Friday, June 20, 2014

The Completion =) #finally

Salam completion 




Disebabkan dah na masuk Ramadhan ni, aku nak kongsikan sikit gambar time Ramadhan  dulu-dulu, after terawih kitaorang akan makan sahur awal ramai-ramai. Pergh, rindu zaman degree.

    Mungkin ada yang dah sedia maklum, or baru tahu yang aku pun at the same time buat part time job. Actually banyak jugalah part time job yang aku buat sambil belajar. Walaupun adalah juga dapat scholar sikit. Tapi aku rasa aku perlukan duit poket sendiri dengan harapan tidak membebankan ibu bapa, selain untuk mendapatkan pengalaman kerja dalam masa yang sama. Aku sebenarnya boleh dikategorikan dalam dah agak biasa susah. So, ta kisahla kena kerja kotor-kotor. Aku juga buat macam kerja-kerja contract. Angkat pasir, bancuh simen, pasang batu bata. Itu mungkin ramai yang tak tahu. Bukan senang nak jadi senang. So, aku tak nak biasa senang. Nak juga rasa macamana susahnya nak dapat duit supaya boleh ajar rasa bersyukur. Owh, tapi untuk kerja buruh kasar ni, aku tiada mengenakan charge apa-apa. Sebabnya? biarlah Tuhan sahaja yang tahu... hee. gitew

    Aku juga ada buat part time wartawan dengan salah sebuah akhbar, actually dua paper. Aku bersyukur sangat sebab dapat bos yang best dan amat emphasize on hal-hal agama dan jenis slumber. Kadang-kadang kalau story tiada tu, serba salah juga jadinya dekat office. Ada satu masa aku nak resign tapi bos aku ni dia macam agak memahami la juga sebenarnya. Basically office dekat N.Sembilan. So aku ulang alik Serdang, kenkadang balik malam, ulang alik dalam satu hari. Tapi best juga sebenarnya. Adventure which is benda yang aku minat.

    Next aku juga buat freelance press dengan IT techcrunch, basically cover event juga, based in KL. Founder and CEO pun sempoi and yang paling penting tak pernah lupakan soal agama. Tu yang aku banyak belajar sebenarnya. Rasa bersyukur sangat sebab kasi kesempatan jumpa orang-orang yang caring dan baik hati. Kenkadang sampai tanya dalam hati "kenapa diorang ni baik-baik and caring sangat nih" Macam tulah lebih kurang aku tanya pada diri.

    Next, buka online shop secara kecil-kecilan. Segan gua nak tunjuk sebab sangatlah biasa-biasa je yang diberi nama B.K Fashion Premium. Alhamdulillah sambutan juga tak kurang hebatnya.Bukan senang nak senang weyh. 

    Akhirnya baru-baru ini pada tanggal 13 June akhirnya last result keluar menandakan tamatlah pengajian dalam MBA aku. Lega gila. Macam personal satisfaction gitew. Dulu aku selalu tengok orang lain yang sambung sampai master, phd, i always wonder,  tapi tak sangka pula akhirnya aku pun buat benda yang sama. Perancangan Tuhan memang hebat. Terima Kasih Allah. =')

Akhir sekali aku ingin kongsikan pengalaman aku bekerja yang mungkin dapat dijadikan pengajaran kita semua. Sesungguhnya, dalam kerja aku ni, aku senang sekali berjumpa dengan orang yang tidak berkemampuan atau kekurangan kerana di situ buat aku lebih bersyukur. Lihatlah mata mereka yang memerlukan, lihatlah bila mana mereka makan, akan terbit rasa syukur dan insafi diri kepada kita yang sering merungut dan memberi alasan. 

Soalan demi soalan bertanya. Sampailah ada satu soalan yang buat air mata aku ni penat tertahan-tahan, sebak pula weyh, akak camera ni berapa ratus akak, mahal tak? Tak sampai hati rasa nak bagitahu harga sebab bila dia start cakap ratus, aku da mula sebakla juga sebenarnya, teringin sangat nampaknya. Kalau bagi tau beribu, takut diorang sedih. Kalau nak ikut hati, kalau aku kaya berjuta-juta duit dalam bank, seyes rasa nak bagi je camera tu. Then, ak pun cakapla, dik akak kena kerja kuat untuk dapatkan camera ni. Akak pun bukan orang senang, puaslah aku duk pusing kona2 lari nak sebut harga. kalau kita susah, kita kena selalu ingat, ada orang yang lagi susah. 

So, kita kena selalu bersyukur dengan apa yang Tuhan beri sekarang. Lagi kita syukur, lagi Tuhan kasi banyak. Dalam duk layan diorang makan, bersungguh-sungguh sangat makan, senang n tenang je ak tengok. Tapi, dalam pada tengok diorang makan tu, sebenarnya berapa kali jugala aku tunduk, then pusing kebelakang, ak rasa semua orang pun faham ... Sayangilah anak-anak yatim , dan orang tua yang masih ada sahabat, jika sudah tiada doakan mereka . Jangan sesekali abaikan insan ini... #spreadthelove Aku rasa nilah gambar yang paling cantik dalam camera aku yang diambil oleh salah seorang anak tahfiz ini kerana tersimpan banyak yang tersirat disebalik anak ini. 


habis/

1 comment:

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/