or buku-buku kesukaan anda.
So jika anda boring-boring nanti bolehlah anda baca. Sedikit sebanyak kamu boleh menambahkan pengetahuan tentang sesuatu yang kamu baca. Selain itu, magazine and buku-buku ini juga boleh dijadikan sebagat pengubat tidur.



Pemilihan perabot yang berwarna putih boleh menghasilkan impak yang besar pada size bilik

Lappy/radio/ tv
Sebagai hiburan . Sebagai halwa telinga. Hal ini boleh menghidupkan lagi suasana bilik tidur. Menyanyi sorang-sorang boleh menimbulkan aura positif tetapi bergantung pada lagu yang anda pasang. Seeloknya, bukalah lagu-lagu yang mampu beri kamu ketenanagan supaya tidur kamu lebih bermakna.

Meja study
Bagi yang sedang belajar , eloklah sekiranya ada satu meja study bagi memudahkan mengulangkaji pelajaran.

Benda-benda yang boleh menghiburkan diri.
Contoh kalau ada guitar ke, keyboard ke, skateboard ke(tu BK jelah buat) or piano ke.


Kerusi Sandar
Bagi blogger-blogger ni memang patutla kena ada kerusi sandar dekat bilik supaya lebih banyak idea melimpah luah keluar.

Perfume
Untuk menimbulkan suasana sweet dan lahirkan aura positif dalam bilik tidur

Lampu tidur
Lampu tidur mampu membangkitkan suasana yang sweet dan muram di mana kamu lebih mudah terlena instead of lampu utama bilik kamu.

Lotion
Bagi girl-girl, manjakanlah dirimu di sebelah malam dengan lotion setelah bekerja keras di siang hari. Ini bagi membuat kamu menghargai diri kamu dan menaikkan semangat kamu untuk memulakan kerja pada keesokan harinya di samping cream-cream yang lain.

dan yang paling penting

Al-quran/ Yassin( bagi yang beragama Islam)

Ok itu saja, rasanya barang-barang ini semua ada dalam bilik tidur semua orang. Just the way you organize it. Bagi bilik yang kecil, better pilih perabot yang kecil bagi menampakkan impak yang besar dan seboleh-bolehnya merapatkan perabot seperti katil dan almari ke dinding semaximun yang mugkin. Jangan memakan ruang terlalu banyak kerana ini mungkin boleh membuatkan bilik tidur serba tidak kena.

ok

papai

Semoga dapat membantu.

Daaa.

TAMMAT






2 comments:

Ikan_Pari@@ said...

budak kat gambo kat atas tu tengah carik kutu ke =o

hucsna-B.K said...

loll..aha..mgg ad sbnrnya kutu dkt mata..lol