Tuesday, January 24, 2012

Bersyukur =)


Salam.

Terima kasih kepada yang sudi baca blog BK yang tak seberapa ini. Hari ini, berbincang tentang topik syukur. Alangkah bestnya kalau manusia yang hidup dekat bumi ini sentiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan. Hal ini BK cuma kongsikan untuk kebaikan diri dan bersama since BK tengok dekat 'laman sosoal' selalu sahaja ada rungutan yang tidak munasabah sini sana. Jadi BK berharap kita sama-sama fikirkan dan muhasabah diri sendiri termasuk diri ini untuk perkara di bawah.Maaf awal-awal jika apa yang BK cakap ini mungkin ada yang terasa tapi ingatlah better kita sama saling mengingati sekarang bak kata orang putih "it s now or never".


nikmat ada member

Jadi kalau kita rasa kita ini susah, kita semua termasuk saya kena ingat ada orang yang lebih susah yang terpaksa mencari makan di timbunan sampah. Jika kita rasa kita ini tak cantik, kita kena ingat ada manusia yang lebih kuat diuji dengan kecacatan tubuh fizikal. Tapi pernahkah insan yang cacat ini merungut tentang pemberian Tuhan? Baru-baru ini, BK ada hadiri satu kenduri, and maybe Tuhan nak tunjukkan kat BK tentang nikmat BK dan menambahkan lagi kesyukuran , BK diperlihatkan oleh seorang budak yang cacat penyakit lebih kurang down syndrom, sangat cantik kanak-kanak ini, dan apabila BK bertanya pada ibunya, BK lihat wajah ibunya bercerita kelihatan begitu tabah dan menahan-nahan air matanya keluar apabila bercerita tentang anaknya. Sesekali si ibu melihat anaknya di sebelah, tersekat-sekat nafasnya. BK kesian tengok kanak-kanak ini tapi jauh di sudut hati BK, BK percaya yang kanak-kanak ini akan menjadi penghuni syurga kelak. Melihat kanak-kanak ini membuatkan rasa hati lebih bersyukur dengan pinjaman yang diberiNya. BK pun sedaya upaya tidak menunjukkan kesedihan BK terhadap kanak-kanak ini kepada ibunya kerana melihat ibunya sahaja, BK rasa runtun hati, serba salah, dan BK berdoa supaya si ibu tabah dan yakinlah kanak-kanak ini begitu istimewa kerana dia tidak pernah membuat dosa dengan keadaanya yang dilahirkan begitu.

Jika kita rasa kita ini selalu dihimpit dugaan yang besar, kita kena ingat ada orang yang hari-hari ahli keluarga mereka dibunuh dan dianaya dalam peperangan yang mana lagi kuat hatinya diuji. Jika kita rasa rumah kita kecil, kita kena ingat ada orang yang terpaksa tidur beralaskan kotak di kaki lima tanpa selimut. Jika kita rasa negara kita ini teruk, kita kena ingat banyak negara di luar sana yang umatNya sukar unutuk beribadat sedangkan di negara kita ini Masjid ada di mana-mana and kita boleh beramal ibadat dengan tenang. Jika kita rasa kita ini looser, kita kena ingat begitu ramai yang bersusah payah untuk mencari hidup yang sempurna. Jadi jika kita fikir kita ini sering dipulau dan sebagainya, kita kena ingat bahawa bagaimana kesabaran Nabi pada zaman dahulu dibenci dan dihina kerana ingin menegakkan agama dan Nabi tidak sekitkan pun marah malahan siap menziarahi orang yang menjadi musuh Nabi yang sedang sakit itu. Nabi tidak pernah sedikit pun ingin melakukan pemberontakan atau rusuhan terhadap mereka yang membencinya atau menolak kempimpinanya. Tingginya akhlakmu. ='


bersyukur ada kengkawan

Jadi ingatlah, kita semua termasuk saya kena selalu bersyukur atas nikmatNya start dari bangun pagi, nafas yang dipinjamkan, anggota badan yang dipinjamkan, kecantikan yang dipinjamkan, kekayaan dan kemiskinan yang dipinjamkan, kesihatan yang dipinjamkan, harta benda yang dipinjamkan, kejayaan yang dipinjamkan, kecerdikan yang dipinjamkan, kegembiraan yang dipinjamkan, keluarga yang dipinjamkan, rakan rakan yang dipinjamkan, dan dunia yang dipinjamkan, hinggalah hari hari berikutnya.

Takut-takut bila once semua ini hilang dalam sekelip mata, kita akhirnya menyesal , hargai dan bersyukurlah setiap inci yang ada di muka bumi ini kerana sesungguhnya sesiapa yang tidak bersyukur sesama manusia dan pemimpin mereka, bererti dia tidak bersyukur kepada Tuhannya~ Renungkan-renungkan bersama ~
Maaf jika ada yang terlebih terkurang.

Ok papai ~

Salam

TAMMAT

2 comments:

Ikan_Pari@@ said...

ingatkan kamu nak tulis "gambar ini sekadar hiasan sahaje" =o

hucsna-B.K said...

hee.. stiap gmbar ad mksudnye.. p