Friday, July 15, 2011

sembang petang~ kalau tak suka tayah usya~senang kan?



Salam.
Bak kat abang BK, kalau kita tak berkenan tu, better tak perlulah kita baca or nak ambil tahu, nanti kita balik yang sakit, jiwa kacau la dan pelbagai lagi. So, samalah dalam dunia-dunia blog bagai sekarang ni. Kadang-kadang macam tak faham kenapalah duk caci maki marba( betul kan ayat aku ni?) kat orang lain tapi at the same time pergi ambil tahu hal orang tu. Hurmmm.. Better tak payah . Buat tambah pola dosa kita je nanti.haa..sanggup ke tanggung?

Hee. oklah, topik ni tiba-tiba terdetik time nak hantar Project 1 tadi. Lepas je hantar, BK pun belilah surat khabar Metro. Baca-baca tengok cerita haish tak faham juga duk maki-maki orang ni. Hurm. janganlah maki k .. tak baik. Dia tak suka... Hiduplah happy-happy. Duk maki orang kita pun belum tentu sempurna. Kita pun tak lama dah kat dunia ni. Hiduplah dengan penuh ketenangan and capailah apa-apa hajat yang perlu dicapai. Tak perlulah kita nak cari kesalahan orang lain jika kita gagal cari kelemahan diri sendiri. Jadi. renung-renungkan..

Selalulah nasihatkan diri sendiri agar sentiasa tenang walaupun kita tak suka benda tu. Maafkanlah orang walaupun bukan kesalahan kite, kalau kita salah pun kita kena minta maaf okeyh. Sedangkan Tuhan ampunkan umatNya yang banyak melakukan dosa beribu raban ni, inikan kita manusia biasa yang hidup dekat dunia pinjaman ni.( macam serius betul entry kali ni)


my ex housemte during my found' prog. ok, pic sebagai hiasan and diambil time reunion baru-baru ni . Rindu yeas!

p/s: tetiba aku rasa tajuk dekat atas tu macam brutal ya amat. ok. semua ok kan? :)
ok lah, pesanan ni untuk kita semua dan untuk diri BK juga, bila kita tahu kita tak sempurna, bukan bermaksud kita tak perlu cari kesempurnaan itu, kita kena cari.,itulah sebab kita dikurniakan guna otak untuk berfikir. :)

TAMMAT.




No comments: