Salam,
Al kisah ke pasar malam tadi, tapi BK pergi petang dengan housemates after class. Cuaca time tu sepoi-sepoi bahasa and hujan rintik-rintik bagai menyambut kedatangan kami. Malangnya kedai-kedai baru nak buka. Jadi kami pun borak-borak la tentang LI(Internship), Jadi setelah setengah jam duduk borak-borak sambil memakan apam balik yang sedap lagi manis ya amat, kami pun meneruskan misi untuk membeli makanan yang kami idam-idamkan seperti rangka ayam, soya cincau, nasi kerabu dan pelbagai lagi. BK? aku beli ikan laga share dengan housemate sebab kebelakangan ni, suka pula aku tengok ikan ni. Orang lain pergi pasar beli makanan aku beli ikan. Fantasticcc... kata DR. S, lecturer aku.
agakla, muka tak senyum~
Jadi setelah menyelesaikan misi membeli ikan laga, aku pun menunggu housemate ku yang lain membeli nasi kerabu tak silap. Jadi ketika itu aku pun terus brainstorming (subject KM aku) dengan menamakan ikan laga yang dibeli itu dengan nama "PM" stand for Pasar malam. Walaubagaimanapun, setelah sampai ke rumah member aku ni letak nama "2PM " 2 tu untuk kami berdua. Sweet la juga kan aku rasa.
Namun cerita pasar malam tidak berkesudahan disitu . So, aku sambung balik. Jadi setelah nasi kawan-kawan aku sudah siap dibungkus, kami pun balik. Tup-tup time aku nak balik, tiba-tiba ada pakcik jual nangka tegur aku.
Cuak juga lah hati aku time tu. First aku macam ignore je sebab ingat dia cakap dengan orang lain, tapi bila dia tegur sekali lagi, baru aku macam pandang. Then tiba-tiba dia tegur aku cakap macam ni " adik muka tu senyumlah sikit" . Aik, aku pun terkejut dia cakap macamtu sebab aku rasa aku tak pandang dia pun tadi. Jadi aku pun macam senyum jelah but dalam masa yang sama aku macam tertanya-tanya kat diri aku, kenapa pakcik ni tiba-tiba tegur aku sedangkan jarak aku dengan kedai pakcik tu agak jauh, macamna dia boleh perasan aku senyum ke tak?.
Hurm. musykil betul aku, tiba-tiba baru aku sedar yang aku kalau pergi mana-mana memang aku straight pergi , tak tengok kiri kanan . Jadi mungkin sebab itulah pakcik tu tegur aku kowt. Tapi bukan bermakna aku sombong tak tegur orang, cuma aku lebih prefer orang tu yang tegur dulu, aku rasa aku pernah mentioned benda ni before. Yela kenkadang aku rasa macam mana tau diorang tengah bz ke, takkan nak interrupt pula and lagi satu kenkadang segan ar nak tegur sebenarnya.lol.. Itulah aku. Tapi aku rasa macam bagus juga pakcik ni tegur aku macam tu, supaya aku lebih melebarkan senyuman seluas padang golf di belakang ILSAS next time.
OK, sekian cerita pasar malam aku.
p/s: Kepada pasukan Harimau Muda, we proud of u!!!