Thursday, January 26, 2012

Oh lelaki, please lah ~


Salam.
Mungkin post ini untuk kita sama-sama improve yang mungkin kadang-kadang lelaki tidak sedar yang perbuatan mereka membuat perempuan kadang-kadang rasa annoying sangat. So, BK nak minta maaf awal-awal jika apa yang BK cakapkan ini mungkin membuat anda kurang selesa tetapi percayalah yang ini mungkin boleh membantu or bagi tips sikit bagi lelaki supaya lebih aware dengan tingkah laku mereka and supaya perempuan lebih menghormati mereka sebagai lelaki dan entry ini bukan hendak menyalahkan atau mencari salah tetapi hanyalah teguran supaya kita dapat sama-sama memahami dan mengetahui apa yang perempuan lihat dan nilai pada seorang lelaki.


Sekadar gambar hiasan

1.Teguran
Seeloknya, bagilah teguran secara berhemah, jangan sebut " b....." "f...." and yang seangkatan dengannya bila hendak menegur perempuan kerana dari ayat kamu itu sendiri girl-girl dapat menilai tahap kebijaksanaan kamu. Nak tegur orang tapi guna perkataan tidak sepatutnya. Tidak kisahlah teguran dari segi percakapan, pakaian or tingkah laku seorang perempuan. Ini tidak, bagi teguran pada perempuan yang seolah-olah hebat sedangkan, pagi petang, siang malam merokok, keluar perkataan 'tidak sepatutnya', pakai seluar main futsal tiga suku. Macamna perempuan nak degar nasihat kamu. Ingatlah, bahawa teguran yang sebegini tidak akan merubah apa-apa. Berilah nasihat yang baik pada perempuan, kerana hati perempuan ini lembut dan perempuan akan lebih appreciate dan ikut nasihat-nasihat yang berupa membimbing bukan menengking dan tunjukkanlah teladan yang baik.

2. Ego
Oh man, kurangkanlah sifat egomu kerana ianya tidak akan kemana. Bila egomu terlalu meninggi ke langit, girl-girl tidak akan mampu mencapainya dan end up dengan sesuatu yang negatif. Ego itu kena ada bagi seorang lelaki namun kenalah pada tempatnya dan uruskan egomu dengan sempurna. Sebolehnya fikir tentang perasaan orang lain.

3.Panas Baran
Ok, yang ni BK nampak memang agak serius bagi seorang lelaki. Seorang perempuan pernah bertanya kepada seorang yang bijak pandai baru-bari ini and I was there. Kata orang yang bijak pandai tersebut, panas baran sebenarnya berpunca dari manusia itu sendiri yang tidak mampu mengawal kemarahan atau emosi. Maksudnya, panas baran ini berpunca dari kesalahan manusia and bukan disebabkan faktor lain. Jadi, dalam entry ini, BK khususkan untuk kaum lelaki. Bukan apa, BK pernah melihat suatu situsi , live punya di suatu tempat yang bagi BK rasa ia amatlah memalukan dan mengaibkan keluarga itu sendiri. Si suami memarahi si isteri dengan perkataan yang tidak sepatutnya dan berlaku tragedi yang menakutkan. Jadi, nasihat BK, janganlah menginaya isteri or maybe ur girlfriend kerana suatu hari nanti percayalah yang girl-girl akan tawar hati dengan kamu. Try untuk banyak-banyak bersabar and percayalah perempuan akan lebih menghormati kamu sebagai seorang lelaki.

4. Control perempuan tidak kena tempat:
Ini lagi satu. terutamanya dalam situasi couple-couple ni. Duk pi control anak dara orang tu awatnya? Hang bukan suami dia pun lagi . Ini larang perempuan nak keluar dengan member-member perempuan dia sendiri. Nak pergi lunch pun larang. Nak pergi aktiviti universiti pun larang. Tapi duduk bawa keluar sampai pagi girlfriend hang, hang tak kisah pula? What a life. Sedar atau tidak, tindakan anda melarang itu akan menimbulkan sikap menipu yang tinggi kepada girl-girl. Hakikatnya girl akan keluar senyap-senyap dan menipu anda. Kalau dalam kereta, semua penghuni kereta kena senyap seketika kalau kamu call, dan si perempuan akan inform dekat you all " I'am going to sleep" sedangkan girl-girl kamu nak keluar beli barang dapur. Girls have life too man. Girl-girl pun ada kawan- kawan juga , girl-girl pun nak active juga. At least, bagi sedikit kebebasan, dan ingatkan dia. Girl-girl dah besar kot. Pandailah dia jaga diri.

