Monday, October 24, 2016

Tips terbang ke India (Bangalore) #Muslimguide #persediaan

Salam.

Pengembaraan kali ini membawa BK ke satu lagi negara iaitu Bangalore, India. BK berada di sana selama 5 hari 4 malam dimana tujuan asal adalah bagi menghadiri APJ Regional IT Summit 2016. Jadi dari segi tiket, penginapan dan makanan ditanggung oleh pihak syarikat. Terima kasih! Walaupun jadual agak padat, namun kami masih berpeluang untuk meneroka bandar Bangalore pada waktu petang sehingga malam di sana. Kami bernasib baik kerana lokasi hotel terletak di tengah-tengah bandar dan kami boleh berjimat dengan hanya berjalan kaki atau menaiki perkhidmatan Uber.



Sebelum opening ceremony. 
Corak belakang tu cantik 


1. Visa :

Bagi tujuan ke India, Visa diperlukan dan ianya boleh dibuat di KL , Penang dan Johor Bharu. Berikut adalah maklumat mengenai lokasi membuat Visa. Bagi memudahkan process mendapatkan Visa, anda terlebih dahulu perlu mengisi borang lengkap di sini beserta dengan 2 keping gambar. Nanti kalau pergi kedai gambar cakap nak buat Visa ke India sebab saiz dia agak besar sikit.

Kuala Lumpur :


Di KL terdapat dua tempat :

  • Bagi pemohohon yang bukan berasal dari India :


IVS Global India Visa Centre 
Leboh Pasar Besar, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Tips : Parking di Dataran Merdeka > lintas jalan > patah kanan sampai jumpa lampu isyarat patah kiri > Jumpa Wisma Straits Trading > Visa Centre terletak di wisma tersebut (dapat lihat ada bendera India dalam gambar di bawah)

Harga : RM 550+ 

*Jika nak cepat, pergi ke counter express dan  anda akan dikenakan cas RM50

  • Bagi pemohonon yang berasal dari India :

The High Commission of India 
Level 28, Menara 1 Mon't Kiara,
No. 1, Jalan Mon't Kiara,
50480, Kuala Lumpur




2. Vaksinasi : 

Sebelum ke India, eloklah jika sekiranya anda mendapatkan suntikan imunisasi(vaksin). Anda boleh memilih samada untuk mendapatkan suntikan atau sebaliknya. Namun, bagi memastikan pelancaran perjalanan anda menginap di sana, vaksin amatlah digalakkan. Dua jenis vaksin yang boleh diambil sebelum ke sana iaitu :

  • Tifoid/typhoid: Demam kepialu iaitu cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah dicemari najis.
          Harga :  RM50+

  • Influenza : (untuk memberi pelindungan dari mendapat jangkitan virus influenza manusia/human influenza.

Tiga jenis influenza : Avian(selesema burung),   Epidemik(wabak menyerang sekumpulan penduduk   di sesuatu lokasi) dan Pandemik(menyerang sebahagian dari penduduk dunia, manusia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus)


       Harga : RM 50+



3. Cuaca :

Pada mulanya apa yang bermain di minda hanyalah tentang cuaca di sana. Sudah tentu negara ini banyak dikaitkan dengan cuaca yang agak panas. Namun, apabila sampai di sana ianya sangat menarik apabila cuacanya agak berangin dan sejuk walaupun ada sinar matahari. Jangan lupa membawa bekalan ubat di sana termasuk minyak panas.



Suasana bilik di Ritz-Carlton 

4. Pakaian : 

Kebanyakan masyarakat di sini memakai baju tradisional mereka dan kita boleh lihat kepelbagaian jenis pakaian dan warna di sini. Bagi para pelancong, BK nasihatkan agar membawa pakaian yang tidak terlalu tebal dan bawa sekali topeng penutup hidung kerana jalan di sini agak berdebu.



Percubaan menjadi Kajol


5. Makanan :

Elakkan membeli makanan di tepi jalan kerana tahap kebersihan dia agak kurang lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mengambil suntikan atau mempunyai perut yang agak sensitif. Makanan di sini agak luar biasa pedas dan kita tahu India kaya dengan rempah ratus. Kuah dal dekat sini memang terbaik dari ladang. Anda harus mencubanya. Anda boleh mencuba dan kalau boleh pergi kedai yang vegi/halal. Kami juga ada mencuba tea(chai) mereka yang katanya susu itu adalah susu lembu asli(fresh) yang dicampur dengan tea. Bagi BK tea tarik mak BK buat lagi sodap. #lol. 


Ni macam makan sirih gigi merah


Makanan dekat sini memang berasakan rempat ratus. Namun jika anda mahu mengubah selera, makanan western/ Japan dan sewaktunya pun ada di sini. Begitu juga dengan air mineral. Ada tiga jenis air mineral sahaja yang BK cadangkan untuk dibeli iaitu jenama Kinley(Coca-cola India), Aquafina(Pepsico) dan Clear (Energy Beverages (P) Ltd.). Kalau jenama yang lain kalau boleh elakkan kerana terdapat keraguan dari segi kebersihannya ditambah dengan krisis berebut air di sana.


Image result for mineral water in indiaImage result for mineral water in india pepsi aquafina





Airport



Kudap-kudapan 





Chai 



Penyediaan makanan yang berempah-ratus


Sup ayam tak silap



Tu dia, kuah dal sedap

6. Pusat beli belah :

Jika mengunjungi ke India, tidak sah rasanya tidak membeli Saree, Kurta, Pashmina sebagai buah tangan. Di Bangalore, banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi termasuk MG Road, Brigade Road dan Commercial Street. Di sini anda boleh mendapatkan saree yang meghelip-ghelip tu dengan harga yang agak murah dalam 3000+ rupee kira-kira RM 200 iaitu lebih murah berbanding di Malaysia.  So dekat sana, nak senang kira semasa beli belah keluarkan kalkulator bahagi dengan /16. 

  • Contoh : Harga saree : 1000 rupee/16 : RM62.50+


Bak kata orang putih, "Do not bring your wife here, or else you gonna lose your money... unless you love your wife so much. Eh?



Membeli-belah 

Selain itu, anda juga akan didatangi oleh peminta sedekah yang akan membawa anak-anak. So lebih baik jangan layan dan use the power of hand and say no. Kalau tidak, anda akan diekori mereka. Yang paling menarik, peminta sedekah yang BK rasa tak berkemampuan untuk bersekolah pun speaking dengan pelancong. Hmmm, something to ponder. Bagi golongan wanita, sila pastikan anda ditemani lelaki jika anda ingin membeli belah terutama menjelang malam. Kami juga kaum wanita tidak digalakkan keluar selepas pukul 8pm. Namun, disebabkan jadual yang agak padat dan hanya mempuyai waktu petang sehingga malam, jadi kami keluar juga tetapi ditemani oleh beberapa rakan sekerja lelaki dan manager-manager kami. 


Dekat sini memang rambang mata tengok kain-kain Saree


7. Masa :

Waktu di sini adalah 2+ jam lambat dari Malaysia. Jadi, kalau nak sembahyang tu, kira pukul Subuh(5am), Zohor(12pm+), Asar(4pm+), Maghrib(6pm+), Isyak(7pm+). By the way, di Bengaluru International Airport ada surau di di sana yang agak luas, tetapi perlu berkongsi lelaki dan perempuan. Jadi, tips yang BK boleh bagi, lepas dan ambil sembahyang semua tu terus sarung telekung dan sembahyang. Ambil saf belakang walaupun masa tu tiada orang. 




Tempat ambil wuduk di Airport

8. Trafik :

Last but not least, trafik dekat sini memang paling epic. Group kami nyaris-nyaris kena langgar semasa kami melintas jalan. Jadi, tips nya, anda perlu mengikut orang tempatan. Dekat sini memang mereka slumber badak je memandu walaupun tahu ada orang sedang melintas. Perlu persedian awal untuk dengar bunyi hon di mana-mana. Hati kena kental melintas jalan di sini. Selain itu, budaya diorang memang suka menjadikan honking sebagai salah satu hobby apabila berada di atas jalan raya dan memang jalan tidak ikut lane sampai tahap boleh sentuh kereta sebelah. #lol.  Pada yang selalu migraine, dinasihatkan agar membawa minyak panas. Pada yang tidak larat untuk berjalan, anda boleh menggunakan perkhidmatan uber tetapi perlulah membeli sim card mereka terlebih dahulu untuk menggunakan internet. Di sana, BK tidak menaiki Auto kerana walaupun ada meter tetapi diorang akan charge lebih, lagi-lagi kepada pelancong. Tetapi kalau nak juga naik, BK cadangkan cari orang yang pandai speaking Kannada(bahasa local). 


Auto





Tol : Kira bersyukur juga Malaysia lagi canggih



Tepian jalan



Last day in Bangalore 



Bandar Bangalore 




Kasi chance la sisthur selfie keperempuanan satu. Hiks :P



Balik


Credit :
Info vaksin : Infosihat.gov.my
Pic : Mila

1 comment:

Harraz said...

Salam..saya akan ke India January depan. Vaksin tu perlu ke ambil kedua2nya? Thypoid rasanya mmg compulsory kan?