5. Sweet talker
Homai. Tahukah kamu si jejaka yang sweet talker ini lama-kelamaan akan menjadi topik utama bagi girl-girl dan end up kamu akan di ignore oleh girl-girl? Ha, ini kamu kena tahu. Girl-girl sangat annoying dengan lelaki yang sweet talker ini. Silap-silap kamu akan menjadi bahan tawa girl-girl.

6. Control macho and show off
Relaxlah, tak perlu control macho. Nanti lama-kelamaan kamu tidak akan dipandang langsung. Cuba menjadi seperti orang biasa akan membuatkan kamu lebih dihargai dan orang akan merasai kewujudan kamu.Show off- Bawa kereta, hisap rokok , buka tingkap, cakap kuat-kuat. Ingatlah, even kamu bawa ferrari sekalipun, tetapi kalau kamu tidak mampu meninggalkan sikap meninggi diri , dan cakap secara berlebih-lebihan. At last, kamu bakal di ignore . Walaupun kamu kaya, tetapi cuba menjadi orang biasa, bergaul dengan semua orang. Btw, BK ada seorang member. Sikap yang ditunjukkan dan cara percakapan tidak sedikitpun menampakkan dia datang dari seorang yang berada. BK sangat suka lelaki yang macamni and BK rasa kebanyakan perempuan pun akan suka lelaki macamni. Sehinggalah pada suatu hari, BK dijemput ke rumah familynya, dan surprisingly BK tak sangka dengan taraf dia.

7. Don't say!
Hi, nak berkenalan, how are you, eh dp you cantik, good night, nape tak tido lagi. Keadaan ini biasanya belaku especially dekat facebook or myspace dimana kamu bukan rapat sangat pun dengan perempuan itu. Lainlah kamu classmate dia ke or kawan dari kecil ke or kenalan terdekat. It s just not nice for girls. Hakikatnya, girls akan cakap macamni " Apahal mamat ni or haish, mengganggu betullah " dan tekan "X" pada penghujung chat or silap-silap kamu akan di remove dalam friendlistnya. Fikir sendiri lah kan. And lagi satu, kalu dah tahu girl-girl dah tak layan tu, faham-faham sendirilah. Janganlah dah tahu girl takkan layan, lagi nak keep doing the same thing. Hal ini akan merendahkan tahap kamu . Kena ingat, jika kamu di approve di laman sosial, tidak semestinya kamu boleh chat tiba-tiba. Then act like u dah kenal lama. Then bila girl-girl online, bukanlah bererti untuk chat dengan kamu. Be cool man :)

8. Cakap terus terang:
Jangan berdolak dalik dalam apa jua keadaan. Biarlah ianya sakit sekarang dari sakit ditipu. BK rasa semua orang faham ini.


9. Jadilah seorang lelaki yang gentleman.
Girls akan lebih appreciate bila lelaki tersebut peramah, bercakap bila perlu,tak gelak kuat sangat, menasihat bukan control,ambil tahu, tenang tetapi tegas
yes, Tegas!

p/s: BK kurang suka bila BK drive, penumpang disebelah especially lelaki except my family pandang BK.

Ok

Papai

TAMMAT.

9 comments:

Ikan_Pari@@ said...

isk isk isk tak leh pakai betoi lelaki2 tersebut

hucsna-B.K said...

hee.. ikan pari ni sape yep ??? )

Khairi said...

Allah..
Ad rupa nya pari..
Assalamualaikum..
utk info owner blog ni..pari ni..
merupakan..dot dot dot..
:P

Ikan_Pari@@ said...

khairi? ni khairi adik syazni ngan izzat ke? =O

saye ni kawan deen sos fareasta rekrazie che inn cam tu le lebih kurang

Khairi said...

X abis² lg dgn adik syazni..hahaha..
yo ler..
kamu ni da keje dkat maner?

hucsna-B.K said...

sape ikan parii???.. msti hot sgt ni smpai ta ltk dp ni??? hee

Ikan_Pari@@ said...

ni blog orang le. ape kehe nak sembang sini. kude nye khairi.

Ezaz said...

awat laa amik kak zaza jd gambar hiasan XD

hucsna-B.K said...

ikan pari = tadahal..boley saja~

ezaz= kak zaza kan glamour..hot stuff tuu.. ahaha